Anda di halaman 1dari 2

PENGGUNAAN

MODUL ASPIRASI MATEMATIK KERTAS 2


SPM 2019

TUJUAN:
Memandangkan cabaran pendidikan yang semakin kompetitif, pihak Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Kedah di bawah kelolaan En. Azammer Bin Azizan telah mengambil inisiatif
untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Matematik SPM dengan lebih
yakin secara khususnya serta membantu mereka mendapat keputusan yang cemerlang didalam
peperiksaan SPM secara amnya.

OBJEKTIF :

 Meningkatkan prestasi Matematik dari segi kualiti dan kuantiti pelajar-pelajar SPM bagi
sekolah-sekolah di Negeri Kedah.

 Latihan yang diberikan kepada murid sederhana dan lulus secukupnya dan terancang.

 Pencapaian murid sentiasa dianalisis secara menyeluruh daripada kerja latihan murid.

 Pemahaman dan penguasaan murid ditahap yang lebih baik.

 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dan berkesan.

MATLAMAT :
 Membantu pelajar bagaimana hendak menyelesaikan masalah Matematik dengan menggunakan
kaedah dan teknik menjawab yang sesuai.

 Membantu pelajar meningkatkan gred pencapaian SPM.

 Membantu guru matematik didalam membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi
peperiksaan SPM 2019 melalui aktiviti yang terancang dan berfokus.

 Membantu pelajar mencapai peningkatan prestasi di dalam peperiksaan SPM 2019 terutamanya
pelajar dari kumpulan yang lemah dan sederhana.

 Membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan SPM 2019

 Meningkatkan kesedaran bahawa matematik adalah satu matapelajaranyang tidak terlalu sukar
untuk difahami.

i
STRATEGI PELAKSANAAN
Sasaran Program : Murid Tingkatan 5 2019.

Pelaksanaan :

 Program ini wajib dilaksanakan oleh semua sekolah tetapi diberikan kebebasan merancang
pelaksanaan program ini di peringkat sekolah.

 Program ini wajib dijalankan di dalam jadual waktu formal, iaitu semasa Pengajaran dan
Pembelajaran.

 Konsep pelaksanaan adalah wajib jawab, wajib periksa dan wajib dipantau.

 Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu.

 Kaedah penyelesaian bergantung kepada guru dan boleh menggunakan pelbagai kaedah lain
yang difikirkan sesuai.

 Disyorkan modul untuk semua pelajar Tingkatan 5 amnya dan pelajar sederhana dan galus
khususnya.

 Bahan perlu diperbanyak dan diedarkan kepada pelajar.

 Penggunaan modul perlu direkod dan disahkan oleh pentadbir untuk tujuan pemantauan.

 Murid/guru perlu memfailkan bahan-bahan atau modul yang telah dijawab.

TEMPOH PELAKSANAAN
Bulan Julai hingga Oktober.

TOPIK SASARAN:
Topik yang dipilih adalah topik yang dapat membantu pelajar dalam menghadapi SPM 2019.
Topik berikut adalah mudah dijawab dan sering keluar dalam peperiksaan sebenar.

PENUTUP:
Diharapkan dengan terlaksananya Modul Aspirasi JPN Kedah 2019 ini akan dapat membantu
meningkatkan prestasi murid yang akan menduduki SPM tahun ini. Kerjasama guru-guru di
peringkat sekolah amat diperlukan bagi menjayakan program ini dilaksanakan dengan berkesan
dan memberikan impak seperti mana dihasratkan.

ii

Anda mungkin juga menyukai