Anda di halaman 1dari 2

SOALAN : APAKAH KEPERLUAN PERLAKSANAAN UJIAN PSIKOMETRIK DI

SEKOLAH.

Antara keperluan perlaksanaan ujian psikometrik di sekolah adalah dapat


mengembangkan bakat, kecenderungan, minat serta potensi murid sekolah. Hal
ini demikian kerana, murid-murid mempunyai latar belakang yang pelbagai
menyebabkan mereka semua adalah individu yang unik serta mempunyai
kecenderungan yang berbeza antara satu sama yang lain. Sebagai contoh, guru
bimbingan dan kaunseling dapat menyalurkan maklumat yang telah diperoleh
daripada profil ujian psikometrik seperti ujian personaliti seseorang murid untuk
melihat sejauh mana personaliti murid tersebut sesuai dengan sesebuah kerjaya
yang diminati atau yang sesuai untuk mereka ceburi.

Selain itu, ujian psikometrik juga dilihat mempunyai keperluan terhadap


pemantapan pembangunan personaliti dan sahsiah diri murid. Justeru, guru
bimbingan dan kaunseling dapat menggunakan pentaksiran psikometrik dalam
mengenalpasti tret personaliti murid yang boleh dikembangkan secara holistik
dan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Di samping itu,
melalui kaedah pentaksiran psikometrik ini juga dapat digunakan bagi mengiktiraf
pencapaian murid dalam pelbagai bidang seperti bidang kokurikulum dan bukan
hanya setakat pencapaian akademik sahaja. Justeru, pihak pentadbir sekolah, guru
serta ibu bapa mampu melihat dari sudut perspektif yang berbeza tentang
kecemerlangan murid-murid di sekolah bukan setakat kecemerlangan akademik
sahaja bahkan murid-murid juga mempunyai kelebihan atau kekuatan dari aspek
yang berbeza daripada murid yang lain.

Seterusnya, melalui pentaksiran psikometrik ini juga mampu meningkatkan


pemahaman secara mendalam tentang sifat dan perbezaan individu. Justeru,
guru bimbingan dan kaunseling dapat memahami perbezaan murid tersebut serta
menggunakan maklumat serta berkongsi maklumat tersebut dengan guru-guru lain
bagi memudahkan guru-guru memilih kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
sesuai terhadap murid-murid ini. Natijahnya, akan menghasilkan satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta dapat melahirkan murid yang
cemerlang.

Pada masa yang sama, ujian psikometrik menjadi satu keperluan di mana
pentaksiran ini dapat menyediakan satu maklumat personaliti kerjaya yang
realisitik bagi memperluaskan aspirasi kerjaya murid. Justeru, dengan adanya satu
pentaksiran psikometrik yang memberi interpretasi terhadap personaliti kerjaya
murid, membolehkan murid tersebut memahami personaliti diri mereka serta murid
dapat mempertingkatkan tahap kematangan kerjaya mereka dalam persediaan
mereka menghadapi realiti alam pekerjaan kelak. Misalnya, pelajar tingkatan 5 di
sekolah menengah akan diberi masa untuk menjawab Inventori Kematangan Kerjaya
(IKK) bagi mengukur tahap kesedian pelajar tingkatan 5 untuk menghadapi fasa
dunia pekerjaan kelak selain daripada mengukur tahap keupayaan pelajar untuk
menentukan jenis pemilihan kerjaya yang selaras dengan personaliti diri mereka.

Kesimpulannya, pentaksiran psikometrik telah dibangunkan sebagai satu aspek


daripada aspek-aspek penting yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 dalam membangunkan modal insan yang
berkembang secara holistik. Selain itu, ujian psikometrik juga dilihat sebagai satu
perkara yang dapat memberi gambaran yang jelas dan tepat terhadap potensi
dan prestasi murid. Oleh demikian itu, guru sebagai agen perubahan mampu
mencungkil bakat serta potensi murid-murid yang mempunyai latar belakang
yang berbeza melalui ujian psikometrik tersebut.

(466 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai