Anda di halaman 1dari 41

EKONOMI MALAYSIA

SEJARAH DAN PERUBAHAN


Isi Kandungan
Sejarah dan Penubuhan
• Era Prapenjajahan,Penjajahan,
Kemerdekaan dan Baru Kini
• Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan
• Kesan Ekonomi Penjajahan
• Perubahan dan Kemajuan Ekonomi
Sehingga Kini
• Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Pendahuluan
• Struktur ekonomi sesebuah negara
berubah mengikut aliran masa bermula
daripada sektor pertanian hingga sektor
perindustrian dan lain-lain
• Perubahan struktur ekonomi boleh berlaku
secara sengaja atau secara sendiri
• Perubahan berlaku untuk membaiki dan
memajukan ekonomi sesebuah negara
• Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia
1.Era Prapenjajahan
- Perubahan kehidupan masyarakat daripada
menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan
penternakan kepada perdagangan menyebabkan
wujudnya pusat perdagangan di Gua Kepah dan
Pengkalan Bujang(Kedah),Jenderam
Hilir(Selangor), dan Kuala Selinsing(Perak)
- Kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun
kelima Masihi menjadi pelabuhan antarabangsa
yang menempatkan kapal-kapal pedagang dari
India,Asia Barat dan negara China
- Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada
penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan
bagi sejarah ekonomi dan politik Tanah Melayu
- Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat
- Pedagang dari Timur:China,Jepun dan Indo-China
- Pedagang dari Barat:Arab,Mesir,Turki,Benua India dan
Burma
- Pembesar negeri atau golongan bangsawan ditugaskan
untuk mengutip cukai ke atas barang dagangan dan
hasil pertanian
- Cukai berbeza mengikut kawasan misalnya para
pedagang Melayu Melaka dikenakan cukai 3%,
pedagang dari Barat dikenakan cukai 6% dan pedagang
dari Timur tidak dikenakan cukai sebaliknya digantikan
dengan hantaran hadiah
2.Era Penjajahan
- Kekayaan bahan mentah dan kedudukan Melaka
yang strategik di antara laluan Timur dan Barat
menimbulkan minat kuasa Eropah untuk
menaklukinya
- Penjajahan oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan
seterusnya Jepun selama 446 tahun memberi
banyak kesan kepada ekonomi Tanah Melayu
- Penjajahan Portugis dan Belanda yang
mengambil masa selama 313 tahun tidak
meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi
kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber
secara besar-besaran,selain tumpuan pada
perdagangan rempah sahaja
- Pemerintah Inggeris membawa perubahan
kepada ekonomi negara dengan memperkenalkan
aktiviti perlombongan dan penanaman getah
- Imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja di lombong
dan imigran India bekerja di ladang getah
- Sektor pembuatan pada ketika itu melibatkan aktiviti
peringkat ringan
3.Era Kemerdekaan
- Kerajaan mula memperkenalkan rancangan
pembangunan ekonomi yang lebih teratur iaitu
Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE1) atau
lebih dikenali sebagai Rancangan Malaya
Pertama (1956-1960)
- Rancangan Penbangunan Tanah seperti
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA)
ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengatasi
masalah kekurangan tanah di samping
meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para
petani
- Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE2)
dilancarkan pada tahun 1961
- Kedua-dua RPE memberi tumpuan kepada sektor
pertanian sahaja
4.Era Baru Kini
- Ekonomi Malaysia mengalami perubahan yang
mendadak akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969
- Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum bumiputera
dan bukan bumiputera dipercayai menjadi punca
berlakunya rusuhan kaum
- Hal ini menyebabkan kerajaan megorak langkah untuk
melancarkan beberapa dasar iaitu Dasar Ekonomi
Baru(DEB),Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dan kini
Dasar Perindustrian Negara,Dasar Pertanian
Negara,Dasar Pensyarikatan Malaysia,Dasar
Penswastaan dan lain-lain lagi
• Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan
Pengenalan

 Kita sering tahu, setiap penjajah hanya berminat untuk


memajukan sektor-sektor ekonomi sahaja.

 Beberapa ciri ekonomi telah wujud.

 Antaranya ialah kemajuan dan pembangunan dalam


penanaman getah secara perladangan, pengembangan
perlombongan bijih timah, tumpuan kepesatan
infrastruktur, pengeluaran bahan mentah, dan
kewujudan ekonomi dualisme.
1.Perladangan Getah
- Merupakan sektor utama untuk pendapatan negara
- abad ke-20 getah menjadi tanaman dagangan yang
terpenting di Tanah Melayu
- pada abad ini, getah mula ditanam secara berskala
besar dan permintaan dunia terhadap getah semakin
meningkat.
- 800000 hektar tanah telah digunakan untuk ditanam
secara perladangan dan 70000 secara kebun kecil.
- pada masa itu, sebanyak 50% sahaja eksport kasar
getah ke luar negara.
Jumlah Keluasan Tanaman Getah di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu Antara Tahun 1897-1918

Tahun Keluasan tanaman getah (hektar)


1897 140
1900 1905
1904 7710
1910 202500
1914 400000
1918 945000
2.Kegiatan perlombongan
- Merupakan aktiviti yang tertua di Tanah Melayu.
- Aktiviti perlombongan ini bukan sahaja bergantung kepada
bijih timah, malah terdapat banyak lagi. Antaranya ialah
emas,bauksit,arang batu dan antimoni.
- Kegiatan perlombongan telah mengalami pengembangan
yang pesat pada 1880-an,melalui kemasukan buruh-buruh
cina
- Kebanyakkan mereka terlibat dengan ekonomi yang
berasaskan eksport.
- Contoh:orang Cina melombong, orang India berladang.
- Sebelum penjajahan ini, perlombongan telah lama
dijalankan.
- Tahun 1820, kerja-kerja melombong bijih timah hanya
dilakukan dengan cara melampan dan mendulang sahaja.
- Cara- cara sebegini tidak begitu berkesan dan memberi
hasil yang begitu sedikit sahaja.
- Pertengahan abad ke-19, perusahaan perlombongan
dijalankan secara berskala besar telah diperkenalkan.
- Kaedah lombong dedah dan cara pam digunakan.
- Pada tahun 1898, tanah melayu telah mengeksport lebih
kurang 40000 tan bijih timah. Ini bermakna bijih telah
menjadi sumber pendapatan yang utama.
- Menjelang 1899, aktiviti ini telah memberi sumbangan
sebanyak 46% kepada pendapatan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.

Jumlah hasil peningkatan pengeluaran bijih timah

Tahun Hasil Pengeluaran(tan)


1900 43400
1904 51733
3.Kepesatan infrastruktur
- Kemudahan infrastruktur ekonomi yang begitu
pesat telah diperkenalkan.
- Penyediaan kemudahan ini berkait rapat dengan
aktiviti ekonomi yang telah mereka jalankan.
- Perkembangan perlombongan bijih timah telah
menggalakan pembinaan jalan kereta api.
- Contohnya di antara Kuala Lumpur dan Kelang.
- Di Pantai Barat, pembinaan jalan kereta api lebih
kepada perkembangan penanaman getah.
- Jalan raya juga disediakan. Jalan yang pertama
ialah antara Prai dan Melaka.
- Kepesatan infrastruktur ini meningkatkan bilangan
pekan-pekan dan bandar-bandar kecil di antara
jalan-jalan tersebut.
4.Pengeluaran bahan mentah
- Pihak inggeris lebih utama pengeluaran bahan mentah,
untuk dieksport ke negara asalnya iaitu Britain.
- Pembelian bahan mentah lebih murah dan
menguntungkan.
- Kerajaan Britain memproses bahan mentah menjadi
barang siap atau separuh siap.
- Kemudian dieksport semula kepada Tanah Melayu
- Revolusi perindustrian telah diperkenalkan pada akhir
abad ke-19.
- Kilang-kilang baru di Eropah didirikan.
- Revolusi ini membolehkan pengeluaran bahan
mentah secara berskala besar.
- Rempah ratus tidak diperlukan lagi, sebaliknya
bahan mentah lebih diperlukan.
- Contoh:proses mengetin di Britain lebih
memerlukan permintaan bijih timah.
- Permintaan bijih timah di Tanah Melayu
semakin meningkat
5.Ekonomi dualisme wujud
- Penjajah lebih pentingkan sektor ekonomi
tertentu, dan abaikan bentuk ekonomi yang
telah sedia ada.
- Sektor ekonomi yang dipentingkan maju
manakala bentuk ekonomi yang diabaikan terus
dalam bentuk tradisional.
- Contoh sektor pertanian wujud ekonomi
dualisme iaitu di antara sektor perladangan
dan kebun kecil
• Kesan-kesan ekonomi penjajah
- Terdapat banyak kesan negatif dan masalah yang terjadi
kepada ekonomi Tanah Melayu akibat kegiatan ekonomi
penjajah.
- Antaranya :
i-pergantungan tugas ekonomi
ii- agihan kemudahan dan kekayaan
iii- kemiskinan dan pengangguran
iv- kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang
moden.
1. Pergantungan ekonomi
- Pada pertengahan abad ke-20 bagi negara-negara
membangun, sektor eksportnya bergantung pada
beberapa pengeluaran primer.
- Sektor pertanian , perikanan, penternakan, perhutanan
dan perlombongan adalah terletak dalam kategori
sektor primer.
- Perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah
berasaskan ekonomi dualisme(tradisional dan
moden).
- Eksport Malaysia kuat bergantung kuat pada getah dah
bijih timah.

- Era penjajahan Inggeris pada abad ke -20 membawa


banyak perubahan dalam struktur ekonomi negara dan
berlakulah pergantungan ekonomi.

- Negeri Tanah Melayu memainkan dua peranan pasaran


yang penting:
i)Sebagai pembekal bahan mentah
ii)Menjadi tempat pasaran keluaran industri dari
England
2.Ketidakseimbangan agihan kemudahan
dan kekayaan
- Berlaku jurang perbezaan pendapatan wilayah
yang diwakili oleh negeri-negeri Pantai Timur dan
Pantai Barat.

- Pantai Barat dilengkapi dengan kemudahan


infrastruktur seperti jalan raya dan keretapi yang
memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan.

- Kemudahan tersebut disediakan oleh Inggeris


kepada kawasan –kawasan yang hanya memberi
manfaat atau kepentingan untuk
mereka.Kawasan- kawasan yang tidak memberi
manfaat seperti Pantai Timur diabaikan.
Pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut negeri
Negeri 1976(RM)
Kelantan 269
Kedah 306
Perlis 338
Terengganu 339
Sarawak 426
Perak 436
Pahang 477
Negeri Sembilan 505
Sabah 513
Johor 513
Melaka 568
Pulau Pinang 589
Selangor 735
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1058
MALAYSIA 505

Sumber:Malaysia RRJP 2 (1991)


3. Kemiskinan dan pengangguran luar
bandar
- Orang-orang luar bandar yang kebanyakannya
bergiat di sektor pertanian adalah terdiri daripada
orang Melayu dan sering kali dikaitkan dengan
kemiskinan.

- Sektor pertanian ini megalami pertumbuhan yang


lembap, daya pengeluaran dan pendapatan yang
rendah akibat ketidakprihatinan oleh pihak
Inggeris.

- Wujud jurang perbezaan pendapatan yang serius


antara wilayah bandar dan luar bandar atau antara
etnik bumiputera dengan etnik-etnik lain.
- Masalah kemiskinan terus menjadi masalah utama di kawasan
luar bandar.
- Jadual kemiskinan di Semenanjung Malaysia(%):

Strata 1970

Luar Bandar 58.7

Bandar 21.3

Melayu 65.0
Cina 26.0

India 39.0

SEMENANJUNG 49.3

Sumber: Malaysia, Rancangan Malaysia (1976,1991) Malaysia RRJP2 (1991)


4. Kurangnya penglibatan bumiputera
dalam bidang moden
- Bilangan bumiputera yang ramai di sesebuah
wilayah atau negeri adalah kebanyakannya
terlibat dalam sektor pertanian tradisional.

- Sektor-sektor swasta lebih berminat untuk


melabur dalam sektor estet dan sektor-sektor
ekonomi yang bercorak lebih maju.

- Pendedahan yang terhad dengan bidang-bidang


moden seperti pertanian estet, perlombongan dan
kegiatan perdagangan di bandar oleh kaum
bumiputera berbanding kaum-kaum lain.
• Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini
Dasar dan Rancangan yang Dilakukan oleh Kerajaan
1. Rancangan Pembangunan Lima Tahun
a) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
c) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
d) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
e) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
f) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
g) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
h) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
i) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
j) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
k) Rancangan Malaysia kesembilan (2006 sehingga kini)
2.Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian
- DPN1, DPN 2 dan DPN 3 diperkenalkan.
- Sektor pertanian dipermodenkan supaya:
i. pendapatan pekebun kecil dan petani dapat
ditingkatkan.
ii. Meringankan masalah petani di luar bandar.
iii. Daya pengeluaran dapat ditingkatkan
- Peringkat awal,kegiatan pertanian bersifat sara
diri dan tradisional.
- Tanaman industri iaitu komoditi getah
diperkenalkan pada 1887.
- Tanaman kelapa sawit diperkenalkan pada
awal 1960-an diikuti tanaman komoditi koko
pada awal 1970-an.
- Kementerian Pertanian telah ditukarkan kepada
Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
- Kelebihan Sektor Pertanian:
i. Strategi untuk membasmi kemiskinan di luar bandar.
ii. Mempelbagaikan pengeluaran produktiviti berasaskan
pertanian.
iii. Meningkatkan eksport sektor pertanian.
3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
i. Sektor Pertama yang terdiri daripada:
1) Sektor Pertanian,Perhutanan dan Perikanan.
2) Sektor Perlombongan dan Quari.
- Sektor-sektor ini boleh dilihat dari aspek:
a) Pelbagaian mendatar –Menunjukkan penambahan
jenis keluaran dan keluaran-keluaran baru.
b) Pelbagaian menegak-Menunjukkan peningkatan nilai
ditambah melalui aktiviti pemprosesan.
ii. Sektor Pembuatan yang terdiri daripada:
1) Sektor Perkilangan
2) Sektor Pembinaan
- Sektor Pembuatan digalakkan oleh kerajaan supaya
Malaysia tidak terlalu bergantung kepada sektor
pertanian sahaja.
4.Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah
dan
kaum
- DEB mula diperkenalkan iaitu semasa RMK2
pada 1970-an bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan pembangunan.
- Pengenalan DPN, PIP, Dasar Perhutanan
Negara dan Dasar Pembangunan Nasianal
merupakan usaha untuk mengatasi masalah ini.
- Dasar Pandang ke Timur juga diperkenalkan
oleh Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad.
- Kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memilih
contoh serta teladan yang terbaik dari Jepun
dan Korea dan dipraktikkan oleh rakyat negara
ini.
5. Kemajuan ekonomi sehingga kini
- Malaysia mencapai tingkat guna tenaga penuh iaitu
kadar pengangguran bawah 5 peratus.
- Pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan.
- Eksport melebihi import negara.
- Tetapi pada awal tahun 2000 ekonomi negara
menghadapi:
- Tetapi pada tahun 1997 sehingga awal tahun 2000
ekonomi negara menghadapi:
 KDNK menguncup
 Pengangguran meningkat
 Nilai mata wang jatuh
 Kadar inflasi meningkat
• Rancangan Pembangunan Lima Tahun
- merupakan rancangan setiap lima tahun
pembangunan kerajaan Malaysia selepas
kemerdekaan.
- untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi
dan politik.
- kesan peninggalan dasar pembangunan
zaman pemerintah British di Tanah
Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
1) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Sebelum DEB 2) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
3) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

DEB 1) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


(Dasar Ekonomi 2) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Baru) 3) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
4) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

DPN (Dasar 1) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)


Pembangunan 2) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
Nasional)

DWN (Dasar 1) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


Wawasan 2) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
Negara)
Dasar Ekonomi Baru(DEB)
- Dilancar oleh kerajaan Malaysia seiring dengan RMK2.
- Matlamat- membetulkan ketidakseimbangan
sosioekonomi antara kaum.
- RRJP 1( 1971-1990) menjadi asas kepada pelaksanaan
DEB.(1971-1990).
- Dijalankan menerusi serampang dua mata iaitu:
~ mengurangkan kemiskinan (peluang
pekerjaan).
~ susun semula masyarakat (hapuskan
pengenalan kaum ikut fungsi ekonomi).
Antara Pencapaian DEB
KADAR KEMISKINAN 1970 1990 1990
(matlamat) (pencapaian)
Semenanjung Malaysia 49.3% 17.0% 15.0%
Sabah - - 34.3%
Sarawak - - 21.0%
Malaysia - - 17.0%
HAK MILIK SAHAM
Bumiputera 2.4% 30.0% 20.3%
Bukan Bumiputera 34.3% 40.0% 46.2%
Rakyat asing 63.3% 30.0% 25.1%
Syarikat Calon 2.0% - 8.4%

PERTUMBUHAN 1971-1990 1971-1990


(matlamat) (pencapaian)
EKONOMI
8.0% 6.7%
Sumber: Malaysia, RRJP 2 (1991)
Malaysia, Laporan MAPEN (1991)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
- Dilancarkan (17 Jun 1991) oleh Tun DR. Mahathir
Mohamad (PM ke-4).
- Merupakan RRJP 2(1991-2000).
- Meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Dimensi baru DPN


1) Membasmi kemiskinan (golongan termiskin – kurangkan
kemiskinan relatif)
2) Pembangunan pesat masyarakat perdagangan dan
perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif.
3) Pembangunan sumber manusia.
4) Penyelidikan dan pembangunan.
5) Penglibatan sektor swasta.
Antara Pencapaian DPN
TAHUN 1990 1995 2000
(000 orang) (000 orang) (000 orang)

Tenaga buruh 7042 8140 9572

Guna tenaga 6686 7915 9271

Pengangguran 356 225* 301*

% pengangguran 5.1% 2.8% 3.1%

Sumber: Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK 6 (1993)


Nota : * Kesan kegawatan 1997-1998 Malaysia, Rancangan Malaysia (1996)
Malaysia, RRJP3 (2001)
Dasar Wawasan Negara(DWN)
- Penggubalan DWN adalah berpunca daripada
pengalaman krisis kewangan Asia tahun 1997-
1998.
- Tema utama “Meningkatkan keutuhan dan daya
saing negara”.
- Merupakan RRJP 3 (2001-2010).
- Tujuan : - mengukuhkan kekuatan sedia ada
dan menangani kekurangan serta cabaran
persaingan dunia.
- Menggabungkan strategi utama DEB dan DPN.
Teras Pembangunan DWN

- Mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana


pertumbuhan tinggi dan mapan.
- Memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan
keazaman negara bagi menghadapi cabaran akan
datang.
- Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi –
memantapkan daya saing Malaysia.
- Sektor Swasta – menerajui pertumbuhan ekonomi.
- Sektor Awam – sediakan persekitaran yang bersesuaian
dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi.
Kesimpulan
• Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh kerajaan
untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi
negara
• Perubahan diperlukan untuk membolehkan
negara Malaysia bersaing dengan negara-
negara maju yang lain
• Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-
sama menjayakan program-program kerajaan
agar Malaysia dapat duduk setaraf dengan
negara-negara maju yang lain

Anda mungkin juga menyukai