Anda di halaman 1dari 7

ISU PENYALAHGUNAAN DADAH

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita
semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada
asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.
Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan
diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau
tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan
boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Mengikut kamus dewan, dadah boleh diertikan sebagai ubat-ubatan. Mengikut pendapat
lain, dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan
bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang. Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa
jenis, antaranya ialah Halusinogen, Depresen, Kanabis, Psikotrapit, Stimulant dan Opiat.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang


dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila
tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan
sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan
penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman
setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukan
ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu
bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan
dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa. Kini, remaja bukan hanya berhadapan
dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa
agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu
tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa
menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri
dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai
masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka.
Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari
ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.
Satu daripada faktor penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin
mencuba. Sebagai remaja, mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba
sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka.
Oleh itu, dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada
penagihan dadah, mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri
Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa
perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri
ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang
mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti
2

Dadah Kebangsaan, rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan


dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum membuat adalah
satu kebijaksanaan, tetapi berfikir selepas membuat adalah satu kebodohan dan berbuat
tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang
untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,
membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan
dadah.

Faktor lain berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan


sebaya. Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia
(UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca
remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja
yang berumur antara 15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja
yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi
dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil
kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya, golongan muda
akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri
sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut, pergi seperti semut.
Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut-ikut dengan
perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada, masakan tempua
bersarang rendah. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada remaja
selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan
ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara
yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah.
Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya, mereka akan
disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja
diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi
pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

Selain itu, menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan
Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan
bermain-main sambil menunggu ibu mereka bekerja. Mereka terbiar dan tiada tempat
bergantung ibarat layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa
ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya
mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan
anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu
juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau role model,
bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya
akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih.
Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,
kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu
penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah.
Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama yang
kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Faktor kurangnya
didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam
kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah. Hal ini berlaku
kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia
moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal
fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan
perkara yang telah dilarang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi
menghalang atau menghindari dari perbuatan yang dianggap hina.
Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih.
Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami
halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah
putih dan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan.
Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan.
Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan.
Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Di samping itu,
mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih
dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak.

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada penagih


dadah itu sendiri, malah juga kepada keluarga. Individu yang menagih dadah akan
mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Mereka tidak akan menghiraukan keadaan
di sekeliling mereka termasuk keluarga sendiri. Akibatnya nilai-nilai kasih sayang antara ahli
keluarga akan semakin terhakis dan akhirnya keluarga akan berpecah-belah. Selain itu,
keluarga juga akan melalui tekanan yang berat, konflik, dan kebimbangan kerana ingin
melindungi ahli keluarga daripada kemudaratan dan kerosakan yang dibawa oleh ahli
keluarga yang terjerumus ke dalam gejala dadah. Lebih teruk lagi, penyalahgunaan dadah
akan lebih menjejaskan golongan kanak-kanak dalam keluarga. Misalnya, ibu atau bapa
yang ketagihan dadah akan menyebabkan anak-anak terbiar. Anak-anak juga tidak akan
dapat merasai belaian kasih sayang dan dakapan mesra daripada ibu bapa mereka.
Akibatnya, mereka akan berasa terpinggir dan cenderung untuk melakukan aktiviti yang
tidak sihat. Hal ini sekaligus meranapkan harapan negara yang beraspirasi untuk melahirkan
generasi yang berwawasan. Walaupun institusi keluarga merupakan agen sosial yang
terkecil dalam masyarakat, namun impak negatif yang diterima mampu menghancurkan
sesebuah negara. Oleh itu, masalah yang menjadi kudis dalam masyarat ini tidak wajar
dipandang enteng malah sebaliknya perlu dibendung dengan segera.
Di samping itu, jenayah akan terus bermaharajalela akibat penyalahgunaan dadah.
Masyarakat tidak lagi akan dapat menikmati suasana kehidupan yang harmoni sekiranya
dikelilingi manusia yang menjadi hamba kepada dadah. Individu yang menagih dadah tidak
akan dapat berhenti daripada menggunakan dadah dan akan terus berusaha mencari dadah
walau dengan apa cara sekalipun. Mereka sanggup mencederakan orang lain asalkan
mereka dapat memiliki dadah dan terus berada di dalam dunia mereka sendiri. Banyak kes
jenayah yang melibatkan penagih dadah telah dilaporkan oleh pihak berkuasa. Jenayah
seperti merompak, mencuri, meragut, mahupun membunuh sanggup dilakukan oleh
mereka. Lebih menyedihkan lagi, ada anak yang sanggup membunuh ibu sendiri hanya
semata-mata kerana gagal mendapat wang untuk membeli dadah. Justeru, masalah yang
dicetuskan oleh penagih dadah ini menjadikan masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan.
Akibatnya masyarakat akan menjadi semakin mundur kerana tidak dapat meluaskan horizon
pemikiran dan bersatu ke arah membangunkan masyarakat. Oleh itu, masalah
penyalahgunaan dadah perlu turut diberi perhatian oleh masyarakat supaya dapat
membanteras dadah dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, negara turut menerima implikasi yang negatif akibat
penyalahgunaan dadah. Kini, banyak pusat pemulihan penagih dadah yang telah
ditubuhkan di Malaysia. Sudah semestinya kerajaan telah memperuntukkan jumlah wang
yang sangat besar untuk membantu mereka yang telah terjebak ke dalam gejala dadah
supaya pulih daripada ketagihan dadah. Sememangnya sukar bagi penagih dadah untuk
melepaskan diri daripada belenggu dadah dan menjalani kehidupan seperti biasa. Justeru,
boleh dikatakan bahawa negara terpaksa memikul tugas yang berat di samping
menanggung kerugian kerana terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang sangat besar
dalam usaha melahirkan negara yang bebas dadah. Selain itu, negara juga akan kehilangan
5

sumber tenaga kerja yang produktif. Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang yang
ketagihan dadah tidak akan mempunyai rasa tanggungjawab. Oleh itu, sudah pasti mereka
tidak akan dapat memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas atau kerja yang telah
diamanahkan kepada mereka. Akhirnya, negara akan kekurangan tenaga kerja yang
produktif yang pada hakikatnya sangat diperlukan dalam membangunkan ekonomi negara.
Justeru, jelaslah kepada kita bahawa negara turut menerima impak negatif yang tercetus
akibat daripada penyalahgunaan dadah.
Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk
memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin
gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak
mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya
untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini
mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu
bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang
tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap
penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya
serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya
pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal
untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak
dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara.
Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan
maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah
sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja terjerumus ke dalam
jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini amatlah
penting. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani
(PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko
penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis
dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan
budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah
sebelum ia menjadi parah.

Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan
peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui
program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti.
Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang
mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen
anti-dadah dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman bagi
kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi
mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti6

Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas


penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.

Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini
penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan
pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya
kehidupan pada masa hadapan. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang
tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini.
Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang
baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa
binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri remaja menjadi
berkualiti juga.
Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat untuk mengurangkan
penagih dan pengedar dadah. Contohnya diberikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar
dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar
memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang
berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan
mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta
Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15
kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika
melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan
bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal
27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau keduaduanya sekali.
Dadah merupakan penyakit masa kini yang semakin menular khususnya dalam
kalangan generasi muda. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan
negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka hanya
disebabkan penyalahgunaan dadah. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi
menangani masalah ini namun masih tidak berhasil. Oleh itu, kerajaan harus mengembleng
tenaga serta tindakan yang drastik harus dilakukan bagi membendung masalah ini dari terus
membelenggu masyarakat.

Semua pihak diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan
bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi
menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi
memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah. Selain itu hasrat
Malaysia untuk menjadi Negara Bebas Dadah 2015 akan berjaya jika diusahakan oleh
seluruh rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai