Anda di halaman 1dari 17

KURANG KEYAKINAN DIRI PEMIMPIN PELAJAR

1.0 PENGENALAN

Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap
murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah
sistem pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap
pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh Walau bagaimanapun, dari segi
pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar
menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan
persekolahan. Namun tidak ramai yang memberi nilai tinggi terhadap perkembangan
sahsiah, harga diri dan kepimpinan seseorang anak atau pelajar.

Dari sudut kepimpinan pula merupakan antara aspek yang mendapat perhatian
pelbagai pihak dalam menyediakan golongan muda yang juga terdiri dari murid-murid
yang akan menjadi golongan yang bakal menjadi pemimpin negara. Kepimpinan dapat
dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan
masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati
bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang cekap dan berkesan boleh
menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Gribben, 1972). Pemimpin adalah
individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Proses
membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang.
Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semula
jadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan
sejak zaman persekolahan (Azizah, 1991)

Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja
dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan
membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang
yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri
kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi,
iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi
dengan berkesan
Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia
menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam
masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa
kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.
Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk
dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Namun begitu, pada zaman sekarang , murid-murid sekolah rendah ketandusan


keyakinan diri dalam proses kehidupan mereka. Berdasarkan kajian-kajian lepas, saya
mendapati bahawa murid-murid sekolah terutama yang bergelar pemimpin pelajar
kurang menunjukkan sifaf yakin pada diri mereka. Mereka masih takut,malu, segan
untuk memberanikan diri untuk berkomunikasi atau menyuarakan pendapat mereka.

Keyakinan diri merupakan salah satu kemampuan pengaturan diri individu. Konsep
keyakinan diri pertama kali dikemukakan oleh Bandura. Keyakinan diri mengacu pada
persepsi tentang kemampuan individu untuk mengorganisasi dan mengimplementasi
tindakan untuk menampilkan kecakapan tertentu (Bandura,1986). (Pervin 1987)
memberikan pandangan yang memperkuat pernyataan Bandura tersebut. Pervin
menyatakan bahawa keyakinan diri adalah kemampuan yang dirasakan untuk
membentuk perilaku yang relevan pada tugas atau situasi yang khusus (Smet, 1994).
Menurut Hasliza Hassan (2014). epercayaan diri merupakan suatu sikap atau keyakinan
atas kemampuan diri sendiri sehingga dalam tindakan-tindakannya tidak terlalu cemas,
merasa bebas untuk melakukan hal-hal yang sesuai keinginan dan tanggungjawab atas
perbuatannya , sopan dalam berinteraksi dengan orang lain, memiliki dorongan prestasi
serta dapat mengenal kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Lauster menggambarkan
bahawa orang yang mempunyai kepercayaan diri memiliki ciri-ciri tidak mementingkan
diri sendiri.

Menurut Rahmat (2000:109) keyakinan diri dapat didefinisikan sebagai suatu


kepercayaan diri sendiri yang dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupannya serta
bagaimana orang tersebut memandang dirinya secara keseluruhannya dengan
berdasarkan pada konsep diri
.
Justeru, murid-murid perlu mempersiapkan diri dengan segala keperluan asas yang
merangkumi tiga fakulti keinsanan iaitu rohani, jasmani dan intelek. Mereka perlu
memahami falsafah di sebalik pengajaran dan pembelajaran yang dilalui di sekolah.
Pendidikan menjadi alat ataupun mekanisme utama ke arah membentuk individu yang
berilmu, beretika tinggi dan berdaya saing. Di samping itu, mereka perlu meletakkan diri
sebagai ‘global player’ dalam mendepani dunia tanpa sempadan atau cabaran
globalisasi. Sejarah silam menunjukkan bahawa pendidikan menjadi teras dalam
pembangunan individu yang kental, pembinaan masyarakat yang utuh dan pembentukan
kehidupan negara harmoni. Dunia hari ini amat memerlukan keperibadian yang ampuh
daripada aspek keintelektualan, keterampilan dan keteguhan sahsiah. Semua ini hanya
boleh dicapai jika bermula dengan yakin pada diri sendiri.

2.0 LATAR BELAKANG KES

Semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan
titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal dilalui oleh remaja pada masa
kini. Oleh kerana itu, sebagai seorang kaunselor yang profesional, maka dia perlu
menguasai dan mengaplikasikan kesemua kemahiran-kemahiaran asas kaunseling semasa
memberikan perkhidamatannya kepada anak bangsanya semasa berada di sekolah. Hal ini
membuktikan bahawa seseorang kaunselor harus memahami komunikasi lisan dan bukan
lisan yang diperwatakkan oleh kliennya. Hal ini menyebabkan klien secara tidak sedar akan
memberikan seribu satu maklumat yang penting kepada kaunselor dalam proses membantu
klien.

Bertitik tolak daripada itu, saya mendapati bahawa pengawas di SK Taman Perling
mempunyai kurang keyakinan diri semasa menjalankan tugasnya. Mereka masih malu dan
berasa takut untuk memberikan ucapan di perhimpunan paginya. Ini kerana ‘komunikasi
adalah pertukaran secara verbal sesuatu idea atau pandangan’. Hoben mengandaikan
proses pertukaran idea berjaya dilaksanakan. Jacob, W. (2007). mendefinisikan komunikasi
sebagai ‘proses pemancaran maklumat’.

Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan sesama manusia. Seseorang


pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke sekolah akan menjadi pemimpin yang
berkualiti sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling berkesan.
Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dan kegagalannya menyampaikan hasrat
dan matlamat organisasi melalui komunikasi yang berkesan, menjadi batu penghalang
kepada perhubungan akrab, kerjasama dan semangat pengorbanan pengikut kepada
organisasi antara pemimpin dan pengikut dan organisasi
Bagi sesetengah orang pemimpin diadili melalui komunikasi lisan dan tanpa lisan.
Melalui perbualan percakapan, cara berjalan dan berpakaian dan segenap ruang
lingkup, kehidupan seseorang pemimpin sentiasa terdedah kepada ‘judgement’ oleh
pengikutnya. Pengikut sentiasa menilai perwatakan melalui gaya fizikal yang boleh di
lihat oleh pengikut. Justeru pemimpin hendaklah sentiasa berusaha membina imej
secara aktif. Pemimpin bukan sahaja perlu melihat dirinya dalam tingkapnya sendiri,
pada masa yang sama ia perlu melihat dalam tingkap yang tersembunyi iaitu tingkap
orang lain

Pemimpin tidak bertenaga dan kurang semangat. Untuk menjadi seseorang


pemimpin, ia mestilah mempunyai kekuatan dan tenaga fizikal dan rohani. Dalam aspek
ini, tenaga bukanlah semata-mata tenaga fizikal tetapi ianya merangkumi tenaga
pembakar semangat untuk terus bertindak dan memimpin serta melontar tenaga yang
hebat tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap pengikutnya

Masyarakat hari ini melihat pemimpin berkarisma melalui 3 aspek iaitu karakteristik
pemimpin, ciri-ciri pengikut dan keperluan suasana. Gabungan ketiga-tiga ramuan ini
berupaya mewujudkan perhubungan dan kepemimpinan berkarisma secara bersama.
Selain dari itu ia juga boleh di lihat dari aspek persepsi manusia kerana pengikut
sentiasa menjadi hakim kepada pemimpin mereka dan keyakinan diri yang tinggi atau
‘will power’. Hishamuddin Mohd (2015).

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan sesuatu usaha perlu diambil secara efektif dan drastik bagi
mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di jiwa pemimpin pelajar ini bagi
meningkatkan keyakinan diri mereka.
3.0 SENARIO MASALAH KES

Pengucapan awam yang berkesan akan mempengaruhi tahap keyakinan pelajar


untuk mengelolakan pelbagai program, menyampaikan mesej, berdepan dengan
masyarakat, industri dan dunia pekerjaan. Kegagalan menyampaikan ucapan yang
berkesan dan berkeyakinan akan memberikan gambaran yang negatif kepada
penyampai. Namun demikian, kemampuan pemimpin pelajar daripada satu satu sekolah
rendah di Daerah Skudai di dalam mempengerusi majlis bagi program-program yang
dikendalikan oleh pemimpin pelajar sering kali mengecewakan. Mereka tidak berupaya
menyampaikan ucapan dengan baik dan berkesan.

Kemahiran Insaniah memerlukan setiap pemimpin pelajar melaksanakan


pengucapan awam, tetapi peminpin pelajar berhadapan dengan masalah takut untuk
memegang mikrofon dan gugup untuk membentangkan atau menyampaikan ucapan
walaupun audian di hadapan mereka hanyalah kawan sesekolah sahaja.Terdapat
pemimpin pelajar yang hanya menbaca teks ucapan semata-mata tanpa mempedulikan
audian dan sering kali juga pelajar hanya berdiri hadapan audian tanpa mampu
mengeluarkan kata-kata walaupun mereka telah berlatih beberapa kali. Fenomena ini
menyebabkan saya mengambil langkah mengkaji faktor-faktor pemimpin pelajar kurang
keyakinan terhadap pengucapan awam kerana saya merasakan kemampuan
penyampaikan pengucapan awam sangat penting di dalam membantu kejayaan seorang
pemimpin pelajar di masa akan datang.

3.1 OBJEKTIF

Objektif kajian kes adalah seperti berikut:


a) Mengenal pasti factor-faktor keyakinan diri pemimpin pelajar

3.2 SOALAN

Persoalan kajian untuk kajian kes ini adalah

a) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pemimpin pelajar kurang keyakinan


diri ?
3.3 PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan lima orang pemimpin pelajar yang mempunyai masalah
kurang keyakinan diri semasa berucap di khalayak ramai. Peserta kajian ini
dirujuk oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut.

4.0 APLIKASI TEORI

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) seperti dalam Haliza Hamzah dan Samuel,
J.N. (2009) berpendapat bahawa tingkah laku boleh dipengaruhi sebaik sahaja ia telah
ditunjukkan. Ahli behavioris bersetuju bahawa pengukuhan adalah sangat berkesan dalam
mengajar tingkah laku yang wajar dan mengubah tingkah laku yang kurang wajar. Menurut
Choong (2009), terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009) menyatakan bahawa peneguhan positif
berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya adalah
bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala, peneguhan
negatif berlaku apabila rangsangan seperti komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali
menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Oleh itu, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu
diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Bertitik tolak daripada itu,
tingkah laku yang diiringi dengan peneguhan maka kebarangkaliannya untuk berulang
adalah tinggi (Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 2013). Berbanding dengan murid
yang diberi hukuman, mungkin sahaja tingkah laku tersebut menjadi kurang kerap atau
langsung tidak akan berlaku. Malah, tingkah laku boleh juga terhapus sekiranya ia tidak
diteguhkan oleh guru.

Hal ini bermakna, tingkah laku murid memerlukan pengukuhan samada secara serta
merta atau berkala. Perlulah diingatkan bahawa, pengukuhan mungkin sahaja boleh
berjaya dengan sekali pengukuhan. Namun demikian, sesetengah tingkah laku juga
memerlukan pengukuhan secara berperingkat-peringkat. Oleh hal yang demkian
penggunaan teori modifikasi tingkah laku dengan pemberian peneguhan positif dalam
kalangan pelajar dapat menangani masalah tidak menyiapkan kerja rumah dalam kalangan
pelajar.Peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang
tidak diingini atau yang negatif.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan untuk menggunakan Sistem token
ekonom. Ini merupakan satu pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah
dilaksanakan di sekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku
positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau
menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang,
pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token
tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu
aktiviti yang digemarinya.

Di sini saya mencadangkan untuk mengaplikasikan sistem token bagi menangani


masalah tidak menyiapkan kerja rumah dalam kalangan peserta. Tujuan utama Ekonomi
Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan dan mengurangkan
tingkahlaku yang tidak diinginkan. Ekonomi Token sering digunakan di rumah sakit jiwa
atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku individu yang tidak dapat
diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama adalah untuk mengajar
tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif dan wajar. Maka
pada akhir fasa ini peserta akan mempunyai keyakian diri untuk berucap di perhimpunan
pagi seterusnya akan dapat tebus ganjarannya.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kualitatif. Kajian kualitatif adalah kajian
yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh
dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk
mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian kes ini lebih kecil.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan oleh saya adalah berbentuk borang


pemerhatian. Borang pemerhatian adalah satu dokumen yang disediakan untuk merekod
apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang pemerhatian, aspek-
aspek yang tertentu perlu direkodkan semasa pemerhatian dijalankan. Pengkaji kualitatif
secara automatik akan melakukan pemerhatian berperanan serta terhadap subjek
pengkajinyanya. Pemerhatian berperanan serta merujuk pada proses kajian yang
mempersyaratkan interaksi sosial antara saya dan subjek sayaannya dalam lingkungan
subjek sayaan itu sendiri. Interaksi ini bertujuan untuk memperoleh data melalui teknik yang
sistematik. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat
atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, saya dapat
mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenal pasti.

5.0 DAPATAN

Pemerhatian merupakan suatu proses meneliti sesuatu situasi atau kejadian secara
kritikal. Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat mengamati tingkah laku peserta kajian
berdasarkan aspek yang ingin dikenal pasti. Saya menggunakan kaedah pemerhatian
untuk melihat tingkah laku yang menujukkan kurang keyakinan apabila berucap di hapadan
murid lain.

Dalam aspek pengumpulan data bagi kaedah pemerhatian, saya menjalankan


pemerhatian secara berstruktur. Saya telah mengenal pasti beberapa aspek khusus dan
dicatatkan menggunakan senarai semak. Setiap aspek pemerhatian yang ingin diperhatikan
direkodkan sebagai bukti .

Borang pemerhatian ini digunakan bagi menilai setiap peserta iaitu seramai lima
orang. Saya melihat dan membuat catatan kepada setiap aspek sama ada perlu ditanda
“ya” atau “tidak”. Saya menjalankan aktiviti pemerhatian terhadap peserta kajian semasa
berucap pada setiap hari di perhimpunan pagi sekolah.

Hasil pemerhatian terhadap peserta melalui senarai semak ini dapat dilihat dalam
jadual berikut :
Bil Aspek Pemerhatian Kekerapan Peratusan

1. Berani semasa berucap (TL 1) 0 0

2. Ekstrovet (TL 2) 2 40

3. Mempunyai tahap keyakinan diri yang 2 40


tinggi (TL 3)

4. Minat untuk berucap di khalayak ramai 1 20


(TL 4)

5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang 0 0


tinggi (TL 5)

6. Mampu mempelbagaikan nada suara 0 0

(TL 6)

7. Lancar dalam kominikasi (TL 7) 2 40

Jadual 5.1 Dapatan Hasil pemerhatian


Peserta

kajian Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5

Tingkahlaku

Ya - - - - -

TL 1 Tidak X X X X X

Ya - √ - - √

TL 2 Tidak X - X X -

Ya - √ - - √

TL 3 Tidak X - X X -

Ya - √ - - -

TL 4 Tidak X - X X X

Ya - - - - -

TL 5 Tidak X X X X X

Ya - - - - -

TL 6 Tidak X X X X X

Ya √ - - - √

TL 7 Tidak - X X X -

Jadual 5.1.1 Dapatan Hasil pemerhatian


Berdasarkan kepada tingkahlaku 1 didapati kesemua pemimpin pelajar berasa malu
untuk berucap di hadapan murid. Peserta berasa dirinya tidak mempunyai potensi untuk
berucap di hadapan murid. Mereka berasa akan ditertawakan oleh murid-murid lain jika
berlaku kesilapan dalam memberikan ucapan. Maka peratusan peserta yang menunjukkan
sifat berani semasa berucap adalah 0 peratus. Ini berada pada tahap negative.

Bagi menghuraikan lagi aspek pemerhatian yang ke dua saya mendapati hanya 2
orang pemimpin pelajar sahaja yang mempunyai ciri-ciri ekstrovet. Mereka merupakan
seoarang yang aktif tetapi masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki. Oleh kerana itu,
hanya 40 peratus daripada keseluruhannya dapat menunjukkan sifat seorang pemimpin.
Maka ini membawa petunjuk bahawa pemimpin pelajar memerlukan ruang dan masa untuk
menjadiakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai ekstrovet.

Seterusnya, saya mendapati tahap keyakinan diri (TL 3) diantara peserta adalah
kurang. Ini kerana hanya 2 orang peserta sahaja mempunyai tahap keyakinan diri yang
tinggi yang mewakili sebanyak 40 peratus. Yang selebihnya mempunyai tahap keyakinan
diri yang rendah. Ini membuktikan bahawa pemimpin pelajar memerlukan satu rawatan
yang sesuai untuk meningkatkan keyakinan diri mereka semasa berucap di khalayak ramai.

Saya mendapati factor minat untuk bercakap di khalayak ramai (TL 4) adalah berada
pada tahap yang rendah. Hanya seorang peserta daripada keseluruhannya mendapati
mempunyai minat untuk berucap di khalayak ramai. Ini membawa kepada penemuan
bahawa pemimpin pelajar kurang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi (TL 5).
Mereka harus diberi rawatan dari segi kemahiran komunikasi interpersonal, intrapersonal
dan juga kemahiran bukan lisan. Ini kerana kesemua pemimpin pelajar gagal menunjukkan
kemahiran komunikasi yang baik semasa berucap.

Maka ini telah menyebabkan pemimpin pelajar tidak dapat mempelbagaikan nada
suara mereka dan ini telah membosan murid-murid yang mendengar ucapannya. Maka
peratusan yang menguasai (TL 6) menujukkan peratusan negative. Namun begitu, terdapat
2 orang pemimpin pelajar yang mampu berkomunikasi dengan lancar (TL 7). Maka
peratusan yang ditunjukkan oleh mereka ialah 40 peratus sahaja.
Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pemimpin pelajar
yang mempunyai masalah kurang berkeyakinan diri semasa berucap dikhalayak ramai.
Proses mengenal pasti factor- factor yang yang menyebabkan kurang keyakinan diri
pemimpin pelajar dapat dibuktikan daripada cara dapatan data yang digunakan iaitu
berdasarkan kepada senarai semak

6.0 CADANGAN

Pengucapan yang berkesan adalah ucapan yang berjaya mencapai objektif yang
ditetapkan dan berjaya membuatkan para audien memahami dan mempercayai setiap patah
perkataan yang diutarakan. Maka disini saya ingin memberikan beberapa langkah yang
relevan dimana setiap pemimpin pelajar boleh digunakan untuk mengatasi kurang keyakinan
mereka semasa memberikan ucapan.

Antaranya ialah memilih subjek yang betul-betul dijiwai adalah memilih subjek yang
benar-benar menarik minat kita sendiri untuk memperkatakan tentangnya. Hal ini sangat
penting kerana ia akan sangat mempengaruhi ton suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka
semasa kita berucap. Mungkin kita tidak dapat merasakannya tapi audien menilai. Semua
elemen ini sangat penting dalam mencapai objektif kita untuk membuat para audien yakin
dan percaya dengan apa yang diperkatakan. Maka Untuk memberi ucapan yang baik, kita
haruslah mempunyai ilmu tentang apa yang sedang kita perkatakan. Kita tidak boleh
memperkatakan tentang sesuatu sedangkan kita tidak tahu apa-apa tentangnya. Pastinya,
sesuatu yang sangat memalukan akan berlaku sekiranya seseorang menangkap kita
mereka-reka fakta semata-mata untuk menjadikan ucapan itu menarik. Ini akan
menghancurkan kepercayaan audien kita secara serta merta sepenuhnya.

Seterusnya Jadilah orang yang mempunyai daya 'memikat' dan memujuk, bukan
orang yang agresif dan terlalu memaksa. Manusia tidak akan menggemari orang yang
terlalu kasar atau mendesak. Audienmemerlukan ruang untuk mempunyai pendapat sendiri
dan tidak harus merasakan mereka dipaksa untuk bersetuju dengan semua yang kita
perkatakan. Kita boleh menekankan suara pada waktu tertentu, bukan sepanjang masa
supaya audien selesa untuk terus mendengar.
Selain itu, apabila berucap, mata kita memainkan peranan yang sangat penting.
Pandangan mata ke mata antara pemberi ucapan dengan audien akan membina hubungan
antara mereka; hubungan antara penyampai dengan penerima. Hubungan ini penting
supaya penerima dapat menerima segala input yang diberikan oleh penyampai dengan lebih
baik dan terbuka. Pandangan mata juga akan menunjukkan keyakinan yang ada pada diri
semasa kita berucap di hadapan khalayak ramai.

Ringkasan boleh dibuat dalam satu frasa, satu ayat atau satu perenggan. Ia
dilakukan untuk memberikan gambaran penuh tentang apa yang telah kita perkatakan
semasa berucap. Dalam ringkasan juga kita boleh mengulang pendirian yang kita nyatakan
pada permulaan ucapan supaya audien mengingatinya kembali di samping isi-isi penting
yang diambil daripada ucapan tersebut.

Akhir sekali penutup yang sempurna mempunyai beberapa elemen dan kita juga boleh
memilih elemen yang sesuai untuk mengkonklusikan ucapan yang diberikan. Kita boleh
mengulangi pendirian, menyatakan harapan dan mencadangkan penambahbaikan yang
boleh dilakukan. Penutup ini akan memberitahu audien objektif sebenar ucapan itu diberikan
dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada mereka.

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, dapat dirumuskan bahawa kemahiran


komunikasi pelajar dalam memberikan ucapan di khalayak ramai berada di tahap yang
sederhana dan lemah . Kemahiran komunikasi memainkan peranan yang amat penting
semasa berucap. Menurut Gillespie. H.R. (2014). kepetahan bercakap adalah suatu bakat
yang tersendiri, tetapi kemahiran berkomunikasi adalah sesuatu yang perlu dipelajari.
Sehubungan itu kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran komunikasi perlu di
semai supaya aktiviti ucapan awam ini akan menjadi medium pembelajaran yang efektif
bagi meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi yang efektif.

Diah Nuraeni. (2010) kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang


paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung diantara satu
dengan lain. Berdasarkan kenyataan ini, saya ingin mengingatkan pemimpin pelajar supaya
menggunakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah sebagai landasan berharga bagi
memupuk kemahiran komunikasi yang berkeyakinan. Peluang ini seharusnya digunakan
oleh pemimpin pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka dan sewajarnya
pelajar tidak bersikap sambil lewa ketika memberikan ucapan. Ini berdasarkan dapatan
kajian yang mencatatkan bahawa pelajar tidak cuba mengambil inisiatif penting dalam
memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.

Pada dasarnya seseorang itu berhujah atau berkomunikasi disebabkan hendak


mempengaruhi sikap, pemikiran dan tingkah laku individu-individu yang mendengar ucapan
Nurul Salmi Mohd Dazali (2014). Jadi komunikasi memerlukan stategi dan cara-cara yang
berbeza supaya objektif akan tercapai. Dapatan kajian menunjukkan persediaan sebelum
memberikan ucapan, penggunaan bahan visual, penghuraian idea, intonasi, penggunaan
emosi dan peruntukan masa belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki. Pemimpin
pelajar perlu membuat persediaan dan mengamalkan etika dan adab komunikasi bagi
meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap yang lebih baik.

Dapatan kajian menunjukkan hasil yang bersamaan dengan kajian yang menemukan
bahawa terdapat pelajar yang tidak yakin dan takut untuk berucap di khalayak ramai
(Kulwindr Kaur Sidhu, 2008). Ini mungkin kerana perasaan gementar serta struktur sesuatu
ucapan itu yang perlu disokong oleh contoh-contoh, ilustrasi, fakta dan angka. Selain itu
perasaan gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu ucapan itu tidak dapat
disampaikan dengan lancar.
ABSTRAK

Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semula
jadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan
sejak zaman persekolahan . Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti factor-faktor
yang menjadi punca utama kurang keyakinan diri pemimpin pelajar semasa memberikan
ucapan dikhalayak ramai. Teori modifikasi tingkahlaku digunakan untuk memfokuskan
kepada perkembangan terhadap tingkah laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan
mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kehidupan seharian . Peserta kajian
yang dipilih merupakan lima orang pemimpin pelajar tahap dua dari salah sebuah Sekolah
Kebangsaan di Daerah Skudai. Kajian kes ini menggunakan kaeadah kaedah pengumpulan
data jenis pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang perlu
diberi fokus bagi meningkatkan keyakinan pemimpin pelajar semasa memberikan ucapan di
khalayak ramai. Kesimpulannya, pengaplikasian Teori modifikasi tingkahlaku dalam bentuk
pemberiaan ganjaran seperti token ekonomi akan dapat membantu pemimpin pelajar untuk
lebih berkeyakinan semasa memberikan ucapan dikhalayak ramai. Bagi kajian seterusnya,
kaedah ini boleh dipelbagaikan lagi dengan kaedah yang lain supaya murid dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka.

Kata Kunci : Meningkatkan keyakinan diri pemimpin pelajar, Modifikasi


Tingkah laku, Kaedah Token Ekonomi
RUJUKAN

Azizah (1991). Personaliti Berkeyakinan Diri Menguatkan Keyakinan Di Hadapan Orang.


Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Berlian Publication.

Bandura, A. (1986). Principles of Behavior Modification. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar (2006). Tip Menjadi Individu
Menarik. PTS Millennia Sdn. Bhd. Selangor.

Diah Nuraeni. (2010). Hubungan antara kepercayaan Diri dan Kecemasan Komunikasi
Interpersonal Pada Siswa Kelas VII & VIII di SLTPN I Lumbang Pasuruan. Fakultas
Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN).

Gribben (1972) “Exploring The Influence Of Family Communication Patterns, Cognitive


Complexity, And Interpersonal Competence On Adolescent Risk Behaviors”. Journal
Of Family Communication, 4, 2, 99-122

Gillespie. H.R. (2014). The Lamb As Leader: Identifying The Influence Of


CommunicationApprehension On The Leader-Subordinate Relationship. A Thesis
Presented to the Faculty in Communication and Leadership StudiesSchool of
Professional StudiesGonzaga University.

Hasliza Hassan (2014). Ciri – Ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Kerja Pada Masa Kini,
Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Hishamuddin Mohd (2015). “Get Into The Business World.” Kertas kerja di “National IPT,
Industry and Career Symposium 2015.”12-13 Julai 2015, di Century Mahkota,
Melaka
Jacob, W. (2007). “Tracking the Development of Communication Skills: The Experience of
2004 and 2005 Pittsburgh Katz Graduates.” Pittsburgh Katz Business School
University. 1-3

Kulwindr Kaur Sidhu, (2008). Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan


Guru-Guru TeknikalSekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia

Nurul Salmi Mohd Dazali (2014). Tahap kekhuatiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Malaysia.

Rahmat (2000:109 ) Hubungkait Antara Budaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian


Akademik Dalam Bidang Teknikal: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Teknik Johor.
KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV.

Anda mungkin juga menyukai