Anda di halaman 1dari 10

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

TUGASAN 1

Globalisasi yang terancang dan terkawal akan mewujudkan


individu modal insan berminda kelas pertama dengan
harapan modal insan berminda kelas pertama ini akan
memacu negara kearah yang progresif
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa sistem pendidikan
terkini dapat melahirkan modal insan berminda kelas
pertama yang dapat mengharungi cabaran globalisasi

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


PENDAHULUAN
Globalisasi diungkapkan dalam Bahasa Perancis yang membawa maksud seantero
dunia. Manakala dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986) pula, menyatakan
global bermaksud dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya atau pada umumnya.
Globalisasi pula membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Di abad
ke-21 ini, arus globalisasi yang melanda sekarang hampir merubah keseluruhan cara hidup
baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu
besar teah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil global village.
Zaman ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan ini, kita perlu menguasai kemahiran
mencari, menapis dan menggunakan ilmu yang berfaedah bagi penyuburan diri dan minda.
Terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif globalisasi dalam sistem
pendidikan. Antara kesan positif ialah budaya pembelajaran sepanjang hayat, kebolehan
berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa, menguasai kemahiran
teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian, pendidikan Negara terbuka
kepada dunia luar, perubahan peranan guru dalam bilik darjah, peluang pendidikan terbuka
luas, persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi dan perkongsian
sumbangan hasil pennyelididkan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Antara kesan-kesan negatif pula ialah kadar pengangguran semakin meningkat,
pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara, meminggirkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, perdagangan pendidikan, penyebaran sumbersumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani, berlaku penindasan dalam
merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara dan
pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


MINDA KELAS PERTAMA
Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menajna
mindanya melalui empat ciri utama, iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu (curiosity),
fokus dan inisiatif.
-Jim Canterucci (2005)
-Personal Brilliance: Mastering the Everyday habits that Create a Lifetime of Success

Minda Kelas Pertama difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi
keperluan pembangunan indiVidu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut
merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
Minda Kelas Pertama merupakan cetusan idea daripada bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi dalam satu ucapan beliau pada 06 Mac 2003 berhubung konsep
fisrt world infrastructure, but third world mentality dan menjadi teras ke-2 dalam Misi
Nasional untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama. Seterusnya konsep minda kelas pertama telah diutarakan oleh Tun
Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).
Minda Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Hal ini bermakna kerja kelas
pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran, emosi, perlakuan, sikap dan
spiritual (Zakaria Ahmad : 2006).
Petikan teks ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika pelancaran Teras Kedua
Misi Nasional 2006 2020:
Modal Insan Negara perlu diglap kerana ia merupakan elemen terpenting
dalam memastikan Negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi
dalam

zaman

sejagat

yang

amat

mencabarl;

ekonomi

yang

berlandaskan

pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi. Atas hakikat itulah dalam kita
mengejar pembangunan dan keajuan demi mencapai hasrat menjadi sebuah Negara
maju menjelang 2020, kerajaan memberi penekanan yang amat besar kepada usaha
membina serta memanfaatkan sepenuhnya potensi modal insan negara. Ini penting
agar modal insan Negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
terkini dan ditunjangi pula dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja yang
dinamik dan menghayati budaya kerja berprestasi tinggi. (Nik Mustapha,2007)

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


Oleh yang demikian, pada hari ini, guru perlu memainkan peranan yang penting
menyediakan generasi modal insan minda kelas pertama. Justeru, dalam memastikan
pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai minda
kelas pertama dan kualiti bertaraf dunia, sebagai seorang pendidik, pengamalan nilai-nilai
integriti amatlah penting dalam melahirkan generasi insan minda kelas pertama kerana kita
membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan sebuah tamadun
yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian
dalam masyarakat dan misi negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi
salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan.
Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada Minda Kelas Pertama
supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap
pembangunan negara (Zaini Ujang :2008).

PERANAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS


PERTAMA
Antara usaha yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan
modal insan minda kelas pertama ialah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia. Buktinya, pelan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 untuk mencapai
aspirasi dan visi negara kita melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek sama
ada dalam bidang akademik mahupun kurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
diwujudkan untuk mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelan ini dihasilkan oleh
kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas oleh
pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa
kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, pelan ini bermatlamat untuk mengukuhkan visi dan
aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala
tuju dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan
di negara kita serta memenuhi hasrat dan keperluan semua pihak khususnya warga sekolah
yang akan melahirkan bakal pemimpin untuk negara kita pada masa akan datang. Pendek
kata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mampu melahirkan golongan pelajar yang
memiliki minda kelas pertama di negara ini.
Selain itu, kerajaan juga memastikan setiap pelajar di negara ini wajib menerima
pendidikan dari peringkat akar umbi agar mampu melahirkan golongan yang celik huruf
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan adalah merupakan keperluan
asas bagi kanak-kanak seawal peringkat prasekolah lagi. Hal ini amat bertepatan dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, pendidikan di Malaysia adalah suatu
4

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara. Golongan muda yang didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan nescaya
mereka akan dapat memberi sumbangan dan jasa kepada negara apabila mereka mencapai
alam kedewasaan kelak kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Pucuk
pimpinan negara kita pada masa akan datang terletak pada bahu generasi muda pada hari
ini. Oleh itu, tindakan kerajaan memastikan setiap pelajar menerima pendidikan wajib
adalah amat wajar untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.
Sejajar dengan itu, usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi melahirkan modal
insan minda kelas pertama ialah kerajaan memastikan setiap pelajar mendapat akses
yang sama rata dalam pendidikan agar dapat meningkatkan pencapaian akademik para
pelajar. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau
latar belakang berhak mendapat akses yang sama untuk pendidikan berkualiti bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing ke tahap yang optimum.
Berasaskan pendidikan untuk semua, yang merupakan sebahagian daripada matlamat
pembangunan milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan
penyertaan sejagat dan enrolmen penuh dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah
menengah atas iaitu Tingkatan 5, sama ada menerusi laluan akademik atau laluan teknik
dan vokasional yang setara. Komitmen ini termasuk memastikan semua murid mendapat
tempat di sekolah dan kanak-kanak yang kini tidak bersekolah didekati secara proaktif, serta
memastikan semua murid memenuhi standard minimum yang diterima, iaitu lulus mata
pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral pada akhir Tingkatan 5. Sementelahan pula, pelajar
perlu belajar untuk mencari maklumat dan mempunyai keinginan untuk tahu yang tinggi
terhadap sesuatu yang dipelajari agar mampu mengamalkan konsep pembelajaran
sepanjang hayat. Dengan demikian, mereka boleh menghubungkan disiplin ilmu dan
mencipta ilmu yang baharu. Murid juga perlu menguasai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Pada peringkat yang paling asas,
murid-murid perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Dengan
demikian, usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama pasti akan
tercapai.

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


Di samping itu, usaha yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan modal insan
minda kelas pertama ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan untuk mempelajari bahasa
tambahan. Hal ini demikian kerana kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia telah
mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif untuk melahirkan murid yang
menguasai kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa. Contohnya, pelajar yang
mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, dalam masa yang sama
bukan sahaja dapat menguasai bahasa Mandarin bahkan dapat menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris sekali gus dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa bukan sahaja mendatangkan faedah kepada diri
pelajar malah dapat membantu murid untuk menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memastikan setiap murid dari peringkat
rendah hingga menengah, berpeluang untuk mempelajari bahasa tambahan.
Dengan menguasai bahasa tambahan, pelajar akan dapat menyelami pelbagai
budaya kaum di negara ini. Selain itu, peluang pekerjaan untuk pelajar yang dapat
menguasai bahasa tambahan adalah amat tinggi. Hal ini demikian kerana majikan lazimnya
gemar mengupah pekerja yang dapat menguasai bahasa tambahan kerana mereka dapat
berkomunikasi dengan para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa
serta dapat melicinkan apa-apa urusan dengan pelanggan. Pendek kata, langkah kerajaan
untuk memastikan setiap murid menguasai bahasa tambahan pasti dapat melahirkan
modal insan minda kelas pertama.
Kerajaan juga mengambil langkah untuk mentransformasi profesion keguruan
menjadi profesion pilihan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama di negara
ini. Modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara
dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspek pendidikan guru
menjadi agenda utama kementerian. Sesungguhnya, guru yang baik akan melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan
pendidikan terkini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Hal ini akan
dapat membuat diri pendidik bersedia menerima sebarang perubahan pada sistem
pendidikan selari dengan keperluan masa kini. Guru perlu mengajar murid untuk
mempraktikkan

ilmu

dan

mengaplikasikan

serta

mencetuskan

idea

baharu

bagi

menghasilkan modal insan yang setanding dengan aras antarabangsa sekurang-kurangnya


pada tahap kategori tiga teratas dalam sistem pendidikan terbaik dunia menjelang wawasan
2020.

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


Pendapat ini jelas disokong dengan kata-kata YB Dato Sri Hishammuddin Tun
Hussein dalam Perutusan Tahun Baru 2006 iaitu hasrat kita adalah untuk memastikan bukan
sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk
memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal
berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Kualiti guru merupakan faktor yang
paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid kerana guru kencing berdiri, murid
kencing berlari. Hal ini bermaksud guru adalah contoh kepada murid-murid dan perlu
memberi teladan yang baik kepada setiap pelajar. Oleh itu, profesion keguruan akan
menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan
30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari
mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara.
Selaras dengan itu, kerajaan juga mengetatkan syarat kelayakan guru mulai
tahun 2013 kerana hanya calon yang terbaik sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti
latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru. Hal ini bermakna kementerian akan
meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua
guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan
akademik. Kementerian akan memastikan standard yang sama digunakan dalam program
latihan perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi hasrat
melahirkan guru berkualiti, kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah
ditingkatkan. Kementerian juga akan memastikan hanya pelatih yang terbaik sahaja yang
akan lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam. Dengan demikian, hanya guru-guru
pelatih yang cemerlang sahaja akan mendapat penempatan terlebih dahulu di sekolah dan
mula melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik yang berintegrasi
dan berakauntabiliti serta berkebolehan untuk melaksanakan apa-apa tugasan yang
diamanahkan oleh pihak sekolah.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 juga menitikberatkan
tentang membangunkan modal insan. Beberapa strategi telah dirangka bagi memastikan
hasrat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Antaranya
ialah memupuk murid yang memiliki kemahiran dan ketrampilan dengan menekankan
kemahiran hard & soft skills, meningkatkan keupayaan penguasaan ilmu pengetahuan
dengan menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memantapkan program
kokurikulum dan sukan serta mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa
dan murid. Semua ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang boleh menyesuaikan
diri serta mampu bersaing dipersada dunia globalisasi.

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberat sistem pendidikan di negara ini demi
mencapai standard pendidikan bertaraf antarabangsa. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk
memastikan aspirasi negara tercapai dan mendukung matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan fizikal. Maka itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga ibarat hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah agar aspirasi negara untuk melahirkan modal
insan minda kelas pertama dapat dicapai. Justeru itu, tanggunggjawab ini bukan terletak
pada bahu kerajaan sahaja tetapi melibatkan gandingan dan kerjasama semua pihak untuk
menjayakan usaha yang dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan minda kelas
pertama. Sekolah turut memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk pelajar
yang berkualiti dan berdaya saing serta memiliki sifat kepemimpinan yang terpuji kerana
pelajar yang cemerlang adalah merupakan tampuk kepimpinan negara. Tegasnya, kemajuan
negara kita bergantung kepada keberhasilan semua pihak untuk melahirkan modal insan
minda kelas pertama di negara ini

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA


RUJUKAN
Sumber buku:
Hussien Ahmad(2001) Globalisasi dan Cabaran Pendiidkan di Malaysia, Universiti
Malaya
Ismail Zin( 2002) Aplikasi Multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon( 2010) Guru dan Cabaran
semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Siti Daud(2004). Globalisasi dan Negara Pembangunan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi,Selangor
Tan Yao Sua. (2010). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam
Sistem Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia Press
Sumber Jurnal/Artikel:
Bahagian teknologi pendidikan KPM. (2003). Jurnal BTP. Pembestarian Sekolah
Dalam era Globalisasi : Satu Pemikiran Baru dalam Sistem Pendidikan Malaysia, (5)
Shamsul A.B

Rumaizah

Mohamed

Haslndawati

Hamzah(2004)

Globalisasi,

Teknologi Maklumat dan Ilmu: Menyukuh Pengalaman Malaysia


Sumber Internet:
http://carloslark.blogspot.com
https://www.academia.edu
http://aishahnetty.blogspot.com

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

LAMPIRAN
rujukan

10

Anda mungkin juga menyukai