Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS SWOT PENGURUSAN KBAT - PENTAKSIRAN

Kekuatan (S) Kelemahan (W)

S1 - JK Penilaian dan pentaksiran ada ditubuhkan dan diuruskan dengan W1 - guru kurang mahir membina item
berdasarkan JSU/JSI
baik W2 - Kelas tambahan lebih berfokus kepada kelas peperiksaan sahaja
W3 - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masih belum difahami sepenuhnya oleh
S2 - kemudahan bilik UPP yang lengkap dan selesa
S3 - AJK UPP sangat berpengalaman guru- guru
S4 - Pengurusan peperiksaan yang sistematik dan lancar – sistem fail W4 - guru masih kurang mahir membina
soalan KBAT dalam penyediaan
S5 - Takwim dan jadual pentaksiran dikeluarkan dan diedarkan
S6 - Analisis dan dialog prestasi untuk setiap kali peperiksaan dijalankan soalan peperiksaan
S7- Program-program peningkatan prestasi pelajar dijalankan W5 – Ilmu dan kemahiran guru berkaitan
pelaksanaan pentaksiran KBAT
S8 – guru terlibat dalam pembinaan item peperiksaan di peringkat LPM
masih kurang

Peluang (O) Cabaran/Ancaman (C)

O1(P) - jalinan dan jaringan yang luas dengan institusi luar seperti PDRM, C1(P) - Kurang mendapat perhatian
masyarakat setempat
Bomba, UMP dan Politeknik C2(E) - kurang cakna penggunaan ICT di rumah
O2(E) - Sumbangan kewangan dari individu dan badan C3(S) - 10% Murid tinggal di luar menyukarkan
penglibatan mereka dalam
aktiviti atau program yang dijalankan
koperat C4(T) - Pelajar terdedah dengan penggunaan media sosial secara meluas
O3(S) - Hubungan erat dengan PIBG iaitu ibu bapa mudah memberikan dan terpengaruh dengan gejala sosial
yang boleh menganggu pelajaran dan
kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan kegiatan kokurikulum seterusnya meningkatkan masalah disiplin
O4(T) - Kemudahan internet setempat
enurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan
keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan
transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar
tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus
sebaliknya merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap
yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Justeru,
kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan
sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan
Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang
berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan
nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikkan bagi
sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan
disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat
buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan
untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif  (emosi dan rohani)  dan psikomotor  (jasmani)  selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi
kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala  bidang bukan akademik terdiri
daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Kedua-dua  bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang
yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS)  
yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PP) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan
dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran
yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis
pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah
dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara
meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang
menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala
Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian
prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif
mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah  ujian bulanan dan ujian
penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan
pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang
sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan,
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan
pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting  untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah
dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang.

Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala
tuju yang jelas daripada guru dan pihak  sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap
maksimum.

Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan
tentang  pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping
aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran
sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan
murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan
pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara
kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem
ini di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan
oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi
digunakan untuk melihat  kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Disamping itu, Standard Prestasi juga merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band
4,  Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan
tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.

Antara kelebihannya, pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain
tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan
murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai
secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi
segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan
kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan
negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak
hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-
murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri
daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti
fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti
bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan
untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia  supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK juga
sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi
murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur kebolehan semula jadi
(innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Pentaksiran Psikometrik juga merupakan suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul
maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu
aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan
Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud
khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau
kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, yang mana beliau percaya bahawa manusia itu
diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata-mata tetapi mempunyai sembilan
kecerdasan yang lain iaitu verbal-linguistik, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal,
intrapersonal dan logik matematik.

Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah
unik setiap murid. Instrument ini  bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa
mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Di samping itu, pihak sekolah dapat
menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan
individu murid-murid. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran
pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap
pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan
perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, Kementerian Pelajaran
juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam
Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan,
pemantauan dan pengesanan.

Pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan
kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan
PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan
PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Perkara ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu
Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Seterusnya, antara kelebihan lain melalui sistem PBS ini adalah mengenai pemansuhan UPSR dan PMR.
Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan
ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan. Hal ini demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk
menghabiskan sukatan dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar
hanya perlu mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang tempoh masa
belajarnya mencecah sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh
masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan itu, beban guru di sekolah juga dapat dikurangkan apabila
tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan setiap hari.
Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini mampu mengurangkan beban guru dan pelajar.

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak
diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak untuk pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum seperti persatuan, kelab dan permainan serta badan unit beruniform. Kesannya, pelajar pelajar
dapat menggerakkan sukan di sekolah hingga ke peringkat daerah,negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

            Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem pendidikan Malaysia yang bersifat
berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan
diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak
mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada
sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang
seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan
dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila program Kelas Intervensi Awal Membaca
dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa
bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga
terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain
daripada terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan
pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program
Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal.
Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.

            Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program kurikulum
atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar terutamanya
bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang menghadapi kekangan ruang. Kekangan ruang
dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership.
Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program
ko-kurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru terpaksa
meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa
tidak puas hati dalam kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar
kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun
membuat kelas tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh
pemimpin sedangkan mereka telah memberi sumbangan kepada organisasi.

            Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin memasukkan
markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah rangkaian internet merupakan faktor
utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah
pelajar ke dalam sistem. Bagi ibu bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah tentu
tidak dapat memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka tertanya-tanya tentang
perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengetahui
prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak mereka untuk mempertingkatkan prestasi dalam
pelajaran. Sistem band juga memeningkan ibu bapa. Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak diambil kisah
oleh ibu bapa  dan kurang maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka
tidak tahu di mana tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan sampingan
kepada peningkatan prestasi pelajar.
            Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui pemansuhan UPSR dan PMR.
Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan
peperiksaan standard. Hal ini demikian kerana, guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan
yang standard dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut
sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan prestasi pelajar
sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai prestasi pelajar dengan tepat.
Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 4M iaitu
membaca, mengira,menulis dan menaakul. PMR pula penting kerana dapat menentukan arah aliran yang bakal
diambil pelajar pada tingkatan empat di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu.
Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan prestasi pelajar
yang standard.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghil angkan budaya saling bersaing di sekolah. Budaya
saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian kerana budaya saling
bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman tinggi untuk memperoleh
keputusan cemerlang malahan merupakan alternatif untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan
tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. PBS ini juga
mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan
penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap
perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika
dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang
terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan
pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang
berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

Posted by Unknown at 08:34 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Anda mungkin juga menyukai