Anda di halaman 1dari 3

BBD 1067

Laporan Buku ‘Speed Maths’ 2018

Matlamat

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid


terhadap kepentingan dan keperluan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi mata
pelajaran matematik murid-murid SJK(T) Pulau Carey Barat sebagai sasaran
kecemerlangan pada tahun 2020.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada para murid tentang keperluan matematik dalam


kehidupan seharian.
2. Mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai mata
pelajaran yang mudah dipelajari dan lebih mudah daripada mata pelajaran
Bahasa Melayu.
3. Meningkatkan keyakinan murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik
walaupun masih belum mahir membaca.
4. Meningkatkan prestasi murid dan pencapaian keseluruhan sekolah dalam mata
pelajaran Matematik terutama sekali dalam peperiksaan UPSR.

1
STRATEGI PERLAKSANAAN

Pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun dalam proses PdPc di dalam
bilik darjah. Guru boleh menggunakan buku ini sebelum memulakan PdPc hari itu. Guru
menyuruh murid-murid membuat latihan dalam buku itu mengikut masa yang
diperuntukkan untuk latihan di muka surat.

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

 Pelajar minat membuat latihan dalam buku ‘Speed Maths’ disebabkan solan yang
mudah dijawab.
 guru-guru sains dan matematik yang sangat komited dan bermotivasi.

KELEMAHAN PROJEK/ AKTIVITI

 modul dibina sendiri.


 Sesetengah guru tidak setuju untuk menggunakan buku ‘Speed Maths’ semasa
waktu mereka dan menyuruh gunakan buku itu semasa waktu matematik sahaja.
 Kekangan tenaga disebabkan kekurangan guru di sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1. Bahan- bahan yang hendak digunakan dan maklumat-maklumat yang hendak


ditampal haruslah disediakan lebih awal.

KESIMPULAN

1. Penggunaan buku ‘Speed Maths’ ini dapat berjalan dengan lancar dan telah
dapat memberikan maklum balas yang agak baik.

2
Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

____________________ ____________________

(PN.YOGENESWARI A/P R APPALASAMY) (PN.KUNASUNDARY A/P VEERABADHRAN)

Ketua Panitia Matematik, Guru Besar,

SJK(T) Pulau Carey Barat. SJK(T) Pulau Carey Barat.

Anda mungkin juga menyukai