Anda di halaman 1dari 45

PENGENALAN

Pengerusi Kesihatan merupakan anugerah paling mahal untuk manusia


Panel 1 Memang dalam realiti, pastikan menangi minda sendiri terlebih dahulu

Panel 2 Jatuh cinta pada diri sendiri adalah rahsia menuju kebahagiaan

Panel 3 Jangan menyerah sebelum memikirkan solusi yang terbaik

Semua Kesihatan emosi nadi kehidupan


PUSINGAN 1
PENGERUSI
Salam sejahtera, salam kasih sayang dan
salam bumi kenyalang . Bersyukur kita
kepada tuhan kerana dengan izinnya
kita dapat bersama-sama dalam forum
remaja pada kali ini.bak kata orang, tak
kenal maka tak cinta, dengan itu nama
diberi Maxmarcos anak Taip selaku
pengerusi forum anda pada hari ini.
PENGERUSI
Hadirin yang dihormati sekalian, saya
memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari
ini. Baiklah di sebelah kiri saya, ahli panel yang
pertama nampak segak bergaya, saya
memperkenalkan saudara Darren Marcastello
anak Benjamin Roady Nosing, selamat datang
saudara, apa khabar ?
PANEL 1 (DARREN)
Terima kasih saudara pengerusi majlis. Saya,
khabar baik sahaja, saudara pula bagaimana?
PENGERUSI

Saya juga berada dalam keadaan yang sihat,


terima kasih saudara.
 
Seterusnya, ahli panel kita yang kedua, saudari
safina yemima joying phang. Apa khabar
saudari?
PANEL 2 (SAFINA)
Khabar baik saudara.

PENGERUSI
Dan di hujung sana saudari Siti Nurelisa
Natasha binti Zaini panel kita yang
ketiga.Selamat dating saudari apa khabar?
PANEL 3 (LISA)
Terima kasih saudara pengerusi majlis.
Alhamdulillah, khabar baik. Saudara pula
bagaimana?
PENGERUSI
Saya juga berada dalam keadaan yang sihat dan cukup bersemangat untuk memulakan topik
perbincangan kita pada hari ini. Baiklah kita sudahpun berkenalan dengan ahli-ahli panel kita. Tanpa
melengah masa lagi,moleknya kita memulakan forum kita pada hari ini ' kemurungan suatu realiti
atau mimpi dalam masyarakat moden pada masa kini’ merupakan kupasan tajuk yang akan
dibincang oleh ahli-ahli panel kita sebentar nanti.
PENGERUSI
Sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit maklumat
berkaitan tajuk perbincangan kita. Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) pernah mengeluarkan
kenyataan bahawa kes kebimbangan dan kemurungan
di seluruh dunia telah meningkat lebih 25 peratus
kerana pandemik Covid-19. Keratan akhbar Kosmo
dalam talian bertarikh 11 Mei 2022 menyatakan
punca seorang remaja perempuan untuk terjun dari
tingkat lima di sebuah pusat beli belah di seksyen 7 ,
shah alam disebabkan oleh masalah kesihatan dan
kemurungan Adakah masalah kemurungan ini
marabahaya kepada masyarakat moden pada masa
kini?
PENGERUSI
Jadi, sebagai pembuka forum kita pada kali ini,
saya ingin bertanyakan soalan kepada ahli panel
kita yang pertama. Terdapat dua persoalan yang
ingin saya ajukan kepada panel kita yang
pertama iaitu apakah yang dimaksudkan
dengan kemurungan ini dan apakah simptom-
simtpom yang dikenal pasti seseorang individu
tersebut mengalami masalah kemurungan.
PANEL 1 (DARREN)
Terima kasih pengerusi majlis.
Menurut kamus dewan edisi keempat,
kemurungan ditakrifkan sebagai keadaan
apabila seseorang mengalami rasa kecewa
dan putus asa yang diiringi dengan gejala
seperti sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa
bersalah yang keterlaluan yang tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
PANEL 1 (DARREN)
Manakala maksud kemurungan secara
konseptual pula, Menurut Nur Ashidah yahya
dan Fariza Md Sham( 2020) menyatakan
kemurungan merupakan gangguan yang
melibatkan perubahan pemikiran, emosi,
perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan
kehidupan seseorang itu menjadi sukar dan
jika tidak dirawat akan memberi kesan yang
buruk kepada individu dan masyarakat.
PENEL 1 ( DARREN)
• Secara umumnya, masalah kemurungan ini memang wujud berlaku
dalam kalangan masyarakat moden kini. Jelaslah, kemurungan ini
merupakan suatu realiti yang tidak dapat kita nafikan dan bukannya
sekadar mimpi.
PANEL 1 (DARREN)
Baiklah, bagi menempuhi zaman moden ini, kita
mestilah tahu cara untuk mengenal pasti apakah tanda-
tanda seseorang itu mengalami kemurungan supaya kita
dapat mengenal pasti tahap kesihatan mental kita
sendiri.Menurut artikel yang ditulis oleh Iskandar
Zulkarnain( 2021). Terdapat 10 tanda-tanda kemurungan
yang dapat dikenal pasti. Pertama , seseorang individu
akan merasakan diri mereka tidak berguna. Kedua,
seseorang itu juga mengalami kesedihan atau
kekosongan yang berpanjangan. Ketiga,seseorang itu,
mudah letih dan tidak bertenaga.
PANEL 1 (DARREN)
Keempat,ada juga dalam kalangan mereka
mempunyai perasaan bersalah dan perasaan mudah
berputus asa . kelima, seseorang yang mengalami
kemurungan juga ada menunjukkan masalah
gangguan tidur dan lebih parah lagi ada yang merasa
mati merupakan jalan penyelesaian mudah untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi . Antara
simptom lain seseorang itu mempunyai kurang daya
tumpuan dan ingatan , kurang selera makan , dan
mudah cemas dan fobia. Semua yang saya nyatakan
tadi merupakan tanda-tanda awal kemurungan.
PANEL 1(DARREN)
Sebelum saya mengundurkan diri saya ingin
warwarkan sekiranya anda mengalami tanda-
tanda ini , segeralah berjumpa dengan pakar
psikiatri untuk mendapat rawatan lanjut .
sekian itu sahaja daripada saya.
terima kasih
PENGERUSI
Terima kasih kepada saudara darren atas
penjelasan yang cukup jelas itu tadi. Beliau
telah menyatakan beberapa tanda awal yang
menunjukkan seseorang itu mengalami
kemurungan. Persoalan seterusnya saya ingin
bertanya kepada ahli panel kita yang kedua
mengenai, siapakah golongan yang berisiko
untuk menghidapi kemurungan ini?
PANEL 2 (SAFINA)
Terima kasih saudara pengerusi majlis,
baiklah saya akan menerangkan golongan
yang berisiko untuk menghidapi
kemurungan ini. Penyakit kemurungan ini
boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak
kira jantina , umur mahupun bangsa .
 
PANEL 2 (SAFINA)
Antara yang berisiko mengalami kemurungan ialah orang
yang pernah mengalami kemurungan sebelum ini juga
boleh berulang lagi kembali sekiranya tidak mendapat
rawatan yang berterusan. Selain itu, orang yang
menghidap penyakit kronik seperti kanser , diabetes,
hipertensi, sakit jantung atau kesakitan yang
berpanjangan juga berisiko mengalami kemurungan.
Simptom yang lain adalah seperti hilang anggota badan
dan kematian orang yang disayangi juga boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan.
PANEL 2 (SAFINA)
Masalah kekeluargaan seperti penceraian dan
masalah rumah tangga juga antara golongan
yang berisiko menghidapi kemurungan jika tidak
seseorang itu tidak mampu mengurus emosi
dengan betul. Akhir sekali, tekanan di tempat
kerja juga antara golongan yang berisiko
menghidapi kemurungan. Mungkin semua
orang pernah lalui dan ada yang berasa sangat
sedih sehingga tidak mampu mengawal dan
terus mengalami kemurungan.
PANEL 2 (SAFINA)
Oleh itu, sokongan yang padu daripada semua
pihak perlu dipergiatkan agar dapat membantu
golongan ini supaya tidak menyendiri dan
mengambil jalan yang mudah untuk
menyelesaikan masalah. Jelaslah bahawa,
semua pihak perlu faham dan mengetahui
siapakah golongan yang berisiko agar perkara ini
dapat dibendung serta membantu golongan ini
untuk merawat penyakit kemurungan. Baiklah,
setakat itu sahaja yang ingin saya sampaikan.
PENGERUSI

Terima kasih kepada ahli panel kedua kita.


Memang betul perkara yang diperkatakan
saudari Safina sebentar tadi. Baiklah, saya
teruskan dengan soalan yang seterusnya.
Saudari panel ketiga bolehkah saudari
menerangkan tentang punca-punca kemurungan
ini boleh berlaku pada diri individu tersebut?
PANEL 3 (LISA)
Awal bismillah pembuka bicara, terima kasih saudara pengerusi.
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang hadirin yang dihormati .
Terima kasih kerana sudi menjemput saya pada forum kita hari ini.
 
PANEL 3 (LISA)
Baiklah saya teruskan dengan menerangkan punca
kepada permasalahan ini berlaku. Terdapat banyak
faktor yang boleh menyebabkan depresi ini berlaku.
Salah satunya apabila seseorang itu mengalami
tekanan hidup yang teruk dan mengalami tekanan
masalah keluarga seperti ibu bapa bercerai atau
meninggal antara faktor kepada kemurungan itu
berlaku sekiranya tidak dapat mengawal emosi dengan
baik
PANEL 3 (LISA)
Selain itu juga, jika seseorang individu itu
mempunyai perasaan tidak mendapat
sokongan emosi atau sosial cenderung
mengalami kemurungan jika tidak dicegah
awal. Kita sering mendengar seseorang yang
mempunyai persekitaran yang tidak sihat
seperti mempunyai ahli keluarga yang ganas
atau mempunyai ahli keluarga yang mati
akibat bunuh diri juga salah satu faktor
berlaku depresi.
PANEL 3 ( LISA)
Saya tambah lagi fakta daripada data Kementerian
kesihatan malaysia (KKM) menerusi talian bantuan
sokongan psikososial ,memaklumkan bahawa mereka
menerima sebanyak 122,328 panggilan sejak 1 januari
hingga 18 jun 2021 yang membabitkan kehilangan
pekerjaan dan pendapatan , hilang tempat bergantung ,
masalah rumah tangga dan tekanan ketika bekerja dari
rumah. Perkara yang saya nyatakan itu sudah
menunjukkan tanda-tanda seseorang itu mengalami
kemurungan.
Oleh itu, lebih baik mencegah awal supaya
mereka dapat memulihkan emosi dan tidak
mengalami kemurungan. Jelaslah bahawa
Terdapat banyak lagi faktor yang dikenal
pasti.. Jelaslah, kemurungan ini merupakan
sesuatu hakikat atau realiti yang perlu kita
terima wujud dalam masyarakat kita pada
hari ini. Baiklah, setakat itu sahaja daripada
saya.
PUSINGAN 2
PENGERUSI
Terima kasih kepada panel ketiga kita, sekarang sudah
terang lagi bersuluh bahawa kemurungan ini berlaku
disebabkan keadaan dunia yang semakin moden tetapi
kualiti hidup seseorang itu terjejas atau tidak setaraf
dengan dunia yang maju.
Baiklah, kita teruskan lagi topik perbincangan kita pada
hari ini. Apakah persepsi masyarakat terhadap isu
kemurungan ini? Ahli panel kita yang 3 boleh saudari
jelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini?
PANEL 3 (LISA)
Terima kasih saudara Marcos. Masyarakat masih
mempunyai persepsi yang salah berkaitan dengan
penyakit kemurungan ini . terdapat empat persepsi
yang sering dikaitkan dengan penyakit kemurungan ini
iaitu kemurungan tidak boleh dirawat , kemurungan
merupakan sesuatu yang memalukan , kemurungan
menunjukkan bahawa seseorang tersebut mempunyai
karakter yang lemah serta kemurungan tidak perlu
dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya. Baiklah
saya akan fokus kepada persepsi bahawa kemurungan
tidak boleh dirawat dan boleh hilang dengan
sendirinya.
PANEL 3
Persepsi ini sememangnya salah kerana telah
dibuktikan daripada beberapa sumber yang telah
saya selidiki. Mengikut kajian lembaga penduduk
dan pembangunan keluarga negara (LPPKN) dalam
keratan akhbar berita harian dalam talian yang
bertarikh pada 11 julai 2018 , mereka
menganggarkan 30 peratus orang dewasa di negara
malaysia menghidap kemurungan sekurang-
kurangnya sekali atau lebih dalam kehidupan mereka.
Menurut sumber LPPKN , 80 peratus
daripada pesakit yang mengalami
kemurungan kembali normal dengan rawatan
insentif dan melalui kaunseling secara
sistematik dan komprehensif. Hal ini
demikian kerana sesi kaunseling amat
diperlukan bagi membantu individu yang
mengalami kemurungan serta bergantung
kepada tahap masalah yang dialami.
PANEL 3 (LISA)
Tahap serius kemurungan ini tidak dapat dilihat dengan
mata kasar namun menular dalam masyarakat sekiranya
tidak ditangani.Menurut Abdul Shukur lagi,masalah ini
tidak seharusnya dipandang remeh dengan pelbagai
persepsi negatif kerana diskriminasi masyarakat menjadi
halangan utama bagi individu yang menderita
kemurungan untuk mendapatkan rawatan pemulihan
dengan segera.
Kesimpulannya, stigma sebegini perlu ditepis
agar masyarakat moden pada hari ini
mempunyai kesihatan mental dan emosi
yang baik dalam mengharungi arus
kemodenan yang semakin mencabar ini
PENGERUSI
Terima kasih saudari. Seperti yang saudari lisa
katakan tadi,Kita tidak sepatutnya mempunyai
stigma seperti itu . Baiklah, jika sebentar tadi
panel ketiga kita telah menjelaskan beberapa
persepsi masyarakat terhadap isu kemurungan
ini, saya pasti ramai yang ingin tahu apakah
pendapat panel kita yang pertama mengenai
apakah kesan kemurungan terhadap individu
yang mengalaminya?
PANEL 1 (DARREN)
Terima kasih pengerusi majlis. 
Berbalik kepada soalan saudara sebentar tadi
kemurungan sememangnya telah menyumbang kepada
perubahan gaya hidup individu tersebut ke arah yang
negatif. Kesan daripada kemurungan yang dihadapi oleh
seseorang individu telah menyebabkan mereka
mengambil keputusan drastik seperti membunuh diri
akibat tidak dapat mengawal emosi mereka disebabkan
oleh masalah kemurungan ini.
PANEL 1 (DARREN)
Jika kita teliti dari skop yang lebih besar pula, seperti yang
dilaporkan oleh PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA (WHO)
menganggarkan setiap 40 saat , satu kematian dilaporkan akibat
bunuh diri. Antara sebab mereka menamatkan riwayat mereka
rata-ratanya disebabkan oleh masalah kemurungan yang
menyebabkan mereka hilang semangat dan mengalah dalam
menempuh kehidupan ini. Buktinya melalui keratan akhbar oke
news yang merupakan salah satu saluran akhbar di indonesia di
mana salah seorang pelajar di SMA cuba untuk membunuh diri
setelah kekasihnya menyebarkan video tidak bermoral mereka
bersama.
Pelajar tersebut mengalami kemurungan disebabkan
oleh faktor persekitaran . Apabila mengalami
kemurungan, seseorang individu tersebut cenderung
untuk merasakan mati lebih baik daripada meneruskan
kehidupan telah mengambil keputusan untuk
menghilangkan tekanan daripada masyarakat
sekeliling. Kesimpulannya, perkara ini mesti diambil
berat oleh semua pihak agar tiada lagi individu yang
melakukan perkara yang tidak sihat ini. Sekian itu
sahaja daripada pada saya.
PENGERUSI
Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan
oleh panel pertama kita. Seterusnya, persoalan
terakhir untuk saya ajukan kepada panel kita
yang kedua, iaitu apakah langkah-langkah yang
perlu diambil bagi mengatasi masalah
kemurungan ini?
PANEL 2 (SAFINA)
Terima kasih saudara pengerusi majlis. Baiklah saya teruskan
dengan cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah
kemurungan ini.
Cara pertama yang harus kita amalkan adalah dengan membuat
saringan kesihatan mental .pakar perunding psikiatri , Prof Dr
Muhammad Najib Mohamad Alwi berkata bahawa tahap
kesihatan mental seseorang dapat diukur secara dalam talian
iaitu dengan menggunakan ujian skala kemurungan ,
kebimbangan dan tekanan.
Ujian ini merupakan panduan untuk
mengenalpasti simptom dan sebagai indikator
awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan
mental atau tidak . Dengan ujian saringan ini ,
anda boleh ketahui status kesihatan mental anda
sama ada anda stres, bimbang atau kemurungan .
Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal
dan pengesahan diagnosis oleh pegawai
perubatan .
PANEL 2 (SAFINA)
Selain itu cara yang kedua ialah mereka yang mengalami
masalah kesihatan mental boleh menghubungi talian
kasih . Talian kasih ini merupakan talian prihatin
masyarakat yang boleh diakses oleh orang awam dan
beroperasi selama 24 jam . Jika masalah mental ini tidak
ditangani sebaiknya boleh membawa kepada masalah
yang lebih buruk seperti depresi yang teruk dan bukan itu
sahaja malah boleh membawa sampai ke tahap bahaya
sehingga berlakunya bunuh diri .
PANEL 2 (SAFINA)
Kesimpulannya, saya ingin menyarankan rakyat
malaysia agar mempunyai sikap empati kepada
pesakit kemurungan kerana keterbukaan
masyarakat memberikan kesan positif terhadap
mereka yang memerlukan sokongan dan
bantuan untuk meneruskan kehidupan.
PENGERUSI
Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel
kita kerana sudi hadir dan menyuakan pendapat masing-
masing. Nampaknya masa menceburi kita, saya berharap
hadirin dan hadirat sekalian mendapat suatu pengetahuan
yang baharu dan bermanfaat dalam kehidupan pada hari
ini. Maka terjawablah sudah bahawa masalah kemurungan
ini merupakan realiti dan bukannya mimpi .
Kesimpulannya,ubahlah corak kehidupan anda kepada
yang lebih baik dan gembira, usah terlalu memikirkan
tentang perkara duniawi ini tetapi tenangkanlah jiwa dan
fikiran anda dengan tuhan kita. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai