Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Kedudukan strategik telah menarik minat British untuk menguasai pelabuhan di Tanah
Melayu terutamanya di sebelah Barat Tanah Melayu (P.Sivarajan,2015) .Untuk itu,British
sebulat suara memilih Singapura sebagai pelabuhan entrepotnya di Asia Tenggara sebagai
pusat komersial pada ketika itu1.Oleh sebab itu,pelabuhan di Tanah Melayu dijadikan sebagai
pangkalan tentera.2

British sepenuhnya dapat mengawal pentadbiran di Tanah Melayu sekaligus dapat


mengekploitasi hasil bumi di Tanah Melayu yang digelar sebagai bumi emas.Rentetan
daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah menyebabkan terbentuknya dua jenis
kaedah pengeluaran atau sistem ekonomi yang mana turut dikenali sebagai dualisme
ekonomi 3.Melalui sistem ekonomi dualisme yang dibentuk oleh penjajahan Barat inilah yang
telah memberi impak dalam kehidupan masyarakat peribumi sehingga menyebabkan
peminggiran mereka di tanah air mereka sendiri.

2.0 CIRI-CIRI EKONOMI MODEN

Ekonomi moden atau dikenali sebagai ekonomi komersial merupakan sektor ekonomi
yang sangat penting ketika pasca penjajahan Inggeris ke atas negeri-negeri Melayu.Aktiviti
komersial ini sangat mengutamakan aktiviti pengeluaran hasil ekonomi untuk dikomersialkan
di pasaran antarabangsa.Sektor yang diketengahkan dalam ekonomi moden ialah sektor
perlombongan dan perladangan serta sektor-sektor sampingan yang lain menjadi pelengkap
kepada kedua-duanya (S. Malar Arasi,2014) .

Sehubungan dengan itu ekonomi komersial ini menggunakan teknologi yang


moden,tenaga buruh yang banyak,modal yang besar dan ladang atau eset yang besar.Hal ini
menyebabkan hasil pengeluaran dan daya produktiviti adalah secara besar-besaran sekaligus
mengembangkan kegiatan perdagangan.Syarikat-syarikat saham seperti Guthrie,Harrisons
dan Crossfield berlumba-lumba menjalankan kegiatan perdagangan menerusi ekonomi
moden di Tanah Melayu (Muhd. Yusof Ibrahim, Muhammad Bukhari Ahmad,2002).

11
D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185
2
Dalam rekod British terma ‘Colonies’ sering digunakan untuk merujuk empayar British yang melibatkan tanah
jajahan, negeri naungan dan ‘Trust Territories’. British Aid- 5, Colonial Development: A Factual Survey of the
Origins and history of British Aid to Developing Countries, The Overseas Development Institute Ltd., England,
1964, hlm. 6.
3
Helmi.(2005).Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia. Selangor. PTS Media Group

1
Selain itu,aktiviti ekonomi bagi sektor moden kebanyakannya digiatkan di sebelah barat
semenanjung Tanah Melayu yang kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah serta kesuburan
tanahnya yang sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit secara komersial (Nik
Hassan shuahimi Nik Abdullah,2002).

3.0 DASAR EKONOMI BRITISH

Pada asalnya konsep dasar ekonomi dualisme ini diperkenalkan oleh J.H Boeke(1953)
dalam kajian N.Shafif (2018) untuk mewakili kegiatan ekonomi masyarakat pada ketika itu
yang terbahagi kepada dua iaitu sektor tradisional dan sektor moden.Pengenalan ekonomi
dualisme ini telah menyebabkan British menggubal dasar kemasukan buruh luar yang ramai
iaitu dari negara China dan negara India.Kemasukan buruh-buruh luar ini adalah untuk
memastikan kegiatan ekonomi moden di Tanah Melayu berjalan dengan lancar kerana
mereka mempunyai kemahiran untuk menguruskan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu
misalnya,buruh Cina mahir dalam bidang perlombongan manakala buruh India mahir dalam
bidang perladangan (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,2002).

Tambahan pula,British memerlukan buruh yang ramai kerana ingin memastikan


pengeluaran hasil secara besar-besaran berlaku di Tanah Melayu sekaligus dapat dieksport
di pasaran antarabangsa.Hujah ini disokong oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
(2002), sistem ini diuruskan oleh masyarakat Cina dan India serta di awasi oleh wakil British
kerana ia berasaskan pasaran bandar .Sementara itu,ekonomi tradisional ialah sektor
pertanian yang lebih kepada penanaman padi dan sektor pertanian.

Kemudian,teknik pengeluaran,pemasaran dan tenaga kerja telah didominasikan oleh


masyarakat Melayu berteraskan budaya Melayu tradisional.Menurut Mardiana (2000),
ekonomi dualisme yang diperkenalkan oleh penjajah telah melambangkan agihan kerja
mengikut tiga etnik utama di Tanah Melayu misalnya,etnik Melayu dan India tertumpu kepada
ekonomi tradisional seperti penanaman padi,penorehan getah,pekebun kecil dan nelayan
kecil-kecilan.Manakala etnik Cina lebih kepada kegiatan ekonomi moden seperti
perlombongan,perkilangan dan perkhidmatan4.

4
S.Malar . (2012). Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga 1970. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2
4.0 KESAN DUALISME EKONOMI

Kesan yang utama ialah peningkatan hasil perlombongan.Dualisme ekonomi yang


dilakukan oleh British ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan industri perlombongan
meningkat dengan baik terutamanya perlombongan bijih timah.Hal ini demikian kerana
kemasukan buruh secara besar-besaran dari China telah menyumbang sedikit sebanyak
kepada industri perlombongan pada ketika itu (P. Sivarajan,2012) .Mereka telah membuka
kawasan perlombongan di Larut,Lembah Kinta,Lembah Klang dan Sungai Ujong 5 dan secara
tidak langsung kaedah baru dalam industri perlombongan telah diperkenalkan
misalnya,kaedah dedah,kaedah pam dan kaedah stim.Dengan itu,hasil keluaran bijih timah
telah meningkat dengan begitu pesat (Ahmad Yaakob,2019).

Kesan yang seterusnya ialah peningkatan hasil komoditi.Sebelum Perang Dunia


kedua,ekonomi Tanah Melayu berasaskan dua sumber iaitu bijih timah dan juga getah(P.
Sivarajan) .Tanah Melayu adalah pengeluar bijih timah terbesar di dunia.Sebelum Perang
Dunia Kedua antara 30 hingga 40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah
dibekalkan oleh Tanah Melayu6.Selain bijih timah,getah juga menjadi tanaman utama yang
diusahakan di Tanah Melayu untuk dieksport ke luar negara.Namun begitu,terdapat juga dua
tanaman lain iaitu kopi dan lada hitam.Kedua-dua tanaman tersebut kopi telah membawa satu
tanaman pertanian secara besar-besaran ke kawasan baru.Peningkatan tanaman kopi di
Tanah Melayu telah menarik ramai pemodal Eropah ke Tanah Melayu (N. Shafif,2018) .Bukan
itu sahaja,hasil hutan juga menjadi bahan komoditi seperti rotan,kayu balak dan damar.

Seperti yang diketahui,British menganggap kemasukan buruh luar seperti dari India dan
Cina memberi keuntungan dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu manakala masyarakat
Melayu dipinggirkan dalam sektor ekonomi moden dan masih kekal dalam sektor ekonomi
tradisional.Hujah ini disokong oleh Zainal Abadin Abdul Wahid (1996) bahawa masyarakat
melayu dikatakan sebagai pembekal sumber makanan yang mana mereka hanya berpeluang
untuk mengusahakan penanaman sawah padi sahaja.Pengenalan dasar-dasar oleh British
misalnya, dasar Pecah Perintah dan Beban Orang Putih telah dijadikan sebagai medium
dalam pelaksanaan dualisme ekonomi di Tanah Melayu (Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdullah,2002).Jadi,dasar ini membawa kepada peminggiran masyarakat melayu yang kekal

5
Mardiana dan Hasnah. Pengajian Malaysia. Fajar bakti sdn bhd. 2000. Hlm 218.
6
Zainal Abidin Abdul wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.1996. Hlm 125.

3
dalam kepongpong kemiskinan7.Hal ini telah menyebabkan berlakunya ketegangan
hubungan antara kaum yang membawa kesan kepada pergaduhan.

5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya,kedatangan British pada asalnya ke Tanah Melayu sejak abad ke-18


merupakan langkah untuk mempertahankan tanah jajahannya di India (S.Malar Arasi,2012).
Pertapakan British di Pulau Pinang pada tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha
Britain untuk mempertingkatkan lagi sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan
perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi
di Teluk Benggal tetapi disebabkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik, British
menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk
dipasarkan di China.Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2002) kedatangan penjajah Barat sejak
1874 telah mewujudkan sistem ekonomi dualisme di Tanah Melayu di mana penduduk
tempatan di pinggirkan daripada sektor moden.

Sehubungan dengan itu,pengenalan ekonomi dualisme telah membahagikan dua sektor


ekonomi di Tanah Melayu iaitu sektor moden dan sektor tradisional.Menurut Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abdullah (2002), antara sektor ekonomi yang dikembangkan dalam ekonomi
moden ini adalah sektor perlombongan dan perladangan serta sub-sub sektor yang menjadi
pelengkap kepada kedua-duanya. Secara asasnya, ekonomi komersial ini menggunakan
teknologi yang moden, tenaga buruh yang ramai serta menggunakan asas ladang atau estet
yang besar (Mohamad Asrol Arpidi Mamat,2013) . Hal ini menyebabkan hasil pengeluaran
atau daya produktiviti ekonomi moden adalah secara besar-besaran yang mana turut
mengembangkan kegiatan perdagangan.

Lantaran itu,kegiatan ekonomi moden adalah tulang belakang kepada ekonomi kolonial
yang menyebabkan tumpuan pembangunan difokuskan kepada sektor ini, manakala sektor-
sektor ekonomi tradisional amnya tidak diberi perhatian.Menurut Mardiana (2000) aktiviti
ekonomi bagi sektor moden ini pesat penumbuhannya di bahagian barat negeri-negeri Melayu
yang kaya dengan sumber bumi seperti longgokan bijih timah serta keadaan tanahnya yang
sesuai untuk aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit secara komersial. Justeru itu,
kegiatan ekonomi moden ini sememangnya memberi keuntungan dan pulangan yang
lumayan, terutamanya kepada pihak British berbanding sektor ekonomi tradisional
(Mardiana,2000). Jadi, pergantungan kuat terhadap sektor ini telah menyebabkan sektor

7
Wilfred Blythe, The Impact of Chinese Secret Societies In Malaya : A Historical Study, London: Oxford
University Press, 1969.

4
ekonomi tradisional yang dikuasai orang Melayu dipinggirkan dan tidak berjaya menarik minat
pelabur-pelabur asing.

Sehubungan dengan itu,pengaplikasian ciri-ciri ekonomi moden yang dijalankan di Tanah


Melayu,British telah menggubal dasar-dasar yang menguatkan lagi penguasaan mereka di
Tanah Melayu.Misalnya,dasar kemasukan buruh asing iaitu dari India dan China.Kemasukan
buruh asing telah menyebabkan mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian
pekerjaan. Orang Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina
sebagai pelombong dan peniaga dan orang India pula sebagai pekerja ladang (S.Malar
Arasi,2012) .Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang
berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah dan banyak melibatkan etnik
Cina dan India (N.Shafif,2018) .Jadi,orang Melayu disisihkan daripada kegiatan ekonomi
utama di Tanah Melayu.Hujah ini disokong oleh Ahmad Yaakob (2019) apabila tujuan utama
pembahagian pekerjaan ini dilaksanakan untuk mengekalkan masyarakat Melayu kekal dalam
kepompong kemiskinan.

Secara keseluruhannya, penjajahan Inggeris ke atas negeri-negeri Melayu sejak 1874


sememangnya telah mewujudkan satu keadaan dualisme dari segi ekonomi yang mana turut
mengakibatkan peminggiran terhadap penduduk peribumi dalam sektor moden. Jurang
perbezaan yang luas antara penduduk peribumi dan kaum lain seperti orang Cina dan India
dapat dilihat dengan jelas dalam berbagai segi seperti pemilikan kekayaan, kawasan tumpuan
ekonomi, pembandaran, pemodenan dan pembahagian kerja.

5
RUJUKAN

Ahmad Yaakob.2019.Ciri-ciri Ekonomi Tradisional dengan Ekonomi Moden.Retrived from

http://ahmadyaakobsmkjengka2.blogspot.com/2017/11/soalan-1-bandingkan-ciri-ciri-
ekonomi.html

Helmi. (2005). Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia. Selangor: PTS Media Group.

Mardiana. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohamad Asrol Arpidi Mamat. (2013). Sejarah Pembentukan Negara Bangsa dan 1 Malaysia.
Putrajaya: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

N. SHAFIF. (2018). Ekonomi Dualisme . Sistem Ekonomi Dualisme dan Kesannya ke atas Sosioekonomi
Tanah Melayu, 5-7.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdullah. (2002). Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

P.Sivarajan. (2012). Sejarah sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan
Pustaka dan Bahasa.

6
LAMPIRAN A

7
LAMPIRAN B

8
LAMPIRAN C

9
LAMPIRAN D

10

Anda mungkin juga menyukai