Anda di halaman 1dari 15

KARANGAN

Di bawah ini saya membantu pelajar menulis contoh pengenalan dan huraian idea . Ikut contoh-contoh
ini dalam peperiksaan nanti

1.Kerajaan telah mengambil beberapa usaha untuk menajdikan rakyat Malaysia menjadi sumber tenaga
yang kompeten dan berdaya saing. Bincangkan.

1. KEHENDAKNYA: 5+0. SEMUA IDEA ADALAH USAHA


Pengenalan
Sumber manusia tonggak utama kemajuan sesebuah negara. Oleh itu usaha ke arahnya perlu diambil
Ideanya : menyediakan kursus dan latihan
-latihan berterusan disediakan oleh agensi terlibat
-kursus akan menggilap bakat dan potensi pekerja
-pelbagai idea baru yg inovatif dan kreatif perlu diberikan

2. Dalam mencapai status negara maju, negara terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Huraikan/Bincangkan/Jelaskan cabaran-cabaran tersebut.

KEHENDAKNYA : 5+0 Semuanya cabaran-Ingat bukan cabaran dalam W2020


Pengenalan
Malaysia mengorak pelbagai langkah ke arah negara maju. Namun pelbagai cabaran menjadi kekangannya
Ideanya: Ketaksamaan dalam agihan ekonomi/kekayaan negara
-masih terdapat jurang yang luas antara rakyat yang berada dengan tidak berada
-golongan berpendapatan sederhana dan tinggi monopoli semua peluang ekonomi yang ada seperti memiliki
rumah dan harta
-golongan miskin terus dihimpit kemiskinan dan terpinggir dalam arus pemodenan

3. Rukun Negara telah dibentuk agar semua rakyat menghayati dan mengakurinya. Namun terdapat
segelintir masyarakat meminggirkan prinsip Rukun Negara ini. Bincangkan.

Kehendak soalan ; 2+3


-RN SEBAGAI IDEOLOGI NEGARA
-MENGAPAKAH PRINSIP INI DIPINGGIRKAN
Pengenalan
Setiap rakyat perlu mendukung RN sebagai ideologi negara. Bagaimanapun terdapat juga segelintir tidak
mempedulikan prinsip-prinsip tersebut
Ideanya : RN menekankan betapa pentingnya kita menghormati perlembagaan
-Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan pertahankan PN
-memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini mengenai hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara.
-sumber perundangan yang tertinggi

Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 19:00 No comments: Links to this post


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2

Panduan Menjawab Soalan Struktur


1.Jelaskan dua dasar negara yang menyatukan perpaduan
1.dasar pendidikan falsafah pendidikan kebangsaan
2) akta bahasa kebangsaan- perkara 152 perlembagaan persekutuan tanah melayu.
3) dasar kebudayaan kebangsaan
4) sukan alat perpaduan

2. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan


1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
3) Kurikulum yang sama
4) Sukatan pelajaran yang seragam
5) Peperiksaan yang seragam

3.Apakah ciri-ciri yang ditekankan dalam Wawasan 2020


1. negara industri maju dengan acuan tersendiri - setanding negara-negara maju dunia.
2. kemajuan bersepadu.- perpaduan rakyat, kestabilan politik,
3.ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika,
4.kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa
serta semangat keyakinan bangsa.

4.Apakah pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai W2020


1.pembentukan sebuah negara bangsa
2.membentuk negara perindustrian
3.Keadilan ekonomi dan sosial
4.membentuk masyarakat bermoral dan beretika
5. melahirkan modal insan kelas pertama
6.menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa
7.mewujudkan persekitaran kondusif

5. Nyatakan dua kepentingan prinsip keluhuran perlembagaan yang terkandung dalam Rukun Negara
1.memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara.
2.sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosio-ekonomi rakyat.

6. Apakah petunjuk-petunjuk NKRA-petunjuk maksudnya apakah pencapaian KPI bagi setiap agensi yg
terlibat dalam bidang berikut:
1.mengurangkan jenayah
2 membanteras rasuah
3 menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan
4 meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah
5 memperkasa prasana luar Bandar
6 membaiki kemudahan pengangkutan awam

NKEA (12 bidang utama) dan NKRA (6 bidang utama)adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan
projek dan program-program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan
dan keutamaan rakyat.

Kedua-dua ini sebagai bidang tumpuan dan KPI pula sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana

Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 18:57 No comments: Links to this post


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2
Monday, 11 April 2016

PERPADUAN MALAYSIA
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi,
kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan
untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan
2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia
menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar
perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4) SUKAN ALAT PERPADUAN
DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza.
-Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada
abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara
kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan
pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.

2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk
orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan
Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks
didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan
sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini
terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama
dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan
kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus
menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam
sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang
penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan
perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.
DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula
dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak
dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum
negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri
dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan
British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara.
Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah
rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini
diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.

2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat
Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju
dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas.
Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan
kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan
Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang
bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan
sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan
kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN
MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.
BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula
untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai
kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.
Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan
yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk
perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina,
Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini
telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa
pengantar di semua peringkat sekolah.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan
bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
harmoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih
untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai
salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah
diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat
yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia
(world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan
mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu,
ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk
mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir
Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada
dunia dengan kekuatan pembacaannya.

AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti
yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982,
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada
1990.
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh,
kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan
pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan &
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM)
yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia
mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik
rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia
mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas
pertama Malaysia.
TARGET NEGARA MAJU 2020
Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28
Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado
Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding
dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca &
mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang
jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri
yang maju di dunia.

Target:
Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-
negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat yang
menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup,
kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan
bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai
negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang perlu
ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat checklist bagi
cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.
3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju & saintifik.
7. Masyarakat yang berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya.
9. Memupuk & membina masyarakat makmur.

Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS
KEJAYAAN negara.
Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 17:24 No comments: Links to this post
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2
Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970,
iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat
jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu
dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara
rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum
berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa
berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin
Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang
Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang
mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri
(Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan
mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti
politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan
negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum.
Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang
digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara
bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema
untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat
cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.
Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan,
tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram
di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada
raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong.
c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di
negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.
Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 17:21 No comments: Links to this post
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2

PERSPEKTIF WAWASAN 2020


Latarbelakang
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu
pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya
dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran
hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai
pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh
negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan
merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju,
bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu
masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya
ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara
maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan
yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah
atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral
dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah
dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia
mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,
bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada
sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh
dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan
masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu
tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.
Perspektif
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-
(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap
satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini
istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan
diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan
jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada
perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi
yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat
pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang
secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan
menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi
jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai
satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam
sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya
sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta
perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah,
di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah
meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum
golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam
objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia
Keenam.
(iv) Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-
Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan
kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral
dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan
menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan
hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan
negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada
keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang
mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang
merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)
sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah
perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna .
Penutup
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan
persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia
sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan
cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan,
pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan
framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia
menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan
beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang
lebih dinamik.
Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 17:20 No comments: Links to this post
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2

GTP,ETP, NKRA dan KPI: SATU


PENJELASAN
Kerajaan yang mentadbir negara ini sejak merdeka secara terus menerus berjaya mengurus kepelbagaian di
Malaysia dengan berkesan agar rakyat pelbagai kaum dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara
dengan adil dan sak sama.
Pembangunan dan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia amat menakjubkan malah menjadi contoh kepada
negar-negara lain yang sedang membangun di persada dunia. Selain itu, kerajaan juga didapati berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan, terutamanya kemiskinan tegar,menyediakan kemudahan kemudahan awam
yang bertaraf kelas pertama, mengubah ekonomi negara yang berteraskan pertanian kepada ekonomi industri
berat dan meningkatkan kualiti hidup sebahagian besar rakyat Malaysia dalam jangka masa 53 tahun yang lepas.
Malah, kebanyakan negara-negara luar termasuk USA menganggap Malaysia sebagai contoh negara Islam yang
moden, progresif dan saling hormat-menghormati hak pelbagai agama.
Namun, ombak globalisasi dan liberalisasi yang melanda dunia akibat kemunculan teknologi maklumat
menghasilkan impak yang boleh dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia, merentasi kaum dan lokasi
tempat tinggal. Malah, perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat telah menimbulkan
pelbagai cabaran kepada kerajaan untuk meneruskan agenda mencapai Wawasan negara iaitu mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020.
Sesungguhnya, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak memilih pendekatan transformasi untuk
memperkasakan ekonomi negara dalam menempa sebuah zaman baru berteraskan empat tonggak utama iaitu (i)
Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, (ii) Model Baru Ekonomi (MBE) dan
Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015), (iii) Program Tranformasi Kerajaan atau Government Transformation
Plan (GTP) dan (iv) Program Tranformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP).
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diumumkan sebagai
pemangkin proses menjayakan keseluruhan hasrat Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian
Diutamakan. kedua dua program tersebut, GTP dan ETP adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan
rakyat malah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
GTP dan ETP
Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) yang dilancar pada 20
Januari 2009 dan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) dirangka
untuk mengaasi segala halangan bagi mencapai WAWASAN 2020 sambil menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara berdaya saing diperingkat global.

GTP dan ETP menjadi pemangkin untuk menggerakkan keseluruhan proses transformasi supaya matlamat
rakyat berpendapatan tinggi serta kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat dibaharui,
malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan baik dalam memenuhi hasrat rakyat.
Program GTP dan ETP melibatkan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta penjawat awam dalam
semua peringat menumpukan perhatian mereka dalam memenuhi keperluan keperluan yang menjadi
keutamaan rakyat (Rakyat Didahulukan) . Pada masa yang sama, melaksanakan inititif-initiatif bagi mengubah
asas-asas untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan dengan berkesan seperti diharapkan oleh
rakyat( Pencapaian Diutamakan).
NNKEA, NKRA dan KPI
Dalam usaha melaksanakan GTP dan ETP, keraajaan mengumumkan Aktiviti Utama Ekonomi Nasional atau
Nasional Key Economi Area (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area
(NKRA) serta Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau Key Performance Index (KPI).
NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-program
pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan keutamaan rakyat. Hasil
yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dan program-program pembangunan dalam bidang-bidang tertentu
ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan
keutamaan rakyat. Usaha-usaha khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan
dan memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.
NKEA adalah bidang bidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus maju. Sebagai
permulaanya , kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi Negara (NKEA). Antara bidang yang
dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertaniamn yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak
dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan, Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT), Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan
kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.
Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah bidang bidang
khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran bagi setiap NKRA ditetapkan
lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam satu waktu tertentu yang di tetapkan.
Dalam pada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau National
Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap
NKRA.
Pendekatan NKRA sebagai bidang tumpuan dan KPI sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana
umumnya digunakan sebagai radas timbangan kerja dalam sektor korporat dan jarang sekali digunakan dalam
sektor awam. Namun, YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak memperkenalkan methodologi NKRA dan KPI
pada pertamakalinya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan agar rakyat diberi peluang untuk membuat
penilaian dan keputusan terhadap prestasi penyampaian agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program
pembangunan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan kepentingan rakyat.
Berhubungan dengan NKRA, enam (6) bidang tertentu yang meliputi sektor sosial dan ekonomi telah
dikenalpasti untuk dijadikan Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) yang boleh di ukur pencapaiannya.
Enam menteri kabinet di beri tanggungjawab menerajui NKRA bagi mencapai matlamat KPI kementerian
masing-masing dalam menterjemahkan prinsip Pencapaian Diutamakan.
Enam Bidang NKRA yang dipertanggunjawabkan kepada menteri, kementerian, jabatan dan agensi-agensi
kerajaan untuk dilaksanakan sejak bulan Januari 2010 dan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-
masing adalah seperti berikut:
1.NKRA: Mengurangkan kadar jenayah (Dato Seri Hishamuddin, Kementerian Dalam Negeri)
KPI: Kerajaan menetapkan sasaran pengurangan kadar jenayah 5 petatus secara keseluruhan dan 20 % jenayah
jalanan pada penghujung 2010.
2.NKRA: Mencegah amalan rasuah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato Seri Nazri Aziz)
KPI: Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.
3.NKRA: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (YAB Tan Sri Muyuddin Yassin,
Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia)
KPI: Kerajaan menetapkan meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+
dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012. Hampir 30,000 tenaga
pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang
berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.
Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari,kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan
sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang
2012.
4.NKRA: Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah (Kementerian Pembangunan
wanita,keluarga dan masyarakat)
KPI:
i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi
rumah miskin tegar di seluruh negara).
ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1
haribulan Setiap bulan.
I iv.Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita sejumlah 4,000
orang menjelang 2012.
i program amanah ikhtiar Malaysia.
5.NKRA: Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan
Wilayah).
KPI:
Mi.Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.
iii.Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. liputan rangkaian jalan luar
bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari
kemudahan jalan berturap. meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di sabah dan sarawak pada
penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.
miii.Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan
dinikmati oleh 80,000 buah rumah. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada
7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012. kerajaan akan membina dan membaik pulih
sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan miskin menjelang 2012 di seluruh malaysia.
6.NKRA: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (Kementerian Pengangkutan
Malaysia)
KPI:
Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% Kepada 25 % dikalangan
penduduk lembah Klang Pada penghujung tahun 2012.
JANGKA WAKTU PELAKSANAAN PROGRAN TRANSFORMASI
Program transformasi GTP dan ETP akan dijalankan dan dinilai pencapaiannya mengikut tiga (3) jadual waktu
tertentu yang ditetapkan iaitu Horizon-1( 2010-2012),Horizon 2( 2012-2015) dan Horozon 3 (2015-2020).
Horizon 1 melibatkan permulaan pelaksanaan initiatif-initiatif tertentu dalam bidangp-bidang yang telah
dikenalpasti ( NKRA), Horizon 2 dijangka akan melihat berhasilan NKRA dan malah mengubah suai kaedah
pelaksanaan jika perlu dan Horizon 3 dijangka akan melihat pencapaian wawasan negara tercapai iaitu matlamat
negara maju serta rakyat berpendapatan tinggi.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dibentuk dalam Jabatan Perdana Menteri untuk
mainkan peranan sebagai penyelaras induk, mengurus dan memantau program transformasi negara. Manakala,
Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pencapaian KPI NKRA yang telah ditetapkan.

PETUNJUK-PETUNJUK POSITIF NKRA


Pelaksanaan GTP dan ETP, terutamnya 6 bidang NKRA, yang giat dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh
agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan kesan positif yang dapat diukur prestasinya menggunakan KPI yang
telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing. Malah, menteri peneraju atau pegawai yang
dibertanggungjawabkan terhadap NKRA agensinya dilihat melaporkan pencapaian NKRA yang ditetapkan
dalam media massa untuk makluman dan penelitian rakyat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kesemua
enam NKRA telah mencapai KPI yang ditetapkan. Petunjuk-petunjuk pencapaian yang dikecap sejak januari
2010 adalah seperti berikut:
i.NKRA 1 bagi mengurangkan jenayah memperlihatkan lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama
dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , ditugaskan semula (redeployed) di 50
kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau hot spots. Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi
penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam
kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan. Kadar jenayah telah menurun
16 peratus pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata
turun 38.2 peratus dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan september 2010. Sejumlah 29 initiatif yang
dilaksanakan oleh Polis untuk mengurangkan kadar jenayah dijangka akan berhasil seperti disasarkan dalam
NKRA.
NNKRA 2 bagi membanteras rasuah pula, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh
Parlimen dan akan kuatkuasakan mulai 15 Disember 2010.Mata Indeks CPI Rasuah Malaysia pula mencatat 4.4
mata yang jelas menunjukkan persepsi rakyat meyakini terhadap usah-usaha MACC menangani rasuah.
NNKRA 3 yang ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula
melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.
NKRA 4 bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah
kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,50035,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri
daripada golongan berpendapatan rendah.
Sejumlah 6,639 keluarga dikenal pasti di Perak untuk di bantu mengatasi kemiskinan. Konsep program 1Azam
diperkenalkan untuk melahirkan kumpulan wanita yang mencebur dalan perniagaan kecil termasuk pertanian,
job-matching dan perkhidmatan. Semua keluarga yang disifatkan sebagai miskin tegar yang mendapat
pendapatan kurang daripada RM1,500 didaftar dalam sistem e-Kasih dan bantuan wang kebajikan kepada
kumpulan sasaran dibayar pada awal bulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengiatkan usaha menangani
kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan desa melalui program Welfare Assistance Model dan Socio-
Ekonomic Assistance Scheme dalam mencapai sasaran NKRA.
NKRA 5 bagi memperkasa prasana luar Bandar, RMK10 dan badjet 2011 telah mengariskan projek dan
memperuntukan badjet untuk membina jalan baru, meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan
Sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah,
meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan
dinikmati oleh 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada
7,000 rumah orang asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap
menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan
pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA.
1.Berhubung dengan bekalan letrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap letrik. Ini
menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di
Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan letrik.
Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di sabah dan 2597 unit di Sarawak telah
disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan
bekalan air berish yang dirawat menjelang tahun 2012.
NKRA 6 untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam memperlihatkan usaha-usaha penyelarasan laluan
bas awam di bandar-bandar utama dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna
bas awam bandar kepada 13 peratus.Kemudahan LRT di Lembah Kelang akan diperintingkatkan malah
perjalanan ke Ampang ditambahkan sepanjang 17.7 km dan perjalanan ke Kelana Jaya ditambahkan sepanjang
17 km supaya jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dapat di pertingkatkan kepada 96,000
pengguna sehari dalam perjalanan Kelana Jaya dan 66,000 pengguna sehari dalam perjalanan Ampang .
Sesungguhnya, pelaksanaan GTP dan ETP dengan pakej perangsang ekonomi serta beberapa tindakan
perubahan dan pengenalan inovasi telah berjaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran
kerajaan malah meningkatkan prestasi pencapaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Hakikatnya,
pertumbuhan ekonomi juga menunjukkan kejayaan yang menakjubkan dimana pembangunan ekonomi mencatit
9.5 peratus bagi separuh tahun pertama. Peningkatan ini merupakan kadar yang paling tinggi pencapaiannya
dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Pendekatan baru ini yang didukung oleh kombinasi pelbagai inisiatif kerajaan bersama sektor swasta telah
memberi sumbangan yang amat menggalakan dalam bidang ekonomi. Mengikut World Competitiveness
Yearbook (WCY), Malaysia telah melonjakkan kedudukannya ke tangga 10 dalam daya saing sedunia pada
tahun 2010 berbanding dengan tangga ke 18 pada tahun 2009. Malah, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang
(2) daripada empat (4) kategori daya saing di persada dunia iaitu kecekapan kerajaan (government efficiency)
dari tangga 19 ke tangga 9 dan kecekapan perniagaan (business efficiency) dari tangga 13 ke tangga 4.

Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 17:19 No comments: Links to this post


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2
Friday, 25 March 2016
Pembentangan Kerja Kursus
Pelajar-pelajar diminta sediakan 12 slaid power point untuk pembentangan.

Power point biarlah jelas, ringkas dan jangan gunakan sebarang animasi atau bunyi. Biar kelihatan kerja
akademik

Slaid 1-Pendahuluan 3 baris sahaja secara ringkas-tajuk-tempat-responden dan apakah masalah yg ingin anda
kaji-mengapakah kamu ingin mengkaji tajuk ini?
Slaid 2-Objektif kajian-senaraikan dengan bullet
Slaid 3- Lokasi kajian-terangkan dalam 3 baris-di mana letaknya-jaraknya-jangan masukkan peta atau foto
Slaid 4- Methodologi- Profil responden
Slaid 5- Methodologi-3 bullet- soal selidik-pemerhatian-temubual
Slaid 6- Methodologi- Instrumen Kajian-Bilangan soalan ditanya-berapakah skala likert digunakan, nyatakan
iaitu Amat Bersetuju, Bersetuju dan Tidak Bersetuju
Slaid 7- Analisis data- kekerapan-bilangan-peratus
Slaid 8- Dapatan Kajian- paling banyak amat bersetuju item apa?-bilangan-peratus-Mengapa (Satu sebab cukup)
Slaid 9- Dapatan Kajian- kedua paling banyak amat bersetuju item apa?-bilangan-peratus-Mengapa (Satu sebab
cukup)
Slaid 10- Dapatan Kajian- paling banyak bersetuju item apa?-bilangan-peratus-Mengapa (Satu sebab cukup)
Slaid 11- Dapatan Kajian- paling banyak tidak bersetuju item apa?-bilangan-peratus-Mengapa (Satu sebab
cukup)
Slaid 12- Kesimpulan-peratus keseluruhan merujuk apa?-Cadangan satu baris-harapan satu baris
Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 08:34 No comments: Links to this post
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2
Friday, 11 March 2016

Pemurnian Kajian Kerja Kursus


Pemurnian Kajian Kerja Kursus
1.Metodologi kajian bermaksud Kaedah Kajian. Anda boleh gunakan mana-mana satu istilah pun, saya terima.
Begitu juga dengan soal selidik dan instrumen. Kedua-duanya sama sahaja. Jangan keliru.
2.Saya sudah beritahu dalam kelas. Proposal yang disediakan oleh pelajar boleh diserap terus dalam kajian
sebenar. Cuma gunakan istilah seperti penyelidik telah mengadakan temubual dengan 10 orang responden dan
sebagainya. Saya cuma perlukan sekurang-kurangnya 3 kaedah seperti pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Kesemua ini telah anda lakukan dalam proposal. Proposal dibuat dengan menggunakan akan. Tetapi kajian
sebenar gunakan istilah telah. Itulah bezanya.
2.Dalam bahagian metodologi kajian/ Kaedah Kajian, setelah menerangkan cara-cara anda buat kajian seperti
pemerhatian, temu bual dan soal selidik, anda juga kena senaraikan soalan-soalan yang anda bertanya kepada
responden. Soalan ini anda serap terus daripada item soal selidik iaiatu 20 soalan item soal selidik tersebut.
3. Dalam bahagian Dapatan Kajian dan Perbincangan pula, mulakan dengan demografi atau pelajar PAUUM
menyebutkannya profil responden. Ini pun kita sudah siap. Kemudian diikuti pula graf untuk 5 item. Ini diikuti
dengan analisis item seperti nyatakan bilangan dan peratus amat bersetuju, bilangan dan peratus
bersetuju dan bilangan dan peratus tidak bersetuju. Analisis item ini diikuti dengan sebab. Bersetuju satu sebab
dan tidak bersetuju satu sebab. Sebab-sebab ini kita ambil daripada temu bual atau pemerhatian. Kalau ada buku
atau bahan bacaan ada menyebutnya, silakan dan nyatakan nama penulis buku/bahan bacaan diikuti tahun.Ini
pun saya sudah terangkan dalam kelas.
4. Begitulah seterusnya untuk item-item lain.
5. Oleh sebab tiada bahagian asing untuk ulasan maka kesemua soalan yang anda bertanya kepada responden
iaitu soalan temu bual dan apa yang anda perhatikan dalam pemerhatian iaitu catatan pemerhatian hendaklah
disenaraikannya.
6. Dalam bahagian kesimpulan, ikut sahaja contoh yang saya beri tetapi ubahsuai dengan tajuk kajian objektif
kajian dan dapatan kajian kamu. Bahagian ini berbeza bagi setiap pelajar kerana tajuk pelajar tidak sama.
7. Dalam bahagian rujukan pula caranya seperti berikut:
Dhanapal.R.,2007. Persepsi Pelajar Terhadap Perpustakaan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Dhanapal.R.,2014.Prasarana Pelajar Universiti dalam pabmhigh.blogspot.com. Tarikh akses: 23 Januari 2016.
Ali bin Ahmad,2013. Tanggapan Pelajar UiTM Terhadap Kemudahan Bas Universiti dalam jurnal
Kemanusiaan, Jilid 2 Bil 34. UiTM: Shah Alam
8. Dalam bahagian Lampiran, hanya masukkan satu set soal selidik kosong
9. Yang penting anda taipkannya sahaja. Susunan saya akan buat untuk anda semua.

Posted by Dr Dhanapal Rengasamy at 08:00 No comments: Links to this post


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGGAL 2
Thursday, 10 March 2016

Latihan Masa Cuti


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kerja Kumpulan kepada pelajar PAUUM
Latihan Masa Cuti

1. Dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang sukar bagi kita mencapai wawasan 2020. Setujukah
anda dengan pendapat ini?
2. Pelajar sering keliru antara Dasar Persyarikatan dengan Dasar Penswastaan . Mengapa?
3. Sejauh manakah PPPM memartabatkan profesion perguruan?
4. Dasar 3M dan LINUS berjaya mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Buktikan pendapat ini.
5. Apakah perbezaan antara Penyata Razak dengan Penyata Rahman Talib?
6. Mengapakah Dasar Pembangunan Nasional menggantikan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1991?
7. Apakah sumbangan Model Ekonomi Baru (MEB) dalam pelaksanaan RMKe-11?
8. Nyatakan dua strategi kerajaan dalam membasmi kemiskinan rakyat
9. Selain langkah penjimatan oleh agensi kerajaan, apakah langkah-langkah lain yang boleh dimabil
kerajaan untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi Malaysia?
10. Mengapakah keadaan sosiopolitik Malaysia amat penting dalam menarik pelancong dan pelabur ke
Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai