Anda di halaman 1dari 17

FIQH SOLAT (TOPIK 3)

- Jun 01, 2018

PENGENALAN

Topik ini adalah berkaitan dengan  beberapa persoalan penting dalam aspek ibadah yang
akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang falsafah
solat dari sudut ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian.  Topik ini juga akan
menjelaskan kepentingan solat dalam kehidupan Muslim. Seterusnya topik ini mendedahkan solat
menurut perspektif Sains dan kesihatan.

1.         FALSAFAH SOLAT

Allah s.w.t. menciptakan semua makhluk adalah bertujuan untuk menyembahNya.


Hakikat kejadian manusia dan seluruh makhluk di langit dan bumi seperti jin, malaikat dan
sebagainya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah disebut di dalam
al-Quran iaitu:
   
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu.
(Al-Zariyat : 56)

Dalam ayat lain Allah s.w.t. telah berfirman mengenai hal yang sama:

Maksudnya: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang


sebelummu agar kamu bertaqwa.

(Surah al-Baqarah : 21)


Oleh kerana solat adalah kemuncak usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia
diwajibkan ke atas setiap muslim agar dilakukan secara berterusan hingga ke akhir hayat. Ibu
bapa juga perlu memastikan anak-anak dan keturunannya adalah daripada golongan yang
menunaikan solat. Para guru dan pendidik perlu memastikan anak muridnya mendapat ilmu
berkaitan solat dengan sempurna. Pendidikan sejak kecil iaitu bermula dari sekolah rendah
ataupun berumur tujuh tahun amat penting dan perlu diberi keutamaan, sepertimana yang telah
dianjurkan oleh Rasulullah saw. Ini adalah bertujuan memastikan anak-anak di rumah dan murid-
murid di sekolah stiqamah dalam menunaikan solat di samping membentuk akhlak mereka
menurut Islam.
1.1       Definisi Solat
Pengertian solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau doa ke arah kebaikan.  Maksud
ini selaras dengan firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang
buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
                                                                             Surah al-Taubah (9): 103

Ayat ini menerangkan doa yang membawa ketenangan, kekuatan, ketekunan dan
keyakinan. Ada juga yang berpendapat bahawa solat pada istilah syarak ialah menghadapkan jiwa
raga kepada Allah kerana taqwa kepadaNya serta mengagungkan kebesaranNya dengan penuh
khusyuk dan ikhlas samada melalui perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan
diakhiri dengan salam serta mengakui syarat-syarat dan rukun-rukun yang ditetapkan. Sabda
Rasulullah saw:
ُّ ‫صالَة‬
‫الطهُوْ ُر َوتـَحْ ريـْ ُمهَا التَّـ ْكبِ ْي ُر َوتـَحْ لِ ْيلُهَا التَّ ْسلِ ْي ُم‬ َّ ‫ال‬  ‫ِم ْفتا َ ُح‬
Maksudnya: Anak kunci solat ialah bersuci yang mengharamkannya ialah takbir dan
merungkaikannya ialah salam.

Para fuqaha' telah mengemukakan pelbagai definisi dan pengertian di antaranya ialah
ahli-ahli fekah berpendapat solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu
yang dimulai dengan takbir al-ihram dan diakhiri dengan salam.  Ia juga bermaksud berhadapan
hati kepada Allah s.w.t. dengan cara mendatangkan rasa takut kepadaNya serta menumbuhkan di
dalam jiwa, rasa kebesaranNya dan kesempurnaan kekuasaanNya.
Hasil daripada gabungan pengertian di atas membawa maksud solat adalah menzahirkan
hajat dan keperluan kita kepada Allah s.w.t. melalui perkataan dan perbuatan atau kedua-duanya
sekali. Dari segi roh ialah keikhlasan menghadap Allah s.w.t. dengan kehadiran hati dalam
berzikir, berdoa dan memuji.
Berdasarkan pengertian yang telah diberikan juga dapat dibuat kesimpulan bahawa
pengertian solat yang menyeluruh ialah ibadah yang dilaksanakan dengan anggota zahir dan batin
dengan mengarahkan sebulat hati kepada Allah tanpa lalai sedikit pun. Di samping itu juga, ianya
perlu mendatangkan rasa takut kepada Allah s.w.t dan menumbuhkan rasa keagungan dan
kebesaranNya serta melaksanakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Ia juga merangkumi ucapan
dan perbuatan yang akan menanam kekuatan dalam diri manusia demi menyelamatkan mereka
dari segala penderitaan yang wujud dalam kehidupan.
1.2       Dalil-dalil Pensyariatan Solat.
Ibadat solat adalah ibadat yang pertama sekali diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas para
hambaNya. Perintah supaya mengerjakan solat diterima secara langsung oleh Rasulullah s.a.w.
pada malam Israk Mikraj pada 27 Rejab, satu setengah tahun sebelum baginda berhijrah dari
Mekkah ke Madinah. Solat difardhukan berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

a.  Al-Quran.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia supaya menunaikan solat di
antaranya firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu
menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

(Al-Nisa' : 103)
Menurut Imam al-Fakhr al-Razi, di dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa ibadat
solat itu wajib pada setiap waktu yang telah ditetapkan iaitu solat lima waktu. Ayat ini juga
menerangkan bahawa solat itu merupakan satu kefardhuan terhadap orang-orang mukmin.  Firman
Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah
engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.

(Surah Thaha : 132)


Seterusnya Allah s.w.t. berfirman:   
Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada
Allah! Dialah Pelindung kamu. maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik
Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

(Surah al-Hajj : 78)

Ayat tersebut jelas menunjukkan ibadat solat dan zakat merupakan dua kefardhuan yang
wajib ditunaikan oleh hambanya kerana Allah. Syabini al-Khatib menjelaskan ayat di atas
bermaksud memelihara solat dengan penuh kesempurnaan. Ia merupakan ibadat badaniah yang
wajib ke atas setiap muslim sebanyak lima kali sehari semalam pada waktu-waktu tertentu.
Penjelasan solat termaktub dengan jelas di dalam al-Quran di mana umat Islam
diwajibkan supaya melaksanakan tuntutan tersebut. Di dalamnya juga menyatakan tentang
balasan dan ancaman buruk bagi sesiapa yang meninggal dan lalai menunaikan solat.

b. Al-Hadis :

Kewajipan solat dijelaskan dalam hadis dan peranannya juga mudah difahami. Di
dalamnya juga disebut sifat-sifat solat dan juga kejayaan terhadap mereka yang menyempurnakan
solat dan kecelakaan ke atas mereka yang gagal melaksanakannya dengan baik. Terdapat banyak
hadis Rasulullah s.a.w. yang membicarakan mengenai solat, kaedah dan tatacara solat
sebagaimana dijelaskan dalam sabda baginda:
‫صلِّى‬
َ ُ‫صلُّ ْوا َك َما َرأ ْيتُ ُم ْوني ا‬
َ

Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.

Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan umatnya mengerjakan


ibadah solat sepertimana baginda kerjakan. Ini termasuklah segala perbuatan yang dilakukan dan
perkataan yang dilafazkan dalam solat.  Seterusnya baginda menerangkan lagi, bahawa solat
merupakan satu dari lima perkara asas terbentuknya Islam.
َّ ‫أن ال إلهَ إال هللا‬
‫وأن ُمـ َح َّم َد َرسُوْ ُل هللا‬ ٍ ‫بُنِ َي االسْال ُم َعلَى خَـ ْم‬
ْ ‫ َشهَا َدةُـ‬:‫س‬
‫ان‬
‫ض ِـ‬ َ ‫ َوأقَا ُم الصَّالةَ َوإ ْيتَا ِء ال َّز َكاةـ َوال َح ّج َو‬ 
َ ‫صوْ ُم َر َم‬
Maksudnya: Islam dibina atas lima perkara: Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah lagi:


ْ َ‫ع ف‬
‫إن‬ ْ َ‫إن أ َّو َل َما يُ َحا َسبُ بِ ِه ْال َع ْب ُد المسلِم يَوْ َم القِيَا َم ِة الصَّالةُ ال َم ْكـتُوْ بَةُ ف‬
ٍ ُّ‫ أنظُرُوْ ا هَلْ لَهُ ِم ْن تَطَو‬:‫إن أتَـ َّمهَاـ َوإالَّ قِ ْي َل‬ َّ
‫ك‬َ ‫مث ُل َذل‬ ‫ضة‬ َ ْ‫الم ْفرُو‬ ‫ال‬ ‫ضةُ َم ْن تَطَوُّ ِع ِه ث َّم يُ ْف َع ُل بِ َسائِ ِراأل ْع َم ِـ‬ ِ َ‫َكانَ لَهُ تَطَ ُو ٌّع أ ْك ِمل‬
َ ‫ت الفَ ِر ْي‬

Maksudnya: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada setiap orang di hari
Kiamat ialah solat fardhu, sekiranya telah disempurnakan, jika tidak akan ditanya adakah
mereka melakukan solat sunat? Jika ada, disempurnakan solat fardhu tadi dengan solat sunat
kemudian amalan fardhu yang lain pun demikian juga.

Solat adalah ibadat fardhu yang dijelaskan dalam al-Quran dan al-Hadis. Kedua-duanya
menyebut perkara-perkara yang berkaitan dengan solat iaitu diterangkan kepada umat Islam
tentang kaedah solat yang sebenar, kelebihan, darjat solat serta ancaman terhadap penyelewengan
solat. Antara amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah setelah manusia dibangkitkan di
Padang Mahsyar ialah solat. Ini kerana solat adalah ibadat yang penting dan semua ibadat lain
akan dapat dilaksanakan sekira ibadat solat ditunaikan terlebih dahulu.
1.3       Solat memberi ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian
a.         Ketenangan
Hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai tempat untuk menyelesaikan
masalah. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan
dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Caranya ialah dengan mengadu kepada Allah yang
“memberi” masalah itu.
Rasulullah menjadikan solat sebagai perkara yang menyeronokkan dan menenangkan hati.

Sabda Rasulullah SAW:


َّ ‫ت قُ َّرةُ َع ْينِ ْي فِي ال‬
‫صالَ ِة‬ ْ َ‫ُج ِعل‬
Aku menjadi tenang dalam solat.

           
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan,
betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh
mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Oleh kerana diri kita yang begitu
lemah, sepatutnya lebih-lebih lagi berusaha mendapat bantuan Allah menerusi solat.
Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang
menghadapi ujian kehidupan.
Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya:
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Taaha : 14)
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman
Allah yang lain, mafhumnya:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
(Al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita
menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang
tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan
kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
b.         Kesyukuran
Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tidak terhingga kepada manusia. Nikmat Allah
swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:
Maksudnya; “Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu
hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya”.                                                                                                                                     
            ( Ibrahim: 34)  

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk
menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis
Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding
dengannya, sebagai bantuan”.

(Al-Kahfi:109)
Nikmat Allah s.w.t. tidak terhitung itu yang dikurniakan kepada semua manusia. Sesiapa
yang melakukan solat adalah di antara tanda-tanda mensyukuri segala nikmat Allah s.w.t.

c. Pengabdian

Solat adalah untuk menyembah dan mengingati Allah S.W.T.  Firman Allah S.W.T:  
Maksudnya: ”Dan dirikanlah solat  itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(Thaha : 14)
Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat
ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus solat
juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala
nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Solat merupakan tanda pengabdian seorang
hamba kepada Allah S.W.T. di atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur
kepada Allah Taala. Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih
Allah tanpa solat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur
dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.

d. Keharmonian

Solat berjemaah di masjid adalah mampu untuk melahirkan keharmonian. Solat juga
mampu membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara rasional tanpa mengira latar
belakang dan fahaman. Ini kerana setiap individu menjaga adab ketika berada di rumah Allah
s.w.t.
Solat berjemaah mengajar umat Islam hidup bermasyarakat dengan disiplin dan peraturan
yang murni dan luhur. Ini dapat digambarkan apabila azan berkumandang, maka bilallah yang
patut dipatuhi dan imam solat yang mesti diikuti, serta saff jemaah yang mesti diperhati, berdiri
sama lurus, rukuk sama tunduk dan sujud sama merendah diri sebagai syiar dan lambang untuk
sama-sama meletakkan kepada Allah s.w.t dan ketaatan hanya kepada Allah s.w.t dalam
menjalani hidup berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat, bekerja dan bernegara.
Apabila masyarakat mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa sombong, dengki
dan riya’ bahkan terhasil hidup dalam keadaan berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan
yang luhur. Begitu juga akan terjalin rasa saling memahami, hidup tenang, bersopan santun dan
penuh kemesraan.
Oleh itu, sebolehnya kita jadikan solat kaedah untuk mendapat ketenangan, kesyukuran,
pengabdian dan keharmonian di dalam diri. Bahkan kepada ahli keluarga, masyarakat dan semua
manusia.

2.         KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Solat merupakan perkara pokok dalam Islam yang berkaitan dengan ibadah.
Kedudukannya selepas ucapan dua kalimah syahadah dalam rukun Islam menunjukkan solat
merupakan ibadah utama yang dituntut.
2.1       Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan solat dapat dilihat dengan praktikal lahir dan batin yang dilakukan sepenuh
hati menghadap Allah. Solat dilakukan bertujuan membenarkan pengakuan ucapan dua kalimah
syahadah. Justeru itu di dalam Islam solat merupakan ibadah pokok yang paling utama. Di
samping itu ia bersifat sebagai tiang agama. Sabda Rasulullah s.a.w.:
ِ ‫َرأسُ األ ْم ِر اإلسْال ُم َو ُع ُموْ ُدهُ الصَّالةُ َو ِذرْ َوةُ َسنَا ِم ِه‬
‫الجهَا ُد‬
Maksudnya: Pokok segala urusan ialah Islam (menyerah diri kepada Allah s.w.l), tiangnya ialah
solat dan kemuncaknya ialah berjihad di jalan Allah s.w.t.
Solat merupakan ibadah yang mula-mula sekali difardhukan kepada setiap individu
muslim. Rasulullah s.a.w. menerima perintah mendirikan solat sewaktu baginda diundang oleh
Allah s.w.t. pada malam Israk dan Mikraj secara langsung tanpa perantaraan.  Ini menunjukkan
kepada manusia bahawa solat itu suatu tugas dan amanah dari Allah yang mesti dilakukan dengan
cara yang terbaik. Oleh kerana itu, orang-orang yang gagal mengerjakan solat adalah dianggap
rugi. Sebaliknya orang yang khusyuk dalam solat akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Allah
s.w.t. telah berfirman:  
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang khusyuk
dalam solatnya.

(Al-Mukminun : 1-2)
Apa yang dimaksudkan berjaya dalam ayat ialah Allah s.w.t. telah meredhai amalan
orang mukmin yang khusyuk di dalam solatnya dan mereka akan ditempatkan di dalam syurga
Firdaus serta kekal di dalamnya. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat berikut:   

Maksudnya: Dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang yang akan
mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mukminun : 9-11)
Selain itu, kelebihan dari segi pahala solat fardu lima kali sehari semalam adalah
menyamai lima puluh kali solat setiap hari. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:
‫ي يَــا ُم َح َّم ُد إنَّه ال‬ ْ ‫ت َحتَّى ُج ِع‬
َ ‫لت َخ ْم ًسـا ث َّم نُــوْ ِد‬ ْ ‫صـ‬ َّ ‫ت َعلَى النبى صلى هللا عليه وسلم لَ ْيلَةُ ا ْس َرى بِـ ِه‬
ُ ‫الصـلَ َو‬
َ ِ‫ات َخ ْم ِسـ ْينَ ث َّم نُق‬ ْ ‫ض‬َ ‫فُ ِر‬
‫س َخ ْم ِسيْن‬ َ ‫ك بِه ِذ ِه ال َخ ْم‬
َ ‫إن ل‬ َّ ‫يُبَ ِّد ُل القَوْ ُل لَ َد‬
َّ ‫ي َو‬

 Maksudnya: Difardhukan solat ke alas Nabi Muhammad saw pada malam Israk sebanyak lima
puluh waklu kemudian dikurangkan hingga menjadi lima waklu, lantas Nabi Muhammad diseru,
Ya Muhammad: sesungguhnya perkataan di sisiku tidak dapat diubah lagi dan sesungguhnya
bagi engkau dengan solat lima waklu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu.

Rasulullah s.a.w.  menjelaskan  tentang kegagalan orang-orang yang mendirikan solat dengan


sabdanya:
‫ْس لَـهُ ِم ْن قِيَا ِم ِه إال السَّهـ ُر‬
َ ‫رُبَّ قـَائِ ٍم لـَي‬
Maksudnya: Banyak sekali orang-orang yang mengerjakan solat tidak ada daripada pekerjaan
solat itu melainkan berjaga malam sahaja.

Di dalam Islam, solat menjadi satu keutamaan dan sebagai tiang yang menyokong ibadah-
ibadah yang lain. Kelebihannya ialah dengan menanamkan rasa khusyuk dan merendahkan diri
setiap individu di sisi Allah s.w.t. Perkara ini dinyatakan dalam hadis:
‫اج ٌد فَـأ ْكـثَـرُوا ال ُّدعَا َـء‬
ِ ‫أقـ َربُ َما يَ ُكوْ نُ ال َع ْب ُد ِم ْن َربِّ ِه َوهُ َو َس‬
Maksudnya: Keadaan yang paling dekat bagi seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di dalam
keadaan dia sedang sujud. Maka banyakkanlah berdoa ketika itu.
Solat juga merupakan amalan yang paling utama selepas pengakuan beriman dengan
Allah. Bertepatan dengan kedudukannya sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam dan
dikasihi Allah, amalan ini lebih bersifat praktikal dari sudut rohani dan jasmani. Ia juga
menghendaki jiwa dan perasaan individu bersih daripada sebarang bentuk kesyirikan kepada
Allah.
Oleh kerana ianya bersifat rabbani dengan sendirinya solat itu adalah menyucikan jiwa
dan akal individu muslim dari sebarang perkara mungkar. Bersih dari sebarang unsur kesyirikan
terhadap Allah s.w.t. dan segala sifat-sifat buruk yang bertentangan dengan naluri manusia
muslim. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

                                                                                    (Al-Ankabut : 45)
Setiap amalan ibadah dalam Islam merupakan pengesahan keimanan seseorang yang
beriman. Dengan demikian setiap amalan ibadah mencerminkan kehidupan seorang muslim
dalam seluruh aspek. Pokok ibadah ialah solat dan ianya memberi kesan ke dalam kehidupan kita
seperti mensucikan serta membersihkan hati kita.
Solat adalah ibadat yang paling utama untuk membuktikan keislaman seseorang. Bagi
mengukur keimanan dan keikhlasannya dapat kita lihat ketika seseorang mendirikan dan
mengerjakan solat. Islam memandang solat sebagai tiang agama dan intisari Islam terletak pada
solat kerana dalam solat tersimpul seluruh rukun agama merangkumi ucapan dua kalimah
syahadah tanda kesucian hati terhadap Allah s.w.t., agama dan manusia. Firman Allah s.w.t:  
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Iaitu mereka yang
mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi
beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.

(Al-Anfal : 2-4)
Terdapat pelbagai keterangan yang menegaskan bahawa iman dan amalan seseorang tidak
diterima melainkan orang itu mendirikan solat. Jelasnya, apabila solat dapat diselesaikan maka
amalan-amalan lain juga akan mudah diterima oleh Allah.
Antara kepentingan solat ialah:
1.         Bukti kehambaan kepada Allah
Solat mempunyai peranan yang sangat penting di dalam diri seseorang dan sesebuah
masyarakat. Fungsinya amat besar dalam kehidupan kerana ia merupakan pertalian terus menerus
di antara hamba dengan Allah s.w.t. tanpa sebarang perantaraan, samada orang biasa atau
golongan ulamak. Firman Allah s.w.t: 
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah)
bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila dia
berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

    Surah al-Baqarah (2): 186

Tujuan utama difardhukan solat ialah untuk membuktikan tanda keimanan seseorang
hamba. Tidak ada iman tanpa solat. Ini kerana Iman dan Islam saling bertautan. Justeru itu,
apabila seseorang mengaku beriman tetapi tidak pernah melakukan solat maka perlakuannya
tidak diterima oleh syarak. Tujuan yang lain ialah untuk menjauhkan manusia dari perbuatan
tidak elok dan membersihkan diri daripada ucapan dan perlakuan yang buruk.
2.         Membersihkan jiwa atau rohani.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ِ ‫ب َما لَ ْم ي ُْؤ‬
‫ت‬ ُّ َ‫َت َكفَا َرةً لِ َما قَ ْبلَهَا ِمن‬
ِ ْ‫الذ نُو‬ ُ ‫صالةٌ َم ْكتُوْ بَهٌ فَيُحْ ِسنُ ُو‬
ْ ‫ض َؤهَا َو ُخ ُشو َعهَا َو ُر ُكو َعهَاـ إال َكان‬ ٍ ‫َما ِم ْن إ ْم ِر‬
ُ ْ‫ئ ُم ْسلِ ٍم تَح‬
َ ُ‫ض ُره‬
‫ك ال َّد ْهر ُكلَّه‬
َ ِ‫َكب ْي َرةً َوذل‬
Maksudnya: Tiada seorang muslim yang menghadiri solat wajib lalu disempurnakannya wudhuk,
khusyuk dan rukuknya melainkan solat itu menjadi penebus dosa yang terjadi sebelumnya
selama tidak mengerjakan dosa besar dan itu untuk selamanya.

3.         Membina jiwa dan iman seseorang.


Mengingati solat adalah perkara utama rukun Islam dan sekaligus merupakan bukti
keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t  
Maksudnya:
Alif Lam Mini. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.

 (Al-Baqarah : 1-3)
Jelasnya, apabila sempurna solat seseorang maka eloklah dalam segala amal ibadahnya
yang lain. Ia juga memberi kesan terhadap tingkahlaku dalam kehidupan seharian.
4.         Mencegah perkara keji dan mungkar.
Firman Allah s.w.t:
ã@ø?$# !$tB zÓÇrré& y7ø‹s9Î) šÆÏB É=»tGÅ3ø9$# ÉOÏ%r&ur 
no4qn=¢Á9$# ( žcÎ) no4qn=¢Á9$# 4‘sS÷Zs? ÇÆtã Ïä!
$t±ósxÿø9$# Ìs3ZßJø9$#ur 3 ãø.Ï%s!ur «!$# çŽt9ò2r& 3 ª!
  $#ur ÞOn=÷ètƒ $tB tbqãèoYóÁs? ÇÍÎÈ
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

    (Al-Ankabut  :45)
Menurut Imam al-Ghazali, ayat tersebut menyatakan bahawa dengan solat, perkara keji
dan mungkar dapat dihindari. Ini kerana solat itu dapat mengawal nafsu seseorang, namun jika
sebaliknya iaitu jika solat seseorang tidak dapat mencegah perkara keji dan mungkar maka
seseorang itu bukan semakin rapat malah semakin jauh.
Jelasnya, hanya solat yang sempurna atau yang dibina atas dasar khusyuk dan rendah diri
kepada Allah s.w.t. dapat menyinari hati, membersihkan jiwa dan mengajar seseorang hamba itu
adab-adab pengabdian serta kewajipannya terhadap Allah s.w.t. Ianya dapat menanamkan rasa
keagungan kepada Allah di hati pemiliknya.
5.         Mendisiplinkan diri
Solat sememangnya mampu melahirkan individu yang berdisiplin dalam banyak segi
seperti kepatuhan kepada waktu. Solat melatih insan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada
kepada waktu iaitu waktu menunaikan solat. Apabila tiba waktunya maka digalakkan bersegera
menunaikan panggilan azan dan janganlah lalai atau leka dengan urusan lain. Ini adalah kerana
kita berkeyakinan Allahlah yang lebih besar serta paling layak dimuliakan. Falsafah daripada
konsep ini ialah kita harus berdisiplin dengan waktu dalam setiap urusan.
Solat juga mendidik seseorang agar taat kepada pemimpin dan menghindari dari setiap
perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Seterusnya kita dilatih mematuhi setiap suruhan sebagaimana
di dalam solat untuk dipraktikkan di luar solat seperti menutup aurat, menjaga hati, merendahkan
pandangan, menepati janji dan seumpamanya.
Solat berjamaah pula melatih umat Islam mentaati pemimpin, mengikuti peraturan,
mematuhi undang-undang dan menghormati ketua. Keadaan ini dapat dilihat apabila imam
mengangkat takbir, para makmun turut sama-sama mengangkat takbir, apabila imam membaca
al-Fatihah atau ayat al-Quran para makmun mendengar dengan teliti dan tekun, apabila imam
rukuk maka para makmun turut rukuk begitu juga ketika imam sujud maka para makmun turut
sujud sehinggalah ketika imam memberi salam. Oleh itu sesiapa yang terkeluar daripada garisan
dan peraturan ini, seolah-olah telah keluar sifat-sifat kemanusiaannya.
Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah solat berjamaah kerana ianya mempunyai
hikmah yang tersendiri dari segi mendidik hidup bermasyarakat. Ia bukan sahaja dapat memupuk
semangat saling kenal mengenali antara satu sama lain, malah dapat mengikis penyakit
masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Seterusnya kita dapat berbincang untuk
menyelesaikan masalah yang timbul di samping melahirkan perasaan kekeluargaan dan kasih
sayang. Oleh itu solat berjamaah telah dijadikan fardhu kifayah dan diberi darjat yang tinggi
berbanding solat bersendirian.
 Dengan demikian, solat lima waktu merupakan sumber utama terhadap kemuliaan akhlak
dan pembentukan nilai kehidupan setiap orang. Oleh itu, solat hendaklah didirikan dengan
sebaik-baiknya untuk menjadi insan kamil, peribadi muslim yang sempurna dan sentiasa aktif lagi
dinamis dalam menjalankan pengabdian kepada Allah s.w.t. serta kebaktian terhadap sesama
manusia.

3.         SOLAT MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN KESIHATAN

            Sebelum membicarakan ibadat solat menurut perspektif sains dan kesihatan, terlebih
dahulu kita melihat ibadat berwuduk menurut perspektif tersebut. Mengambil wuduk dengan
sempurna disertai penuh pemahaman dan menghayati hikmah semasa mengenakan air di setiap
anggota wuduk akan memberi kesihatan kepada seseorang. Apabila kita menyempurnakannya,
sudah tentu kita akan menikmati kelebihan atau fadilat berwuduk menurut perspektif sains dan
kesihatan. Terdapat anggota yang wajib dan juga anggota yang sunat ketika berwuduk. Kedua-
dua anggota wajib dan sunat perlu dibuat kerana kesemuanya mempunyai hikmah dan kebaikan
tertentu.

3.1       Wuduk menurut perspektif Sains dan kesihatan


            Bermula dengan kita bersugi atau berus gigi. Semasa bersugi segala kotoran akan
dibersihkan dan mulut menjadi segar. Semua makanan yang tertinggal di celah gigi dapat
dibersihkan, tetapi jika sebaliknya makanan yang terlekat di celah gigi akan mengganggu semasa
membaca bacaan solat. Secara tidak langsung dengan bersugi akan melancarkan bacaan di dalam
solat.

            Bersugi sebelum menunaikan solat sangat dituntut oleh Rasulullah, andainya ia tidak
menyusahkan umatnya, ia hampir menjadi suatu kewajipan. Betapa Allah dan Rasulullah SAW
mementingkan kebersihan mulut khususnya sebelum kita menunaikan solat. Dengan itu gigi dan
mulut kita akan sentiasa bersih dan manusia di sekeliling akan selesa mendampingi kita apabila
mereka berada bersebelahan dengan kita ketika di dalam saf.

a)       Membasuh kedua-dua pergelangan tangan.


Kesihatan yang kita akan perolehi ialah kebersihan tangan kita boleh menghindarkan pelbagai
penyakit. Ini kerana dalam pekerjaan seharian kedua-dua belah tangan digunakan untuk
memegang pelbagai benda. Kemungkinan tangan kita akan tersentuh bakteria atau kuman semasa
kita bekerja. Membasuh kedua-dua belah tangan dan celah-celah kuku akan menghindarkan
sebarang jangkitan kuman.  

Kajian Sains telah membuktikan ada kedua-dua belah tangan ada urat saraf yang sangat
sensitif terutama di telapak tangan. Apabila saraf-saraf yang halus tersentuh air, maka ia akan
meningkatkan daya rangsangan pada telapak tangan. Peredaran darah akan kembali lancar dan
mengembalikan kesegaran pada kedua-duanya.

b)     Berkumur-kumur.
Berkumur-kumur akan membersihkan mulut daripada sisa makanan yang ada di dalam mulut
setelah kita bersugi. Berkumur juga dapat menggerakkan otot-otot dan urat pada wajah melalui
regangan untuk menguatkan otot-otot pipi. Selain itu juga mampu mengelakkan daripada berlaku
radang kerongkong, gusi dan paru-paru. Berkumur-kumur juga dipercayai dapat menghindarkan
daripada penyakit selesema dan demam.

c)       Memasukkan air ke dalam hidung dengan kadar sedikit dan mengeluarkan semula.
Semua kotoran yang ada di dalam udara yang disedut oleh hidung akan dapat dibersihkan.
Cara ini dapat membersihkan sebarang kuman yang terdapat di dalam rongga hidung kerana
udara yang kita sedut mengandungi bahan debu, kotoran dan kuman.

Cara ini akan membersihkan hidung serta menyegarkan pernafasan dan fikiran. Kekerapan
memasukkan air ke dalam hidung dapat mengelakkan berlakunya tompokan bakteria di dalam
hidung. Secara tidak langsung dengan membasuh hidung akan menjauhkan penyakit resdung,
sinus dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya. Melalui hidung berbagai-bagai penyakit
boleh dihidapi jika kotoran tidak dibersihkan.

d)      Membasuh muka.
Muka kita terdapat banyak titik-titik sensitif yang apabila dikenakan air ia akan merangsang
liang roma untuk mengaktifkan semula kawasan tersebut. Rongga kulit akan terbuka sambil
mengeluarkan kotoran yang terlekat di celah-celah rongga. Muka kita akan berasa segar dan
kotoran akan dibuang daripada melekat di bahagian muka. Apabila kulit muka disapu dengan air,
ia dapat membantu mengeluarkan kandungan minyak yang terdapat di dalam kelenjar kulit.
Kuman tersebut kalau tidak dibersihkan boleh mendatangkan penyakit seperti jerawat, kudis,
gatal dan sebagainya.

Membasuh muka juga dipercayai boleh memelihara kesihatan mata dan menjauhinya
daripada penyakit rabun. Sudah tentu, muka kita akan bercahaya di akhirat nanti sebagai bukti
orang yang sentiasa mengambil wuduk. Nur yang terpancar di muka kita adalah anugerah Allah
kepada hamba-Nya yang taat. Kita berdoa semoga kita dimasukkan di dalam golongan tersebut.

e)      Membasuh tangan hingga ke siku.


          Kajian telah membuktikan bahawa membasuh tangan hingga ke siku melancarkan
peredaran darah pada organ tangan di bahagian atas dan lengan. Kedua lengan dan tangan adalah
organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya kerana jauhnya daripada pusat
peredaran darah iaitu jantung. Apabila kita membasuhnya serta menggosoknya, dengan cara ini
mampu merangsang saraf-saraf di bawah lengan untuk aktif dan melancarkan pengaliran darah.

          Ia juga boleh menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu
kita menambah tenaga. Kedua-dua tangan ini juga yang sering digunakan oleh manusia untuk
menyentuh sesuatu yang mudah terjadi jangkitan kuman semasa memegang benda-benda. Di
antara kuman itu ialah cacing pita di celah-celah kuku yang boleh membawa penyakit berbahaya
di dalam perut dan usus.

f)        Membasuh sedikit kepala.


Menyapu air di kepala mampu menghilangkan rasa pening dan menurunkan tekanan darah.
Air akan segera meredakan kepanasan yang ada pada suhu kepala dan seterusnya mengembalikan
suhu normal kepala. Darah akan mengalir seperti biasa dan dapat memperbaiki degupan jantung.
Membasuh keseluruhan kepala dapat meredakan rasa marah, migrain, tekanan dan penyakit
jantung.

g)      Membasuh kedua-dua telinga.


Antara kelebihan berwuduk ialah dapat menjaga kebersihan telinga. Telinga mudah dihinggapi
kotoran yang boleh menghalang gelombang bunyi masuk ke dalam rongga telinga. Dengan
membasuh telinga mampu memulihkan sistem deria dan tahap penerimaan getaran dapat
diaktifkan. Di samping itu juga air boleh membantu memulihkan sistem daya imbangan di dalam
telinga.

h)     Membasuh leher.
Membasuh leher semasa berwuduk seperti melakukan urutan terapi saraf. Air yang terkena ke
atas leher boleh menurunkan suhu badan dan mengelakkan daripada demam dan sakit kepala.

i)       Membasuh kaki hingga ke buku lali.


Apabila kita membasuh kaki ianya dapat mengembalikan stamina seseorang. Juga
membantu pertumbuhan sel-sel otak dan secara terus mengalirkan darah ke seluruh badan.
Mampu merehatkan otak dan mencapai tahap tenang dan nyaman kerana semua urat yang
berhubungan dengan anggota badan terletak di kaki.

j)       Tertib. Segala rukun dan aturan membasuh anggota-anggota di dalam wuduk hendaklah


dilakukan dengan teratur, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian diakhirkan.

            Jika kita berjaya menghayati dengan memberi sepenuh perhatian dan mengetahui hikmah
di sebalik setiap sapuan air ke anggota-anggota wuduk, nescaya kita mendapat kesihatan yang
sangat baik dalam kehidupan kita di dunia.

            Ketahuilah setiap sapuan air ke anggota wuduk itu akan menggugurkan dosa-dosa kecil
seperti dosa mendengar perkara yang melalaikan dan sia-sia. Selain itu juga anggota-anggota
wuduk akan bercahaya semasa di akhirat nanti kesan daripada wuduk sempurna yang dilakukan
oleh seseorang.

            Berwuduk mempunyai banyak kelebihan dan rahsia yang tersirat. Kita bukan semata-mata
membasuh anggota-anggota wuduk malah sebenarnya ia adalah proses ke arah menjadikan jiwa
kita bersih. Betapa pemurahnya Allah bilamana segala dosa-dosa kita yang tidak kita sedari turut
gugur bersama air wuduk. Kita sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan
kesilapan dalam hidup. Kesalahan-kesalahan itu dapat dihindari dengan mengambil wuduk
sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam. Natijahnya dosa-dosa kita akan diampunkan oleh
Allah setiap kali kita berwuduk.

            Secara saintifiknya seluruh badan kita juga akan bertambah sihat apabila air wuduk
dialirkan ke badan kita. Rawatan secara semula jadi ini juga adalah rahmat Allah yang disediakan
untuk hamba-Nya yang sering berwuduk. Kita mendapat keuntungan dalam dua segi iaitu dari
sudut jasmani dan rohani. Apabila kedua-dua unsur ini mencapai tahap yang sempurna, lahirlah
insan yang disifatkan oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk.

3.2       Solat menurut perspektif Sains dan kesihatan


Solat menurut perspektif sains dan kesihatan bermula dari niat.
a.      Niat.
            Niat merupakan kata kunci kepada setiap ibadah yang ingin dilakukan. Tanpa niat yang
ikhlas kerana Allah semua amalan yang dilakukan akan tertolak dan tidak mendapat nilaian di sisi
Allah. Begitu juga jikalau niat sesuatu ibadah itu dilakukan kerana selain daripada Allah, amalan
sedemikian tidak diterima di sisi Allah dan dikira sia-sia malah boleh mendatangkan syirik
kepada-Nya.

            Apabila niat dilakukan betul hanya kerana Allah Taala, hati akan menjadi tenang dan
lapang serta menjadikan fikiran sentiasa bersifat positif. Seseorang itu dibentuk oleh niat dan
pemikirannya. Jika positif terbit daripada niat fikirannya maka positiflah tindakan dan amalannya.
Begitulah sebaliknya.

            Niat kerana Allah adalah pintu ke arah menjadikan rohani dan jasmani kita sihat. Jika kita
sering memikirkan tentang kesusahan akan sempit dan deritalah jiwa. Jika kita lapang dan redha,
tanpa keluh-kesah dengan segala ujian, di samping menyerahkan diri kepada Allah. Jiwa kita
menjadi kaya.

            Apabila jiwa dan fikiran rehat dan lapang secukupnya, secara tidak langsung berbagai-
bagai penyakit dapat dicegah tanpa memerlukan rawatan. Kerana berpunca daripada pemikiranlah
jiwa dan badan kita merana.

b.      Berdiri Tegak dan Takbiratul Ihram.


Semua pergerakan solat adalah memberi kesihatan sangat banyak. Antaranya ialah semangat dan
kekuatan kerana bukan sahaja kita membaca ayat-ayat al-Quran tetapi juga kita berhubung
dengan Allah yang menciptakan manusia. Ketika solat kita memuji, menyanjung, memohon,
berdoa dan bermunajat kepada Allah. Sudah pasti Allah akan memperkenankan permintaan
hamba-Nya yang tulus ikhlas.
            Doa-doa dan lafaz di dalam solat adalah berupa wahyu yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad. Sumber wahyu yang mulia ini jika dibaca dengan penuh perasaan akan
menjadikan fikiran, jiwa dan tubuh badan berinteraksi dan wujud hubungan dengan Allah. Tubuh
badan kita akan menjadi lebih sihat dan jiwa kita akan bersih daripada setiap gangguan syaitan
dan unsur-unsur khianat. Ia juga sebagai benteng kita daripada diganggu oleh anasir dengki dan
ilmu ghaib.

            Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh
badan. Antibodi yang dikeluarkan di dalam badan akan mampu melawan sel-sel penyakit seperti
virus dan bakteria di dalam tubuh. Otak yang lapang dan jiwa yang tenang merangsang antibodi
melawan dengan cepat terhadap virus penyakit. Ketenangan semasa solat dibantu oleh lafaz suci
bacaan zikir dan doa dapat mengelakkan badan daripada dipengaruhi hawa nafsu yang didorong
oleh syaitan. Penyakit-penyakit ilmu hitam juga dapat dihindari.

            Solat juga adalah rangkuman gerakan dan regangan badan. Ia seperti senaman ringan
yang dilakukan sebagai rutin pada setiap awal pagi, menjelang tengah hari, petang, awal senja
dan malam hari. Regangan-regangan yang dilakukan di dalam solat adalah merupakan kedudukan
yang amat sempurna untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

            Secara saintifik, kejadian tubuh badan di antara lelaki dan wanita mempunyai gerakan dan
kedudukan yang berbeza di beberapa tempat di dalam solat. Ini kerana struktur tubuh lelaki dan
wanita tidak sama. Perubahan posisi dan gerakan di dalam solat merupakan aktiviti pemulihan
seluruh anggota badan kita yang mampu menghindarkan banyak penyakit.

c.       Mengangkat Takbir
Semasa bertakbir, kita mengangkat kedua-dua belah tangan. Secara tidak langsung menegangkan
otot dada dan bisep pada lengan. Diafragma udara juga akan terbuka dan oksigen memasuki
badan sebelum kita memulakan solat. Rongga dada seperti paru-paru mendapat bekalan udara
secukupnya dan membantu menyegarkan badan serta memulih tenaga tubuh.

            Semasa berdiri, seluruh kekuatan tulang akan dapat diperkuatkan. Tulang kaki menjadi
lebih stabil dan di posisi ini tulang di dalam badan sedang dalam keadaan rehat. Pergerakan di
dalam solat merupakan latihan gerakan ringkas bagi pembetulan kedudukan tulang serta
melancarkan pergerakan sendi.

d.      Ketika Rukuk
Rukuk mempunyai hikmahnya tersendiri. Semasa rukuk otot-otot betis dapat diregangkan serta
menjauhkan daripada penyakit kejang terutama di bahagian betis dan pangkal paha. Rukuk
memberi tekanan kepada dinding pembuluh darah di permukaan kedua-dua betis. Tekanan ini
menggerakkannya untuk proses pengaliran darah di urat betis bahagian sisi serta menguatkan
dinding urat-urat yang lemah.

            Semasa rukuk juga dapat menggerakkan kedua-dua lutut dengan menggerakkan tangan di
atas tempurung lutut dan menekannya serta dapat mendorong kedua-dua tempurung itu ke
belakang. Dengan cara ini peredaran darah akan lancar di dalam kedua-dua tempurung ini.
Semasa ditekan dengan tangan ke belakang, darah dan zat makanan akan sampai ke bahagian
tempurung. Kedudukan tulang belakang juga menjadi tegap dan membantu proses pembetulan
semula kedudukan tulang belakang.

e.       Iktidal      
Kedudukan iktidal adalah suatu posisi yang sangat baik untuk otak. Pada masa iktidal otak akan
mendapat oksigen secara cepat setelah tunduk sedikit selepas rukuk. Pada masa ini tahap
ketenangan adalah tinggi berlaku di dalam otak. Badan menjadi normal setelah otak berfungsi
secara maksimum selepas itu.

f.        Sujud       
Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh badan.
Kebiasaannya oksigen dan darah agak lambat sampai ke bahagian atas tubuh badan disebabkan
daya graviti bumi. Sujud dalam solat boleh mempercepatkan penghantaran darah dan oksigen
kepada bahagian dada, leher dan otak.

            Seterusnya, fungsi jantung ialah bergerak mengepam darah ke seluruh badan. Tugas
menggerakkan darah yang sukar ialah mengepam darah ke kepala. Apabila sujud yang dilakukan
semasa solat, jantung mudah mengepam darah ke seluruh anggota di badan kerana tiada halangan
graviti bumi. Sujud yang lama dapat menenangkan jantung dan melancarkan pergerakan darah.
Sujud seperti ini dapat menjernihkan darah di paru-paru iaitu dengan membuang karbon dioksida
dengan cepat dan menggantikannya dengan oksigen serta membuka jalan pengaliran darah ke
paru-paru.

            Sujud dapat merehatkan hati kerana darah dapat mengalir lancar terus menerus. Keadaan
ini dapat mengurangkan penyakit jantung, lemah, pening, sesak dada, pengsan, sesak nafas dan
lain-lain. Proses pengosongan hawa panas juga berlaku terutama pada anggota badan yang
tertentu iaitu hidung, kening, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki.

            Gerakan kedua-dua tangan dan penekanan ke tanah dapat menguatkan persendian tulang
dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, dapat mewujudkan tekanan pada perut, kedua-dua
lutut dan kedua-dua kaki sehingga dapat menguatkan persendian pada tulang tersebut sambil
mengatasi daripada reput. Bahagian atas punggung terasa ditarik dan diregang menjadikan otot
atas belakang anjal dan sihat.
            Semasa sujud, tekanan darah akan menjadi kuat di bahagian kepala. Darah dialirkan
dengan cepat ke bahagian otak. Pada masa ini semua oksigen dan darah bertumpu di bahagian
sel-sel otak. Cara ini menambah kecergasan otak dan berupaya memberi isyarat kepada badan
dengan lebih pantas. Degupan jantung juga akan bertambah apabila jantung berkedudukan
terbalik dan melawan graviti bumi. Darah lebih cepat dipam ke otak dan seluruh badan. Semua
saraf kembali aktif dan mempunyai tenaga tambahan dengan bantuan aliran darah yang pantas
serta bekalan oksigen yang mencukupi. Pelbagai penyakit juga dapat disembuhkan seperti sakit
jantung, lelah, demam dan kanser.

g.      Memberi Salam
Semasa memberi salam, berlaku regangan otot-otot di bahagian kepala dan leher. Ia membantu
pergerakan otot-otot leher secara sempurna. Ia juga mampu menjadikan bahagian kepala dan
leher lebih ringan semasa pergerakan serta udara juga dapat dibekalkan dengan jumlah yang lebih
banyak. Secara khususnya juga penyakit yang berpunca di bahagian kepala dapat dirawat dengan
regangan urat leher semasa memberi salam.  Kesimpulan, solat bukan sahaja menjadi terapi
kesihatan tubuh badan secara lahiriah malah menjadi kekuatan rohani yang membuatkan diri kita
sentiasa cergas dan bahagia.

PENUTUP

            Ketetapan waktu-waktu solat sebanyak lima kali sehari semalam adalah kala waktu yang
memberi manfaat yang banyak kepada manusia. Kita bukan sahaja dapat sentiasa bertemu dengan
Allah semasa solat malah kesihatan kita juga akan berada di tahap yang terbaik. Tidak hairanlah
ramai para ulama terdahulu berasa tidak mencukupi dengan hanya menunaikan lima waktu solat
fardu sahaja. Lantas mereka menambahkan lagi dengan mengerjakan solat-solat sunat yang lain
untuk mencapai dan mengekalkan kenikmatan khusyuk solat. Dengan melaksanakan solat dengan
khusyuk akan memberi kesihatan yang baik kepada insan.

Anda mungkin juga menyukai