Anda di halaman 1dari 3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMIDAHKAN MAKLUMAT KEPADA TEKS

BUKAN LINEAR

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif
berikut:

i. Objektif Umum

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran memindahkan teks berbentuk linear kepada


bentuk bukan linear.

ii. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah agar

Pelajar dapat membina jadual dengan membuat pengiraan pantas dan seterusnya dapat
melukis graf dengan pantas.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 6 USMA yang terdiri
daripada 4 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan. Kumpulan pelajar sasaran merupakan
pelajar sederhana. Pelajar-pelajar ini mengambil mata pelajaran Ekonomi, Bahasa Melayu
dan Pengajian Perniagaan sebagai mata pelajaran elektif STPM. Pencapaian Matematik
mereka semasa SPM agak lemah iaitu kebanyakan mereka mendapat C untuk subjek
Matematik. Keadaan menyebabkan mereka lambat membuat pengiraan walaupun
membuat pengiraan yang mudah seperti tolak, tambah, darab, bahagi, mencari peratus
perubahan dan mencari sudut daripada peratus.

3/10 pelajar mendapat > 10/20


7/10 pelajar mendapat <5/20

PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.

i. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dilakukan pelajar
gagal membina jadual dengan cepat dan tidak dapat menyiapkan graf yang diminta dalam
tempoh yang ditetapkan.

ii. Ujian Pra

Satu ujian akan dilaksanakan pada bulan kedua pelajar memulakan pengajian di Penggal 2.
Jawapan pelajar akan disemak mengikut skema jawapan yang dikehendaki oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM). Markah mereka direkodkan.

iii. Ujian Post

TINDAKAN PERLAKSANAAN KAJIAN

i. Pelaksanaan 1

Guru akan memberikan 4 petikan graf seminggu. Pelajar akan dilatih mengira dengan cepat
dengan menggunakan teknik Highliter untuk setiap maklumat yang dinyatakan dalam
petikan. Apabila pelajar dilatih mengira dan membuat jadual dengan cepat, pelajar
mempunyai lebih banyak masa untuk membina graf. Pelajar hanya diberikan masa hanya 10
minit untuk membina jadual.

ii. Pelaksanaan 2

Pada peringkat seterusnya pelajar diminta membina graf dari jadual yang dibina. Pelajar
diberi masa selama 25 minit untuk membina graf.

iii. Pelaksanaan 3
Pada peringkat ketiga, pelajar diminta membina jadual dan graf serentak. Pelajar diberikan
masa selama 35 minit. Guru akan membunyikan jam loceng apabila masa tamat. Aktiviti ini
dijalankan sebanyak 10 kali.

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai