Anda di halaman 1dari 2

Perikanan[sunting | sunting sumber]

Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional.


Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang
tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri
sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya
di negeri Terengganu dan Pahang. Aktiviti ini dijalankan dari bulan Mac hingga
bulan Oktober dan dihentikan dari bulan November hingga Februari kerana
semasa itu musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri
ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka
juga cuba memperbaiki alatan penangkapan mereka pada masa ini. Di laut,
nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk
menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan
serampang digunakan.

Pada masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal
di pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan. Selain itu, masyarakat
Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam
kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang
rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan golongan muda berkecimpung dalam
kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha denga
pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menubuhkan persatuan-persatuan
nelayan salah satunya. Perikanan juga terbahagi kepada dua, iaitu perikanan air
masin dan air tawar. Contoh ikan air masin ialah kerapu kerabong, dan tenggiri
manakala contoh ikan air tawar ialah talapiah,keli,haruan, dan patin

Lokasi utama kegiatan ini:

 Kuala Muda, Kedah


 Pulau Pangkor, Perak
 Batu Maung, Pulau Pinang
 Kuala Selangor, Selangor
 Kukup, Johor
 Kemaman, Terengganu

soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang


berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan
sebagainya telah dibincangkan. Dalam tahun 1879,
pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah
dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah
$281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih
timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai
jumlah eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi
negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak
membolehkan British menjalankan rancangan pembinaan
jalan keretapi dan sebagainya. Pembinaan
infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport
dengan mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang
banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran
dunia. Dengan itu, harga bijih timah telah menyusut
dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound
setan (1880-an). Beberapa langkah telah diambil oleh
British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih
timah agar harganya tidak turun. Selain bijih timah,
lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan
barang dagangan yang penting. Kegiatan penanaman
tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina
yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman
gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman
tebu dijalankan oleh orang Eropah.

Bermula, abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan
yang penting kerana ia sangat menguntungkan. Perkembangannya berhubung
rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan
infrastruktur dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah
menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929,
purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari
129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari
6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah
juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-
1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau
bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan
penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d
sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah
untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan
telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Sejak 1917,
kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor. Akibat kemelesetan
harga getah, kawasan penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar
(1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya menjadi
bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai