Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM SIFIR CHALLENGE

1. RASIONAL

Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan lagi kemahiran
sifir dalam bidang Matematik. Dalam bidang ini beberapa kemahiran asas yang
berkaitan dengannya akan diterapkan. Setelah membuat analisis dan pemerhatian
pada sekolah ini, didapati terdapat banyak pelajar masih kurang mampu menghafal sifir.

Melalui aktiviti ini juga diharap murid-murid di sekolah ini dapat melatih diri dengan aktif
dalam pembelajaran sifir di samping murid-murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis
dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap, bijak, dan
pantas. Pengaplikasian sifir dalam pembelajaran Matematik mampu meningkatkan
pencapaian Matematik pelajar kerana penguasaan sifir merupakan modal asas yang
penting dalam menguasai kemahiran yang lain.

2. OBJEKTIF

Beberapa objektif dalam Program Sifir Challenge dikenal pasti agar dapat dicapai oleh
murid-murid di sekolah ini seperti :-

1. Meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik.


2. Menambah keyakinan kendiri pelajar untuk memahami dan menyelesaikan
masalah-masalah dalam Matematik terutama murid di sekolah ini menerusi
pembelajaran Matematik.
3. Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam Matematik.
4. Meningkatkan peratus penguasaan sifir dalam kalangan pelajar 100%.
5. Menambah keyakinan murid dalam penggunaan sifir dengan bijak dan pantas.
3. SASARAN

Semua murid di sekolah ini dari Tahun 4 hingga Tahun 6.

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 30/11/2021
Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi
Tempat : Kelas masing-masing

a) LANGKAH PELAKSANAAN
* Mesyuarat Panitia Matematik mengenai program yang dirancang.
* Penyediaan jadual pelaksanaan program adalah berdasarkan takwim Panitia
Matematik 2021.
* Guru mata pelajaran Matematik akan menyediakan soalan seperti yang telah
ditetapkan.

b) Cara Pelaksanaan Program


* Guru masa pertama yang terlibat dengan kelas Tahun 4,5 dan 6 akan membantu
menyelia perjalanan program.
* Murid diminta untuk 60soalan asas sifir iaitu sifir 1-9. Masa akan dicatatkan setelah
murid selesai menjawab soalan.

c) Jawatankuasa pelaksanaan program


Penaung : En. Manap bin Mat
Penasihat : En Razlan bin Suhaimi
Pengerusi : Pn Marliana binti Mohamad Nor Rollah
Setiausaha : En Farhan bin Fida’i
Ahli Jawatankuasa : 1) En Jannatun Naim bin
2) En Amiruddin bin
c) PENILAIAN DAN KAWALAN
* Semua hasil jawapan murid akan ditanda oleh guru yang terlibat serta dipantau oleh
GPK Pentadbiran dan Guru Besar.

5. PERBELANJAAN

1hamper x 5 pemenang x RM20 = RM100

a) Sumber Kewangan
1) PCG Panitia Matematik

6. PENUTUP
Program ini diharap akan dapat melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dalam
penggunaan sifir dan meningkatkan prestasi serta peratus kelulusan murid-murid dalam
Matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________ _______________

MARLIANA MOHAMAD NOR ROLLAH MANAP BIN MAT


KETUA PANITIA MATEMATIK GURU BESAR
SK ULU TEMBELING SK ULU TEMBELING

Anda mungkin juga menyukai