Anda di halaman 1dari 11

2021072400133 SJHK2063R

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,


KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

-KERJA KURSUS-
KURSUS: PENGAJIAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
KOD KURSUS : SJHK2063R

Nama Pelajar : DG NOOR NINA SHAKINAH AWANG


Angka Giliran 2021072400133
No. Kad Pengenalan : 930424-12-6848
Kumpulan : SEJARAH KUMPULAN 1
Ambilan : JUN 2021
Nama Pensyarah : PUAN MAILI LAMSIN

Tarikh Hantar : 24.7.2021


Tugasan : 1 (PENULISAN AKADEMIK)
2021072400133 SJHK2063R

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH DARI
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) SEHINGGA KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
3.1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
3.2 BENTUK KURIKULUM
3.3 BAHAN KURIKULUM
3.4 ORGANISASI KURIKULUM
3.5 FOKUS KURIKULUM
4.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

5.1 ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK (EKNS)


5.2 PERKONGSIAN SEJARAH
5.3 PERKONGSIAN NILAI
5.4 PERKONGSIAN KEKITAAN
5.5 PERKONGSIAN MASA DEPAN
5.6 KESETIAAN
5.7 TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
6.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

2
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, Kurikulum bermaksud bidang pelajaran yang terdapat di sekolah. 1
Ditambah lagi dengan penyataan dari Buku Laporan Kabinet pada tahun 1979 yang
mendefinasikan kurikulum sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat dan objektif dalam pendidikan.
Selain itu, menurut Frank Bobbit (1961) dalam bukunya yang berjudul “The Curriculum’’
telah menghuraikan bahawa kurikulum adalah suatu pengalaman yang tidak terarah dan
terarah yang mana ia tertumpu kepada perkembangan setiap individu atau siri latihan
pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh pihak sekolah untuk melengkapkan dan
menyempurnakannya.2 Oleh yang demikian, kurikulum mempunyai konsep yang tersendiri
yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan yang baik. Antara tunjang kepada konsep
kurikulum seperti hasil pembelajaran yang diperlukan, matlamat pendidikan yang ingin
dicapai, rancangan atau strategi untuk membimbing pembelajaran di sekolah dan
pengalaman-pengalaman pembelajaran.

2.0 Sejarah perkembangan kurikulum Sejarah sekolah rendah dari Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pembelajaran sejarah selepas merdeka hingga lewat tahun 1970 an tidak membawa
banyak hasil kepada usaha dalam membina keperibadian bangsa Malaysia yang
mengamalkan perpaduan dan bersemangat patriotik. Terdapat beberapa kelemahan dalam
perancangan kurikulum dan perlaksanaanya. Antaranya ialah kelemahan dalam falsafah
dan matlamat pembelajaran,kandungan sukatan pelajaran yang dilihat “western-centric”,
kandungan buku teks yang mengelirukan dan proses pembelajaran yang agak
membosankan serta kekurangan guru yang terlatih pada ketika itu. Selepas penelitian
beberapa kelemahan dalam sistem kurikulum lama, Jawatankuasa Kabinet pada tahun
1979 telah mengorak langkah dengan menambahbaik kurikulum lama, pada awal nya
wujudnya kurikulum yang ditambahbaik dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR). Kemudian beralih kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sehinggalah
kepada perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikut merupakan
jadual perkembangan kurikulum sistem pendidikan di Malaysia.3

1
Kamus Dewan (ed.4, ms.856), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2
Franklin Bobbit, (2019), The Curriculum, hlm 5, United States: Creative Media Partners.
3.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Penggubalan sebuah kurikulum baharu yang telah digunakan di sekolah rendah bermula
daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008 yang
bersetuju untuk melaksanakan Transformasi Kurikulum Kebangsaan. Transformasi
kurikulum di peringkat sekolah rendah telah dicadangkan dalam usaha melakukan
penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah
supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang. Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah melaksanakan satu kajian dan
mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi terhadap kurikulum sekolah
rendah yang tersedia iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, KSSR
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari sei persekolahan
tahun 2011. Namun begitu, pengenalan KSSR bukan untuk menggantikan kurikulum lama
di bawah KBSR, akan tetapi KSSR adalah satu penambahbaikan daripada kurikulum lama
sedia ada di bawah KBSR. Oleh yang demikian dalam penulisan ini akan menjelaskan
empat aspek utama kurikulum sejarah dalam KSSR.4

3
Abdullah Sani. Y, (2003), Perkembangan Pendidikan di Malaysia, Pahang: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
4
Sabaryah@Sabariah Binti Shafiee, Roslawati Binti Baharom , Ruziah Binti Ahmad dan
2021072400133 SJHK2063R

3.2 Bentuk kurikulum


KSSR menggunakan konsep “tunjang” yang mana merupakan satu bentuk
pengklasifikasikan bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan yang seimbang darisegi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Dalam bentuk kurikulum ini terdapat enam tunjang yang telah diperkenalkan di
bawah KSSR yang mana mewakili bidang-bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
merukan asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kritis,kreatif dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut mewakili pengstrukturan bagi setiap bidang ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap tunjang dilihat saling berhubung kait dan
bersepadu. Antara enam tunjang yang telah diperkenalkan ialah tunjang kerohanian,
sikap dan nilai, tunjang komunikasi, tunjang perkembangan fizikal dan estetika, tunjang
kemanusiaan, tunjang ketrampilan diri, serta tunjang sains dan teknologi.

3.3 Bahan kurikulum


Bahan atau kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah lebih banyak
dalampenggunaan kronologi. Persembahan kandungan lebih berfokuuskan tentang
sejarah negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi
mewujudkan kesedaran dalamkalangan murid tentang kepentingan nilai jati diri dan
semangat patriotik. Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa tema seperti
untuk tahun empat tema menyentuh kepada Sejarah Awal Negara, tahun lima menackui
tema Kedaulatan Negara dan tahun enam pula menyentuh tema tentang Kemakmuran
Negara Kita. Kesemua tema ini diselaraskan bersesuaian dengan setiap tahun.

3.4 Organisasi kurikulum


KSSR Sejarah lebih mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas kemahiran
pemikiran sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi
memupuk minat murid teradap Sejarah.5

AfsahBinti Rahim, 2015, hlm 18, Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah, Selangor:
Universiti Putra Malaysia.
5
Ibid, hlm 22.

5
2021072400133 SJHK2063R

Gambar rajah 1 : Organisasi kurikulum

3.5 Fokus kurikulum


KSSR telah meneliti beberapa fokus utama dalam kurikulum Sejarah ini antaranya
adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah
ditambah lagi dengan usaha dalam penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan
tentang masa lalu yang banyak mempengaruhi budaya masa kini. Melalui pembelajaran
tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu
peristiwa penting dalam sejarah serta mengenalpasti tokoh-tokoh yang terlibat. Murid
mampu membuat perbandingan tentangpengalaman manusia dan kemudian dapat
memahami diri sendiri sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas
tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan menanam
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.6

4.0 Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)


Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid
meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS juga membantu
murid untuk lebih memahami bagaimana ahli sejarawan menghubungkait peristiwa lalu
dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa kea
rah meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Penguasaan kesemua elemen dalam
kemahiran ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.
KPS sesuai digunakan dalam hampir semua situasi pengajaran dan pembelajaran.
Penerapan KPS membantu guru dalam menanamkan suasana pembelajaran Sejarah
seiring dapat meningkatkan minat murid dalam Sejarah. Hal ini membolehkan murid
menjadi lebih fokus, kreatif, kritis dan inovatif dalam pembelajaran. Terdapat beberapa Asas

6
Ismail Said, (2014), hlm 7, Kurikulum Sejarah, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor.

6
2021072400133 SJHK2063R

Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah.
Antaranya ialah Elemen Asas Sejarah yang mana murid data mengenalpasti tokoh-tokoh
yang terlibat, mengetahui tempat dan sesuatu peritiwa sejarah itu berlaku serta mampu
mengingat tarikh dan masa sesuatu peristiwa sejarah. Konsep Masa juga adalah asas
dalam KPS di mana dalam konsep masa murid dapat mengenalpasti tempoh masa sejarah,
jarak masa yang terlibat dan tarikh-tarikh spesifik yang telah termaktub dalam catatan
sejarah. Asas KPS seterusnya ialah Susunan Masa dalam pensejarahan yang mana ia
merangkumi susunan masa bermula dari peringkat awalan, peringkat perkembangan dan
akhiran. Kemudian susunan masa ini dapat mengukur dan mengira kalender masa
mengikut pertarikhan sesuatu peristiwa sejarah. KPS seterusnya adalah Konservensi Masa
yang merangkumi cara membuat interpretasi garis masa serta kemampuan menerangkan
perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa yang bersesuaian untuk mengelakkan
penyimpangan fakta berlaku. KPS juga menekankan dalam asas Isu dan Masalah Masa
Lalu. Dalam isu dan masalah masa lalu ini kan menimbulkan perasaan sifat rasional dan
ingin tahu yang kuat dalam mengkaji sejarah. Hal ini dapat dilakukan dengan mengkaji
sebab dan musabab sesuatu peristiwa berlaku, melihat perubahan dan kesinambungan
sejarah serta melihat sebab dan akibat dalam sejarah. Asas KPS yang lain ialah
Perbandingan Masa Lalu yang mana keupayaan dan minat dalam mencari persamaan
sejarah sebagai contoh mencari persamaan dan perbezaan sejarah yang pernah berlaku
pada ketika dahulu dengan suasana yang berlaku pada masa kini. Persamaan dan
pebezaan yang dapat dikenalpasti pada waktu ini mungkin sahaja mampu menyelamatkan
sesuatu peristiwa sejarah hitam yang berlaku dahulu agar tidak berulang lagi. KPS yang
terakhir ialah Mencari Sumber dalam sejarah. Asas KPS ini membantu dalam menggunakan
kaedah mencari sumber yang sahih dan dipercayai. Selain itu dapat mengenal pasti sumber
yang dipercayai dan cara untuk menggunakan sumber sejarah dengan betul.7

5.1 Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik (EKNS)


Dalam subjek Sejarah sekolah rendah, pemupukan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
adalah sangat penting. Jika dilihat secara rasional dan mendalam, setiap unit dalam
kandungan Sejarah sekolah rendah menekankan agar guru Sejarah untuk mengajar nilai-
nilai kewarganegaraan kepada murid-murid dalam subjek Sejarah ini. Hal ini dapat
dibuktikan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah yang
mana elemen kewarganegaraan wujud dalamsetiap standard pembelajaran bagi setiap

7 Ibid, hlm
6.
7
standard kandungan subjek Sejarah. Elemen Kewarganegaraan dilabelkan dengan simbol
huruf “K” dalam standard pembelajaran dan ianya adalah bersesuian dengan standard
pembelajaran bagi setiap topik yang diajar. Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai
Sivik (EKNS) melalui mata pelajaran Sejarah adalah satu usaha berterusan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai keterikatan emosi kepada negara.
Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penerapan EKNS dalam Sejarah memberi penekanan kepada
aspek amalan dan penghayatan dalam kalangan murid bagi membentuk dan melahirkan
bangsa Malaysia yang mengetahui hak, tanggungjawab serta peranannya sebagai
warganegara. Matlamat penerapan EKNS adalah untuk membentuk warganegara yang
mempunyai jati diri dan berkeperibadian Malaysia yang patriotik berlandaskan prinsip-
prinsip Rukun Negara serta berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini bagi
mewujudkan hubungan, kesepaduan dan keharmonian kearah perpaduan di samping
membentuk masyarakat yang progresif serta berdaya saing dalam era globalisasi. Berikut
merupakan EKNS yang menggunakan dimensi kewarganegaraan.8

5.2 Perkongsian Sejarah


Perkongsian Sejarah melalui dimensi kewarganegaraan yang terdapat dalam EKNS
ini mengetengahkan ciri-ciri warganegara dengan mengetaui dan memahami sejarah
pembentukan nilai. Hal ini mampu menanamkan rasa bangga dengan sejarah asal-
usul negara, mengambil iktibar kesan dari penjajahan yang berlaku ke atas negara,
pentingnya menghayati peristiwa kemerdekaan negara serta mampu memelihara
dan menjaga tinggalan warisan negara.

5.3 Perkongsian Nilai


Bagi perkongsian nilai pula mampu melahirkan ciri-ciri warganegara dengan
mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah. Jika EKNS ini dapat dicapai
maka pemupukan dalam menyanjungi prinsip Rukun Negara dapat dihayati dan
diaplikasikan dalam kehidupan. Selain itu, menanamkan perasaan saling
menghormati kepelbagaian agama dan budaya yang wujud di Malaysia. Perasaan
berbangga dengan lambing dan simbol negara sebagai contoh seperti yang disentuh
dalam tema Identitti Negara Kita dalam matapelajaran sejarah Tahun Lima.
2021072400133 SJHK2063R

5.4 Perkongsian Kekitaan


Dalam EKNS perkongsian kekitaan ini mampu membentuk sikap sepunya dan
kebersamaan memandangkan keadaan masyarakat yang pelbagai di negara ini. Hal
ini akan menanamkan sikap menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan
agama. Di samping itu, berbangga dengan hari sambutan kemerdekaan yang sangat
bermakna untuk masyarakat Malaysia, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan atau bahasa penyatuan serta berbangga dengan apa sahaja
pencapaian yang telah dicapai oleh negara.

5.5 Perkongsian Masa Depan


Perkongsian masa depan dapat membina keyakinan dan sifat bertanggungjawab
dalam mencorakkan negara pada masa depan. Hal ini demikian mampu mebawa
kepada sikap menghormati masyarakat pelbagai kaum dan agama khususnya.
Justeru akan menyumbang kepada peningkatan dan kemakmuran sistemekonomi
negara dan pengekalan dalam menajdi warisan negara akan terjamin.

5.6 Kesetiaan
Seterusnya EKNS seperti Kesetiaan ini juga merupakan asas yang penting dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Ia mampu memupuk perasaan cinta, ketaatan dan
setia pada negara. Ia dapat dibuktikan dengan sentiasa mentaati Raja dan Negara ,
menghormati pemimpin negara sebagai ketua pemimpin dan mematuhi undang-
undang serta peraturan negara tanpa ada perasaan prejudis.

5.7 Tanggungjawab Warganegara


Dalam EKNS ini mampu menanam perasaan mengetahui dan memahami
tanggungjawab diri sebagai warganegara dengan sepenuh hati. Oleh yang demikian,
sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu perlu bersiap siaga dan sentiasa
mempertahankan identity negara yang tercinta. Sentiasa mempertahankan warisan
negara yang tidak ternilai serta menerima perbezaan kaum, budaya dan agama
tanpa sebarang sikap rasis dengan saling sayang menyayangi, menghormati dan
bersatu hati demi negara Malaysia yang tercinta ini.9

9
Dokumen Standard Kurikukum dan Pentaksiran, 2019, hlm 8, Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

9
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh
semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai Tahun 4 di Tahap
ll. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.
Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Justeru, pengetahuan dan
pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan
memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.
RUJUKAN

Buku
Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan

Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Publications


& Distributor Sdn. Bhd.

Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek
yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Ismail Said. 2014. Kurikulum Sejarah. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Selangor.

Kurikulum (2005). Kamus Dewan (ed.4, ms.856). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jurnal
Khoo Kay Kim. (2000). Falsafah sejarah: Ke arah mengembangkan unsur patriotism dan
kenegaraan. Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan Ke Arah Pemantapan Gagasan
dan Wawasan Kenegaraan, 6-7 julai. Unversiti Malaya.

Zahara Aziz & Nik Azleena. 2007. Kajian tinjauan kesediaan guru-guru sejarah menerapkan
kemahiran pemikiran sejarah kepada para pelajar. Jurnal Pendidikan, 32(2007), 119-
137.

Laman Web
Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011. Diperoleh
pada Februari 3, 2011 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-
frontpage/127-info-sekolah

Anda mungkin juga menyukai