Anda di halaman 1dari 10

NOTA SIRAH PAI PPISMP SEMESTRE 3..

KEDUDUKAN PENDUDUK MADINAH SEBELUM HIJRAH.


1)    Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara
Makkah dan Syam.
2)    Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.
3)    Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.
4)    Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5)    Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka

1).Peristiwa orang quraisy memulau bani hasyim dan Bani Abd Mutalib.
Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan
Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. Pada
mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun
berlangsung, ia telah ditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam
menghadapi penderitaan yang teruk.
Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah
dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan
tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam.
Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap
Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk
menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan
orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankan
kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan
antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin meneruskan
rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain. 
 Musyrikin Qiraisy bersetuju tidak mengahwinin, tidak berjual beli,
memutuskan hubungan, menyekat sumber-sumber rezeki dan tidak menerima
sebarang perdamaian. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah. Pemulauan ini
berlaku selama 3 tahun bermula dari bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10
selepas kebangkitan baginda s.a.w. menjadi Rasul. Berakhir dengan anai-anai
menggerit naskhah perjanjian.

2).PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH (kerana penindasan orang2 quraisy


mekah)
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu
Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi
Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah
peristiwa Hijrah tersebut digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam
pada setiap tahun sehingga kini.
Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut
Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan
mencari perlindungan. Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila
mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembali semula
selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.

Bantuan Perlindungan di Habsyah


Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah
ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. Nabi Muhammad sendiri
menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi
Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat
Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah
walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah
memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus
berjuang menyebarkan Islam.

Peristiwa orang berpengaruh di mekah memeluk islam.


Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima
Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa
beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang
penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi
yang kuat.
Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi
sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam.
Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar,
kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara
terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada
musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan
penentangannya terhadap Islam.

Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara
Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan
menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana
pada suatu hari semasa beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang
menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu dan
menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan
disegani. Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam
dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah
perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha.
Dalam peristiwa ini, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan
Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam.
Bagi yang beriman, iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang
beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita. Peristiwa
inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan
kepada Nabi walaupun orang musyirikin semakin kuat menentang. Saidina abu
bakar tetap mempertahankan nabi sehingga di beri gelaran as-siddiq(yang
membenarkan)

DAKWAH ISLAMIYYAH.
Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah
telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. Pemergian Nabi
disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan
Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak
mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak
melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera.
Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan
rapat dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus
berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal
kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut
Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman
penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai
Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini
menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah.

Perjanjian Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi
mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun ke-11 selepas
kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan
menyatakan keislaman mereka. Pada tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan
mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke
Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka.
Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi mengadakan ikrar Aqabah
II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya.
Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji
akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddiah kepada
peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.

Peristiwa Hijrah Ke Madinah


 Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1)    Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2)    Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.
3)    Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
4)    Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5)    Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan
berani.

 Konsep dan pengertian hijrah.


1)    Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk
mengukuhkan Islam).
2)    Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan
kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
3)    Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang
Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah,
diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk
termasuk orang bukan Islam.

 Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.


1)    Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah
tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.
2)    Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah.
Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah
b. Arqat.
sebab dan tujuan hijrah :
1)    Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh
nabi.
2)    Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3)    Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di
Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4)    Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang
yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup
mereka.

kepentingan peristiwa hijrah ke madinah :


1)    Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
2)    Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3)    Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
4)    Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah
digelar Ansar.
5)    Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6)    Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu
dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7)    Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan
Khalifah Umar.
8)    Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9)    Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah
dibantu oleh orang Madinah.
10) Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali
dan Abdul Rahman Auf.
11) Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur
menghantar makanan dan berita.
12) Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak
berputus asa.
13) Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi
bersembunyi dahulu di Gua Thur.

 strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.


1)    Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi
menentang Islam di Madinah.
2)    Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom,
Parsi, Mesir.
3)    Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4)    Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara
negara disamping menyebarkan Islam.
5)    Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang
dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas
turunnya wahyu Allah menbenarkannya.

PERJANJIAN HUDAIBIAH
1)    Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada
gencatan senjata antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy.
2)    Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat
yang bernama Hudaibiah.
3)    Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan umrah;
(i)   Memakai pakaian ihram di Zul Hulaifah.
(ii)  Membawa binatang ternakan.
(iii) Melantik pengawal keselamatan.
(iv) Bertalbiah sepanjang jalan.
(v)  Melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai.

SEBAB BERLAKU PERJANJIAN HUDAIBIAH;


(i)   Hasrat Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah dihalang.
(ii)  Ketaatan dan kepatuhan sahabat pada kepimpinan Rasulullah SAW.
(iii) Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi.
  ISI PERJANJIAN HUDAIBIAH;
1)    Gencatan senjata selama 10 tahun. 
2)    Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut tapi boleh
mengerjakannya pada tahun berikutnya.
3)     Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana pihak yang berperang.
4)    Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak. 
5)    Orang Quraisy yang datang ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dihantar
pulang tapi orang Islam yang masuk ke Mekah tidak perlu dihantar pulang.
HIKMAT PERJANJIAN HUDAIBIAH;
(i)  Terhindar daripada berlaku pertumpahan darah.
(ii)  Faktor kepada pembukaan Mekah.
(iii) Orang Islam dan Quraisy bebas berinteraksi antara satu dengan yang
lain.
(iv) Orang Islam bebas menyebarkan dakwah.
(v)  Ramai orang Quraisy memeluk Islam.

PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
 Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang
Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan
Rasulullah SAW.
  Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia).
  Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH


1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
  12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji
meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta
taat perintah Rasulullah SAW.

2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:


  Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
  Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.  Akhirnya ramai yang
memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
  Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
  Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar
taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana
sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH


    Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
    23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.
Antara kandungannya ialah:
1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab
terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara
daripada serangan musuh.
5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati
orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan
mengekalkan perpaduan di Madinah.
7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain.
Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku
perbalahan.
9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama
Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan
hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

Piagam ini membuktikan betapa Nabi Muhammad saw mampu menjalankan


perananya sebagai pemimpin dan ketua agama kepada semua pihak tanpa
melakukan diskriminasi.  Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan kepada
dua bahagian yang setiap satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini memberikan
penekanan terhadap beberapa perkara yang telah diringkaskan di bawah:

Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.


Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang pertama
yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran pemerintahan
rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum
dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah yang
bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.  Penulisan perlembagaan ini
menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.
Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan keperluan
semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya bagi
mentadbir sesebuah negara.

Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam
Madinah:
Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah, dan
mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah
Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat
sebagaimana berikut:
Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah,
diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa
yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.
Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.
Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi
`aqilah antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan
adil sesama mukminin.

kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke
Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana
dalam fasal berikut:
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan
bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.
Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang
beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-
hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim
sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.
Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan
tanggungjawab bani `Auf.

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.


Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu
ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala 
perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan
melaksanakan segala ketetapannya.
Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun
maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.

Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.


fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan bertakwa, maka tangan
mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara mereka, atau menuntut
pemberian dengan cara yang zalim, dosa,  permusuhan dan kemusnahan antara
mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua walaupun keatas
anak-anak salah seorang daripada mereka.
Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka
bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan
bertolong-menolong menentang mereka.

Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.


Fasal 45:  Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu,
mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka
( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang
beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .


Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian
ini. Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda
sempadan Madinah.

Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.


Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang
beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam
peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan
sesama mereka.

Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.


Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.

Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.


Fasal 12, 25 :  Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang,
melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan
Yahudi.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara.


Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua
penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.
Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas yang penting
kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan, kuasa
eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan tanggungjawab
rakyat dan kerajaan.
Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden
sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam
Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu
tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan
qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada
memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.

KESAN PIAGAM MADINAH;


1)    Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.
2)    Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara.
3)    Hak kebebasan beragama, keselamatan dan kehormatan individu terjamin.
4)    Perpaduan kaum dapat diwujudkan.
5)    Dakwah Islam dapat berkembang dengan baik.
6)    Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat dan teguh.

Hikmat pembentukan Piagam Madinah;


1)    Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk masyarakat mendapatkan hak masing-
masing.
2)    Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan
masyarakat majmuk.
3)    Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, bukan ibadat
semata-mata.
4)    Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan terancang.Madinah menjadi
sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah pimpinan Rasulullah SAW

Anda mungkin juga menyukai