Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Dalam Kurikulum Sejarah Di Malaysia

KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Lama Sekolah Rendah bermula pada era pemerintahan British. Dalam kurikulum ini,
sejarah tempatan tidak diberi penekanan malah pihak British menggunakan konsep yang diambil
dari negara mereka. Keadaan ini dikenali lebih menjurus kearah sifat ‘western centric’ iaitu
pendidikan berkonsepkan kebaratan. Matapelajaran sejarah juga dipanggil sebagai matapelajaran
Tawarikh. Pembelajaran sejarah pada ketika itu tidak membawa banyak makna kepada usaha
membina keperibadian kaum agar bersatupadu dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dalam kurikulum ini termasuklah kekaburan
dalam falsafah dan matlamat pembelajaran, kandungan buku teks yang mengelirukan murid,
kandungan sukatan matapelajaran bersifat ‘western centric’, serta proses pembelajaran yang
membosankan.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Baru Sekolah Rendah mula dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah di
Malaysia pada tahun 1983. KBSR memfokuskan kepada kebolehan murid-murid mencapai
kemahiran dalam tiga bidang yang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam
sekelilingnya, dan bidang perkembangan diri individu. Pendidikan pada peringkat rendah pula cuma
melibatkan kemahiran-kemahiran yang asas sahaja. Pendidikan dalam KBSR melibatkan dua
peringkat iaitu Tahap Satu (darjah Satu hingga darjah Tiga) pada tempoh tiga tahun pertama dan
Tahap Dua (darjah Empat hingga Lima) pada tiga tempoh tiga tahun yang terakhir.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diperkenalkan oada tahun 1994 bertujuan untuk
melahirkan murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seiring dengan perkara ini
juga telah berlaku perubahan dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran terutamanya bagi
matapelajaran Sejarah. Hal ini kerana Sejarah telah dimansuhkan dan digantikan dengan
matapeljaran Kajian Tempatan dimana, kandungan yang terdapat dalam matapelajaran baru
tersebut telah menggabungkan kurikulum Sejarah dan Geografi.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


Kurikulum Standard Sekolah Rendah dilaksanakan pada tahun 2011 adalah berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip KBSR. Bentuk baru dalam KSSR adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif serta inovatif
melalui enam cabang utama. Enam cabang utama tersebut adalah komunikasi, perkembangan fizikal
dan estetika, kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, kerohanian sikap dan nilai.

Anda mungkin juga menyukai