Anda di halaman 1dari 1

cara mengatasi masalah gejala sosial remaja

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala social.Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan! kepada mereka. "engan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. #edia pula mesti mengawal penyiaran secara besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja. $al-hal mengenai kreati%iti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negati& mereka. #asyarakat juga perlu turut sama menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah remaja. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh 'asulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai