Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM BIJAK SIFIR

1. RASIONAL

Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan lagi kemahiran
sifir dalam bidang Matematik. Dalam bidang ini beberapa kemahiran asas yang
berkaitan dengannya akan diterapkan. Setelah membuat analisis dan pemerhatian
pada sekolah ini, didapati terdapat banyak pelajar masih kurang mampu menghafal sifir.

Melalui aktiviti ini juga diharap murid-murid di sekolah ini dapat melatih diri dengan aktif
dalam pembelajaran sifir di samping murid-murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis
dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap, bijak, dan
pantas. Pengaplikasian sifir dalam pembelajaran Matematik mampu meningkatkan
pencapaian Matematik pelajar kerana penguasaan sifir merupakan modal asas yang
penting dalam menguasai kemahiran yang lain.

2. OBJEKTIF

Beberapa objektif dalam Program Bijak Sifir dikenal pasti agar dapat dicapai oleh murid-
murid di sekolah ini seperti :-

1. Meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik.


2. Menambah keyakinan kendiri pelajar untuk memahami dan menyelesaikan
masalah-masalah dalam Matematik terutama murid di sekolah ini menerusi
pembelajaran Matematik.
3. Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam Matematik.
4. Meningkatkan peratus penguasaan sifir dalam kalangan pelajar 100%.
5. Menambah keyakinan murid dalam penggunaan sifir dengan bijak dan pantas.

3. SASARAN
Semua murid di sekolah ini dari Tahun 2 hingga Tahun 6.

4. PELAKSANAAN

Program Bijak Sifir dilaksanakan sepanjang tahun. Program ini melibatkan semua guru
Matematik dan semua murid di sekolah ini dari murid Tahun Tahun 1 hingga murid
Tahun enam. Semua guru bertanggungjawab mewujudkan emosi dan budaya serta
persekitaran sifir Matematik di sekolah ini. Guru dikehendaki menyediakan jadual sifir
dalam kelas. Di samping itu, guru Matematik harus menyediakan Jadual Sifir dengan
senarai nama murid dalam kelas. Guru Matematik juga perlu mengenal pasti dan
membuat tanda pada jadual tersebut setiap hari untuk mengenal pasti pelajar yang
sudah boleh menghafal sifir. Sebagai tambahan, guru dan murid bersama
menyediakan ABM tambahan seperti Pokok Matematik, Sungai Matematik, Rumah
Matematik di dalam kelas atau di kawasan sekolah untuk meningkatkan persekitaran
pembelajaran sifir Matematik.

Selain itu, sebelum memulakan pembelajaran Matematik setiap waktu pembelajaran


Matematik, murid-murid dalam kelas perlu menghafal sifir sebelum guru datang atau
memulakan pembelajaran.

Latihan dalam program ini dilaksanakan dalam kelas sebagai aktiviti latih tubi dan juga
di rumah sebagai latihan pengukuhan. Guru yang dipertanggungjawabkan akan
menyediakan soalan atau bahan dan jawapan. Setiap akhir bulan, ada juga diadakan
kuiz atau pertandingan sifir dalam setiap kelas. Hadiah akan diberikan kepada pelajar
yang dapat menjawab dengan semua betul dalam kuiz tersebut.

a) LANGKAH PELAKSANAAN
* Mesyuarat Panitia Matematik mengenai program yang dirancang.
* Mengenal pasti punca pelajar tidak mahu menghafal sifir.
* Penyediaan jadual pelaksanaan program adalah berdasarkan takwim Panitia
Matematik 202`.
* Guru mata pelajaran Matematik akan menyediakan soalan seperti yang telah
ditetapkan.

b) CARA PELAKSANAAN PROGRAM


* Penyediakan jadual sifir dan jadual senarai nama dalam kelas.
* Mencetak jadual sifir untuk setiap murid.
* Pengedaran bahan tambahan kepada murid-murid, dijawab dan ditampal dalam buku
yang telah ditetapkan.
* Menyediakan bahan sokongan seperti kad sifir, sungai matematik dan sebagainya
dalam kelas untuk menarik perhatian pelajar.

c) PENILAIAN DAN KAWALAN


* Kuiz dan pertandingan diadakan di setiap kelas.
* Guru menyuruh murid menghafal sifir pada masa ruangan.
* Pemantauan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan 1 serta guru kelas Matematik.

5. PERBELANJAAN

Akan ditentukan

6. PENUTUP
Program ini diharap akan dapat melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dalam
penggunaan sifir dan meningkatkan prestasi serta peratus kelulusan murid-murid dalam
Matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(BANING ANAK PANDANG) ( LING SIEW


CHEING)

Peserta Kursus NPQEL Mentor

Anda mungkin juga menyukai