Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Kajian Tindakan

Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di


sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di
kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk: meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru. meningkatkan prestasi pencapaian murid. mengatasi masalah
pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. membantu murid mencapai
tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Selain bertujuan untuk menangani masalah
pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian
Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang
berada pada tahap baik ke tahap cemerlang Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data
yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui
satu prosedur dan proses yang sistematik. Jadi perbezaan yang terdapat antara guru yang
menjalankan kajian tindakan dan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah dari
segi kualiti produk yang dihasilkan. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, beliau akan
melakukan pengubahsuasaian secara berterusan supaya adanya peningkatan dalam
pencapaian murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sekiranya guru
tersebut tidak menjalankan kajian tindakan, mungkin tiada peningkatan pencapaian yang
berlaku di kalangan murid-murid kerana guru tidak dapat untuk memperbaiki kelemahan
yang ada di dalam dirinya.

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?


Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi
oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk
mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati
strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika
penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai. Kajian tindakan
merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah
satu kaedah. Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan
merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu. Terdapat
EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG,
BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam
bentuk gelungan.
http://amsyar-zharfan.blogspot.my/2011/11/kepentingan-kajian-tindakan.html

Anda mungkin juga menyukai