Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Dalam kehidupan, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah seorang guru perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yangtelah berlaku. Lalu guru membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Penilaian membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan

rapuh.

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.

Umumnya, penilaian digunakan untuk melihat tahap kemahiran bahasa yang dicapai melalui pembelajaran bahasa. Oleh kerana proses pembelajaran itu penting di dalam sistem pendidikan, maka soalan penilaian haruslah diberi perhatian sewajarnya. Istilah penilaian merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran-pengajaran bahasa dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. Sifat utama penilaian itu ialah memberi penghakiman tentang kebaikan atau kelemahan sesuatu rancangan pengajaranpembelajaran bahasa itu. Dua aspek penting dapat dilihat daripada definisi di atas. Pertama, proses yang sistematis memberi maksud pemerhatian pelajar-pelajar yang dapat dikawal. Kedua, lazimnya objektif pengajaran bahasa itu telah pun ditetapkan terlebih dulu, tanpa penilaian ini, maka sukarlah untuk kita menilai kemajuan pelajar-pelajar.

Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu takat yang melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan melalui

pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan dan sebagainya. Penilaian perlu dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian dijalankan.

Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran.

Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai-bagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruhtentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatuyang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes. Penilaian Pembelajaran juga merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan

hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungansosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

Aktiviti penilaian yang teratur untuk mengukur pencapaian murid merupakan perkara penting dalam proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah. Penilaian yang dibuat mungkin berkisar daripada dengan hanya melihat tingkahlaku murid semasa membuat sesuatu kerja di dalam bilik darjah, sehinggalah kepada peperiksaan yang dilakukan secara formal (misalnya peperiksaan UPSR). Penilaian pencapaian murid melibatkan banyak aktiviti untuk mengukur kemajuan seseorang murid, di mana setiap satunya melibatkan proses dan prosedur tertentu. Pada hakikatnya, penilaian merujuk kepada sebarang aktiviti untuk mengukur tingkah laku pembelajaran murid dalam pelbagai aspek, sama ada secara formal atau tak formal, dengan sistematik; berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Melalui proses penilaian guru dapat mengenal pasti seterusnya memperbaiki kelemahan atau masalah yang dihadapi murid dalam proses pengajaran-pembelajaran. Aktiviti penilaian merupakan komponen terpenting dalam proses pengajaran-pembelajaran bagi membolehkan guru mengetahui kemasukan atau latar belakang murid: Minat, pencapaian, kelemahan, dan sebagainya; seterusnya menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Secara umum, penilaian sesuatu pengajaran adalah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan maklumat tersebut untuk membuat pertimbangan. Berasaskan pertimbangan yang dibuat, keputusan yang sesuai akan diambil. Walau bagaimanapun, tidak semestinya sesuatu pertimbangan yang dibuat akan diikuti oleh tindakan membuat keputusan pada masa itu atau oleh pembuat pertimbangan tersebut.

Proses penilaian yang dijalankan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah adalah bertujuan untuk mengukur atau mendiagnos pembelajaran murid dari segi pengetahuan (domain kognitif), sikap (misalnya sikap saintifik dan nilai murni; domain afektif), kemahiran (misalnya kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa; domain psikomotor) dan sosial (domain sosial); berasaskan kandungan sukatan pelajaran KBSM. Secara ringkas, untuk menilai adalah memberikan nilai (ke atas sesuatu) bagi membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Dalam pendidikan penilaian bermaksud mempertimbangkan seseorang murid, pendidik atau rancangan pendidikan. Guru membuat berbagai pertimbangan dalam proses menilai pencapaian murid atau menilai pengajarannya. Senarai soalan berikut menerangkan sebahagian daripada persoalan pertimbangan yang sering dibuat oleh guru dalam proses pengajaran.

Menurut Nana Sudjana (1989:2) penilaian adalah suatu tindakan atau kegiatan untuk melihat sejauh mana tujuan-tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai oleh bentuk hasil-hasil belajar yang diperlihatkannya setelah mereka menempuh pengalaman belajarnya (proses belajar-mengajar).

TUJUAN PENILAIAN Hasil pembelajaran yang dilakukan di sekolah adalah bertujuan untuk membantu murid membina pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan sikap. Melalui teknik penilaian yang sesuai, guru boleh mengawal kemajuan seseorang murid terhadap hasil pembelajaran tertentu. Persoalan yang sangat penting dalam usaha untuk menilai pencapaian murid ialah mengapa? Apakah tujuan utama guru melakukan aktiviti penilaian?

Terdapat beberapa sebab mengapa guru mengadakan aktiviti penilaian di dalam bilik darjah, antaranya adalah betujuan untuk:

m pembelajaran lebih awal, dari semasa ke semasa apa yang diperlukan

-prinsip sains di kalangan murid masalah dalam situasi yang baru -bahan serta membentang idea-idea dalam cara yang jelas dan logik ja, memerhati, merekod dan membentang pemerhatian dengan bersistem dan jelas

PELAKSANAAN PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN i. KOMPETENSI DASAR 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah ii. INDIKATOR PKN 1) Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 2) Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain) 3) Memberi contoh hidup rukun di rumah 4) Memberi contoh hidup rukun di sekolah 5) Menjelaskan akibat hidup tidak rukun 6) Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi: Menyanyikan lagu Nama-Nama Hari

B. KEGIATAN Inti 1. Menceritakan hidup rukun di rumah

2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain) 4. Memberi contoh hidup rukun di rumah 5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah 6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun 7. Menyebutkan manfaat hidup rukun 8. Menyapa teman sebaya dengan benar 9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain 10. Membuat kalimat sapaan secara lisan 11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana) 12. Membuat kalimat Tanya dengan benar 13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50 14. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50 15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50 16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50 17. Bersama-sama menyanyikan lagu Nama-nama Hari 18. Memberi contoh kegiatan yang lama atau sebentar 19. Membedakan, waktu lama atau sebentar 20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau lama 21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu 22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun

23. Membedakan bentuk suatu benda 24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya 25. Menjelaskan perubahan bentuk benda melalui perlakuan yang berbeda 26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, danlain-lain) 28. Menceritakan dan menulis peristiwa menyenangkan yang pernah dialami 29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami 30. Menceritakan kembali hal-hal yang pernah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain 31. Menyebutkan per istiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain (Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadual pelajaran masing masing sekolah)

C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portfolio 2. Pelajaran ditutup dengan lagu Aku Anak Sehat

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN a. METODE 1.Ceramah 2. Demonstrasi 3. Game 4. Tanya Jawab

5. Tugas

b. SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS) 2. Pengembangan Guru

c. MEDIA 1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf 3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN 1. Lisan 2. Tertulis 3. Perbuatan 4. Portofolio

Berdasarkan kepada pelaksanaan yang dijalankan oleh guru kepada pelajar, guru meminta pelajar melakukan aktiviti yang berkaitan dalam kehidupan mereka. Murid akan menceritakan pengalaman mereka semasa di rumah. Apa yang mereka lakukan sepanjang hari, apa nilai-nilai mereka terhadap orang tua dan murid menyenaraikan manfaat yang terdapat dalam

10

kehidupan mereka. Melalui pengalaman yang mereka ada, dapat membantu proses pembelajaran guru di dalam kelas.

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a) Kaedah Jigsaw Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran\ mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

terus (bertentang mata)

Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, guru akan membahagikan pelajar-pelajar kepada kumpulan kecil (4-5 orang). Setiap kumpulan ini, yang dipanggil kumpulan pakar (specialist group) akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursus yang diambil. Pelajar-pelajar dalam kumpulan ini akan mencari maklumat berkenaan tajuk yang telah ditugaskan sehingga kumpulan ini akan menjadi pakar dalam tajuk berkenaan. Pencarian maklumat adalah bebas
11

mengikut kreativiti kumpulan terbabit, sama ada melalui buku teks tambahan, internet ataupun bertanya kepada guru sendiri. Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan jigsaw (jigsaw group) akan dibentuk supaya setiap kumpulan mempunyai satu pakar dalam tajuk-tajuk yang telah ditugaskan oleh guru pada awal pembelajaran. Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan apa yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulan pakar. Dengan kaedah ini, sebahagian daripada penyampaian di dalam kelas dilakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar seluruhnya oleh guru.

Kumpulan Pakar 1
Kumpulan pakar

Kumpulan Pakar 2 Kumpulan Pakar 3 Kumpulan Pakar 4 Kumpulan Pakar 5

Kumpulan Jigsaw

Rajah 1 : Kaedah Jigsaw

Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara kerjasama (cooperative learning method KOOP) (Johnson & Johnson, 2000). Ianya dapat diperhatikan melalui kerjasama yang perlu diadakan di kalangan pelajar pada setiap fasa dalam kaedah ini. Dalam kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama dalam mendapat maklumat yang
12

diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Kemudian di dalam kumpulan jigsaw, pelajar harus memastikan rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan tajuk-tajuk yang telah ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw. Ini amat berbeza dengan kaedah biasa di mana pensyarah menjadi satu-satunya tenaga pengajar dalam kursus yang diambil. Kaedah yang kedua ini dipanggil kaedah pembelajaran secara kompetitif (competitive learning method KOMP). Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang juga salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan kaedah ini (Aini Hussain et al., 2007).

b) Kritikan Terbuka Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

13

c) Penilaian Rakan Kumpulan Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakanrakan mereka.

Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh pengajar. Para pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai setiap ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang diingini seperti sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula kepada pengajar untuk dianalisa dengan lebih lanjut. Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri seorang pelajar (Kaufman et al.

14

2000). Antaranya ialah ia memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja pelajar-pelajar lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu para pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan lebih bersungguh-sungguh dan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan apabila penilaian kritikal dibuat oleh rakan mereka sendiri.

Selain daripada itu, kaedah PRK juga mewujudkan suasana toleransi di antara para pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan diberikan secara terarah kepada setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan dapat difahami dengan lebih baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan para pelajar untuk bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang wujud di antara mereka. Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik untuk menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu untuk diaplikasikan dalam kerja kursus mereka.

Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar. Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud ketirisan dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang bukan merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja berpasukan pelajar-pelajar.

15

Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan salah satu alternatif dalam menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian pengajar. Penggabungan kaedah PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat menambahkan lagi keupayaan pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih telus. Dalam sudut yang berbeza, kaedah PRK ini masih lagi mempunyai beberapa kekangan yang dapat membantutkan keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan. Antara kekangan yang dikesan adalah masalah mengenalpasti ketelusan pelajar dalam menilai rakan-rakan mereka. Faktor-faktor seperti jarak keakraban, faktor personal dan kurang bersikap profesionalisme boleh membuatkan para pelajar bersikap berat sebelah dalam menilai antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Kekangan seperti ini, sekiranya ia berlaku, sedikit sebanyak akan mengurangkan keberkesanan kaedah PRK ini. Perbincangan dan pemerhatian secara terperinci amatlah diperlukan untuk mengatasi isu ini secara lebih bersepadu. Walaubagaimana pun, kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya memberi impak positif yang lebih besar berbanding impak negatif yang berpunca dari kekangan yang disebutkan di atas. Secara kesuluruhannya, kaedah PRK dapat disimpulkan sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

16

KESIMPULAN

Penilaian adalah sebagai suatu proses untuk mendapatkan maklumat bagi membuat ramalan serta beberapa keputusan yang ada kaitan dengan masa depan pelajar harus dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab. Menurut Bertrand dan Cebula (1980), antara lain, ujian telah menjatuhkan ego pelajar kerana keputusan ujian boleh menghilangkan minat untuk terus belajar. Seterusnya ini juga boleh menghilangkan motivasi untuk belajar. Guru-guru harus menggunakan penilaian sebagai suatu mekanisme untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah sesuatu yang lebih bermakna kepada pelajar. Penilaian tidak hanya berupaya menilai hasil pembelajaran, malahan lebih dari itu kerana ia harus juga berupaya menilai proses pembelajaran yang dilalui.

Penilaian secara berterusan oleh guru dengan menggunakan berbagai teknik penilaian perlu dilaksanakan bagi memastikan sebarang keputusan-keputusan yang bakal dilakukan telah mengambil kira kebolehan pelajar dari berbagai aspek; kognitif, afektif dan psikomotor. Proses penilaian boleh dilakukan guru sama ada sebelum, semasa atau selepas sesi pengajaran; berasaskan pembelajaran yang khusus atau keseluruhan kurikulum. Melalui proses penilaian, yang dilaksanakan secara berterusan, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid (dalam setiap aspek) serta dapat mengenal pasti seterusnya mengambil tindakan susulan yang sesuai: Pemulihan, peneguhan atau pengkayaan.

17

Anda mungkin juga menyukai