Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Dalam era millenium ini, Malaysia terus hanyut dibawa oleh arus modenisasi dan globalisasi
dalam aspek pembangunan fizikal negara. Lantaran terlalu asyik dengan perubahan arus ini,
tanpa disedari kesantunan masyarakat Malaysia telah diancam oleh pelbagai isu gejala sosial
yang amat membimbangkan dan boleh memudaratkan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4
(2005) maksud gejala ialah sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-
tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Manakala
maksud sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,
kemasyarakatan. Oleh itu, definisi umum gejala sosial ialah tanda-tanda tentang perihal
masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan
aktiviti pada masa lapang sesebuah komuniti. Isu gejala sosial seperti pergaulan dan seks
bebas dalam kalangan remaja, pembuangan bayi, fenomena Mat Rempit, buli dan vandalism
yang semakin jelas berlaku dalam khalayak ramai yang boleh mengancam kesantunan
masyarakat Malaysia itu sendiri. Persoalannya, apakah yang telah menyebabkan hal ini
terjadi?

2.0 ISU-ISU GEJALA SOSIAL

2.1 PERGAULAN DAN SEKS BEBAS


Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan di atas, isu gejala sosial yang
baharu saja menjadi bualan masyarakat pada abad ini ialah pergaulan dan seks bebas
dalam kalangan remaja. Terdapat pelbagai punca mengapa hal ini berlaku, antaranya
ialah sikap remaja itu sendiri, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan
faktor latar belakang keluarga. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi tindakan
seseorang remaja dengan sangat efektif, jika meraka bergaul dengan kumpulan yang
bergaul secara bebas sudah pasti mereka akan terlibat juga. Media massa khusunya
yang berunsur pornografi seperti majalah dan lawan sesawang yang berunsurkan
lucah menjadi medan untuk remaja melihat dan terpengaruh dengan isi
kandungannya yang negatif tanpa mereka sedari. Ibu bapa yang gagal menunjukkan
suri teladan yang baik boleh dianggap gagal, inikan pula bapa sendiri yang diharapkan
telah menjadi seperti ‘haruan makan anak’ sehingga mengakibatkan anaknya itu
ketagihan seks dan seterusnya mengamalkan seks bebas. Langkah yang boleh
dilakukan untuk membendung masalah ini ialah pihak kerajaan seharusnya berusaha
menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam
masyarakat. Sebagai contohnya, menyekat laman sesawang yang memaparkan
tentang seks. Kegawatan dalam kelakuan seks akan menyumbangkan Kemusnahan
institusi keluarga yang nantinya akan merosakkan masyarakat keseluruhannya dan
kegawatan seks di kalangan remaja akan merosakkan masyarakat dan negara pada
masa akan datang (Idris Awang 1997)

2.2 PEMBUANGAN BAYI


Seterusnya, isu gejala sosial yang semakin membimbangkan semua pihak ialah
kes pembuangan bayi yang semakin meningkat hari demi hari. Hal ini dapat dibuktikan
dengan statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia
(2012) menunjukkan 685 kes dicatatkan dari 2005 hingga 2012. Ia menunjukkan trend
peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007 dan 2009. Sebanyak 67 kes
dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 76 kes pada 2007, 102
kes (2008) dan 79 kes (2009). Tahun 2010 menyaksikan 91 kes dicatatkan, meningkat
kepada 98 kes pada 2011 sebelum menurun sedikit kepada 89 kes pada 2012.
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam pembuangan bayi berusia 18 hingga
25 tahun ke atas manakala 403 individu berusia di bawah 18 tahun. Perbuatan
membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang paling zalim dan keji
serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana
mengasihi dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak dan
nyawa anak-anak. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk
membendung gejala sosial agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan
terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Undang-undang perlu
dikuatkuasakan dengan lebih serius bagi membendung permasalahan ini.

2.3 FENOMENA MAT REMPIT


Selain itu, isu gejala sosial yang semakin berkembang dalam kalangan
masyarakat Malaysia ialah fenomena Mat Rempit. Mat Rempit umumnya ditanggapi
oleh masyarakat sebagai penunggang motosikal haram yang sering melakukan aksi
bahaya, cenderung terlibat dalam aktiviti lepak, terlibat dalam pengambilan dadah
(Rozmi Ismail 2007). Golongan remaja adalah antara kumpulan yang amat terkesan
daripada pelbagai proses pembangunan yang turut mempengaruhi gerak laku dan
adaptasi sosial anggota masyarakat di Malaysia sehingga terjebak dengan aktiviti
bermoral tersebut. Fenomena Mat Rempit juga berlaku dalam suatu keadaan krisis
nilai yang mengiringi pembangunan masyarakat Malaysia dan dalam keadaan
terdapatnya bibit-bibit krisis sosial dalam hal remaja menjalin hubungan sosial yang
bermakna dengan anggota masyarakat yang lain. Justeru dalam keadaan sedemikian,
kumpulan rakan sebaya merupakan kumpulan sosial yang paling menyenangkan buat
mereka berkongsi minat dan masalah hidup. Pihak yang berwajib seharusnya
memikirkan cara yang sesuai bagi membendung masalah ini bertambah keruh seperti
menyediakan litar perlumbaan bagi setiap daerah. Hal ini juga dapat menurunkan
kadar kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ini dan mampu
menyelamatkan banyak nyawa yang tidak bersalah.

2.4 BULI
Di samping itu, isu buli terutamanya dalam kalangan pelajar semakin menjadi
sangat merungsingkan kepada semua masyarakat Malaysia yang prihatin
terutamanya ibu bapa dan guru. Buli di kalangan pelajar sekolah rendah merupakan
indikasi kanak-kanak zaman sekarang mengalami perubahan zaman teknologi media
yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan tingkah laku (Dill, Redding, Smith,
Surette & Cornell, 2011). Hal ini telah menjadikan situasi di sekolah semakin ganas
dan tidak terkawal. Justeru itu, buli dilihat sebagai ancaman besar dalam
pembentukan akhlak dan budaya yang baik dalam kalangan masyarakat. Ini
bertentangan dengan landasan budaya timur yang terkenal dengan adab, sopan
santun dan amalan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira
umur, status sosial, status ekonomi, bangsa, agama, kepercayaan, adat dan warna
kulit. Pihak kerajaan terutamanya harus melaksanakan inisiatif yang berkesan bagi
mencegah buli daripada berterusan seperti mengadakan kempen kesedaran tentang
akibat buli.

2.5 VANDALISME
Akhir sekali, isu vadalisme juga merupakan gejala sosial yang negatif dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Vandalisme bermaksud sikap suka merosakkan harta
atau memusnahkan harta benda awam. Contoh-contoh gejala vandalisme ialah yang
boleh kita lihat setiap hari kesannya ialah perbuatan menconteng dinding serta
jambatan serta merosakkan kemudahan yang disediakan seperti taman rekreasi.
Perbuatan vandalisme ini sering dilakukan oleh individu yang mementingkan diri dan
hanya mahu memuaskan nafsu tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.
Perbuatan ini juga dilakukan kerana individu tersebut tidak mendapat didikan agama
dan moral yang sewajarnya. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil
tindakan undang-undang yang tegas bagi memberi keinsafan kepada individu yang
melakukannya dan sebagai iktibar kepada orang lain. Oleh itu, perkara ini perlu
dibendung bagi melestarikan kehidupan masyarakat Malaysia.

3.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, isu gejala sosial haruslah dibendung bermula daripada akar umbi dan
rebungnya agar mampu mengekalkan kesantunan masyarakat Malaysia. Penerapan nilai
murni haruslah bermula sejak awal lagi oleh ibu bapa dan guru terutamanya untuk
membentuk perwatakan anak-anak yang akan menjadi pewaris nusa. Anggota masyarakat
juga diharapkan dapat memainkan peranan yang penting bagi mendidik warganya untuk
berperibadi mulia. Apabila setiap pihak bekerjasa bagaikan aur dan tebing barulah
masyarakat yang harmoni dan bebas daripada gejala sosial mampu dilahirkan.
Kesimpulannya, semua pihak harus mengembleng tenaga bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang bersantun.
RUJUKAN
Dewan, K. (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dill, Redding, Smith, Surette & Cornell, Dewey G. (2011). Developmental research in efforts
on social influences can guide pratices aimed to prevent homicidal youth violence: Recurrent
issues in efforts to prevent homicidal youth violence in schools: Expert opinons. New
Directions For Youth Development. 129, 113-128
Idris, A. (1997). Kelakuan Seks Bebas di Kalangan Remaja Melayu. Jurnal Usuluddin, 5, 177-
191.
Malaysia, (2011). Statistik pembuangan bayi. Polis di Raja Malaysia
http://translate.googleusercontent.com/translatec?hl=en&prev=/searcdh%3qFq%3Dstatistik
Rozmi, Ismail. "Personaliti dan salah laku di kalangan mat rempit." A Report Submitted to the
Malaysian Institute for Research in Youth Development (2007).

Anda mungkin juga menyukai