Anda di halaman 1dari 6

KBAT DALAM MP PENDIDIKAN

KESIHATAN
Assalamu'alaikum kepada sahabat sekalian... Hari ni saya nak share satu lagi
assignment subjek pendidikan kesihatan. mungkin berguna kepada teman-teman guru
yang sedang melanjut pengajian program pensiswazahan guru di OUM dan IPG.

1.0 Pengenalan
Kepesatan dalam bidang teknologi maklumat memberi kesan yang hebat kepada
sistem pendidikan negara serta mewujudkan persaingan dalam bidang pendidikan untuk
menaiktarafkan sistem pendidikan ke arah satu tahap yang lebih maju dan berdaya saing.
Sistem pendidikan tradisional perlu diubah dan corak serta gaya pengajaran dan pembelajaran
juga perlu dipertingkatkan lagi agar dapat melahirkan generasi muda yang mampu berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif. Apa yang mampu, kementerian pendidikan telah melakukan
satu transformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPIM) 2013-2025 untuk menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kritikal
dan kreatif seperti yang ditekankan dalam konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ataupun dalam versi English dipanggil High Order Thinking Skill (HOTS).
Elemen KBAT ini dijadikan sebagai suatu isu yang serius di peringkat sekolah kerana
didapati pelajar di Malaysia yang menduduki ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak mencapai
standard pemikiran kelas pertama dan tidak mampu mencapai aras yang memuaskan. Ini
menunjukkan pelajar kita tidak begitu didedahkan dengan penggunaan KBAT di dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan lebih banyak menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Rendah (LOTS) yang lebih menumpu kepada proses menghafal dan mengingati.
Apabila guru-guru yang dikaji selidik ditanya tentang berapa kerap mereka menilai pelajar
menerusi aplikasi, penaakulan, dan pemikiran aras tinggi, kedua-dua guru sekolah rendah
( McMillan, Myron, & Pekerja, 2002) dan menengah ( McMillan, 2001) mendakwa mereka
menilai tahap kognitif pada aras yang amat sedikit. Ini menunjukkan pelajar tidak digalakkan
dengan KBAT dalam P&P oleh guru. Oleh yang demikian, kementerian pendidikan telah
mengeluarkan blueprint PPIM 2013-2025 yang mana diberi penekanan kepada konsep KBAT
dalam (P&P). Untuk melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing, KBAT perlu diberi
penekanan dalam P&P sejak dari sekolah rendah lagi dan guru perlu memastikan konsep
KBAT digunakan semasa berlangsung P&P.
KBAT menurut PPIM 2013-2025 didefinasikan sebagai kemahiran berfikir
menganalisis, mengaplikasi, menilai dan mencipta. KBAT juga bermaksud keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(KPM, 2013). Berbanding dengan teknik pengajaran sebelum ini yang lebih menjurus kepada
peperiksaan dan hafalan, konsep KBAT dilihat mampu mencorak P&P yang berbeza dan
melahirkan pelajar yang memiliki pemikiran kelas pertama. Semua ini boleh dicapai dengan
ransangan yang berterusan untuk menggalakkan pelajar berfikir untuk memprolehi sesuatu
berbanding hanya menerima ilmu yang dipelajari tanpa berfikir dengan lebih meluas. KBAT
menggalakkan pelajar untuk meneroka dengan lebih jauh bagi mendapatkan maklumat
mengenai sesuatu isi pelajaran.
Berfikir dan kemahiran berfikir (KB) adalah dua perkara yang berbeza. Menurut
Maimunah, (2004), berfikir adalah suatu aktiviti yang abstrak dan selalunya berlaku pada
peringkat separuh sedar. Berfikir dilihat sebagai suatu kebolehan semula jadi sama seperti
kebolehan berlari dan bernafas, manakala KB bukan kemahiran semula jadi. KB merupakan
suatu disiplin ilmu yang boleh dipelajari dan dapat diamalkan sehingga membentuk
kebiasaan atau pengalaman (Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos,Widad Bt. Othman,Razali
Bin Hassan dan Tee Tze Kiong, 2010). Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang
mengunakan pemikiran aras tinggi dalam melaksanakan tugasan dan penilaian yang
memerlukan kerja intelektual dan pemikiran kritikal meningkatkan motivasi pelajar serta
pencapaian mereka. Pelajar tidak menjadi apabila terlibat dengan pembelajaran secara abstrak
dan mereka juga tidak bermotivasi secara abstrak. Sebaliknya, mereka mampu menjadi
terbaik apabila terlibat dalam memikirkan perkara-perkara tertentu dan bermotivasi untuk
mempelajari sesuatu perkara. Pemikiran yang tinggi meningkatkan kawalan pelajar ke atas
idea-idea yang dikeluarkan dan pemikiran adalah lebih seronok daripada menghafal sesuatu
perkara (Susan M. Brookhart, 2010).

2.0 Cara KBAT Dikembangkan secara Berkesan dalam P&P Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan (PK) merupakan subjek elektif yang dipelajari di sekolah
rendah. Dalam dasar KSSR, subjek Pendidikan Kesihatan (PK) telah dipecahkan dari
Pendidikan Jasmani (PJ) di mana dalam dasar KBSR ianya dikenali sebagai Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) sebelum ini. Namun pada tahun 2011, sejak KSSR
diperkenalkan, Pendidikan Kesihatan (PK) adalah subjek yang dipelajari secara berasingan
dengan Pendidikan Jasmani (PJ) dan dilihat lebih memberi pemahaman yang jelas mengenai
isi pelajaran di dalam silibus Pendidikan Kesihatan (PK). Ibu bapa amat berharap agar anak –
anak mereka mampu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pendidikan. Maka itu,
KBAT harus diterapkan dalam kurikulum dan kandungan pelajaran supaya pelajar berpeluang
mempraktikkan KBAT (Ewing, 2006).
KBAT boleh dikembangkan dalam P&P dengan pelbagai cara yang membantu
merangsang pelajar menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara kritikal dan kreatif.
Sebagai seorang guru, mengaplikasikan KBAT dalam P&P amat penting untuk merangsang
minda pelajar serta memberi motivasi kepada mereka untuk berfikir berbanding menghafal
sesuatu perkara. Menurut Collins (2014) adalah sukar untuk membayangkan seorang guru
sekolah yang tidak sedar tentang kepentingan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi untuk
menyediakan generasi muda untuk hidup dalam abad ke-21. Oleh itu, untuk menyediakan
pelajar ke arah pendidikan Alaf 21, amat penting menerapkan KBAT dalam P&P agar pelajar
di Malaysia setaraf dengan pelajar di negara- negara maju seperti Jepun, Amerika dan
sebagainya. KBAT diterapkan di dalam semua matapelajaran di sekolah rendah ternasuklah
matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Untuk menentukan seseorang pelajar itu terlibat dalam
proses KBAT atau tidak sedikit sukar kerana guru tidak dapat menganalisa daya pemikiran
pelajar tersebut. Maka, guru hanya berlandaskan kepada pengalaman dan pengetahuan sedia
ada bagaimana cara pelajar berfikir. Dalam P&P Pendidikan Kesihatan, KBAT boleh
dikembangkan dengan menggunakan teknik menyoal, aktiviti penyelesaian masalah,
meningkatkan soalan aras tinggi, aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks,
menggunakan alat berfikir dan pembelajaran yang berasaskan projek.
2.1 Teknik lisan/penyoalan
Kaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar
berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru
boleh membentuk dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan
dalam Taksonomi Bloom. Teknik menyoal boleh digunakan dengan mengamalkan pertanyaan
demi pertanyaan yang berkaitan dengan isi pelajaran antara guru dan kumpulan pelajar.
Pembinaan pertanyaan haruslah yang menjurus kepada berfikir aras tinggi. Kaedah latih tubi
dan penekanan kepada peperiksaan akan menghasilkan murid yang menjadi penghafal fakta
dan maklumat, namun tandus dari segi pemikiran kreatif dan kemahiran penyelesaian
masalah (Rohaida M.S, Faridah D. & Abd. Razak Z., 2013). Maka, Guru harus mengenal
pasti soalan apa yang harus diutarakan yang mampu membina cara pelajar berfikir yang
bukan hanya memenuhi minima standard pemahaman pelajar. Selain itu, teknik
lisan/penyoalan juga boleh dilakukan dalam kumpulan kecil pelajar yang terdiri dari beberapa
orang. Guru boleh mengutarakan satu persoalan dan meminta pelajar untuk berbincang dalam
kumpulan. Pelajar dapat mengeluarkan idea masing –masing dan di akhir perbincangan,
mereka boleh mempersembahkan hasil kerja kepada rakan – rakan sekelas yang lain. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan membolehkan murid belajar bersama-sama,
saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli
kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan
kumpulan. Dalam subjek Pendidikan Kesihatan, kerja secara kumpulan amat perlu untuk
menggalakkan pelajar berkongsi idea mengenai sesuatu topik. Sebagai contoh, topik
‘Kebersihan Diri’ yang boleh membawa kepada pelbagai perkongsian idea dan pengalaman
mengenai cara menjaga kebersihan diri dan kepentingannya kepada kesihatan diri.
2.2 Aktiviti Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran
matematik dalam situasi sebenar. Menurut Ramsay (2006), pembelajaran berasaskan masalah
(PBM) adalah satu kaedah yang berkesan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi.
Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis
dan kreatif. Bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan, aktiviti penyelesaikan masalah boleh
dijalankan dengan mengadakan teka – teki yang menghubungkan isi pelajaran yang perlu
diselesaikan oleh pelajar. Guru boleh memberi satu penyataan masalah kepada pelajar untuk
mereka memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang diajukan. Menurut Siti
Norbaizura (2006), selain itu, menerusi PBM juga dilihat dapat memberi peluang kepada para
pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran menyelesaikan
masalah di kalangan pelajar bagi situasi tertentu yang mungkin rumit. Sebagai contoh, dalam
tajuk pemakanan, guru boleh mengutarakan permasalahan seperti penyakit yang terjadi
disebabkan oleh pengambilan lemak dan gula berlebihan adalah diabetes. Guru boleh
menyatakan permasalahan kepada pelajar dan membenarkan mereka mengambil masa
seketika untuk bertindak balas dengan soalan yang diajukan. Menurut Hafisah (2008),
kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif,
inovatif, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada
masalah baru yang berlainan.
2.3 Meningkatkan Soalan Aras Tinggi
Soalan kemahiran berfikir aras rendah lebih kepada pemahaman sahaja dan tidak bertindak ke
arah untuk meningkatkan tahap pelajar untuk menganalisis sesuatu topik. Biasanya
penghasilan soalan aras tinggi dalam subjek PK adalah seperti soalan “ Bagaimana untuk
pastikan kebersihan diri terjaga?”, “Mengapakah menjaga kebersihan diri itu penting?” dan
sebagainya. Dengan meningkatkan soalan ke aras tinggi, ini menggalakkan pelajar untuk
menggunakan otak mereka dan berfikir dengan lebih mendalam lagi berbanding dengan
hanya memberi maksud dan fahaman mengenai kebersihan diri sahaja. Untuk menggalakkan
amalan ini, guru perlu mengulangkaji dan menyediakan soalan –soalan yang berbentuk aras
tinggi untuk menilai tahap pelajar. Mohd Ali Ibrahim (2003) menyatakan bahawa penekanan
proses P&P pada masa kini lebih tertumpu kepada kognitif aras rendah seperti hafalan,
ingatan kembali dan kefahaman. Soalan-soalan seperti mentakrif, melabel, menyenaraikan
dan mengenal pasti adalah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya di dalam kelas
berbanding dengan soalan kognitif tahap tinggi seperti tahap aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Soalan aras tinggi boleh membantu pelajar untuk menggunakan otak mereka
berfikir dan mencari maksud dengan lebih mendalam. Soalan- soalan yang berbentuk
pengetahuan, pemahaman dan aplikasi adalah untuk KBAR seperti “apa yang budak itu buat
dibilik air?’. Soalan ini tidak mencapai aras tinggi dan kerana itu guru perlu menaiktaraf
soalan kepada pertanyaan ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ untuk menggalakkan pelajar
menganalisis dan menilai permasalahan.
2.4 Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi dalam Buku Teks
Pada tahun 2011, KSSR telah diperkenalkan dan sukatan pelajaran PK lebih bersifat ke arah
KBAT kerana elemen KBAT telah diterapkan ke dalam sukatan pelajaran PK. Oleh itu, guru
perlu memastikan elemen KBAT diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan
kerajaan menerapkan elemen KBAT dalam sukatan pelajaran dan buku teks pelajar adalah
untuk menggalakkan persaingan yang lebih baik dari pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang, KBAT memainkan peranan yang penting kerana menjadi asas kepada
kecermerlangan seseorang pelajar. Dalam modul dan buku teks PK juga terdapat aktiviti yang
diterapkan berunsur pemikiran aras tinggi yang memerlukan pelajar untuk menganalisis dan
mengolah idea. Sebagai contoh, topik keselamatan diri yang merujuk kepada penjagaan
keselamatan diri di tempat awam dan dengan orang yang tidak dikenali. Pelajar akan diuji
dengan contoh jenayah yang terjadi pada kanak – kanak dan akan diajukan soalan bagaimana
mengelakkan diri dari amcaman bahaya dan orang tidak dikenali. Ini menggalakkan pelajar
untuk berfikir dan mengolah idea yang bersesuaian.
2.5 Menggunakan Alat Berfikir
Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda,
dan Thinking Hats. Dalam pelajaran PK, penggunaan peta minda memang diperlukan untuk
menghuraikan sesuatu fakta. Amalan menggunakan peta minda atau Thinking Hats memberi
peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam. Guru
yang bijak akan menggunakan peta minda untuk merangsang pelajar berfikir, menganalisis
dan menilai sesuatu masalah. Merangsang pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritikal,
penggunaan alat berfikir amat bersesuaian. Tambahan dalam subjek PK, ianya banyak
melibatkan penggunaan grafik dan peta minda untuk menghuraikan sesuatu topik. Maka,
dengan itu untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir pelajar ke aras yang lebih tinggi,
konsep penghuraian kepada sesuatu masalah perlu diterapkan dalam P&P.
2.6 Pembelajaran Berasaskan projek
Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata.
Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan
dapatannya. Ini juga dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran
murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk (DSKP
Pendidikan Kesihatan,2013). Untuk menggalakkan pergerakan psikomotor pelajar,
pembelajaran berasaskan projek amat bersesuaian. Tambahan untuk pelajar yang masih di
peringkat awal iaitu di tahun 1,2 dan 3, pergerakan memainkan peranan penting kerana
membantu mereka memahami sesuatu perkara itu dengan lebih cepat dan mudah. Oleh itu,
dalam pengajaran PK, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan projek
berdasarkan suatu topik dalam modul PK. Sebagai contoh, guru boleh meminta pelajar untuk
menghasilkan replika bahan- bahan untuk kebersihan diri menggunakan bahan kitar semula.
Projek sebegini meningkatkan tahap berfikir pelajar ke arah pemikiran aras tinggi kerana
untuk menghasilkan sesuatu benda, pelajar perlu menjadi kreatif, kritis dan innovatif.

3.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, konsep KBAT amat penting memupuk pelajar yang cemerlang bukan
sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam kehidupan seharian mereka juga. Penerapan
KBAT dalam P&P membawa satu nafas baru dalam sistem pendidikan negara. Menurut
Hafisah (2008) pembelajaran melambangkan sesuatu yang dapat membina pengetahuan
seseorang, sikap dan potensi untuk berjaya dalam kehidupan secara berterusan. Menurut
Hafisah (2008) lagi, jika para pelajar masih duduk termenung serta lalai dalam melaksanakan
tugas dan tidak mengambil langkah utama dalam menggunakan minda untuk menerokai
sesuatu idea bagi menyelesaikan masalah maka seseorang pelajar itu akan ketinggalan dan
mungkin akan tercicir di universiti mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi.
Menurut Zuliana (2006), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dijadikan
landasan bagi proses pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu mata
pelajaran. Pelajar seharusnya dilatih menggunakan kemahiran berfikir ini untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat keputusan sendiri dengan bijak dan
tidak bergantung kepada orang lain. Mahir berfikir adalah antara potensi minda yang
berperanan penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Maka, penerapan
elemen KBAT seperti menganalisis, sinteksis, menyelesai masalah dan menilai masalah sejak
dari sekolah rendah lagi amat penting dalam semua matapelajaran agar proses ini berlaku
secara berterusan.
4.0 Penutup
Sistem pendidikan negara melangkah ke arah yang lebih maju. Demi mencapai hasrat untuk
menghasilkan pendidikan yang bertaraf antarabangsa, banyak perubahan dan dasar baru yang
dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu diterima di
peringkat antarabangsa. Hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang berintelek dan
berdaya saing perlu diterapkan sejak dari pendidikan awal di sekolah rendah. KBAT
memainkan peranan yang penting memandangkan ianya termaktub dalam PPPM 2013-2025
yang mana hasrat kerajaan untuk menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kritikal
dan kreatif serta menganalisis dan menyelesaikan masalah.

Oleh itu, bagi memastikan hasrat ini terlaksana, guru –guru perlu memastikan elemen
KBAT ini diterapkan dalam P&P demi melahirkan pelajar yang berkualiti, kreatif dan
innovatif. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kemahiran ini
dan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang meluas tentang KBAT agar ianya dapat
diterapkan dalam P&P dan diajar kepada pelajar. Kemahiran guru mengenai KBAT penting
bagi memastikan pelajar mendapat input yang betul dari guru.

Aasas pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi peringkat sekolah adalah menitikberatkan
kepelbagaian kaedah pengajaran terutamanya bagi peringkat sekolah rendah yang menekankan
aktiviti secara bermain. Ini kerana melalui aktiviti bermain kanak-kanak berupaya mengembangkan
sifat semulajadi di samping menyihatkan fizikal dan menguatkan otot-otot. Imam Ghazali
menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan dan keseronakan bagi pelajar selepas
melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain
hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.
Bahan juga perlu bersesuian dan mendatangkan berfaedah kepada peringkat perkembagan pelajar
(Al-Ghazali 2005; Abd Salam, 2010). Asas bahan-bahan yang berfaedah adalah berasaskan konsep
mendatangkan rmakna, kukuh, mudah dikendalikan dan bertepatan untuk menggalakkan komunikasi
dan imaginasi. Perkara yang paling penting di dalam kaedah permainan itu akan dapat menarik minat
dan menggembirakan pelajar melalui pengukuhan penguasaan konsep pembelajaran dari umum
kepada yang lebih spesifik serta mampu meningkatkan keupayaan tahap kognitif pelajar (Azizi, 2008 ;
Asmawati et al, 2012). Secara keseluruhannya, daripada penghuraian aktiviti yang melibatkan
psikomotor seperti yang ditekankan oleh Imam Ghazali, beliau juga menekankan tentang peranan
guru terhadap pembentukan perlakuan pelajar di dalam proses pengajaran melalui penggunaan
panduan, pengamatan secara berterusan, memberi ganjaran, mewujudkan PdP yang mengupayakan
kognitif dan penampilan personaliti adalah sebagai salah satu di dalam pendekatan pendidikan yang
dijalankan. (Khadij

Anda mungkin juga menyukai