Anda di halaman 1dari 13

SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

BAHAGIAN A SEJARAH MALAYSIA

1. BINCANGKAN SISTEM EKONOMI KOMERSIL YANG DIJALANKAN OLEH


MASYARAKAT MELAYU PADA ABAD KE 19.

A. Pengenalan.

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British bersifat berbagai dengan sara
diri di hampir semua negeri Melayu, separa sara diri di Kedah, pertanian komersil di Negeri-
Negeri Selat dan Johor di samping perdagangan.Sistem ekonomi komersil merujuk kepada
pertanian, perlombongan dan perdagangan.Ekonomi komersil berkembang pesat selepas campur
tangan British.

B. Isi-isi.

1. Pertanian komersil

1.1 Padi

- Penanaman padi dijalankan secara sara diri di hampir semua negeri. Hanya terdapat beberapa
buah negeri menghasilkan lebihan.Contohnya di Kedah dengan pembukaaan Terusan Wan
Ahmad Saman pada tahun 1895.Kedah telah menjadi pengeluar padi sawah yang utama di Tanah
Melayu.

- Kedah menghasil lebihan padi dan dieksport ke Pulau Pinang. Di Kedah dan Perlis pula
terdapat pengeluaran padi yang bukan sahaja bersifat separa- sara diri sebelum tahun 1909,
malah lebih kepada bersifat komersial. Padi dari negeri utara ini mendapat pasaran baik di Pulau
Pinang. Di Kedah, semua tanah pada teorinya dipunyai oleh raja dengan rakyat boleh
mengerjakan tanah ini. Namun, petani tidak terikat dengan tanah dan boleh pula bergerak
mencari pelindung/pembesar yang kurang menindas.Tanah juga boleh dijual beli, sementara
petani Melayu pula memasuki jaringan pemegang pajak atas berbagai sebab termasuk kewangan.

- Kelantan 1837 mengeksport padi ke Singapura, Pattani, dan Selangor sehingga pertengahan
abad ke 19 mempunyai bekalan yang banyak, contohnya di Selangor semasa pemerintahan
Sultan Muhammad.

2.Tanaman lain

2.1 Tebu

– penanaman komersil bermula di Seberang Prai dengan pembabitan modal orang Eropah dan
orang Cina. Tebu memjadi tanaman utama yang memberi sumbangan penting kepada ekonomi
Pulau Pinang yang merosot selepas pembukaan Singapura.

- sektor tebu berkembang sehingga abad ke 19 dari Seberang Prai diluaskan ke Krian di Perak.

1
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

2.2 Lada hitam dan gambir

- Di Johor pula terdapat Sistem Kangcu atau Surat Sungai dengan Temenggong memberikan
hak bertani kepada taukeh-taukeh Singapura dan ketua kongsi gelap Cina sejak tahun 1840an
bagi menggalakkan perladangan gambir di selatan dan barat Johor. Temenggong pula
mengenakan berbagai cukai ke atas orang-orang Cina ini seperti cukai candu, arak dan judi sama
seperti yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn di Siam. Ringkasnya, pertumbuhan pesat
ekonomi Johor dibantu oleh eksploitasi buruh dan peranan besar kongsi gelap.

2.3 Ubi kayu, Pinang, Kelapa, dan Buah-buahan

- dimonopoli olehorang-orang Cina di pendalaman Sungai Muar. Melaka yang mula merosot
sebagai sebuah pelabuhan menjadi pusat pertanian yang penting pada tahun 1860an apabila
orang Cina mula menanam ubi kayu.Dan seterusnya meluaskan kawasan penanaman
berhampiran dengan Negeri Sembilan.

- Pinang, kelapa dan buah-buahan diusahakan oleh pendatang Indonesia dan hasil keluaran ke
Singapura.

2.4 Kopi

- Perkembangan pertanian mulai pesat 1880an, apabial semakin banyak modal orang eropah
dilaburkan di semenanjung untuk memajukan pertanian perladangan. Ramai peladang dari
Ceylon datang kerana mempunyai pengalaman luas dengan tanaman kopi.Sebahagian estet
dibuka seperti di Krian, Perak dan Klang Selangor.Sehingga penghujung abad ke 19, harga kopi
dipasaran dunia dapat memberikan keuntungan yang memuaskan kepada peladang dan semakin
ramai peladang membuka kebun kecil untuk mengusahakan kopi.

3. Hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual bagi mendapatkan wang
bagi membeli garam, kain dan juga beras. Bagi Johor, hasil getah perca ini amat menguntungkan
Temenggung Johor.

4. Di Kedah juga terdapat Sistem Pajak (ampun kurnia) yang diberikan oleh sultan kepada
taukeh-taukeh dari Pulau Pinang yang merangkumi beras, arak, candu, judi dan padi.Ampun
Kurnia juga diberikan kepada para pembesar negeri dan juga kerabat diraja seperti hak
mengutip cukai pasar di sesebuah pekan kecil.

5. Terdapat perlombongan bijih di negeri-negeri Melayu yang diusahakan oleh pembesar


Melayu dengan menggunakan buruh Cina sehingga kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih
timah menjadi rebutan para pembesar Melayu seperti yang berlaku di Selangor. Terdapat juga
perkongsian pembesar Melayu dengan taukeh Cina untuk memajukan sektor perlombongan
seperti Raja Jumaat – Chee Yam Chuan di Lukut ataupun Ngah Ibrahim di Larut dengan
kongsi gelap Cina.Namun lombong-lombong ini kemudiannya menjadi rebutan kongsi gelap
Cina seperti yang berlaku di Perak (Larut) dan Selangor.

2
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

6. Perdagangan

6.1 Perdagangan antara bangsa

-dikendalikan oleh golongan pemerintah dan saudagar-saudagar. Berpusat di Melaka, Pulau


Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas awal 1820an. Di sini juga orang-orang
Melayu terdedah dengan lebih besar kepada rentak pasaran kapitalis termasuk barangan
pengguna dari Eropah.Barangan dari Eropah dan India ialah kapas, lilin dan lain-lain.

6.2 Perdangangan dalaman

- wujud di antara kawasan pantai dan pedalaman, tanah pamah dengan tanah tinggi, dan barat
dengan timur. Sungai menjadi jalan perhubungan utama, contonya perdangangan antara Pahang
dan Melaka melalui Sungai Bera, Sungai Serting, Sungai Jempol dan Sungai Muar.

- Import utama pantai barat ialah bijih timah dari Sungai Linggi dan Sungai Ujong. Selain itu,
negeri pedalaman Melaka mengeluarkan madu lebah, gading gajah, kulit haiwan dan
rotan.Eksport utama pantai timur ialah debu emas, bijih timah, lada hitam, sutera dan kain kapas.

C. Kesimpulan.

- Bagi Negeri-Negeri Melayu, sistem ekonominya mirip kepada sara diri atau dalam kes Perlis
dan Kedah, separa sara diri. Namun begitu kegiatan perdagangan dan perlombongan berjalan
dengan rancaknya yang melibatkan juga pembesar-pembesar Melayu yang berkongsi dengan
peniaga-peniaga Cina.

- Ekonomi komersil berkembang dengan pesat setelah campur tangan British pada suku akhir
abad ke 19 setelah pemodal Eropah menguasai ekonomi Tanah Melayu. Orang-orang Melayu
mewarisi ekonomi sara diri dan penguasaan golongan bangsawan seperti raja dan pembesar
dalam ekonomi turut diketepikan.

3
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

2. SEJAUH MANAKAH PERBEZAAN FUNGSI EKONOMI TELAH MENJADI


FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI TANAH MELAYU PADA AWAL ABAD KE-20.

A. Pengenalan.

- Pada awal abad ke – 20, masyarakat majmuk muncul di Tanah Melayu akibat perkembangan
ekonomi British. Penghijrahan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu telah mewujudkan
tiga kumpulan masyarakat di Tanah Melayu.Orang Melayu merupakan penduduk peribumi di
Tanah Melayu. Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk didefinisikan sebagai satu kelompok
masyarakat di mana tidak wujud interaksi atau perhubungan dalam kalangan kaum.

- Perbezaan fungsi ekonomi sememangnya telah menjadi faktor utama yang telah mendorong
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Namun begitu,
terdapat banyak faktor lain telah mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu.

B. Isi-isi.

a. Perbezaan fungsi ekonomi.

- Faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah


perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi.
Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
mereka.

- Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang terlibat dalam
bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan
ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di
pelabuhan.Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai
petani dan nelayan.

- Perbezaan dalam fungsi ekonomi telah memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut dan secara
tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk.

Faktor LAIN pembentukan masyarakat majmuk.

b. Perbezaan petempatan

- British ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional kerana tidak mahu
masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar. British berasa bimbang jika pendedahan
kepada pengaruh luar akan melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu. Oleh itu,
orang Melayu kekal tinggal di kampung-kampung untuk mengekalkan status qou.

- British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing dan penghijrahan golongan buruh dari
negara China dan India yang terlibat dalam ekonomi moden.Masyarakat Cina ditempatkan di
kawasan lombong yang akhirnya berkembang menjadi bandar-bandar.

4
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

- Kebanyakkan orang India pula ditempatkan dan tinggal menetap diladang-ladang atau estet dan
segelintir tinggal di bandar. British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam
kalangan tiga kaum di Tanah Melayu pada masa itu.

c. Perbezaan bahasa.

- Masyarakat majmuk juga wujud apabila ketiga – tiga kaum mengamalkan bahasa yang
berbeza. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertumpu di kawasan perlombongan bijih
timah di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban.Mereka hidup berkelompok dalam puak
masing – masing.Hubungan sosial dalam kalangan puak Cina juga tidak erat kerana mempunyai
dialek yang berbeza.

- Orang India pula terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil, Telegu,
Punjabi dan sebagainya. Setiap kelompok ini menggunakan bahasa masing – masing, maka
pergaulan antara mereka juga tidak erat.

- perbezaan semakin jelas apabila orang Cina, India dan Melayu bertutur dalam bahasa masing-
masing iaitu bahasa Melayu, bahasa Tamil, Cina dan Inggeris.

d. Perbezaan pengamalan budaya

-Setiap kumpulan masyarakat hidup secara berasingan. Mereka terus mengekalkan budaya
masing – masing seperti pakaian, adat resam, makanan, tradisi dan perayaan.

e. Sistem pendidikan.

- Setiap masyarakat juga mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Sistem pendidikan
tersebut mengukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu.

- Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu mendapat pendidikan berdasarkan agama Islam di
sekolah – sekolah pondok. British juga menubuhkan sekolah – sekolah Melayu.Sistem
pendidikan tempatan kurang berkualiti.Masyarakat tempatan hanya diajar membaca, menulis
dan mengira.

- Pendidikan orang Cina pula berasaskan negara China dan menggunakan bahasa pengantar
bahasa Cina. Guru – guru, sukatan pelajaran dan buku – buku digunakan juga dibawa dari
negara China.

- Orang India pula menubuhkan sekolah – sekolah Tamil di ladang – ladang untuk memberikan
pengetahuan asas kepada orang India. Mata pelajaran yang diajar juga berdasarkan negara India.

f. Perbezaan agama.

- Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk ialah perbezaan agama.
Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing.Masyarakat
Melayu yang beragama Islam membina surau dan masjid.

- Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di ladang – ladang untuk beribadat
dan menjalankan upacara keagamaan.

5
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

- Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan menyembah nenek moyang pula
membina tokong dan pagoda mereka di bandar.Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan
persatuan masing – masing untuk menjaga kepentingan sendiri.Penubuhan persatuan – persatuan
tidak rasmi juga mampu melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.

C.Kesimpulan.

- Tuntasnya, selain perbezaan fungsi ekonomi terdapat banyak faktor yang telah mendorong
pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.Pembentukan
masyarakat majmuk yang wujud telah melebarkan jurang perbezaan kaum di Malaysia.
Perubahan hanya berlaku selepas kemerdekaan apabila kerajaan mementingkan perpaduan
kaumbagi menjamin kedudukan politik dan ekonomi serta mengelakkan tragedi 13 Mei dari
berulang.

3. JELASKAN BENTUK SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN


DI MALAYSIA SELEPAS 1957.

A. Pengenalan

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan
Malayan Union pada 1 April 1946.Butir-butir perlembagaan Malayan Union mendapat
tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi berparlimen berdasarkan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

B. Isi-Isi:

Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen

1. Yang Dipertuan Agong


- Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan
perlembagaan di Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia, ketua negara ialah
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja
berperlembagaan.
- Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Mengikut undang-undang parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih) dan
badan kehakiman.
- Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan
Rakyat.
- Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada di negara-negara lain ialah Yang di-
Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu.
- Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

6
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

- Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah
dan Sarawak.
- Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan darurat.

2. Badan Legislatif/Parlimen

2.1 Dewan Negara


- Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang
yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
- Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih
oleh Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama
ada dia akan dilantik dan dipilih semula.

2.2 Dewan Rakyat


- Dewan Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
- Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-
undang.

3. Badan Eksekutif
- Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
- Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.
- Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri
- Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana
Menteri dan menteri-menteri lain sebagai ahli.
- Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian,
jabatan, dan badan berkanun diwujudkan.
- Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai
Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.

4. Badan Kehakiman
- Mahkamah merupakan badan bebas yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara yang dilantik
oleh Yang Dipertuan Agong.
- Terdiri daripada Mahkamah Agung atau Persekutuan, Mahkamah Tinggi Mahkamah
Rendah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai
bidang kuasa masing-masing dalam menjalankan kuatkuasa undang-undang sama ada kes
sivil dan kes jenayah.

C. Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957
hingga tahun 2000 adalah melalui proses demokrasi. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk
kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang digunakan ditentukan oleh perlembagaan.Jelaslah
doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan mesti dipatuhi supaya tidal berlaku
penyalah gunaan kuasa.

7
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA

4. BINCANGKAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI INDONESIA SEBELUM


KEDATANGAN KUASA BARAT.

A. Pengenalan.

- Sebelum kedatangan Belanda masyarakat di Indonesia boleh dibahagikan kepada dua golongan
iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja/sultan,
anak-anak raja, bangsawan, pembesar, priyayi dan pemimpin agama.

- Manakala golongan diperintah ialah rakyat biasa kebanyakannya adalah petani serta hamba
merupakan lapisan yang paling bawah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung
jawabnya yang tersendiri.

B. Isi-isi.

Golongan Pemerintah.

1. Raja/Sultan.

- Raja/Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial masyarakat Indonesia.
Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa.Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi
pelindung masyarakatnya.

- Sultan juga berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga
dianggap istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat.Sultan dianggap Khalifah Allah dan
pemimpin bagi umat Islam.

2. Kerabat Diraja.

- Kerabat diraja membantu raja/sultan dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami
kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara
keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka.Golongan pemerintah ini menguasai
tanah dan perdagangan maritim.Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri
yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan.

- Golongan ini dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di Jawa,
raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan
pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagi mengikut darjat keturunan
masing-masing yang mempunyai status dan prestij tersendiri dalam masyarakat.

3. Pembesar/Uleebalang/Priyayi.

- Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada kerabat diraja dan
bukan kerabat diraja. Di Jawa, golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara
sultan dan rakyat. Hubungan antara keduanya amat rapat.

8
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

- Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi
kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja.Golongan
ini juga berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan (bupati). Sementara di Acheh,
kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.

- Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di
Indonesia terutamanya di Acheh. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang
belakang pemerintahan dan pertahanan.

4. Ulama

- Di Acheh, ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan
tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi rujukan
masyarakat.Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

Golongan Diperintah.

1. Rakyat.

- Rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan
perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan pedagang.Golongan rakyat khususnya
petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

- Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi
khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan
menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat dalam peperangan.

- Rakyat yang kebanyakan petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah.
Petani merupakan majoriti dalam masyarakat menjadi tunjang kegiatan ekonomi di Indonesia
yang merupakan sebuah negara agraria.

2. Hamba.

Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan tanah.
Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang- piutang.

C. Kesimpulan.

- Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan
tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka.Selepas penjajahan Belanda, susun
lapis masyarakat di Indonesia mulai berubah.

- Kedudukan dan kuasa tradisi golongan bupati mulai merosot kerana mereka digantikan oleh
pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan barat. Golongan priyayi dan pembesar
tempatan dibayar gaji.Sultan juga kehilangan kuasa memerintah.

9
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

5. HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN MYANMAR


SELEPAS ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

A. Pengenalan.

Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan
Jepun di tangan Tentera Bersekutu.Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan
nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan.Pada 4 Januari 1948,
Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British. Pencapaian kemerdekaan
Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata.

B. Isi-isi.

Langkah-langkah ke arah kemerdekaan.

1. Pembentukan kerajaan baharu

- Setelah kekalahan Jepun, Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada
golongan Karen, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis
daripada pengaruh komunis dalam menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan
Myanmar.

- Pada peringkat awal Sir Hubert Rance telah mecadangkan agar LPRAF diberikan perwakilan
minoriti dalam Dewan Eksekutif. Namun cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF
seterusnya mereka melancarkan satu mogok kebangsaan.

- Mogok kebangsaan ini diadakan bertujuan memaksa British tunduk kepada tuntutan Myanmar.
Sir Hubert Rance akhirnya terpaksa mengadakan rundingan dengan Aung San .Hasil rundingan
ini LPRAF diberikan perwakilan yang lebih dalam Dewan Eksekutif iaitu sebanyak 6 daripada 9
kerusi.Kemudian kerajaan baharu dibentuk dengan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Perjanjian Atlee-Aung San 1946

Pada bulan Disember 1946, pihak British menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu
rombongan kemerdekaan ke England.Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San ditandatangani.
Antara isu yang dibincangkan ialah;

i. Pilihanraya umum akan diadakan empat bulan selepas Perjanjian Atlee-Aung San.
ii. Kabinet Aung San diakui British sebagai kerajaan sementara menjelang pilihanraya
kebangsaan.
iii. British akan menyokong penyertaan Myanmar dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
iv. Sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
v. British akan melantik seorang Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
vi. .Negeri-negeri kecil di sempadan bebas memilih sama ada ingin bergabung dengan
Myanmar atau sebaliknya.

10
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

- Dengan Perjanjian Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan.
Semua ahli rombongan kecuali U Saw dan Ba Sein menyokongnya.Parti Komunis melancarkan
mogok serta memusnahkan landasan keretapi.

3. Pilihan raya Umum 1947

- Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947 yang sejajar dengan Perjanjian Atlee-
Aung San. LPRAF telah berjaya mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya
ini.Kejayaan ini membolehkan LPRAF membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan
perlembagaannya sendiri.

4. Perlembagaan baharu.

- LPRAF telah bersiap sedia untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan
merdeka. Pada Mei 1947, Thakin Mya telah merangka draf perlembagaan untuk Perhimpunan
Perlembagaan.Thakin U Nu telah dilantik sebagai Presiden.Pemimpin utama Myanmar, Aung
San dibunuh oleh orang upahan U Saw.Dengan ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga.
Dengan beberapa orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu
meneruskan usaha menggubal perlembagaan baru Myanmar.

5. Pencapaian kemerdekaan.

- Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu bertolak ke London dan menandatangani Rang
Undang-Undang Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada
Presiden Kesatuan Myanmar. Seterusnya pada 4 Januari 1948 Myanmar telah mencapai
kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British dengan U Nu dilantik sebagai Perdana Menteri
manakala Sao Shwe Thaik dilantik sebagai Presiden.

C. Kesimpulan.

Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa golongan yang dianggap “tuan di Burma” ini
telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kesedaran kebangsaan Burma, sehinggalah
kemerdekaan penuh Burma pada tahun 1948. R.J Cornish berpendapat golongan Thakin adalah
“convert nationalist sentiment into a major political force”

6. Huraikan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan bangsa-Bangsa bersatu (PBB) pada abad ke-
20

Pendahuluan Thailand menjadi anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Sejak itu
Thailand sering terlibat dalam aktiviti PBB seperti memberi bantuan
ketenteraan kepada PBB semasa Perang Korea, pemimpin Thailand juga
pernah berkhidmat secara aktif dalam beberapa Majlis PBB dan menyertai
agensi-agensi di bawah PBB.

11
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

Penglibatan Thailand berusaha mencari penyelesaian politik yang menyeluruh dalam isu
dalam isu Kemboja melalui Resolusi Perhimpunan Agung dengan mencadangkan agar
Kemboja. permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan memberi hak
Penegasan isi kepada rakyat Kemboja untuk menetukan nasib mereka sendiri. Resolusi ini
diterima oleh ahli Perhimpunan Agung.

Thailand juga menjadi tuan rumah kepada dua mesyuarat di Pattaya pada
tahun 1991 yang berkaitan dengan kemboja. Wakil Kemboja bersetuju
dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh yang
membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 oktober
1991.

Pada Mei 1993 pula, seramai 27 orang pegawai Thailand dipilih sebagai
Pegawai Pilihanraya Antarabangsa untuk membantu PBB menjalankan dan
mentadbir pilihanraya di Kemboja
Jelas menunjukkan peranan Thailand dalam politik di Kemboja amat
mengagumkan dan berjaya menyelesaikan masalah politik di kemboja.

Peranan Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan
secara aktif am Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC). Selain itu juga Thailand juga
dalam agensi bekerjasama dalam agensi lain seperti Nations Education, Scientific and
PBB. cultural Organisation (UNISCO), Food and Agriculture Organisation of the
Penegasan isi United Nations (FAO), International elecommunications Union (ITU) dan
International Labour Organisation (ILO).
Thailand memainkan peranan penting dalam memberi manfaat kepada
anggota PBB melalui kerjasamanya dalam agensi tersebut.

Peranan Bangkok sering menjadi ibu pejabat bagi agensi PBB seperti ESCAP, FAO,
sebagai tuan UNICEF, dan SEAMEO. Selain itu Thailand pernah menjadi tuan rumah
rumah bagi Majlis Makan Dunia pada tahun 1990.
agensi PBB. Disebabkan peranan Thailand yang sangat penting kepada dunia maka
beberapa pengiktirafan telah diberikan seperti perlantikan Putera Wan
Waithayakorn sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-11 pada tahun 1956-
1957. Manakala pada tahun 1957, Nai Pote Sarasin pula dilantik sebagai
Setiausaha Agung PBB. Thailand juga dilantik sebagai ahli tidak tetap dalam
Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1985-1986.

Terbukti Thailand berperanan aktif dalam PBB.

Tanggungjaw Thailand mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama dalam merentas


ab sempadan dalam isu-isu seperti alam sekitar, hak asasi manusia, masalah
bekerjasama AIDS dan penyalahgunaan dadah.
dalam isu
semasa.

Contohnya Thailand terlibat dalam isu alam sekitar dunia dimana Thailand
telah menyatakan komitednya terhadap pelaksanaan dan cadangan yang
dipersetujui dalam Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil pada 3-14 Jun 1992.

12
SMKBBST SKEMA PERCUBAAN STPM P3 2019 940/3

Thailand juga menghadiri konvensyen antarabangsa seperti Konvensyen


Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam (CITES), Konvensyen
Vienna untuk Perlindungan Lapisan Ozon, dan Protokol Montreal mengenai
Bahan-bahan yang memusnahkan lapisan Ozon.
Jelas menunjukkan bahawa Thailand juga prihatin mengenai isu-isu social.

Kesimpulan Penglibatan dan sumbangan Thailand dalam PBB menunjukkan wujudnya


hubungan yang erat dengan Negara luar. Thailand juga dilihat menjadi
peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama melalui agensi-agensi PBB.
Sumbangan ini juga amat bermakna dalam mewujudkan keamanan serantau
khususnya dan antarabangsa amnya.

13

Anda mungkin juga menyukai