Anda di halaman 1dari 2

Implikasi PBD dalam penilaian terhadap pelajar.

Pemansuhan peperiksaan tahap 1 dan pelaksanaan PBD sebagai bentuk penilaian murid
telah mula dilaksanakan pada tahun 2019. Penambahbaikan silibus Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada gelombang kedua implementasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah melalui beberapa penambahbaikan
terutamanya berkaitan penilaian iaitu pentaksiran bilik darjah (PBD) dan terbaru adalah
pemansuhan peperiksaan dwitahunan bagi murid-murid tahap satu Murid-murid tahap
satu akan sepenuhnya ditaksir oleh guru berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) serta Garis Panduan Pelaksanaan PBD Tahap 1 yang dibekalkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bermula tahun 2019. Peranan guru dalam
PBD merangkumi semua peringkat iaitu bermula dari merancang, melaksana, mentaksir,
menilai, melapor dan membuat tindakan susulan menunjukkan bahawa guru diberi autonomi
yang besar dalam implementasi PBD sesuai dengan garis panduan yang telah dibekalkan

Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid


lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan
standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam
masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan
maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi
segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung
jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai
insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan
sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai
murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang
dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-
kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan
untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi
murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).
PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi
sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK
juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Definisi NPDL dan kepentingannya.

Pendedahan terkini berkisar kepada ‘pedagogi’ iaitu ‘seni dan sains dalam pengajaran’.

Para ‘jurulatih’ pendidik kini terpaksa menelan perkara baru dan diminta untuk mempelajari,
memahami, menghayati dan mencuba kaedah ‘pengajaran’ untuk dikongsikan ke bilik darjah
dengan kenyataan ‘inovasi, kreativiti dan transformasi’.Untuk seiring dengan globalisasi
pendidik harus menerima, mencari, mencuba dan menjalankan ‘kaedah cara’ yang diberikan
untuk dilihat berdaya saing.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies


(NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk
menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama,
mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) mewakili perubahan dalam


pemikiran di mana pendidikan disabitkan. Ia mencerminkan perubahan terhadap kehidupan
masyarakat kita dan keperluan untuk guru berfikir secara lebih terperinci mengenai
bagaimana mereka menggunakan pendekatan mengajar di dalam kelas.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang


berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil
menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita.dan keinginan untuk
mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia
persekitaran mereka.

Teras kepada Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) adalah enam konsep utama
yang akan membentuk pelajar seiring dengan persekitaran di sekeliling mereka ketika
mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan. Enam K (atau 6C) ini ialah:
 Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
 Komunikasi
 Kreativiti dan Imiginasi
 Kewarganegaraan dan Komuniti
 Koloborasi
 Karektor Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai