Anda di halaman 1dari 14

1. Apakah faktor yang menyumbang kepada pelajar bunuh diri?

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, Kementerian Kesihatan


mendedahkan, 11.2 peratus remaja dalam kelompok itu mempunyai idea untuk membunuh
diri, sembilan peratus merancang untuk bunuh diri dan 10.1 peratus melakukan cubaan untuk
bunuh diri. Perlakuan pelajar untuk membunuh diri mengikut kajian itu berkait rapat dengan
faktor biologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran, dengan faktor kemiskinan dan
kegagalan akademik menjadi pendorong utama. Faktor psikologi atau psikiatri seperti
kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan ubatan, alkohol dan gangguan personaliti turut
mencetus kepada perlakuan bunuh diri. Menurut Pensyarah dan Doktor Psikiatri Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Hazli Zakaria (2012) ada
sesetengah remaja gagal menyesuaikan diri dengan perubahan dalam tempoh membentuk
peribadi. Tanpa sokongan ibu bapa, mereka mula merasakan diri kosong serta berbeza
daripada orang lain. Hal ini mendorong remaja melakukan tindak balas berunsur kerosakan
seperti mencederakan diri sendiri serta bersikap impulsif (mudah terdorong), sekali gus
cenderung bertindak luar batasan dengan hanya sedikit provokasi atau kekecewaan.

Menurut Dr Hazli (2012) berkata, kajian di beberapa negara barat mendapati 27


hingga 39 peratus kes bunuh diri berlaku dalam tempoh enam minggu daripada sesuatu mala
petaka atau trauma yang dihadapi mangsa. Ini membuktikan remaja yang berhasrat
membunuh diri sebenarnya ingin menarik perhatian keluarga, yang masalah itu hanya dapat
diselesaikan seandainya ibu bapa memberi perhatian rapi kepada anak sejak mereka kecil dan
sentiasa berkongsi masalah dengan mereka. Sementara itu, menurut Presiden Persatuan
Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar, remaja yang berada
dalam peringkat membentuk identiti diri seakan ‘terperangkap’ antara peralihan usia kanak-
kanak dan dewasa, menyebabkan mereka cenderung berkelakuan terlalu ekstrem atau terlalu
pendiam. Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa masalah berkaitan kekeluargaan,
persahabatan, percintaan atau hubungan dengan guru dan rakan sebaya kerap menimbulkan
tekanan kepada remaja. Ada kala cubaan bunuh diri diceritakan kepada rakan, tapi rakan pula
menganggapnya sekadar remeh. Ada juga luahan dibuat di laman sosial, namun dipersenda
kerana dianggap bahan gurauan. Kes cubaan bunuh diri ada yang dibuktikan bukan
dirancang, sebaliknya disebabkan krisis yang menimpa mangsa secara tiba-tiba membuatkan
pelajar rasa bimbang, ketakutan dan tidak selesa.

1
Merujuk kepada kajian kes yang dilakukan terhadap seorang pelajar universiti awam
yang bernama Fatima, pada pendapat saya antara faktor yang menyumbang kepada kes bunuh
diri pelajar tersebut adalah kerana masalah kemurungan. Dalam kes ini, Fatima adalah anak
harapan untuk keluarganya. Ibu bapanya mempunyai harapan yang tinggi terhadapnya kerana
dia adalah anak sulung dalam keluarga. Ibu bapanya berhasrat dan mahu dia menjadi guru di
kampung halamannya. Walaubagaimanapun, Fatima tidak meminati profesion tersebut. Dia
lebih meminati seni. Tetapi bapanya meyakinkannya sebagai seorang wanita yang akan
berkahwin di kemudian hari akan dapat menjaga anak-anaknya lebih baik jika dia menjadi
seorang guru.

Fatima merupakan seorang yang pemalu, tenang dan introvert yang suka membaca
buku. Dia seorang yang pemalu dan kurang berkeyakinan untuk bersosial dan berinteraksi
dengan rakan sekelasnya. Selain itu, dia juga datang dari kawasan luar bandar dan
mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Perkara ini menjadi halangan
kepada dia untuk melakukan menjawab peperiksaan dengan baik. Dia adalah salah seorang
pelajar terbaik secara konsisten tetapi kini telah berubah dengan menjadi salah seorang
pelajar yang tercorot. Prestasi akademik turut merosot dengan teruk selepas semester
pertama. Fatima mula tidak menghadirkan diri ke kelas selepas minggu kedua kuliah dan
hampir tidak dapat menguasai pembelajarannya. Keputusan akademik yang diperolehnya
kurang kompetitif menyebabkan ketidakupayaannya untuk mendapatkan biasiswa. Selain itu,
masalah yang turut dihadapi olehnya adalah dia mendengar suara-suara bisikan halus
ditelinganya dan kerap meracau. Disebabkan masalah-masalah tekanan yang dihadapinya,
beliau menjadi kemurungan lalu membunuh diri.

Berdasarkan kes tersebut juga dapat disimpulkan antara faktor pelajar tersebut
membunuh diri adalah disebabkan oleh kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan
seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan
ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan
sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

2
2. Apakah tindakan yang perlu guru tersebut lakukan apabila beliau melihat
terdapat perubahan tingkah laku Fatima?

Pada pendapat saya seorang guru itu perlu lebih prihatin terhadap tingkah laku
pelajar-pelajarnya yang kelihatan tidak normal. Antara cara-cara yang boleh digunakan
adalah tanya pelajar tersebut untuk dapatkan pengesahan. Sebagai contoh, “adakah anda rasa
hendak bunuh diri?” Ini perlu agar kita lebih jelas dengan niat mereka. Kemudian, dapatkan
bantuan untuk mereka. Ini menunjukkan anda ambil berat tentang mereka. Mereka mungkin
menafikan niat bunuh diri, tetapi anda boleh terus memerhatikan tanda-tanda lain.

Keduanya, pastikan mereka berasa selamat. Salah satu cara mencegah bunuh diri
adalah dengan mengehadkan akses mereka kepada objek atau tempat berbahaya. Jangan biar
mereka simpan objek tajam atau bahan beracun. Jangan biarkan mereka ke tempat tinggi atau
berdekatan air berseorangan. Tanya jika mereka merancang untuk bunuh diri, lalu terus
singkirkan alat atau kaedah bunuh diri berkenaan.Seterusnya berada di sisi dan dengar.
Sentiasa ada di sisi mereka dan tunjukkan yang anda sedia membantu. Dengar kata-kata
mereka dengan teliti untuk memahami perasaan mereka. Berbicara tentang perasaan mereka
dan memperakui keinginan bunuh diri mereka boleh mengawal kecenderungan bunuh diri.

Selain itu guru boleh cuba mapatkan bantuan dari pihak lain, ini kerana kebanyakan
kes bunuh diri disebabkan kemurungan klinikal. Rujuk kes begini kepada pakar kesihatan
mental profesional. Kenalkan mereka dengan NGO seperti Befrienders, penasihat spiritual
atau individu lain yang dipercayai yang boleh membantu mereka. Simpan nombor penting
dalam telefon anda dan mereka agar mudah dihubungi apabila perlu. Guru tidak perlu
mengantung harapan kepada guru kaunseling semata – mata ini adalah kerana pelbagai
pendekatan boleh diguna pakai untuk kes-kes yang berlainan.

Selain itu juga, guru tersebut perlu sentiasa berhubung sengan pelajar tersebut selepas sesuatu
krisis atau rawatan, teruskan berhubung rapat dengan mereka. Perhatikan kelakuan berulang
yang menandakan keinginan bunuh diri. Hubungan rapat dengan mereka yang berisiko bunuh

3
diri boleh mencegah cubaan bunuh diri di masa depan.Perasaan murung atau sering marah-
marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini
dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada
pengamatan orang luar contohnya selalu menangis. Jika anda seorang pelajar universiti, anda
mungkin tahu bahawa terdapat khidmat kaunseling bagi setiap pelajar. Selalunya dengan
percuma.Walaupun ini bukan terhad kepada mereka yang menghadapi kemurungan, pakar-
pakar di sana pasti dapat membantu anda dalam menangani sebarang masalah emosi dan
psikologi anda.Pada masa yang akan datang, kita akan cuba mengumpulkan kesemuanya
klinik kesihatan pelajar di universiti-universiti seluruh Malaysia untuk kemudahan anda. Buat
masa ini, tanya kepada professor atau staff universiti untuk memastikan di mana anda boleh
mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Guru perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita.
Mereka perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat
dalam gejala menagih dadah. Jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam
keadaan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu
bapa mereka. Menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang dalam menangangi isu-
isu remaja seperti ini. Selain itu aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan
hendaklah diadakan seperti mengadakan hari keluarga ataupun gotong-royong serta aktiviti
berfaedah seperti itu dapat dijalankan, sekaligus dapat merepatkan hubungan silaturahim.
Aktiviti bersatu padu seperti ini akan menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk
melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman perumahan mereka mahupun
perkara negatif yang lain.

4
3. Apakah jenis kecederaan diri atau tingkah laku bunuh diri? Bagaimanakah
pelajar dibantu untuk mempelajari lebih lanjut tentang strategi kesihatan
mental dan mencari bantuan

Isu bunuh diri melibatkan tingkahlaku bunuh diri, idea bunuh diri dan cubaan
membunuh diri. Menurut Marcus (1996) asal perkataaan “Suicide” dalam bahasa Inggeris
adalah diambil daripada dua perkataan latin iaitu “Sui” bermaksud diri dan “caedere”
bermaksud untuk membunuh. Stillion (1999) dalam fahaman Greek pula bunuh diri adalah
satu tingkah laku rasional yang membenarkan manusia untuk mengawal kematian mereka.
Kamus dewan edisi keempat pula mendefinisikan bunuh diri sebagai seseorang yang
mengambil nyawa sendiri dengan sengaja (Granello dan Granello 2007), yang berhubung kait
dengan komponen biologikal, sosial, dan psikologikal, (Durkheim 1897), berlaku secara
langsung atau tidak langsung hasil daripada tindakan yang positif atau negatif yang
mengorbankan diri sendiri dan diketahui akan menyebabkan kematian.

Manakala menurut Maris, Berman, Silverman & Bongar (2000) tingkahlaku bunuh
diri didefinisikan sebagai semua tingkah laku yang dilakukan untuk mencari penyelesaian
atas sesuatu masalah dalam kehidupan. Beliau membahagikan tingkahlaku bunuh diri kepada
3 bahagian iaitu pertama Bunuh diri adalah membunuh sendiri secara sukarela, kedua bunuh
diri dilakukan oleh diri sendiri kepada diri sendiri dan ketiga bunuh diri secara langsung atau
tidak langsung seperti makan ubat secara berlebihan, duduk di tengah landasan kereta api dan
sebagainya. Maniam Thambu (2010) pula menyatakan istilah tingkah laku bunuh diri boleh
ditafsirkan merangkumi tingkah laku idea untuk bunuh diri, merancang untuk bunuh diri,
mencederakan diri sendiri, percubaan bunuh diri dan bunuh diri.

Berdasarkan kepada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa tingkah laku bunuh
diri secara umum ialah perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri sendiri dengan harapan
kematian dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Manakala idea untuk membunuh diri
sebagai keinginan seseorang untuk membunuh diri. Idea bunuh diri juga boleh ditafsirkan
sebagai pemikiran dan perasaan untuk membunuh diri tanpa mengambil tindakan bunuh diri.

5
walaupun idea bunuh diri dikatakan sebagai kurang serius berbanding cubaan bunuh diri
namun jika dibiarkan idea ini akan membawa kepada perlakuan bunuh diri. Menurut Miller
dan Eckert (2009), idea bunuh diri adalah pemikiran yang serius tentang bunuh diri yang
mungkin membawa kepada bentuk tingkah laku bunuh diri yang lain. Walau bagaimanapun,
dalam apa jua keadaan dan alasan, bunuh diri tetap merupakan satu perbuatan yang dilarang
keras dalam semua agama dan merupakan dosa yang amat besar. Dalam Islam menjaga
nyawa dan anggota tubuh badan adalah satu tanggungjawab yang sangat besar sepertimana
yang ditekankan dalam surah al-An’am ayat enam yang menegah manusia daripada
membunuh diri.

Cedera diri, juga dikenal sebagai kecederaan diri, pencabulan diri, atau
penyalahgunaan diri terjadi ketika seseorang sengaja dan berulang-ulang membahayakan
diri / dirinya dengan cara yang impulsif dan tidak dimaksudkan untuk mematikan. Kaedah
yang paling umum ialah:

i. Pemotongan kulit (70-90%),


ii. Kepala membenturkan atau memukul (21% -44%),
iii. Pembakaran (15% -35%).

Bentuk-bentuk kecederaan diri yang lain termasuklah menggaru gatal secara berlebihan ,
menggambar darah, menumbuk diri atau objek dengan kuat, menjangkiti diri, menyisipkan
objek ke lubang badan, meminum sesuatu yang berbahaya (seperti peluntur atau detergen),
dan memecah tulang dengan sengaja. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kecederaan
diri tanpa bunuh diri (NSSI) menyakitkan diri mereka dalam lebih daripada satu cara.

Hubungan antara bunuh diri dan kecederaan diri adalah rumit. Walaupun orang yang
tidak cedera diri tidak membunuh diri tidak berupaya membunuh diri, mereka boleh
menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada yang diharapkan, yang boleh
menyebabkan komplikasi perubatan atau kematian. Dalam kes kecederaan diri yang teruk
atau berpanjangan, seseorang mungkin menjadi terdesak untuk kekurangan kawalan mereka
terhadap tingkah laku dan sifat ketagihannya, yang boleh membawa mereka ke cubaan bunuh
diri yang benar.

6
Berikut merupakan tanda-tanda amaran bahawa seseorang mungkin mencederakan diri
mereka termasuk:

i. Kecederaan yang tidak dapat dijelaskan termasuk luka dan luka bakar,
ii. Kurang keyakinan diri,
iii. Kesukaran mengendalikan perasaan,
iv. Masalah hubungan atau penghindaran perhubungan, dan
v. Tidak berfungsi dengan baik di tempat kerja, sekolah atau rumah

Sekiranya seseorang memaparkan tanda-tanda dan gejala kecederaan diri, seorang


profesional kesihatan mental dengan kepakaran diri sendiri perlu dirujuk. Penilaian atau
penilaian adalah langkah pertama, diikuti dengan kursus rawatan yang disyorkan untuk
mengelakkan kitaran merosakkan diri daripada berterusan. Pilihan rawatan kecederaan diri
termasuk terapi pesakit luar, sebahagian pesakit-pesakit (6-12 jam sehari) dan kemasukan
rawat di rumah. Apabila tingkah laku mengganggu hidup harian, seperti pekerjaan dan
hubungan, dan kesihatan atau mengancam nyawa, program hospital kecederaan diri khusus
dengan kakitangan yang berpengalaman disyorkan.

Rawatan kecederaan diri yang berkesan adalah gabungan ubat, terapi kognitif /
tingkah laku, dan terapi interpersonal, ditambah dengan perkhidmatan rawatan lain yang
diperlukan. Ubat sering digunakan dalam pengurusan kemurungan, kegelisahan, kelakuan
obsesif-kompulsif, dan pemikiran perlumbaan yang mungkin menanggung kecederaan diri.
Terapi kognitif / tingkah laku membantu individu memahami dan menguruskan fikiran dan
tingkah laku mereka yang merosakkan. Kontrak, jurnal, dan log tingkah laku adalah alat yang
berguna untuk mendapatkan semula kawalan diri. Terapi interpersonal membantu individu
dalam mendapatkan wawasan dan kemahiran untuk pembangunan dan penyelenggaraan
hubungan. Perkhidmatan untuk gangguan makan, penyalahgunaan alkohol / bahan, trauma,

7
penyalahgunaan, dan terapi keluarga harus tersedia dan disepadukan ke dalam rawatan,
bergantung kepada keperluan individu.

Rawatan pencegahan yang awal dapat membantu pelajar mempelajari stretegi pengurusan
kesihat mental dengan lebih baik. Berikut merupakan antara langkah yang boleh dijadikan
panduan oleh pelajar.

i. Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan


ingin membunuh diri?

a. Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.


b. Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk
mengambil dos yang berlebihan.
c. Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
d. Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
e. Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh
mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
f. Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
g. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan
yang selanjutnya

ii. Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?

a. Ambil berat/serius luahan/aduan


b. Berbicaralah secara terbuka mengenai bunuh diri dan kemurungan dengan orang
yang tersayang
c. Selalu dapatkan bantuan profesional
d. Bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah
atau anda boleh yakinkannya untuk membawanya berjumpa dengan kaunselor,
pegawai psikologi dan psikiatri untuk tujuan itu.
e. Cuba bercakap dengan mereka agar mereka dapat meluahkan perasaan
f. Jangan pandang remeh niat mereka untuk membunuh diri.

8
g. Jangan asyik memberi nasihat. Mereka sebenarnya ingin anda mendengar (listen)
masalah yang dialami
h. Jangan cuba menilai tingkahlaku mereka kerana anda tidak mengerti dan tidak
berada disituasi mangsa.

Timbalan Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr Hazli Zakaria berkata golongan


yang mempunyai masalah mental biasanya tidak mendapatkan rawatan kerana takut atau
malu mengakui mereka mempunyai masalah. Sementara itu ada sesetengan individu yang
tidak menyedari mereka mempunyai masalah. Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang
mungkin dapat dilihat atau dirasai oleh mereka yang rapat dengan individu berkenaan.
Petanda jelas sekiranya seseorang yang berperwatakan mesra secara tiba-tiba menjadi
introvert atau anti-sosial. Antara simptom lain yang menunjukkan keadaan kesihatan mental
seseorang itu adalah perubahan signifikan pada pola tidurnya, iaitu sama ada terlalu banyak
tidur atau mengalami kesulitan untuk tidur. Penyakit mental juga boleh mempengaruhi selera
seseorang, motivasi, harga diri dan harapan untuk masa depan.

Diharapkan dengan adanya pendedahan dan pendidikan mengenai masalah itu, stigma
berkaitan kesihatan mental akan berkurangan dan terus lenyap di masa depan. Dengan
meningkatkan kesedaran, lebih ramai akan tahu mengenai masalah ini dan faham tidak perlu
rasa malu untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, dengan menganjurkan kumpulan
sokongan, menyediakan lebih banyak bantuan dan mewujudkan kurikulum yang merangkumi
kepentingan kesihatan mental di sekolah-sekolah juga akan membantu menyebarkan
kesedaran mengenai masalah ini. Sokongan keluarga dan rakan-rakan adalah penting dan
berguna. Ini kerana amat penting untuk memahami dan menerima masalah kesihatan mental
yang dihadapi seseorang itu.

9
4. Apakah yang harus menjadi peranan individu dan kumpulan berikut dalam
menghalang dan menangani secara membina pelajar dengan kecederaan diri
atau tingkah laku bunuh diri? Apakah yang perlu (Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
badan pelajar, ibu bapa) lakukan apabila mereka menghadapi pelajar dengan
kecederaan diri atau tingkah laku bunuh diri?

Pada pendapat saya, setiap individu mahupun kumpulan perlu memainkan peranan
tersendiri dalam menangani secara membina semangat seseorang itu kembali agar individu
tersebut dapat membina semangat dan jati diri serta memulihkan semangat yang telah patah
itu. Mungkin kita kenal seseorang yang menghadapi kemurungan. Mungkin kita kenal
seorang yang membunuh diri akibatnya. Mungkin kita menghadapi kemurungan atas
masalah-masalah tertentu.Jangan berlengah lagi. Hulurkan bantuan kepada mereka yang
memerlukan, dan sebarkan kasih sayang di antara semua.Bak kata pepatah Melayu, “Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.”Itulah makna sebenar satu masyarakat.

Menghadapi isu individu yang mencederakan diri sendiri seperti menoreh nadi
mahupun pangkal lengan ini dengan tidak membiarkan mereka bersendirian ataupun berasa
sunyi serta tidak mempunyai tempat mengadu. Orang dewasa dalam kelompok masyarakat
perlu menjadi role model untuk dicontohi oleh anak-anak muda. Andainya orang dewasa
mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, Kelak
dituduh ‘seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul’. Sebagai contoh, orang dewasa
tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap
rokok. Perlihatkan contoh-contoh yang murni pada anak-anak muda untuk dijadikan contoh
yang harus diteladani.

Bagi menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam
kehidupan mereka berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja dengan menjalankan

10
tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak
tersesat jalan, tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat
negara ini juga dan sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan
kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda
mereka itu. Anak muda seperti ini perlu diberi tunjuk ajar agar mereka tidak sesat jalan dalam
melayari hari – hari yang mencabar mereka. Fenomena bunuh diri di Malaysia harus dilihat
sebagai satu fenomena sosial dan bukan setakat isu atau masalah individu sahaja malah
melibatkan masyarakatnya dan negara. Disamping itu, perbuatan membunuh diri boleh
diatasi sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada anggota
masyarakat yang lain bahkan kepada diri mereka sendiri. Fenomena ini perlu dipandang
serius oleh setiap lapisan masyarakat dalam mencegah masalah bunuh diri di Malaysia serta
pihak kerajaan perlu menyusun strategi dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencegah
perbuatan membunuh diri dari meningkat secara berleluasa.

Tuntasnya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam kancah sosial,
pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua strategi yang dirancang harus
dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak
ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan
hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk
menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada
masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus
persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai
masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan? Sudah tentu jawapannya tidak.
Semuanya ini akan menjadi kenyataan sekiranya setiap rakyat bekerjasama bagi memastikan
modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

11
5. Nilaikan pendekatan pengurusan kepada Fatima. Apakah tahap amalan semasa
untuk mencegah dan menangani kecederaan diri pelajar atau tingkah laku bunuh
diri yang berkesan? Apakah yang boleh dilakukan oleh institusi pendidikan untuk
memperbaiki keadaan tersebut?

Pendekatan yang boleh digunakan untuk pengurusan kes yang berlaku kepada Fatima adalah
dapatkan pertolongan. Tiada siapa yang sepatutnya bersetuju untuk menyimpan pemikiran
bunuh diri beliau secara rahsia dan sebaliknya harus memberitahu orang dewasa yang sesuai
dengan penjagaan, seperti ibu bapa, guru, atau ahli psikologi institusi pengajian . Ibu bapa
perlu mendapatkan bantuan daripada sumber kesihatan mental sekolah atau komuniti secepat
mungkin. Kakitangan institusi pengajian perlu mengambil pelajar ke profesional atau
pegawai kesihatan mental yang bekerja di institusi tersebut.

Selain itu, pendekatan pengurusan kes Fatima ini juga dilihat boleh diberikan
penambahbaikan dari segi pengurusan pengendalian masalah seperti mempelbagaikan kaedah
penyelesaian masalahnya. Selepas memahami terhadap masalah-masalah dan sebab-sebab
yang dibelunggui olehseseorang individu yang berkeinginan untuk terlibat dalam gejalah
bunuh diri, intervensiyang sesuai perlu dijalankan sabagai usaha bagi menghilangkan niat
individu tersebut untuk membunuh diri serta mengurangkan fikiran negatif yang menghantui
individu tersebut sendiri. Intervensi amalan semasa yang dilaksanakan merangkumi beberapa
langkah untuk memperbaiki tingkah laku tersebut iaitu

Antara peranan institusi pengajian dalam pencegahan bunuh diri adalah seperti berikut:

i. Pelajar banyak menghabiskan sebahagian besar hari mereka di sekolah di bawah


pengawasan kakitangan institusi pengajian.

12
Pencegahan bunuh diri dan pencegahan keganasan yang berkesan disepadukan
dengan sokongan perkhidmatan kesihatan mental, melibatkan seluruh komuniti
institusi dan tertanam dalam iklim institusi yang positif melalui jangkaan tingkah laku
pelajar dan hubungan pelajar / dewasa yang penuh keprihatinan dan kepercayaan.
Oleh itu, adalah penting untuk semua kakitangan institut mengetahui dan berjaga-
jaga, faktor-faktor risiko dan tanda amaran bunuh diri. Seluruh kakitangan institute
perlu berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana pelajar berasa selamat
berkongsi maklumat sedemikian. Psikologi institusi dan kakitangan pasukan tindak
balas krisis yang lain, termasuk kaunselor dan pentadbir institusi pengajian, dilatih
untuk campur tangan apabila pelajar dikenal pasti berisiko untuk membunuh diri.
Orang-orang ini melakukan penilaian risiko bunuh diri, memberi amaran kepada ibu
bapa, memberikan cadangan dan rujukan kepada khidmat masyarakat, dan sering
memberi bimbingan dan sokongan susulan di institusi berkenaan.

ii. Pemberitahuan dan Penyertaan Ibu Bapa

Sekiranya pemuda dinilai rendah dalam tingkah laku bunuh diri, sekolah boleh meminta ibu
bapa menandatangani borang dokumentasi untuk menunjukkan bahawa maklumat berkaitan
telah disediakan. Pemberitahuan ibu bapa mesti didokumenkan. Selain itu, ibu bapa adalah
anggota penting penilaian risiko bunuh diri kerana mereka sering mempunyai maklumat
penting untuk membuat penilaian risiko yang sesuai, termasuk sejarah kesihatan mental,
dinamik keluarga, peristiwa traumatik baru-baru ini, dan tingkah laku bunuh diri yang
terdahulu. Selepas sekolah memberitahu ibubapa risiko anak mereka untuk bunuh diri dan
memberikan maklumat rujukan, tanggungjawabnya tertakluk kepada ibu bapa untuk
mendapatkan bantuan kesihatan mental untuk anak mereka.

faktor daya tahan boleh mengurangkan potensi risiko yang membawa kepada ideas dan
tingkah laku bunuh diri. Apabila ada pelajar yang dianggap berisiko, institusi pengajian ,
keluarga, dan rakan-rakan harus bekerjasama untuk mengawalnya. Ini termasuk:

a. Sokongan keluarga dan perpaduan, termasuk komunikasi yang baik.


b. Sokongan rakan dan rangkaian sosial yang rapat.

13
c. Sokongan daripada masyarakat dan pihak institut
d. Kepercayaan budaya atau keagamaan yang tidak menggalakkan bunuh diri dan
mempromosikan hidup yang sihat.
e. Mengatasi masalah dan menyelesaikan masalah kemahiran, termasuk penyelesaian
konflik.
f. Kepuasan hidup am, harga diri yang baik, rasa tujuan.
g. Akses mudah ke sumber kesihatan dan kesihatan mental yang berkesan.

14

Anda mungkin juga menyukai