Anda di halaman 1dari 6

_____________________________________________________________________________________________________

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN TERENGGANU

TAJUK KERTAS KERJA:

PROJEK PENUBUHAN BILIK KAUNSELING SEKOLAH


MENENGAH

TARIKH:

JANUARI 2023

TEMPAT:

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN TERENGGANU

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 Pengenalan
“Kaunseling merupakan satu perbincangan yang melibatkan seorang
kaunselor terlatih dengan individu atau sekumpulan individu yang mempunyai
masalah, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk
mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang telah
dipilih”, Zainal Abidin (2002). Proses kaunseling adalah satu proses pembelajaran
yang dijalankan untuk menolong seseorang individu yang memerlukan bantuan
untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang (Shertzer, 1980).
Sementara itu dari perspektif Islam, Aziz Salleh (1996) menyatakan bahawa
kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang
mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk
membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Islam pada prinsipnya
meminta agar setiap umat Islam agar mempunyai kemahiran-kemahiran asas
sebagai seorang kaunselor, sama ada ia seorang kaunselor, guru atau siapa sahaja
seperti ayat di bawah yang menjelaskan tentang sifat dan akhlak Rasulullah yang
seharusnya menjadi ikutan setiap orang Islam terutamanya kaunselor dan guru.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut


terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan
mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka
dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka
bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Definisi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa kaunseling adalah satu


proses yang akan mengambil masa yang agak lama. Sebagai seorang kaunselor
adalah penting untuk mewujudkan satu keadaan atau suasana yang menggalakkan
interaksi antara kaunselor dan klien. Persekitaran perjumpaan perlu mempunyai
unsur-unsur yang memberi rasa selamat dan selesa seterusnya mempunyai nilai-
nilai teraputik.

2.0 Tujuan
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan serta
memohon sumbangan daripada pihak luar untuk menjayakan projek ini.

3.0 Rasional
Dalam era pendidikan moden dan mencabar, perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling adalah amat mustahak. Bilik kaunseling di sekolah merupakan
satu persekitaran perjumpaan yang sesuai untuk murid-murid yang
memerlukan bantuan. Bilik kaunseling yang ideal perlu disediakan di sekolah
untuk persekitaran yang kondusif dan mempunyai nilai-nilai teraputik dapat
melahirkan suasana yang selamat dan selesa bagi sesi kaunseling.

2
4.0 Objektif

4.1 Mewujudkan keselesaan pada pelajar dalam sesi kaunseling.


4.2 Menimbulkan rasa selamat dan tenteram kepada pelajar
4.3 Merangsang pelajar berkongsi masalah dengan kaunselor.
4.4 Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan
kaunselor.
4.5 Memudahkan rasa keterbukaan dan keikhlasan.

5.0 Tarikh
Januari 2023

6.0 Tempat
Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)

7.0 Lakaran Pelan Lantai Bilik Kaunseling


<< Rujuk lampiran>>

8.0 Jawatankuasa

PENGERUSI : HAJI HANAPI BIN AWANG@SULONG


Pengetua MTQT
TIMBALAN PENGERUSI 1 : YM KU APWA BIN KU IBRAHIM
Penolong Kanan Pentadbiran MTQT
TIMBALAN PENGERUSI 2 : AHMAD RADHI BIN RAZALI
Penolong Kanan Kokurikulum MTQT
NAIB PENGERUSI : MOHD ABDUL WAHAB BIN ISMAIL
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MTQT
SETIAUSAHA : NUR AMANINA BINTI MOHD ASRI
AHLI JAWATANKUASA : NAJIBAH BINTI MAT IDRIS
: SYAIMA' SYATIRAH BINTI JAAFAR

9.0 Anggaran Perbelanjaan


<< Rujuk lampiran>>

10.0 Sumber Kewangan


Sumbangan dari pihak PIBG, orang perseorangan, pihak korporat serta
mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan

3
hasrat untuk menubuhkan, membangunkan, menambah baik serta
menceriakan Bilik Kaunseling.

11.0 Implikasi Sekiranya Projek Tidak Dapat Dilaksanakan

11.1 Matlamat KPM untuk memberikan suasana sesi kaunseling yang


kondusif dan teraputik tidak akan tercapai
11.2

11.0 Penutup
Besarlah harapan Unit Bimbingan dan Kaunseling agar projek yang dirancang
ini beroleh sokongan dari semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan
dan menceriakan Bilik Kaunseling ini tercapai. Diharapkan dengan adanya bilik
kaunseling di sekolah, persekitaran yang selesa dan mempunyai nilai-nilai teraputik
akan dilahirkan. Semoga usaha murni ini dipermudahkan dan mendapat kerjasama
pihak yang terlibat.

Disediakan oleh:

________________________________
(NUR AMANINA BINTI MOHD ASRI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu

Disemak oleh:

________________________________
(MOHD ABDUL WAHAB BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu

Disahkan oleh:

__________________________________
(HAJI HANAPI BIN AWANG @ SULONG)
Pengetua
Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu

4
NO. PERKARA ANGGARAN JUMLAH SUMBER
PERBELANJAAN PENDAPATAN

1. Kerusi banquet RM608

Kaunseling Individu -2 RM76 X 8

Kaunseling Kelompok- 5

Kerusi Kaunselor- 1

2. Meja RM 160 X 2 RM320

3. Papan Kenyataan RM 250 RM250

(120 cm x 240 cm)

4. Sofa (one seater) RM178 RM178

5. Sofa (two seater) RM250 RM250

6. Komputer RM 2000 RM2000

7. Rak Buku RM 88 RM88

8. Rak fail RM260 RM 260

9. Fail Keras (5 buah) RM4.5 X 6 RM27

10. Kertas A4 (gsm 80) RM60 RM60

11. Langsir RM 20 X 4 RM80

12. Cermin RM 45 RM45

(120cmx30cm)

14. Banner ( Selamat Datang) RM50 RM50

15. Pewangi Bilik RM15 RM15

JUMLAH RM4659

LAMPIRAN (IMPLIKASI KEWANGAN)


5
6

Anda mungkin juga menyukai