Anda di halaman 1dari 15

FAKTOR

1. Gangguan perasaan
2. Kemurungan yang teruk
3. Trauma dengan pengalaman lalu
4. Di buli
5. Masalah perhubungan baik dari segi peribadi mahupun
pekerjaan
6. Tertekan
7. Hati dan jiwa kosong
8. Mudah cemas
9. Rasa diri tidak berguna lagi
10. Hilang minat meneruskan kehidupan dan sebagainya

1. Tekanan emosi - berlaku kemurungan yang menyebabkan akhirnya orang terbabit berhalusinasi
- bunuh diri dianggap penyelesaian kepada tekanan berat yang ditanggung - psikologi yang tidak
mantap ini mungkin berpunca daripada masalah peribadi seperti putus cinta, terlibat dengan
masalah kewangan, konflik keluarga, bebanan kerja, dan sebagainya.

2. Pengaruh dadah dan alkohol - khayal dan berhalusinasi - penyanyi utama kumpulan heavy
metal terkenal dunia Dio dikatakan membunuh diri kerana pengambilan dadah. Mendiang
dikatakan terjun daripada sebuah bangunan kerana dipergaruhi lirik lagunya selepas mengambil
heroin.

3. Kurang didikan dan pegangan agama - tidak tahu hukum membunuh diri - tiada ketenangan
jiwa meyebabkan mudah mengalami kemurungan dan tekanan - gagalm menyelesaikan masalah
melalui pendekatan agama kerana diri mereka terlalu jauh daripada ajaran agama itu sendiri.
Tiada benteng yang menghalang mereka, sebaliknya hidup dan mati mereka berpandukan akal
dan hawa nafsu. Oleh itu, bunuh diri menepati logik akal dan nafsu.

4. Pengaruh media massa - banyak menyiarkan dan mensensasikan berita tentang bunuh diri -
filem dan drama baik tempatan mahupun luar negara tonjolkan bunuh diri sebagai
penyelesaian, cth, CSI, filem Tamil dan Hong Kong,dll. - internet memang banyak gambar dan
cerita temntang bunuh diri - mereka yang tertekan boleh terpengaruh dengan berita dan
gambar bunuh diri yang disensasikan.

#1. Kesedihan melampau

Jika anda mendapati ahli keluarga atau rakan terdekat anda mengalami kesedihan yang agak
berpanjangan selain daripada gangguan emosi, ia mungkin simptom-simptom bahawa individu
tersebut sedang mengalami kemurungan. Perlu diketahui bahawa kemurungan adalah faktor
risiko utama bagi kejadian bunuh diri.
#2. Ketenangan yang berlaku secara tiba-tiba

Ketenangan adalah satu emosi yang amat baik bagi seseorang. Walau bagaimanapun, jika ia
berlaku secara tiba-tiba, ia mungkin satu petanda yang kurang baik. Jika anda mendapati
bahawa seseorang itu menjadi tenang dalam tempoh yang singkat setelah fasa kesukaran yang
dialami, ia mungkin tanda bahawa seseorang individu tersebut telah membuat satu keputusan
untuk menamatkan kehidupannya.

#3. Sindrom penarikan diri (withdrawal syndrome)

Jika seseorang individu itu lebih gemar menyendiri atau mengelakkan diri daripada bergaul
dengan rakan-rakan mahupun menyertai aktiviti sosial, ia juga mungkin simptom-simptom
berlakunya kemurungan. Ini termasuklah hilangnya minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti
yang dahulunya amat amat digemari oleh individu tersebut. 

#4. Perubahan personaliti atau penampilan

Individu yang cuba untuk membunuh diri mungkin akan menunjukkan perubahan sikap atau
perlakuan yang tidak seperti kebiasaannya. Selain itu, seseorang individu itu juga mungkin akan
kurang mengambil berat mengenai penampilan peribadinya.

#5. Tingkah laku yang berbahaya atau membahayakan diri sendiri

Antara contoh-contoh kelakuan atau tingkah laku yang berbahaya termasuklah pemanduan
yang tidak cermat, melibatkan diri dengan aktiviti seks tidak selamat, selain penyalahgunaan
dadah dan juga peningkatan pengambilan minuman keras. Kelakuan seperti ini juga
menunjukkan bahawa seseorang individu itu tidak lagi memikirkan mengenai nilai hidupnya. 

#6. Trauma atau krisis kehidupan

Krisis kehidupan yang besar mungkin akan mencetuskan keinginan seseorang untuk
membunuh diri. Apakah contoh krisis kehidupan yang mungkin berlaku? Ia termasuklah
kematian seseorang yang disayangi, perceraian, didiagnosis memiliki penyakit kronik,
kehilangan pekerjaan dan juga masalah kewangan yang serius.

#7. Melakukan persediaan

Anda mungkin terkejut tetapi ini juga adalah satu tanda bahawa seseorang itu mungkin mahu
bersedia untuk menamatkan kehidupannya. Antara kelakuan yang mungkin akan dilakukan oleh
seseorang itu ialah melawat rakan dan saudara-mara, mula memberikan barangan peribadi
kepada orang lain, menulis wasiat, membersihkan rumah atau bilik dan juga menulis nota
tertentu sebelum kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

#8. Mengancam untuk membunuh diri

Walaupun tidak semua individu yang ingin membunuh diri akan menyatakan sedemikian, tetapi
setiap ugutan atau ancaman seperti ini perlu diambil berat. Pada anda ia mungkin kelihatan
seperti satu gurauan, tetapi ia mungkin satu hasrat hati yang ingin diperkatakan oleh seseorang
itu sebagai salah satu kata akhirnya. 
Antara tanda-tanda kecil lain akibat kemurungan adalah:

 Perubahan corak tidur seseroang seperti kerap tidur, kurang tidur atau mempunyai


kesukaran untuk tidur pada waktu malam
 Perubahan berat badan atau selera makan
 Keletihan atau kehilangan banyak tenaga
 Kurang memberikan tumpuan atau berfikir secara perlahan
 Mempunyai rasa seperti tidak berharga, penolakan diri atau rasa bersalah
 Berfikir mengenai mati, bunuh diri atau teringin untuk mati

LANGKAH

Befrienders

Befrienders merupakan badan yang di tubuhkan bagi membantu mereka


yang mempunyai masalah kemurungan. Talian Befriends di buka secara 24
jam untuk sesiapa sahaja dan bila-bila masa jika kamu terasa ingin
meluahkan perasaan atau terfikir untuk membunuh diri.

Menurut Befriends, mereka yang ingin membunuh diri tidak mahukan


jawapan atau jalan penyelesaian. Apa yang mereka mahukan adalah tempat
yang selamat untuk meluahkan rasa takut dan kerisauan. Untuk menjadi diri
mereka sendiri. Oleh itu, kami (Befrienders) perlu untuk memahami sesuatu
perkara dari sudut perspektif mereka sendiri dan bukannya dari diri kita
(masyarakat).

Jika kamu atau orang terapat mempunyai masalah kemurungan, telefon


nombor di atas atau mesej secara menggunakan aplikasi WhatsApp atau e-
mail kepada Befriends. Jangan biarkan diri kamu di belenggu dengan rasa
ingin bunuh diri mahupun gangguan emosi dan perasaan.
Kaunselor Dan Pakar Psikiatri

Selain Befriends, kamu juga boleh berjumpa dengan kauselor sebagai


pendengar setia, ini kerana mereka sememangnya profesional, terlatih dan
bertauliah dalam menganalisa masalah yang di hadapi dari aspek perubatan.

Tambahan lagi, kamu juga boleh berjumpa dengan pakar psikiatri dari Pusat
Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) untuk dapatkan rawatan di situ.

Aplikasi Pintar

Jika kamu takut untuk berjumpa dengan sesiapa, tiada masalah kamu hanya
perlu muat turun aplikasi pintar yang di senaraikan oleh psycom.net ini. Di
mana aplikasi yang sediakan dapat membantu meringakan beban perasaan
yang di rasai. Aplikasi tersebut boleh di muat turun di Play Store dan Itunes.

Sesetengah aplikasi adalah percuma dan sebahagian yang lain dikenakan


bayaran atau langganan. Jadi pilih mana-mana aplikasi yang boleh memberi
kelegaan dan meringankan beban perasaan yang dialami.

Awas, perasaan ingin membunuh diri bukan sahaja terdapat di kalangan


orang dewasa malah ianya boleh berlaku ke atas para remaja dan kanak-
kanak seawal 10 tahun.

Oleh itu, untuk mendapatkan kesihatan mental yang sihat dan kehidupan
yang bahagia, apa yang boleh kamu lakukan adalah mencari bantuan
sokongan agar kesihatan mental terjaga, sihat, emosi stabil dan paling
penting mendapat sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan
tentunya Sang Pencipta agar diri dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

1. Elakkan Berseorangan
Individu yang menghadapi kemurungan cenderung untuk menyendiri atau
mengelakkan diri daripada menyertai mana-mana aktiviti berkelompok.
Keadaan ini tidak akan membantu mereka keluar daripada kepompong masalah
kerana tekanan yang disimpan akan lebih merebak di dalam jiwa mereka.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, jika anda melihat atau mengesan


individu disekeliling anda yang mempunyai kedaan sebegini, bantulah dengan
mengeluarkan mereka dari dunia mereka sendiri. Mulakan perbualan dengan
berhemat, dalami perasaan serta kecelaruan yang mereka alami, dan berilah
nasihat yang sewajarnya.
Komunikasi dua hala yang berkesan serta sokongan moral yang tinggi mampu
menyelamatkan individu berkenaan daripada terus berada dalam tekanan dan
kemurungan yang melampau.

2. Jauhkan Diri Daripada Individu atau


Persekitaran yang Negatif
Tekanan hidup sememangnya berpunca daripada individu ataupun persekitaran
yang negatif. Sebagai contoh, remaja yang mempunyai latar belakang keluarga
yang berpecah belah atau pengaruh rakan sebaya yang sentiasa melanggar
disiplin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terlibat dengan masalah ini.

Persekitaran yang tidak sihat juga seperti kawasan perumahan yang kotor serta
dipenuhi dengan gejala disiplin yang teruk sedikit sebanyak mempengaruhi
kesihatan mental seseorang.

Carilah rakan sebaya yang positif serta dapat membantu kita menghadapi
kehidupan dengan lebih baik kerana pemilihan rakan sebaya dapat memberi
kesan yang sangat besar dalam diri serta persekitaran.

3. Lakukan Aktiviti yang Menyeronokkan


Kenalpasti hobi serta minat anda dan jadikan ia sebagai salah satu cara untuk
melegakan tekanan dalam diri yang anda. Melakukan aktiviti kegemaran anda
dalam keadaan yang menyeronokkan akan memberi kepuasan dalam diri.

Carilah aktiviti yang menyeronokkan tidak kira outdoor atau indoor dan


lakukannya bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Aktiviti sihat seperti
hiking, cycling, dan larian menjadi pilihan ramai pada masa kini kerana selain
ianya menyihatkan badan serta mental, ianya juga dapat membina satu
hubungan yang erat jika dilakukan bersama-sama orang kita sayangi.

4. Mendapatkan Nasihat Daripada Doktor


Psikologi
Jangan takut atau malu untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan
daripada individu yang lebih professional seperti pakar psikologi. Persepsi
negatif masyarakat yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai
masalah mental atau gila sahaja yang mendapatkan rawatan psikologi
seharusnya dibuang kerana masalah mental perlu dirawat bukannya dikecam.
Pakar psikologi atau doktor lebih mengetahui tahap keadaan individu tersebut,
dan kebiasaannya rawatan awal yang diberikan hanyalah nasihat serta cara
untuk menangani masalah atau tekanan yang dihadapi.

Jangan segan untuk keluar dan mencari pertolongan professional kerana itulah
yang sebaiknya daripada anda melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri
kelak!

5. Sokongan Moral Keluarga dan


Masyarakat
Berilah perhatian dan sokongan moral yang tinggi kepada setiap individu yang
rapat dengan kita. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan dalaman mereka
yang bermasalah, namun pencegahan awal boleh dilakukan melalui individu
yang paling hampir iaitu ahli keluarga itu sendiri.

Wujudkan persekitaran yang harmoni dalam keluarga, berkomunikasi dengan


cara yang betul serta didiklah anak-anak dengan didikan agama yang lengkap
bagi menjadi benteng dalam diri mereka.

Dekatilah mereka dan wujudkan hubungan yang erat bagi membolehkan


mereka lebih berasa kuat ketika menghadapi sebarang masalah atau tekanan
dalam hidup.

1. Kenali peringatan bunuh diri Ada berbagai ciri peringatan bunuh diri. Misalnya, berbicara tentang
keinginan mengakhiri hidup, perasaan yang hampa/kosong, tidak memiliki harapan hidup, atau
merasa tidak memiliki alasan untuk hidup. Lalu, membuat rencana atau mencari jalan untuk
mengakhiri hidup. Berbicara tentang rasa bersalah atau malu yang besar. Veranita menyebut,
peringatan itu bisa terlihat dalam diri yang merasa tak ada solusi untuk masalah hidupnya. Hingga
merasakan perasaan nyeri yang tak tertahankan. “Mengonsumsi minuman beralkohol berlebihan
maupun menggunakan obat-obatan terlarang. Tampak sangat cemas dan gelisah. Menarik diri dari
keluarga dan teman-temannya,” tutur dia. Begitu pun dalam pola tidur dan makan terjadi perubahan
sangat drastis. Bisa menjadi sangat sering dan banyak atau tidak tidur sama sekali. Ciri lainnya
melakukan tindakan berbahaya, sering berpikir dan berbiacara tentang kematian, memperihatkan
perubahan mood yang dratis, menyerahkan barang-barang penting. “Bisa juga mengucapkan
selamat tinggal kepada keluarga dan teman-teman, meskipun tidak ada rencana pergi atau
membuat surat wasiat,” tutur Vera.

2. Lakukan sesuatu Ketika menemukan hal dengan ciri di atas, jangan tinggalkan mereka sendiri.
Singkirkan benda-benda yang berpotensi digunakan untuk mencelakai diri, seperti benda tajam, tali,
obat-obatan, cairan insektisida. Lalu dengarkan mereka, dan jangan terburu-buru memberi nasihat.
Berikan empati -berusaha memahami-, tanyakan apa yang saat ini dirasakan dan alasan mereka
ingin mengakhiri hidup. “Jangan menyalahkan dan membanding-bandingkan masalah mereka
dengan orang lain. Sarankan untuk meminta bantuan ahli -psikiater atau psilog-, dan dampingi,” ujar
dia.
3. Sayangi diri sendiri Sebagai manusia, seseorang sudah terbiasa untuk merawat tubuh. Tapi
bagaimana cara merawat jiwa? Salah satunya, sadari pengalaman hidup yang menyebabkan nyeri
emosional seperti sedih, marah, merasa gagal, dan frustasi. Jika tidak bisa menghilangkan
penyebabnya, bisa berlatih untuk mengobatinya dengan berpikir positif, dan lakukan hal yang
membutuhkan konsentrasi untuk mengalihkan perhatian. “Nyeri emosional yang berlangsung lama
dapat menyebabkan depresi dan gangguan kesehatan mental lainnya,” ucap Vera. Selanjutnya,
terhubung dengan orang lain untuk mencegah kesepian dan keputusasaan. Misal, libatkan diri
dalam komunitas yang positif. Lalu luangkan waktu untuk relaksasi dengan aktivitas yang kita
senangi. Kemudian, makan makanan sehat dapat memperbaiki suasana hati dan meningkatkan
energi seperti buah-buahan segar, sayuran, biji-bijian. Baca juga: Berkaca dari Sulli, Ini Cara
Membantu Mereka yang Ingin Bunuh Diri Langkah lainnya, kata Vera, tidur teratur dan cukup.
Sebab, -tentu saja, kurang tidur bisa menyebabkan masalah kesehatan serius. Caranya atur waktu
tidur, matikan televisi atau gawai satu jam sebelum tidur, tenangkan pikiran. Lalu olahraga teratur
dan menolong orang lain. Sebab menolong dapat mendatangkan perasaan bahagia. Selanjutnya,
kelola stres dengan baik. Jadikan stres sebagai motivasi dan kesempatan meningkatkan kekebalan
tubuh. Caranya dengan mengidentifikasi, lalu tulis pemicu yang bisa dan tidak bisa dikontrol.
Kemudian cari solusinya. Bila stres tidak dapat dikendalikan, maka seseorang bisa mengontrol
bagaimana bereaksi terhadap kejadian tersebut. Satu yang harus diingat, semua tidak harus
dilakukan seorang diri. Jika mengalami kesulitan, hubungi orang yang dapat dipercaya untuk
membantu. Baca juga: Bukan Penyakit, Kenapa Bunuh Diri Bisa ‘Menular’?

4. Cari Bantuan Kunci utama mencegah bunuh diri adalah dengan tetap terhubung dengan orang
lain. Tetaplah berkomunikasi dengan teman-teman, sahabat, dan keluarga.

5. Sebarkan Terakhir, sebarkan “Lima Langkah Pencegahan Bunuh Diri” ini kepada banyak orang.
Sehingga akan makin banyak orang yang peka, -baik terhadap diri mereka sendiri, keluarga, atau
pun juga orang di sekitarnya.

PANDANGAN AGAMA

Buddhisme[sunting | sunting sumber]
Menurut agama Buddha, perbuatan-perbuatan seseorang pada hayat terdahulu mempunyai
pengaruh yang kuat ke atas apa yang dialaminya pada hayat kini; perbuatan-perbuatan kini pula
mempengaruhi pengalaman-pengalaman masa depan, menurut doktrin karma. Perbuatan sengaja
akal, badan, atau pertuturam menghasilkan reaksi. Reaksi atau akibat ialah sebab untuk keadaan
dan perbezaan yang kita alami di dalam dunia.
Agama Buddha mengajar bahawa semua orang mengalami banyak kederitaan (dukkha) yang
berasal terutamanya daripada perbuatan-perbuatan negatif dahulu, atau hanya kerana kita masih di
dalam samsara, iaitu kitaran kelahiran dan kematian. Lagi satu alasan untuk kederitaan yang dialami
manusia ialah ketakkekalan dan ilusi (maya). Oleh sebab setiap benda atau perkara sentiasa dalam
keadaan ketakkekalan atau fluks, manusia mengalami ketakpuasan hati terhadap peristiwa-
peristiwa yang tak tetap dan cepat berlalu dalam kehidupan. Untuk melepaskan diri daripada
samsara, seseorang hanya harus menyedari sifat benarnya melalui makrifat detik kini; ini
ialah Nirwana.
Bagi penganut-penganut agama Buddha, ajaran pertama ialah untuk menahan diri daripada tidak
memusnahkan nyawa, termasuk nyawa sendiri. Bunuh diri dianggap sebagai suatu bentuk tindakan
yang negatif. Walaupun pandangan demikian, suatu ideologi kuno Asia yang serupa
dengan seppuku (hara-kiri) terus mempengaruhi penganut-penganut agama Buddha yang tertindas
supaya memilih bunuh diri maruah. Contoh yang paling terkenal ialah pembunuhan diri Thich Quang
Duc melalui pengorbanan diri untuk membantah terhadap kerajaan Ngo Dinh Diem. Juga pada
zaman moden, sami-sami Tibet telah mempergunakan tanggapan ini untuk memperbantahkan
pendudukan Cina di Tibet, dan pencabulan hak asasi manusia penduduk-penduduk Tibet
oleh China.

Hinduisme[sunting | sunting sumber]
Dalam Hinduisme, membunuh diri dianggap sebagai sama sahaja dosanya dengan membunuh
orang lain. Kitab-kitab umumnya mengatakan bahawa kematian melalui bunuh diri (dan sebarang
kematian ganas) mengakibatkan seseorang menjadi hantu. Bagaimanapun, agama Hindu
menganggap bahawa membunuh diri melalui puasa di bawah berbagai-bagai keadaan yang tertentu
dapat diterima. Amalan ini yang dikenali sebagai Sallekhana memerlukan terlalu banyak masa dan
daya fikiran sehingga tindakan tersebut tidak lagi merupakan suatu tindakan mengikut gerak hati.
Amalan tersebut juga memberikan masa untuk seseorang menyelesaikan semua urusan
duniawinya, berfikir-fikir tentang kehidupan, serta mendekati diri dengan Tuhan.

Islam[sunting | sunting sumber]
Islam, serupa dengan agama-agama Nabi Ibrahim yang lain, memperlihatkan bunuh diri sebagai
suatu dosa yang amat menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang dahulu
percaya, tetapi akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah, hakikatnya kelihatan jelas
negatif.
Sepatah ayat dalam bab keempat Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu bunuh dirimu;
sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29) Larangan terhadap bunuh diri juga
dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya, "Orang yang mencekik dirinya
sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga
akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan dirinya dari tempat tinggi
untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka." [1]

BUDDHA

Namo Buddhaya

Sebelum menjelaskan pandangan bunuh diri dari sudut pandang Ajaran Buddha, sebaiknya didahului
dengan beberapa konsep Ajaran BUddha :

1. Konsep KeTUHANan di Ajaran Buddha adalah Tuhan non-persona.

Dengan demikian, tidak ada sosok pencipta maupun mahluk adi-kuasa ataupun Yang Menghakimi.
Tuhan yang tak berkondisi menjadi tujuan akhir Umat Buddha yaitu Nibanna (keadaan tak berkondisi)

2. Konsep 31 alam di Ajaran Buddha dan konsep purnabhava (kelahiran kembali)


Semua penghuni 31 alam bukanlah penghuni tetap di alamnya masing-masing.

Dengan demikian, tidak ada hukuman neraka maupun ganjaran surga yang kekal. Hukuman maupun
ganjaran akan habis seiring dengan terlunasinya karma mahluk tersebut (karma baik / karma buruk).
Selain itu, jika mahluk belum mencapai Nibanna dia akan tetap terahir di salah satu alam ini seusai
dengan ganjaran / hukuman atas perbuatannya.

Jika seseorang melakukan bunuh diri, maka dipastikan dia akan terlahir di alam derita (alam setan , alam
binatang atau alam mahluk halus) karena pikiran pada detik-detik terakhir hidupnya sangat mungkin
diliputi kekecewaan, ke-putus-asa-an, bahkan mungkin diliputi kebencian.

Akibat lain yang terjadi adalah, jika orang ini dikemudian waktu mendapatkan kesempatan menjadi
manusia lagi, kesempatan dia untuk melakukan bunuh diri lagi akan meningkat. Ini sangat bertolak
belakang dengan Ajaran Buddha, di mana setiap manusia selayaknya mulai mengurangi Lobha
(Keserakahan), Dosa (Dalam bahasa Pali diartikan sebagai kebencian) dan Moha (Kebodohan) sesegera
mungkin sampai semuanya habis. Dalam aksi bunuh diri, kemungkinan besar melibatkan Dosa dan
Moha. Jika 2 hal ini dituruti, sama saja artinya mempertebal Dosa dan Moha, yang dengan kata lain
menambah kerjaan kita dalam menghapus Lobha Dosa Moha.

Walaupun dikenal konsep purnabhava, tapi Buddha pernah menjelaskan betapa sulitnya terlahir sebagai
manusia. Salah satu perumpamaan itu kira-kira berisi seperti berikut : Andaikan bumi ini tertutup air /
lautan. Di lautan ini hidup seekor kura-kura buta yang naik ke permukaan laut untuk membuang dan
menarik nafas setiap 100 tahun sekali. Di periode yang sama, dilemparkan 1 gelang / simpai ke laut
tersebut secara acak. Peluang terlahir sebagai manusia sebesar peluang kepala kura-kura buta itu masuk
ke gelang / simpai tadi. Bunuh diri sama saja menyia-nyiakan kesempatan sangat langka yang sudah
diperoleh di tangan yaitu terlahir sebagai manusia.

Sehubungan dengan konsep-konsep di atas, dalam Ajaran Buddha tidak dikenal hukuman kekal bagi
yang bunuh diri. Walaupun mengenal konsep kelahiran kembali, bunuh diri tetap tidak dibenarkan.

Semoga bermanfaat.

KRISTIAN

Terdapat perdebatan soal pandangan Kristen tentang bunuh diri, dengan gereja perdana
meyakini bahwa bunuh diri itu dosa dan tindakan penistaan. Pada zaman modern, beberapa gereja
Kristen menolak pandangan tersebut, meskipun gereja lainnya masih memegang dan mengajarkan
pandangan tersebut.
Poin 2281 dan 2325 dari Katekimus Gereja Katolik menyatakan:
2281 Bunuh diri bertentangan dengan kecondongan kodrati manusia supaya memelihara dan
mempertahankan kehidupan. Itu adalah pelanggaran berat terhadap cinta diri yang benar. Bunuh
diri juga melanggar cinta kepada sesama, karena merusak ikatan solidaritas dengan keluarga,
dengan bangsa, dan dengan umat manusia, kepada siapa kita selalu mempunyai kewajiban.
Akhirnya bunuh diri bertentangan dengan cinta kepada Allah yang hidup.[5]
2325 Bunuh diri adalah pelanggaran berat terhadap keadilan, harapan, dan cinta kasih. Ia dilarang
oleh perintah kelima.[6]

Agama Kristian Awal[sunting | sunting sumber]


Agama Kristian Awal tertarik kepada kesyahidan yang merupakan suatu tindakan yang dibenarkan
oleh agama mereka. Kematian Jesus juga dianggap sebagai sejenis bunuh diri oleh sesetengah
orang, umpamanya Tertullian. Adanya tujuh kes bunuh diri dalam Wasiat Lama. Dalam
kitab Matthew 27:3, pembunuhan diri Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus mungkin merupakan
suatu tanda sesal atau sekurang-kurangnya suatu pengakuan kebersalahannya.
Kumpulan penyokong bunuh diri yang paling terkenal ialah kumpulan Donatis yang mempercayai
bahawa melalui membunuh diri, mereka boleh mencapai kesyahidan dan naik ke syurga. Mereka
melompat dari cenuram, membakar diri dalam bilangan-bilangan besar, serta menghentikan
pengembara-pengembara dan menawarkan wang atau mengugut mereka dengan kematian untuk
menggalakkan mereka membunuh orang yang dikatakan syahid Donatis. Mereka itu akhirnya
diisytiharkan sebagai pembidaah.
Bagaimanapun ketika agama Kristian menjadi agama utama Empayar Rom, pandangan-
pandangannya terhadap bunuh diri beransur-ansur berubah. Pada abad ke-5, St. Augustine menulis
sebuah buku yang berjudul Kota Tuhan (The City of God) dan di dalamnya, beliau membuat kutukan
pertama dalam agama Kristian terhadap bunuh diri. Justifikasi untuk kutukannya ialah tafsiran baru
bagi rukun, "Jangan membunuh", dengan alasan-alasannya yang lain berasaskan "Phaedra"
oleh Plato. Walaupun ini hanya merupakan tentangan kemanusiaan, sesetengah orang Kristian
kesudahannya menindas orang-orang yang membunuh diri, menghina mayat-mayat mereka
(dengan kekadangnya mengebumikan mayat mereka di simpang jalan dengan sebatang pancang
menembusi mayat mereka), memfitnah mereka, serta menyeksa keluarga-keluarga mereka.
Pada abad ke-6, bunuh diri menjadi suatu dosa keagamaan serta jenayah sekular dan pada
tahun 533, sesiapa yang membunuh diri kerana dituduh melakukan jenayah tidak dibenarkan
upacara pengebumian Kristian yang merupakan keperluan untuk naik ke syurga. Kemudian pada
tahun 693, sebarang percubaan untuk membunuh diri juga menjadi jenayah gereja yang dihukum
dengan pengucilan, diikuti oleh tindakan-tindakan sivil.
Banyak orang Kristian mempercayai tentang kesucian nyawa manusia, suatu prinsip yang secara
umum mengatakan bahawa semua nyawa manusia adalah suci — suatu ciptaan Tuhan yang
mengagumkan dan sungguh mengajaibkan — dan setiap usaha harus diambil untuk
menyelamatkan dan mengekalkannya jika mungkin.
Tidaklah sehingga kira-kira seribu tahun selepas St. Augustine bahawa orang-orang Kristian sekali
lagi menyoal tentang bunuh diri. Walaupun mereka masih mempercayai bahawa bunuh diri
umumnya adalah salah, orang-orang Kristian yang liberal berpendapat bahawa orang-orang yang
memilih untuk membunuh diri berasa terlalu sedih dan Tuhan Kristian yang penuh dengan kasih
sayang akan mengampunkan perbuatan mereka.
Kajian http://journalarticle.ukm.my/12100/1/25691-76672-1-SM.pdf

Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan responden kajian mempunyai pengetahuan dan
kefahaman terhadap niat bunuh diri. Hasil analisis kajian juga menunjukkan hanya dua orang responden
masih mempunyai niat bunuh diri semasa di kolej. Begitu juga salah seorang responden mengakui
walaupun jarang-jarang memikirkan niat bunuh diri tetapi idea tersebut akan datang apabila
berhadapan dengan masalah. Bagi kesemua responden, idea bunuh diri datang ketika berhadapan
dengan masalah yang dirasakan tiada jalan keluar. Secara umumnya, faktor yang dikenal pasti
mempengaruhi responden berfikir untuk bunuh diri adalah faktor tekanan luaran dan dalaman. Faktor
tersebut ialah faktor tekanan persekitaran, faktor tekanan keluarga, faktor tekanan rakan sebaya dan
faktor dalaman individu itu sendiri. Kesemua responden dilihat tidak bersetuju dengan tingkah laku
bunuh diri walaupun mereka pernah mempunyai niat bunuh diri. Kajian ini turut menunjukkan kesemua
responden mempunyai jalan penyelesaian tersendiri apabila berhadapan dengan masalah yang
menyebabkan mereka terfikir untuk bunuh diri. Kajian ini dapat digunakan untuk memahami niat bunuh
diri dalam kalangan pelajar kolej khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Kajian ini juga dapat
memberikan kefahaman kepada pihak yang terlibat dalam perkembangan dan pertumbuhan pelajar
kolej khususnya kaunselor, pensyarah, ibu bapa dan masyarakat dalam memahami cubaan membunuh
diri dalam kalangan pelajar kolej. Program pengesanan awal juga perlu diwujudkan agar bantuan dapat
diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai risiko untuk membunuh diri sebagai jalan
penyelesaian kepada permasalahan mereka. Dicadangkan agar kajian akan datang mengenai kefahaman
dan pengetahuan niat bunuh diri ini dilakukan dengan menggunakan sampel yang lebih besar dan
heterogeneous serta penggunaan statistik yang lebih tinggi supaya dapatannya nanti boleh
digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi
input tambahan kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan rakyat Malaysia khususnya
generasi muda tidak mempunyai niat untuk bunuh diri apabila berhadapan dengan masalah.

Kajian http://ejournals.ukm.my/jhadhari/article/view/25691

Niat bunuh diri merupakan pemikiran atau keinginan seseorang untuk menamatkan nyawanya. Kajian ini
bertujuan melihat pengetahuan dan kefahaman pelajar sesebuah kolej terhadap niat bunuh diri. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul maklumat yang
dikehendaki. Kajian ini melibatkan tujuh orang responden yang dikenal pasti pernah mempunyai keinginan
untuk bunuh diri melalui borang maklumat profil peribadi pelajar. Data kualitatif yang diperoleh melalui
temu bual dianalisis menggunakan perisian NVivo8. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang niat bunuh diri dan niat tersebut wujud dalam diri responden sejak
zaman persekolahan lagi. Dapatan kajian secara umumnya menunjukkan faktor tekanan luaran dan
dalaman menyebabkan responden mempunyai niat bunuh diri. Walau bagaimanapun responden tidak
bersetuju dengan tingkah laku bunuh diri itu sendiri. Dapatan kajian ini juga mendapati kesemua responden
mempunyai cara penyelesaian masalah yang tersendiri apabila berhadapan dengan masalah yang
menyebabkan mereka terfikir untuk bunuh diri. Kefahaman ini juga penting bagi para kaunselor agar proses
pencegahan dapat dilakukan bagi membantu pelajar kolej yang berpotensi untuk mengambil jalan mudah
bagi menyelesaikan masalahnya.

Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan responden kajian mempunyai pengetahuan dan
kefahaman terhadap niat bunuh diri. Hasil analisis kajian juga menunjukkan hanya dua orang responden
masih mempunyai niat bunuh diri semasa di kolej. Begitu juga salah seorang responden mengakui
walaupun jarang-jarang memikirkan niat bunuh diri tetapi idea tersebut akan datang apabila
berhadapan dengan masalah. Bagi kesemua responden, idea bunuh diri datang ketika berhadapan
dengan masalah yang dirasakan tiada jalan keluar. Secara umumnya, faktor yang dikenal pasti
mempengaruhi responden berfikir untuk bunuh diri adalah faktor tekanan luaran dan dalaman. Faktor
tersebut ialah faktor tekanan persekitaran, faktor tekanan keluarga, faktor tekanan rakan sebaya dan
faktor dalaman individu itu sendiri. Kesemua responden dilihat tidak bersetuju dengan tingkah laku
bunuh diri walaupun mereka pernah mempunyai niat bunuh diri. Kajian ini turut menunjukkan kesemua
responden mempunyai jalan penyelesaian tersendiri apabila berhadapan dengan masalah yang
menyebabkan mereka terfikir untuk bunuh diri. Kajian ini dapat digunakan untuk memahami niat bunuh
diri dalam kalangan pelajar kolej khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Kajian ini juga dapat
memberikan kefahaman kepada pihak yang terlibat dalam perkembangan dan pertumbuhan pelajar
kolej khususnya kaunselor, pensyarah, ibu bapa dan masyarakat dalam memahami cubaan membunuh
diri dalam kalangan pelajar kolej. Program pengesanan awal juga perlu diwujudkan agar bantuan dapat
diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai risiko untuk membunuh diri sebagai jalan
penyelesaian kepada permasalahan mereka. Dicadangkan agar kajian akan datang mengenai kefahaman
dan pengetahuan niat bunuh diri ini dilakukan dengan menggunakan sampel yang lebih besar dan
heterogeneous serta penggunaan statistik yang lebih tinggi supaya dapatannya nanti boleh
digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi
input tambahan kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan rakyat Malaysia khususnya
generasi muda tidak mempunyai niat untuk bunuh diri apabila berhadapan dengan masalah.

Dapatan kajian secara umumnya menunjukkan faktor tekanan luaran dan dalaman menyebabkan
responden mempunyai niat bunuh diri. Terdapat tiga faktor tekanan luaran yang dikenal pasti
menyumbang kepada niat bunuh diri dalam kalangan responden, iaitu faktor persekitaran, faktor rakan
sebaya dan faktor keluarga.

1. Faktor persekitaran Faktor persekitaran dilihat menjadi pilihan tiga responden semasa sesi temu bual
bersama pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan niat bunuh diri wujud apabila responden berhadapan
dengan faktor persekitaran (keluarga, rakan sebaya, keluarga, percintaan dan pembelajaran) sebagai
punca responden ingin bunuh diri. Antaranya ialah penyataan R1 yang menyatakan “faktor yang menjadi
penyebab faktor JHadari Bab 2.indd 35 5/31/2018 10:24:14 AM Jurnal Hadhari 10 (1) (2018) 29-48 36
persekitaran yang memainkan peranan, bagi saya utama la. Pada saya faktor utama ialah persekitaran”
dan R4 “Sebab masalah cam banyak je, ye la, masalah belajar lagi, masalah pegang jawatan lagi, masalah
kawan lagi” menunjukkan responden bersetuju faktor tekanan persekitaran menyebabkan mereka
mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Selain itu tekanan dalam percintaan turut dinyatakan
sebagai faktor responden mempunyai keinginan untuk membunuh diri berdasarkan kenyataan R6 yang
menyatakan “faktor bercinta sebab ada keinginan bunuh diri macam bercinta, bercinta, sayang, sayang
pastu tinggal kita dan jadi frust yang nak bunuh diri tu. Tapi tak buat pun, rasa je”. Kenyataan ini
disokong oleh kebanyakan pengkaji lepas yang menyatakan konflik keluarga, masalah terasing daripada
masyarakat, konflik perhubungan dengan rakan sebaya, masalah dalam akademik serta harapan dan
tekanan ibu bapa yang tinggi menyebabkan remaja cenderung untuk mempunyai niat bunuh diri (Duane
et al. 2003; Granello & Granello 2007; Hafizah 2009; Stillion & McDowell 1996). Oleh itu, faktor
persekitaran individu dilihat memainkan peranan penting dalam menyumbang niat untuk membunuh
diri. Dapatan ini seterusnya mengukuhkan faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, keluarga
dan percintaan mendorong kepada wujudnya niat bunuh diri. 2. Faktor rakan sebaya Dapatan kajian
juga menunjukkan responden cenderung menjadikan faktor rakan sebaya sebagai punca utama mereka
mempunyai keinginan bunuh diri. Bagi kebanyakan responden faktor rakan sebaya merupakan faktor
dominan yang menyumbang niat bunuh diri dalam diri mereka. Ini berikutan penyataan R3 iaitu “rasa
nak bunuh diri tu adalah, campur, tension dan sebab kawan-kawan macam tadi tu la, yang member tadi
tu, yang saya cakap yang sem lepas tu. Dia wat macam ni so rasa tension la. Sebab orang lain tak pernah
rasa, kita pernah rasa dulu. Bila la dia nak sedar semua ni. Dia tak tau ke, nanti jadi balik kat dia kan. Bila
dia buat macam tu kat orang”, seterusnya disokong oleh R1 yang menyatakan “kiranya waktu tu saya
jadi macam bila saya dah ada kawan-kawan yang boleh orang kata bawa saya ke arah kebaikan, pastu
saya tak ada orang yang boleh bimbing saya”. Begitu juga dengan kenyataan daripada R6 yang
menyatakan “Faktor rakan tu yang boleh wujudkan keinginan bunuh diri. Kalau rakan, macam contoh la
macam rakan tu cari masalah dengan kita kan, kita pun, dia macam buruk-burukkan kita ke jadi macam,
rasa macam geram je, rasa macam malu pun ada. Baik bunuh diri la kalau macam tu kan. Kalau macam
aib kita diorang bukak apa kan, jadi malu la”. Kenyataan ini disokong oleh R4 apabila ditanya kepada
beliau mengenai faktor mempunyai niat bunuh diri dengan menyatakan “stres dengan orang yang
JHadari Bab 2.indd 36 5/31/2018 10:24:14 AM Pengetahuan dan Kefahaman Pelajar Kolej Terhadap Niat
Bunuh Diri 37 cam menyibuk dan suka nak cari pasal dengan kita, yang betul kita tak nak kenal and
menyampah”. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan yang diperoleh daripada kajian terdahulu yang
menyatakan masalah dalam perhubungan rakan sebaya menyebabkan wujud idea bunuh diri dalam diri
responden. Kebanyakan pengkaji terdahulu menemui faktor tekanan rakan sebaya sebagai salah satu
faktor yang mendorong remaja mempunyai idea bunuh diri (Baldry & Winkel 2003; Greydanus & Shek
2009; Heilbron & Prinstein 2010; Prinstein et al. 2000; Prinstein et al. 2001; Yates et al. 2008).
Kesimpulannya, rakan sebaya sebagai sumber yang paling dekat dengan individu memberikan kesan
yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan individu, terutamanya generasi muda. Niat bunuh
diri boleh wujud dalam diri individu apabila berhadapan dengan masalah yang dialami bersama rakan
sebaya mereka. Pemilihan rakan sebaya yang baik boleh membantu mengurangkan risiko wujudnya
keinginan bunuh diri dalam diri individu. 3. Faktor keluarga Hasil dapatan data temu bual turut menemui
faktor keluarga sebagai penyebab utama responden mempunyai keinginan untuk bunuh diri.
Kebanyakan responden yang ditemu bual menyatakan faktor ini yang dominan dan membawa kepada
niat bunuh diri. Analisa data turut menunjukkan responden tiga dan enam menjadikan faktor keluarga
sebagai faktor dominan yang menjadi penyebab utama responden mempunyai keinginan bunuh diri.
Bagi mereka konflik keluarga mempengaruhi responden untuk mempunyai keinginan bunuh diri. Seperti
yang dinyatakan oleh R3 “Tension rasa apa, mak dengan abah pilih kasih dengan adik kan sebab tension
tu la jadi rasa macam nak bunuh diri”. Hal ini disokong oleh kenyataan daripada R6 yang menyatakan
antara faktor beliau mempunyai niat untuk bunuh diri adalah disebabkan oleh faktor keluarga dengan
menyatakan “rasa tertekan dengan masalah keluarga. Sebab tu macam rasa nak bunuh diri” dan
“macam kan ada dua mak kan, jadi ayah ni macam lebihkan mak yang muda la kan. Apa-apa hal, mak
muda, mak muda. Mak sendiri ni, macam tak peduli apa-apa marah apa ke kat mak sendiri la. Kalau mak
muda tu nak marah pun tak ada. Sayang sangat la jadi macam tertekan la, macam memperlakukan mak
macam tu kan. Kadangkadang depan kita kan”. Dapatan ini selari dengan beberapa dapatan pengkaji
terdahulu (Andrews & Lewinshohn 1992; Beautrais 1998; Duane et al. 2003; Sun et al. 2006; Welfel
2002) menjelaskan bahawa faktor hubungan kekeluargaan (kohesi keluarga, konflik keluarga dan
ekspresi keluarga) mendorong kepada pemikiran bunuh diri dalam kalangan remaja sama ada secara
langsung atau tidak langsung. JHadari Bab 2.indd 37 5/31/2018 10:24:14 AM Jurnal Hadhari 10 (1)
(2018) 29-48 38 Berdasarkan hasil analisis data, pengkaji turut mengenal pasti faktor tekanan dalaman
yang mempengaruhi responden kajian untuk mempunyai niat bunuh diri. Faktor yang dikenal pasti
sebagai faktor tekanan dalaman ialah faktor diri individu itu sendiri. 4. Faktor Individu Hasil dapatan data
temu bual menunjukkan terdapat dua orang responden bersetuju dengan faktor individu sebagai
penyebab mereka mempunyai keinginan bunuh diri. Antara tema yang timbul di bawah faktor ini ialah
kurang keyakinan diri, murung, masalah emosi, ilmu pengetahuan yang kurang dan masalah yang
terpendam menjadi antara punca keinginan untuk bunuh diri. a. Kurang keyakinan diri R1 menyatakan
antara sebab responden mempunyai keinginan bunuh diri adalah disebabkan kurang keyakinan diri.
Hasil analisa temu bual menunjukkan R1 merasa kurang keyakinan diri kerana merasakan ilmu yang
dimiliki masih kurang berbanding dengan orang lain. Seperti R1 menyatakan “faktor diri kita. Faktor diri
kita kan yang kurang keyakinan diri”. b. Menghadapi masalah emosi Berdasarkan analisa data, R5
cenderung menjadikan masalah tekanan dalaman adalah sebab responden mempunyai keinginan bunuh
diri. Bagi R5, masalah emosi seperti murung, terlampau marah, keadaan yang tidak dapat dikawal
merupakan faktor emosi yang mendorong responden berfikir untuk bunuh diri dengan menyatakan
“rasa nak bunuh diri bila perkara yang membuatkan saya murung, kadang-kadang saya rasa benci
dengan orang tu, jiwa ni kadang, saya tak boleh control keadaan, terlampau marah sangat kan. Kita nak
lepaskan tak boleh, tapi dia jadi terpendam kan, kita simpan sendiri-sendiri”. c. Tidak dapat
menyelesaikan masalah Hasil analisa data temu bual mendapati dua (R5 & R7) daripada tujuh responden
merasa tertekan apabila tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Keadaan ini
menyebabkan mereka merasa ingin bunuh diri. Penyataan R5 berikut menggambarkan situasi di atas
“masalah dah terlalu banyak, dah tak sanggup nak hadapi semuanya kan, nak selesaikan satu-satu, kita
rasa macam nak cari jalan penyelesaian paling cepat dan paling mudah. Sebab, bila kita fikir kita dah
mati kita tak perlu nak fikir” dan pernyataan R7 “Stress macam memberi tekanan kepada diri kita. Jalan
mudah untuk menyelesaikan masalah kot, sebab dia fikir yang tak ada dah apa-apa yang nak buat, lebih
baik bunuh diri, senanglah tak menyusahkan orang”. JHadari Bab 2.indd 38 5/31/2018 10:24:14 AM
Pengetahuan dan Kefahaman Pelajar Kolej Terhadap Niat Bunuh Diri 39 Kajian terdahulu juga
menunjukkan masalah emosi seperti kemurungan, kemarahan, jiwa tidak tenang dan perasaan benci
menyebabkan responden terfikir untuk bunuh diri. Menurut Wetzler et al. (1996), Sareen et al. (2005)
dan Azizi et al. (2005) faktor emosi yang mendorong remaja mempunyai pemikiran bunuh diri ialah
mengalami masalah dengan identiti, perubahan mood, tiada harapan untuk hidup, kemarahan, kelakuan
impulsif personaliti antisosial, dan kebimbangan. Selain itu, Man dan Leduc (1995) dan Sun et al. (2006)
dan Aini (2001) turut menemui remaja yang kurang keyakinan diri, mempunyai penghargaan diri dan
konsep kendiri yang rendah lebih cenderung untuk mempunyai niat bunuh diri. Hakikat ini
mengukuhkan lagi bahawa faktor kurang keyakinan diri adalah sebagai salah satu faktor yang
menyumbang kepada niat bunuh diri. Berdasarkan hasil analisis data, pengkaji mengenal pasti faktor
peribadi individu seperti kurang keyakinan diri, menghadapi masalah emosi dan tidak dapat cara untuk
menyelesaikan masalah turut menyumbang responden untuk mempunyai niat bunuh diri.

Anda mungkin juga menyukai