Anda di halaman 1dari 3

PENGGUNAAN MODUL LATIHAN WAJIB JAWAB (WAJA) 2009 MATAPELAJARAN MATEMATIK UNTUK PELAJAR MENENGAH RENDAH DALAM PROGRAM

PPSMI TINGKATAN 1, 2 DAN 3 TUJUAN: Memandangkan cabaran pendidikan yang semakin kompetitif, pihak Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar untuk memahami pembelajaran dari tingkatan 1 dan 2 sehinggalah menduduki peperiksaan Matematik PMR dengan lebih yakin secara khususnya serta membantu mereka mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan PMR secara amnya. LATAR BELAKANG Pelajar Tingkatan 3 adalah Kohot Kelima PPSMI yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. KPM mengarahkan supaya inisiatif diambil bagi membantu murid dan guru meningkatkan pencapaian murid. Semua pihak yang terlibat perlu memastikan pencapaian murid tidak merosot dan murid boleh menguasai kemahiran asas di tahap yang lebih baik. Dengan itu, pihak Sektor Pengurusan Akademik merancang satu program Latihan Wajib Jawab (WAJA) yang bertujuan untuk memantapkan P & P guru dan penguasaan murid-murid dalam Matematik. Program ini adalah bagi menggantikan program Learning to Score bagi matapelajaran Matematik. Fokus utama program ini adalah untuk mengatasi isu murid kurang diberi latihan secukupnya yang terancang (latihan yang diberi tidak mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid) dan guru kurang menganalisa aspek kelemahan murid secara menyeluruh. OBJEKTIF :

Meningkatkan prestasi Matematik dari segi kualiti dan kuantiti pelajarpelajar menengah rendah bagi sekolah-sekolah di Negeri Perak. Latihan yang diberikan kepada murid secukupnya dan terancang. Pencapaian murid sentiasa dianalisis secara menyeluruh daripada kerja latihan murid. Pemahaman dan penguasaan murid ditahap yang lebih baik. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dan berkesan.

2009

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT : Membantu pelajar bagaimana hendak menyelesaikan masalah Matematik dengan menggunakan kaedah dan teknik menjawab yang sesuai. Membantu pelajar meningkatkan gred pencapaian. Membantu guru matematik didalam membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan PMR 2009, 2010 dan 2011 melalui aktiviti yang terancang dan berfokus. Membantu pelajar mencapai peningkatan prestasi di dalam peperiksaan PMR 2009, 2010 dan 2011 terutamanya pelajar dari kumpulan yang lemah dan sederhana. Membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan PMR 2009, 2010 dan 2011. Meningkatkan kesedaran bahawa matematik adalah satu matapelajaran yang tidak terlalu sukar untuk difahami. STRATEGI PELAKSANAAN Sasaran Program : Murid Tingkatan 1, 2 dan 3. Pelaksanaan : Program ini wajib dilaksanakan oleh semua sekolah tetapi diberikan kebebasan merancang pelaksanaan program ini di peringkat sekolah. Program ini wajib dijalankan di dalam jadual waktu formal, iaitu semasa Pengajaran dan Pembelajaran. Konsep pelaksanaan adalah wajib jawab, wajib periksa dan wajib dipantau. Bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Kaedah penyelesaian bergantung kepada guru dan boleh menggunakan pelbagai kaedah lain yang difikirkan sesuai. Disyorkan modul untuk pelajar-pelajar lemah dan sederhana. Bahan perlu diperbanyak dan diedarkan kepada pelajar. Penggunaan modul perlu direkod dan disahkan oleh pentadbir untuk tujuan pemantauan. Murid/guru perlu memfailkan bahan-bahan atau modul yang telah dijawab. TEMPOH PELAKSANAAN Bulan Januari hingga Julai.

ii

TOPIK SASARAN: Topik yang dipilih adalah topik yang dapat membantu pelajar dalam menghadapi PMR 2009, 2010 dan 2011. Topik berikut adalah mudah dijawab dan sering keluar dalam peperiksaan sebenar.
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 Topik Basic Measurement Decimal Fractions Percentages Primeter And Area Whole Numbers Algebraic Expressions II Coordinates Geometrical Construction Intergers And Directed Numbers Linear Equations I Loci In Two Dimensions Pythagoras Theorem Ratio, Rates And Proportion I Solid Geometry II, Nets Squares, Square Roots, Cubes, Cube Roots Statistic Bar Charts Statistic Line Graph Statistic Pictogram Transformation I Reflection Transformation I Translation Algebraic Expressions III Algebraic Formulae Graphs of Function Indices Linear Inequalities Lines And Angles II Polygons II Solid Geometry III Statistic Mode, Median, Mean Statistic Pie Charts Transformation II Enlargement Scale Drawing Trigonometry Catatan Tingkatan 1 Tingkatan 1 Tingkatan 1 Tingkatan 1 Tingkatan 1 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3 Tingkatan 3

PENUTUP: Diharapkan dengan terlaksananya Program Latihan Wajib Jawab (WAJA) ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi murid yang akan menduduki PMR pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Kerjasama guru-guru di peringkat sekolah amat diperlukan bagi menjayakan program ini dilaksanakan dengan berkesan dan memberikan impak seperti mana dihasratkan.

iii

Anda mungkin juga menyukai