Anda di halaman 1dari 5

FORUM: KEMURUNGAN PENGHALANG MASA DEPAN

IMPAK KEMURUNGAN

1.MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPAN

Terima kasih Pengerusi Majlis.


Bismillahirahmanirohim.
Assalamualaikum dan salam negaraku Malaysia.

Berbalik kepada soalan saudara sebentar tadi kemurungan


sememangnya telah menyumbang kepada perubahan gaya hidup
individu tersebut ke arah yang negatif.Sebelum saya mengulas isu ini
dengan lebih lanjut, terlebih dahulu saya ingin mempelawa hadirin
sekalian untuk menghayati keratan serangkap puisi oleh karyawan
terkenal , Haikal Rider yang berjudul Pergolakan Sendiri :

Kegelapan mengcengkam
Walau cuaca belum malam
Keresahan pula hadir mengigil
Suara yang seakan , memanggil
Menghunus sukma yagn kerdil.

Di sini jika kita memahami dengan lebih lanjut , kemurungan


semestinya memberikan impak dari segi kualiti kehidupan
seseorang , menyebabkan seseorang beremosi dan menjalankan
isolasi (pengasingan) , masyarakat akan mengecopkan individu
terbabit sebagai ‘gila bayang’.Apabila isu ini telah dibincangkan
semula di platform-platform digital seperti Whatsapp , TikTok
mahupun Facebook, mereka mulai sedar bahawa segilintir daripada
mereka mulai mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat ini.Golongan
ini seakan-akan bersikap pesimistik , tidak tenteram ,terlalu protektif
dan “mengalah dalam kehidupan”. Menurut tinjauan yang telah
dikendalikan oleh Dr Mohd Razali , Tindakan membunuh diri dalam
kalangan pelajar telah meningkat pada tahun 2017 iaitu sebanyak
17.9% berbanding 7.9% tahun 2012.Ini lah yang terjadi apabila kita
hidup di dalam dunia kapitalis di mana yang kaya akan bertambah
kaya , yang miskin akan gila sehingga menjadi pada kedana.Saya
memandang isu ini sebagai sindrom obses dimana kita akan sanggup
menggadaikan kesihatan mental demi meneruskan kehidupan yang
tidak seberapa ini.Oleh itu , Tindakan sedemikian akan membawa
kesan kepada orang lain seperti kajian yang telah saya
temukan.Buktinya , melalui keratan akhbar Sinar Harian-SABTU,28-
MEI 2022 jenayah yang dilakukan oleh seseorang datangnya dari
sikap amarah yang didendamkan.Apabila perasaan ini tidak terkawal
maka wujudlah tekanan emosi yang menjejaskan kesihatan.
Pandangan Professor Datin Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya
berkata, dendam dan amarah yang disimpan terlalu lama antara
yang boleh dikaitkan sebagai punca sehingga membawa kepada
kejadian lebih buruk dan tidak diduga.Mereka sebenarnya bukan
kurang siuman atau penagih dadah , malah segelintir daripadanya
bertaraf Pendidikan , berpengaruh agama dan berkerjaya.Namun
begitu , apakah perkara yang mendorong mereka bertindak sehingga
melanggar kewarasan normal?Nah , lihat sahaja peristiwa 20
Februari lepas adik Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia di
Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai akibat didera
bapa tiri dan ibu kandungnya.
Bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia
akibat kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang
pecah, selain mempunyai kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api
rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta
luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan. Perkara itu katanya,
sehingga tahap tidak mahu berkongsi kasih sayang suami atau isteri
bersama orang lain, hatta dengan anak tiri.Sedemikian lah yang saya
katakan tadi , kemurungan bukan sahaja menjadi isu kepada
seseorang individu , malahan sehingga meruntuhkan suasana
bermasyarakatan.Sebelum kita kembali kepada saudari pengerusi
majlis saya ingin warwarkan jika anda keseorangan , ingatlah
pepatah “bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor” anda
bukan bersendirian.

2.MEMBUNUH DIRI

Terima kasih pengerusi majlis


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pengerusi majlis,

Sebelum itu , saya hendak bertanyakan satu soalan kepada yang


berhormat pengerusi majlis.Pernahkah anda pada suatu ketika
berasa ingin membunuh diri kerana menjangkakan bahawa anda
tidak lagi berupaya untuk meneruskan hidup ini?
Respon Pengerusi: Saya tidak pula berfikir sampai begitu sekali ya
professor.Namun saya menjangkakan mungin segelintier daripada
kita prnah berhasrat sedemikian malahan sudahpun melakuan
perkara tersebut.
Baiklah, pengerusi majlis.Berbalik kepada kenyataan sebentar tadi,
jika kita teliti dengan lebih mendalam kadar kematian akibat bunuh
diri semakin meningkat dari hari ke hari.Dalam jangka masa 5 tahun ,
sebanyak 10% kadar kematian meningkat dalam kalangan pelajar
dari tahun 2012 hingga tahun 2017.Jika kita teliti dari skop yang lebih
besar pula, seperti yang dilaporkan oleh World Health Organisation
(WHO) menganggarkan setiap 40 saat , satu kematian dilaporkan
akibat bunuh diri.Rata-rata kebanyakkan daripada golongan ini stress
ataupun Lelah mendengar bebelan daripada masyarakat yang sibuk
akan kehidupan mereka.Misalnya, memelalui pendedahan secara
viral di platform media sosial yang memaparkan cerita-cerita hangat
mengenai seseorang seperti rogol dan buli yang memberi kesan
kepada mangsa atau pemangsa untuk bertindak menamatkan
Riwayat mereka.Buktinya melalui keratan akhbar OKENEWS yang
merupakan salah satu saluran akhbar di Indonesia di mana salah
seorang siswi di SMA cuba untuk membunuh diri setelah pacarnya
menyebarkan video asusila mereka bersama.Sudah terang lagi
bersuluh kemurungan datangnya dari persekitaran , lalu mendorong
seseorang itu untuk membunuh diri.Sebeblum saya mengundurkan
diri dengarkanlah sserangkap pantun dari saya :

Jika dikau tidak (rehat)


Dunia ini tiada toleransi
Tidak guna akhlak tanpa jiwa
Tidak guna badan tanpa rohani

Sekian itu sahaja daripada saya , kita Kembali kepada tuan pengerusi.

Anda mungkin juga menyukai