Anda di halaman 1dari 11

USRAH DAN MATLAMATNYA

PENGENALAN
MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah
bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang
beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.
ANGGOTA Bilangan anggota usrah terhad.
TEMPAT Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara
bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.
TUJUAN USRAH

1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan


menentukan sikap terhadap satu-satu masalah sebagai umat Islam.
2. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab
terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa
daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam
dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup
dalam keluarga, masyarakat dan negara.
4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri
dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk
cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.
6. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah
dan Rasul-Nya.
7. Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.
8. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya,
mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya.
Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau
kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat,
diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.
9. Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam
di kalangan anggota.
10. Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan
berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.

1
11. Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru
dan sumbang.
12. Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat
bertindak secara jemaah.

PELAKSANAAN USRAH

1. Usrah diadakan seminggu atau dua minggu sekali.


2. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
3. Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis
usrah.
4. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah,
berwirid dengan al-Ma'thurat* dan membincangkan kertas-kertas kerja
yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. Naqib hendaklah
menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud
kandungannya.
5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah
ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-
baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan
teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang
menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan
tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan
kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan
konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan
memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah
dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan
oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan
pimpinan.
8. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus
kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan
umat Islam di dalam dan luar negara.
9. Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 11 malam, sesudah membaca

2
tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

ADAB USRAH

1. Ikhlas. Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: Dan


tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta
mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya)
sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan
memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5)
Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal
itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan.
(Mutaffaqun'alaih)
2. Meminta izin masuk. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam
sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman
Allah Taala, maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan
mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih
baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)
3. Menepati masa. Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau
berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat.
(Mutaffaqun'alaih).
4. Suci. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian
yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: Dari Abu Malik Al-Asy'ari
r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada
keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin
Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu
memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka
keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah
kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk
mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya
dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang
tanpa dipengaruhinya.

3
5. Beritahu naqib jika tidak hadir. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana
uzur syarie, hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah atau
sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini
bertujuan untuk (a) .Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja, (b)
supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu, (c) supaya dapat
mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan (d) supaya makanan yang
disediakan tuan rumah tidak berlebihan.
6. Bersedia dari segi mental dan perlakuan. Datanglah ke majlis dengan
persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk
menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Maksudnya: Dan
penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk,
17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang
dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi
amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat
yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi
alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa
akan datang.
7. Membawa sumber dan alat tulis. Sediakan keperluan seperti al-Qur'an,
teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan
berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.
8. Mengukuhkan ukhuwah. Datang ke majlis dengan hasrat untuk
mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari
Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala
berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai
kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada
hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)
9. Menuntut ilmu. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi
diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia.
Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ,
maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.
(Muslim)

4
10. Duduk bersopan. Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah
majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau
layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri
kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau
berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada
orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88)
Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan,
lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh
mengganggu sahabat kita.
Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: .... Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan
Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun
duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para
malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu
ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada
makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal
mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim)
11. Fatihah dan selawat. Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan
berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu
Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di
suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi,
juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya,
melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak,
maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah
akan mengampunkan mereka. (Tarmizi) Nota penyunting: Berselawat tidak
menjadi amalan usrah saya pada masa lalu, sama ada semasa saya menjadi
ahli, naqib atau penasihat. Saya mesti membetulkan keadaan ini. Seorang
sahabat usrah saya, Samsudin bin Basar, memberi komen bahawa permulaan
usrah nampak selari dengan rukun khutbah. Tambahan: Alhamdulillah, pada 11
Februari 1999, apabila saya berpeluang menggantikan naqib, saya telah
melaksanakan hal ini.
12. Menyampaikan kepada orang lain. Mendengar segala penjelasan,
bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang

5
sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingati dengan tepat sebelum
disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi
Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan
kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan)
orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang
menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)
13. Bertanya dengan izin. Memohon penjelasan atau mengemukakan
pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau
naqibah.
14. Mencelah apabila sangat perlu. Jangan mencelah ketika naqib atau
sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang
memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap).
Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan
terhadap perkara yang sedang diperkatakan.
15. Mengawal suara. Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada
keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang oleh Allah sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud: Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan
lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Luqman, 3:19)
16. Tenang dan serius. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: Dari Anas
r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya
tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat
menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui
apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak
menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar
suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)
17. Jangan bergurau. Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang
itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis
jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan
terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak

6
berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti
ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak
tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui
memberi respons.
18. Jangan merokok. Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar
tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu
sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah,
telah hampir tujuh tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah
berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.
19. Jangan banyak soal. Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah
diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya
binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak
berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun'alaih)
20. Izin keluar majlis. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana
sesuatu keperluan. Ini adalah kerana keluar dari majlis tanpa izin adalah
perangai orang muafik.
Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila
mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang
memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum
meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin
kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana
sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara
mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)
21. Jangan bertengkar. Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia akan
merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk
memupuk ukhuwah.
Allah berfirman, maksudnya: Orang-orang mukmin itu sesungguhnya
bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua
saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-

7
Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan
janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi
gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta
orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)
22. Berusaha mengenali sahabat. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar
majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.
23. Membaca tasbih kafarah. Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah
dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya.
Maksud hadis: Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda
pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang
ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-
Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya
mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki
berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan
yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang
demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni
kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis
itu." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim
iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu
anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)
24. Bersalaman. Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai
majlis. Firman Allah s.w.t., maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan
(hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang
menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman Allah s.w.t. lagi:
Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang
makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Al-A'raf, 7:199)
25. Bersegera pulang. Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada
keperluan yang penting. Ini adalah kerana (a) memberi peluang kepada tuan
rumah untuk berkemas, dan (b) Mungkin tuan rumah letih dan hendak segera
berehat atau dia ada urusan lain.
26. Menjaga rahsia jemaah. Merahsiakan setiap perbincangan, maklumat

8
atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara itu sebagai rahsia
atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.
Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau
naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya
Allah.

RUKUN USRAH

1. Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga


menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Orang yang beriman dengan orang yang
beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu
dengan yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi
saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap
mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar
teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah
(daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal
yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita
membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
2. Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab
mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu
tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama
menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri,
muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara
saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini
menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain,
baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas.
3. Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri,
supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela.
Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-
masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran
pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada
ukhuwah yang murni.

9
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi
menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada
beriktikaf di masjid aku selama sebulan. (....) Dan sabdanya lagi, maksudnya:
Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan
dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan
kepada selain syurga. (....) Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful
dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.

TUGAS NAQIB

1. Bahan asas. Pastikan anak buah mempunyai bahan-bahan asas seperti


al-Qur'an dan terjemahannya, buku dan alat tulis.
2. Muhasabah. Adakan satu sistem untuk muhasabah anak buah. Lakukan
mengikut tahap-tahap tertentu, secara terbuka atau individu.
3. Jamuan. Jamuan boleh ada, boleh tiada. Jika diadakan, pastikan ia
sederhana--bukan majlis menjamu selera.
4. Menjaga ibadah khusus: Kesempurnaan beribadat seperti solat,
puasa, zakat dan ibadat nawafil mesti diutamakan. Pastikan anak buah
anda benar-benar mengerti dan mengamalkannya. Sekali sekala,
anjurkan ibadat nawafil jamai seperti qiamullail, puasa, zakat harta dan
lain-lain.
5. Pemilihan tajuk. Gunakan kebijaksanaan dalam memilih tajuk usrah
supaya dapat mengubati kelemahan yang wujud dalam diri anak buah
anda dengan memilih tajuk yang sesuai dengan suasana anak buah
anda, contohnya sekiranya usrah anda lemah dalam ikatan
persaudaraan atau tidak cukup mesra maka jadikan tajuk usrah
persaudaraan dan tuntutannya dalam Islam.
6. Cungkil bakat. Naqib hendaklah mencungkil bakat yang terpendam di
dalam organisasi. Mereka mempunyai kebolehan dalam menulis kertas
kerja dan mengajar, ceramah dan lain-lainnya mestilah diasah bakatnya
dalam usrah.
7. Tambah ilmu. Anda mestilah menggalakkan anak buah anda membaca
buku-buku ilmiah, pengetahuan termasuk majalah-majalah, surat
khabar, kertas kerja, kajian ilmiah dan lain-lainnya. Tugaskan mereka

10
membuat ringkasan dalam usrah, khususnya buku-buku keluaran jamaah
kita termasuk kaset-kaset rakaman syarahan pimpinan parti.
8. Wujudkan subkumpulan. Anggota usrah yang sedia ada hendaklah
ditugaskan mengadakan kelompok-kelompok usrah yang baru, mereka
ditugaskan memimpinnya. Anda hendaklah menjadi penyelia kepada
kelompok-kelompok baru itu.
9. Teks usrah. Pada peringkat permulaan dinasihatkan supaya setiap
usrah mempunyai kitab atau teks yang tertentu. Sekiranya perlu, jamaah
hendaklah membeli kitab-kitab rujukan tersebut.
10. Tabung usrah. Usahakan sedaya upaya usrah mempunyai
tabung, setiap kali berusrah hendaklah dipungut derma walaupun kadar
yang paling sedikit.
11. Aktiviti sokongan. Sekali sekala anjurkan perkelahan di tempat-
tempat yang difikirkan munasabah seperti di tepi pantai di sungai, di
pedalaman dan ziarah tempat-tempat bersejarah atau tokoh-tokoh
jamaah kita khususnya para ulama. Jadikan muhasabah ini suatu
peluang mengenali rakan seperjuangan saudara dari dekat.
12. Profil ahli. Adalah amat berguna sekiranya naqib mempunyai
nota atau diari, khususnya mengenai anggota usrah. Diari ini
mengandungi maklumat yang membolehkan mengetahui kebolehan,
keistimewaan kedudukan serta iltizam ahli usrahnya.
13. Mengikuti perkembangan sahsiah. Naqib bertanggungjawab
mengembang dan mengikuti kemajuan sahsiah anggota usrah. Adab
mestilah dijaga--jangan sama sekali berlaku jadar (berbalah) dan
perbincangan yang tidak berguna sehingga terkeluar daripada adab
seperti mengeluarkan suara nyaring.

11

Anda mungkin juga menyukai