Anda di halaman 1dari 6

KEMPEN KESEDARAN PSIKOSOSIAL: HARI KESEDARAN MENCEDERAKAN DIRI 2022

Posted on March 1, 2022 ·

Mencederakan diri merupakan perbuatan yang disengajakan yang mendatangkan kemudaratan kepada


diri tetapi selalunya tanpa niat untuk membunuh diri namun tetap boleh membahayakan nyawa
sekiranya melakukannya secara agresif seperti menoreh, meletakkan benda panas di badan atau
membakar diri. Individu yang mencederakan diri lebih berkemungkinan besar untuk mati akibat
membunuh diri. Perbuatan mencederakan diri ini didapati sekitar 40% hingga 6o% daripada kes
kematian akibat membunuh diri di seluruh dunia. 
Keinginan untuk mencederakan diri merupakan simptom yang sering terdapat dalam kalangan mereka
yang mengalami kecelaruan personaliti.  

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka ini terdorong untuk mencederakan diri, iaitu:

 untuk mengalih perhatian atau melarikan diri dari kesakitan emosi, kemarahan melampau atau
kekecewaan yang mendalam (mekanisme daya tindak). 

 berasa puas hati, lega dan lebih tenang setiap kali melihat darah yang mengalir tumpah seiring
dengan hilangnya kesakitan emosi, seperti kemurungan, kebimbangan, stres dan perasaan
gagal.

 sebagai luahan emosi dalaman yang amat terluka dan minta diberi perhatian. 

 inginkan kawalan atau dominasi terhadap diri. 

 menghukum diri kerana berasa bersalah atau menyalahkan diri dan tidak dapat memaafkan diri
atas sesuatu kejadian yang berlaku atau sebab berasa sangat berdosa.

 mengikut trend tingkah laku semasa kerana terpengaruh dengan lambakan video tutorial atau
filem di Youtube.

 perlu melakukannya untuk diterima sebagai ahli dalam sesuatu kumpulan.

 masalah keluarga, seperti keluarga yang berantakan, kehilangan ibu bapa, penceraian ibu bapa,
penderaan, sering dipersalahkan, dibanding-bandingkan, atau ibu bapa pilih kasih.

 masalah di sekolah, seperti dibuli, pergaduhan, terasing atau dipulaukan.

 mengalami kecelaruan mental seperti kemurungan, kebimbangan, penyalahgunaan bahan,


kecelaruan pemakanan, trauma, post traumatic stress disorder (PTSD) dan skizofrenia (terdengar
suara meminta untuk mencederakan diri sendiri). 

Kebiasaannya perbuatan mencederakan diri ini akan diikuti dengan perasaan bersalah dan berasa malu
dengan perbuatan mencederakan diri  sendiri. Sesetengah individu mungkin mencederakan diri untuk
beberapa kali dan berhenti dari melakukannya semula, dan ada juga yang mencederakan diri selalu dan
secara berterusan.

Tindakan mencederakan diri ini adalah lebih lazim dalam kalangan wanita berbanding dengan lelaki.
Golongan wanita pada kebiasaannya mencederakan diri dengan mengelar tubuh badan, manakala
golongan lelaki pula lebih kepada memukul diri dan menggunakan api untuk mencederakan diri.
Perbuatan mencederakan diri lebih kerap berlaku di antara usia 12 hingga 24 tahun dan lebih cenderung
bermula pada usia 14 tahun. Remaja perempuan dalam lingkungan usia antara 12 hingga 15 tahun
adalah 5 kali ganda lebih berisiko untuk mencederakan diri. Statistik menunjukkan 5% dalam populasi
umum dewasa mencederakan diri manakala bagi populasi umum remaja pula adalah sebanyak 15%. 

Simptom-simptom mencederakan diri yang boleh diperhatikan:

 luka yang tidak dapat dijelaskan.

 sentiasa berpakaian bertutup sepenuhnya walaupun dalam keadaan  cuaca panas. 

 tanda-tanda kemurungan.

 mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan orang lain.

 menyatakan perasaan bersalah, menyalahkan diri dan berhasrat ingin menghukum diri.

 berasa putus asa, hilang harapan dan tidak berhasrat meneruskan kehidupan dan ingin
mengakhiri penderitaan.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya berhadapan situasi ini?

 jangan ambil ringan dan mudah.

 cuba memahami faktor yang boleh menyebabkan perbuatan mencederakan diri.

 luangkan masa untuk mendengar luahan perasaan.

 dapatkan bantuan pakar.


Kes Cederakan Diri Sendiri Dikalangan
Remaja Semakin Meningkat
Jumaat, 30 Mei 2014 4:48 PM

PENINGKATAN kes tekanan mental dikalangan golongan muda pada hari ini wajar
diberi perhatian serius. Di England kes ini meningkat tiga kali ganda menurut, kajian
bersama yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menurut laporan yang dikeluarkan The Health Behaviour in School-Aged Children


(HSBC), melibatkan kira-kira 6,000 anak muda yang berusia 11, 13 dan 15 tahun di
seluruh England mendedahkan mereka sanggup mencederakan diri mereka. 

Bagaimanapun tiada data komprehensif yang menunjukkan England


merupakan negara yang paling tinggi mencatatkan kes mencederakan diri
sendiri sejak kajian itu dijalankan pada 1983. 

Keputusan tersebut termasuk bukti anekdot yang diperoleh daripada guru


sekolah menengah di seluruh Britain. Kajian mengenai cubaan mencederakan
diri itu turut disiarkan dalam British Medical Journal pada 2002. 

Berdasarkan kajian kira-kira 6,000 remaja yang berusia 15 dan 16 tahun


daripada 41 sekolah berkata mereka sanggup mencederakan diri mereka
tahun lalu. 

Berbanding dengan kajian yang dijalankan WHO pada 2013-2014,


menjadikan jumlah tersebut kepada 20 peratus dikalangan mereka yang
sanggup mencederakan diri sendiri dikalangan remaja yang berusia 15
tahun. 

Antara aksi yang digunakan untuk mencederakan diri sendiri ialah, mengelar
pergelangan tangan, membakar dan menggigit diri sendiri. Professor Fiona
Brooks, Ketua Kesihatan Kanak-Kanak dan Remaja University Hertfordshire,
berkata hasil kajian agak membimbangkan dan insiden mencederakan diri
sendiri banyak berlaku dikalangan pelajar wanita. 
Pada usia 11 tahun, pelajar wanita dan lelaki mencatatkan level emosi yang
sejahtera. Namun pada usia 15, perbezaannya semakin meningkat dan 45
peratus remaja wanita berkata mereka berasa sangat lemah berbanding
golongan lelaki yang mencatatkan 23 peratus. 

Beliau memberi amaran ia ibarat bom jangka melainkan kesihatan mental


yang lemah dikalangan kanak-kanak segera dapat diatasi. "Kami belum cukup
tahu tentang mengapa (kesihatan mental yang lemah ini berlaku), adakah
disebabkan ibu bapa sibuk bekerja dan ini menjadikan kanak-kanak lebih
berasa tertekan. 

Golongan remaja ini tahu mereka perlu gred yang lebih baik untuk masuk ke
universiti, namun ia tidak memberi jaminan mereka akan mudah mencari
pekerjaan.

Brooks percaya ia menyebabkan anak muda 'beralih kepada strategi seperti


mencederakan diri sendiri untuk menguruskan tekanan dalam jangka
pendek." 

"Walaupun, ia mencatatkan penurunan bagi kelakuan seperti hisap rokok,


minum arak, masih tiada lagi transisi yang lebih positif dicatatkan dalam
kelakuan yang baik," katanya. 

Grace, 16, merupakan seorang remaja yang gemarkan muzik, menyanyi dan
bermain bola jaring. Namun sejak dia berusia 12 tahun dia sudah mula
mencederakan diri sendiri. 

"Saya mula mengelar pergelangan tangan saya dengan gunting dan pisau
cukur. Ada masanya keadaan menjadi lebih teruk hingga sanggup
mencederakan hingga ke bahagian peha. Adakalanya sekali sebulan,
bergantung kepada apa yang berlaku disekeliling saya," katanya.

Oleh kerana selalu mencederakan diri, ia meninggalkan kesan parut di


badannya. Grace juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling di sekolah,
namun dia berkata ia tidak membantu kerana kaunselor di sekolahnya agak
berusia. 

Ibunya sering menyalahkan diri sendiri akibat apa yang berlaku terhadap
dirinya. Grace, bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang
berlaku terhadap dirinya. 

"Ini bukan salah sesiapa. Saya berharap dapat mengatasi masalah ini dengan
lebih baik," katanya. 

"Saya terpaksa membiasakan diri dengan apa yang ada di sekolah. Saya
mempunyai teman rapat, dan buat pertama kali saya mempunyai seorang
rakan karib yang tidak pernah saya miliki sebelum ini. Keluarga juga memberi
sokongan yang kuat kepada saya," katanya. 

Namun sejak didiagnos mengihap depresi setahun yang lalu, dia sangat lega
dan percaya pengesanan peringkat awal sangat membantu. 

"Ia dapat mengurangkan kekeliruan dalam diri mengapa saya bersikap


sebegini," katanya. 

"Walaupun agak bengang dengan label berkenaan, namun dia percaya sejak
disahkan dirinya menghidap depresi menunjukkan ada sebab disebalik apa
yang berlaku dan dia juga sudah tidak mencederakan diri sendiri," katanya. 

Selfharm.co.uk wujud sejak 1993, bagi membantu kehendak sosial dan emosi
golongan muda. Ia juga turut menyediakan forum kepada mereka yang suka
mencederakan diri sendiri agar mereka boleh mendapatkan nasihat dan dapat
berhubung dengan golongan yang senasib dengan mereka. 

Grace juga diminta mengetengahkan skim Alumina, yang akan mengadakan


mesyuarat mingguan secara atas talian bersama dengan kauselor dan doktor.
Pada masa yang sama dia turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
untuk membolehkan mereka menganalisa apa yang dilakukannya. 

Prof Brooks percaya kajian menunjukkan adalah perlu semua pihak melihat
dengan lebih mendalam punca yang menyebabkan peningkatan kes
mencederakan diri sendiri. 

"Kita perlu tahu apa strategi yang diperlukan untuk membantu golongan muda
mengatasi masalah mencederakan diri sendiri."  -Guardian News & Media. 

Anda mungkin juga menyukai