Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

‘SPEED MATHS’
KERTAS KERJA

‘Speed Maths’

1. PENDAHULUAN

Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik
haruslah ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan
di dalam subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sekolah menengah dan
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh
mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran
matematik tambahan.
Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah
melalui strategi pendekatan pembelajaran atau pun gaya pembelajaran pelajar. Bagi
meningkatkan lagi pencapaian matematik murid, pihak Panitia Matematik SJK(T) Pulau
Carey Barat telah melancarkan penggunaan buku ‘Speed Maths’ untuk mengukuhkan
operasi asas matematik di kalangan murid-murid sekolah ini.

MATLAMAT

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid


terhadap kepentingan dan keperluan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi mata
pelajaran matematik murid-murid SJK(T) Pulau Carey Barat sebagai sasaran
kecemerlangan pada tahun 2020.
OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada para murid tentang keperluan matematik dalam kehidupan
seharian.
2. Mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai mata pelajaran
yang mudah dipelajari dan lebih mudah daripada mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Meningkatkan keyakinan murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik walaupun
masih belum mahir membaca.
4. Meningkatkan prestasi murid dan pencapaian keseluruhan sekolah dalam mata
pelajaran Matematik terutama sekali dalam peperiksaan UPSR.

2. KUMPULAN SASARAN
Murid – murid tahun 1 hingga tahun 6.

3. PERLAKSANAAN

Sepanjang Hari Persekolah

4. JAWATANKUASA PROGRAM

4.1 Penasihat : Pn.V.Kunasundary


4.2 Pengerusi : Pn.A.Yogeneswari
4.3 Setiausaha : Cik.R.Kanaga
4.4 AJK : Semua guru Matematik
5. PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun dalam proses PdPc di dalam bilik
darjah. Guru boleh menggunakan buku ini sebelum memulakan PdPc hari itu. Guru menyuruh
murid-murid membuat latihan dalam buku itu mengikut masa yang diperuntukkan untuk latihan di
muka surat.

6. ANGGARAN KOS

Bilangan Murid Harga Seunit Jumlah

95 RM2.50 RM2.50 x 95 orang = RM237.50


JUMLAH BESAR RM237.50

Penutup
Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

____________________ ____________________
(PN.YOGENESWARI A/P R APPALASAMY) (PN. KUNASUNDARY A/P VEERABADHRAN)
Ketua Panitia Matematik, Guru Besar,
SJK(T) Pulau Carey Barat. SJK(T) Pulau Carey Barat.

Anda mungkin juga menyukai