Anda di halaman 1dari 3

SAIDINA ALI SEBAGAI PINTU ILMU

Soalan: Apakah status dan makna hadith ini?

‫ فَ َم ْن أ َ َرادَ ْال ِع ْل َم فَ ْليَأْتِ ِه ِم ْن بَابِ ِه‬،‫ي بَابُ َها‬


ٌّ ‫أَنَا َمدِينَةُ ْال ِع ْل ِم َو َع ِل‬
Maksudnya: “Aku adalah pusat ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang inginkan ilmu maka
datangilah ia daripada pintunya.”

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah
baginda SAW.

Sebelum kami menjawab berkaitan status hadith tersebut, suka bagi kami untuk menceritakan secara
ringkas biodata seorang sahabat yang mulia iaitu khalifah keempat umat Islam Amir al-Mukminin Ali bin
Abi Thalib. Nama beliau ialah Alibin Abi Thalib bin Abd al-Mutthalib bin Hasyim bin Abd Manaf al-
Quraishy al-Hasyimi al-Makki al-Madani al-Kufi. Beliau juga merupakan sepupu Rasulullah SAW. Kunyah
(nama kurniaan) beliau ialah Abu al-Hasan dan Rasulullah SAW juga memanggilnya dengan kunyah Abu
Turab. Abu Turab merupakan gelaran yang paling digemari apabila Baginda SAW ingin memanggilnya.

Selain itu, beliau merupakan khalifah pertama daripada kalangan bani Hasyim dan beliau juga termasuk
dalam kalangan 10 orang sahabat yang dijamin syurga. Para ulama berselisih pendapat dalam
menentukan siapakah orang yang pertama memeluk agama Islam di antara Khadijah, Abu Bakar al-Siddiq
dan Ali bin Abi Thalib. Pendapat yang sahih adalah Khadijah adalah orang yang pertama memeluk Islam,
selepas itu Abu Bakar al-Siddiq dan seterusnya Ali bin Abi Thalib.

Di samping itu, beliau bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Badar, Uhud, Khandaq, Bai’ah al-
Ridhwan, Khaibar, Pembukaan kota Makkah, Hunain, Thaif dan beberapa lagi peristiwa melainkan Tabuk.
Beliau meriwayatkan sebanyak 586 buah hadith daripada Rasulullah dan 20 buah hadith daripadanya
disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim. [Lihat: Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat, 344-345/1]

Berdasarkan soalan di atas, hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam kitabnya al-
Mu’jam al-Kabir [Lihat: al-Mu’jam al-Kabir, 65/11] dan juga Imam al-Hakim di dalam kitabnya. [Lihat:
al-Mustadrak, 137-138/3] Tambahan pula, hadith ini tidak diriwayatkan oleh ashab kitab-kitab yang
muktamad seperti al-Sahihayn (al-Bukhari dan Muslim) dan ashab kutub sittah seperti Abu Daud, al-
Nasa’ie, Ibn Majah melainkan al-Tirmizi ada meriwayatkan tetapi dengan lafaz yang berbeza dan
menghukumnya sebagai hadith gharib (ganjil) lagi munkar iaitu:

ٌّ ‫الح ْك َم ِة َو َع ِل‬
‫ي بَابُ َها‬ ِ ‫ار‬ُ َ‫أَنَا د‬
Maksudnya: “Aku adalah pusat segala hikmah dan Ali adalah pintunya.” [Riwayat al-Tirmizi (3723)]

Selain itu, kedua hadith atau riwayat ini tidak terdapat di dalam al-Muwattha’ oleh Imam Malik dan begitu
juga Imam Ahmad di dalam Musnadnya serta sebahagian ulama yang menghimpunkan hadith-hadith
yang sahih di sisinya seperti Imam Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban.

Adapun berkaitan status hadith ini, ia menjadi perselisihan dalam kalangan para ahli ilmu. Sebahagian
mereka menyatakan hadith tersebut adalah tidak sahih dan sebahagian yang lain menyatakan sebaliknya.
Antara yang menilai bahawa hadith adalah tidak sahih ialah:

 Imam al-‘Uqaili (322 H) menyatakan matan ini tidak sahih untuk dikatakan ianya hadith. [Lihat:
al-Dhu’afa’ al-Kabir, 149/3]
 Imam Ibn al-Qaisarani (507 H) menyatakan hadith ini direka oleh Abu al-Salt. [Lihat: Tazkirah
al-Huffaz, 136/1]
 Imam Abu Bakar Ibn al-‘Arabi (543 H) mengatakan bahawa hadith tersebut adalah bathil. [Lihat:
Ahkam al-Quran, 86/3]
 Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai hadith ini adalah palsu dengan semua jalurnya. [Lihat: al-
Mawdhu’at, 439/1]
 Imam al-Zahabi (748 H) menyatakan hadith tersebut adalah palsu. [Lihat: Mizan al-I’tidal,
415/1]

Di sini kami nyatakan pula, di antara ulama yang menilai bahawa hadith tersebut adalah hasan atau hasan
li ghairihiialah:

 Kata al-Hafiz Solah al-Din al-‘Alaa’i (761 H) dalam jawapannya terhadap hadith-hadith yang
dinilai oleh al-Siraj al-Qazwini di dalam Masabih al-Baghawi pada bab yang panjang dalam
menjawab semula ke atas Ibn al-Jauzi dan selain daripada mereka yang menilai palsu terhadap
hadith ini. Dapatannya berkaitan hukum ke atas hadith ini adalah hasan. [Lihat: Taznih al-
Syariah, 378/1]
 Imam al-Zarkasyi (794 H) menyatakan bahawa hadith tersebut berakir pada tahap hasan dan
boleh dijadikan hujjah. Ia bukanlah dhaif bahkan itu adalah lebih baik berbanding mengatakan ia
adalah palsu. [Lihat: al-Kasyf al-Ilahi, 165]
 Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852 H) menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh
al-Hakim dan beliau (al-Hakim) menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih bertentangan
dengan pendapat Imam Ibn al-Jauzi. Hal ini disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-
Mawdhu’at dan beliau menyatakan hadith tersebut adalah dusta. Pendapat yang tepat (di sisi Ibn
Hajar al-Asqalani) adalah berbeza dengan keduanya (al-Hakim dan Ibn al-Jauzi). Ini kerana,
hadith tersebut termasuk di dalam bahagian hadith hasan yang mana tidak sampai ke tahap
sahih dan tidak sampai ke tahap dusta. Penjelasan berkaitan isu ini agak panjang, namun ini
adalah yang muktamad dalam permasalahan ini. [Lihat: Taznih al-Syariah, 378/1]
 Imam Ibn Hajar al-Haitami (974 H) menyatakan bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh
jemaah para sahabat dan ia disahihkan oleh al-Hakim. Ia juga dihasankan oleh dua orang al-Hafiz
iaitu al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Hafiz al-‘Alaa’i. [Lihat: al-Fatawa al-Hadithiyyah,
123/1]

Melihat kepada pandangan-pandangan di atas, kami cenderung kepada pandangan kedua yang
mengatakan bahawa hadith tersebut tidak sampai ke tahap palsu sebagaimana yang dinyatakan
oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan beberapa ulama yang lain. Tambahan pula, hadith ini tidaklah
menyentuh perkara-perkara usul di dalam agama yang melibatkan aqidah atau halal dan haram. Umum
mengetahui bahawa Rasulullah SAW merupakan sumber ilmu dan para sahabat mengambilnya daripada
Baginda SAW serta menyebarkannya sehingga sampai kepada kita pada hari ini. Selain itu, hadith ini
tidak menyatakan bahawa Saidina Ali seorang sahaja adalah pintu, bahkan di sana banyak lagi pintu-pintu
lain atau sahabat-sahabat Nabi SAW yang lain yang juga merupakan pintu kepada ilmu ini. Ini
berdasarkan perbuatan Nabi SAW yang menghantar sebahagian para sahabat yang bukan daripada
kalangan alu al-Bayt juga ke tempat lain sebagai wakil Baginda SAW untuk menyampaikan Islam seperti
Mu’az bin Jabal, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi.

Tambahan pula, makna hadith tersebut juga memberitahu kepada akan pentingnya berguru dalam
mempelajari sesuatu ilmu sama seperti al-Quran. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith iaitu:

 Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:


ُ‫ َوالَ أ ُ َراه‬،‫ام َم َّرتَي ِْن‬
َ َ‫ضنِي الع‬ َ ‫آن ُك َّل‬
َ ‫ َوإِنَّهُ َع‬،ٍ‫سنَة‬
َ ‫ار‬ ِ ‫ضنِي بِالقُ ْر‬ ِ َ‫أ َ َّن ِجب ِْري َل َكانَ يُع‬
ُ ‫ار‬
‫ض َر أ َ َج ِلي‬
َ ‫إِ َّال َح‬
Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril
membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat
bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]

Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru.
Begitu juga dengan ilmu-ilmu lain, yang mana ia juga perlu dipelajari secara berguru. Hal ini merupakan
sunnah para salaf yang telah diamalkan oleh para sahabat Nabi SAW terlebih dahulu apabila mereka
mengambil atau mempelajari sesuatu perkara secara terus daripada Nabi SAW.

Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah dhaif dan ia bukanlah bertaraf tidak sahih sebagaimana yang kami
jelaskan di atas. Di samping itu juga, hadith ini termasuk di dalam kelebihan-kelebihan yang terdapat
pada Saidina Ali RA iaitu menantu Rasulullah SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita
daripada kalangan orang-orang yang mencintai sahabat Nabi SAW. Amin.

Wallahua’alam

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2893-irsyad-al-hadith-siri-ke-319-saidina-
ali-sebagai-pintu-ilmu

Anda mungkin juga menyukai