Anda di halaman 1dari 18

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

ASIA TENGGARA ABAD KE-19


HSA 3033
Semester 1 sesi 2019/2020

NAMA NO MATRIK KUMPULAN KULIAH

1. NUR AMIRA BINTI AZIZOL D20162075550 A

2. NUR AISYAH BINTI LIAS D20162075555 A

3. NURUL AIN SAFIRAH BT MOHD KHIRI D20162075558 A

4. NUR FASIHAH BINTI DOLLAH D20162075566 A

5. MOHD NAJIB BIN AHMAD UZAIMI D20162075563 A

6. MILDRED PAULA ANAK SAGAT D20162075572 A


ESEI KUMPULAN
HURAIKAN BENTUK SISTEM EKONOMI MASYARAKAT DI ASIA
TENGGARA PADA ZAMAN TRADISIONAL

Pensyarah
Dr Rabaah Binti Abdullah
PENGENALAN

Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan yang terletak di Tenggara Asia. Ia meliputi dua jenis
masyarakat iaitu negeri-negeri kepulauan dan negeri-negeri di Tanah Besar.1 Asia Tenggara
merangkumi negara-negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Burma dan Thailand. Sistem
ekonomi di Asia Tenggara telah wujud sejak sekian lama dahulu, sejak sebelum kedatangan
penjajah lagi. Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan pada ketika sebelum kedatangan
penjajah ialah sistem sara diri, dan komersial. Sistem sara diri ialah kegiatan ekonomi yang
dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan lain-lain hasil untuk memenuhi keperluan
harian dan untuk kewajipan membayar cukai. Contoh kegiatan utama sara diri ialah bercucuk
tanam, menangkap ikan, dan memungut hasil hutan.2 Peralatan yang digunakan juga adalah yang
paling asas dan bersifat primitif. Oleh sebab itu, hasil pengeluaran yang diperolehi para petani
adalah sangat terhad.
Di samping itu, sistem ekonomi secara komersial juga telah wujud. Sebagai contoh,
penghasilan beras di Siam, Burma dan Kampuchea telah wujud. Sebagai contoh, pengeluaran
hasil beras di Siam, Burma dan Kampuchea telah menjadi barang eksport dari awal lagi dengan
Jawa sebagai pengeksport utama. Selain itu, pertanian tanaman secara komersial juga telah
diusahakan secara meluas sejak abad ke-15 lagi. Hasil ekonomi ini adalah seperti lada hitam,
bunga cengkih, kapas dan gula. Lada merupakan tanaman komersial yang paling bernilai antara
abad ke-15 dan ke-18.3
Sistem ekonomi komersial merupakan unsur yang amat penting dalam ekonomi Asia
Tenggara. Kegiatan ini berkembang kerana sebahagian besar Asia Tenggara bersifat kepulauan,
maka kegiatan pelayaran telah mewujudkan aktiviti perdagangan. Galakan perdagangan seperti
yang dilakukan Raja-raja Burma telah meningkatkan aktiviti perdagangan dengan negara-negara
maritim. Perkembangan perdagangan lebih pesat berlaku setelah kemasukan barat kerana minat
mereka terhadap kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara. Kedatangan penjajah barat telah
mengubah corak ekonomi tradisional Asia tenggara. Oleh itu, sistem ekonomi yang wujud di
Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah akan dirungkai dalam penulisan ini.
SISTEM EKONOMI SARA DIRI

1
D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979, Hlm., 3.
2
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn. Bhd, 1991, Hlm., 13.
3
Tan Pek Leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, 2004, Hlm., 63.
Umum mengetahui bahawa sistem ekonomi sara diri boleh didefinisikan sebagai sara diri
yang berkeadaan tertutup, secara tradisional, kurang berdaya saing, dan hasil pengeluarannya
berskala kecil yang berada pada tahap produktiviti yang rendah. 4Dalam erti kata lain, ekonomi
sara diri dilaksanakan hanya untuk menampung keperluan harian diri dan keluarga dan bukan
untuk dijual5. Hasil kegiatan ekonomi sara diri yang lebih pula akan dijual dan hasil jualan
tersebut pula akan diguna pakai untuk membeli keperluan yang lain. Barang keperluan yang lain
termasuklah pakaian, dan sebagainya.

Pada abad ke 7 hingga awal abad ke-19, penduduk di Asia Tenggara rata-rata menjalankan
kegiatan ekonomi sara diri pada zaman tradisional tersebut. Kegiatan ekonomi sara diri yang
dilaksanakan oleh penduduk termasuklah pertanian, penternakan, penangkapan ikan, dan juga
pengumpulan hasil hutan. Pada masa itu, penduduk tidak memerlukan apa-apa modal untuk
melaksanakan kegiatan ekonomi sara diri namun atas usaha sendiri. Manakala teknologi yang
digunakan pula adalah bersifat primitive. Hal ini demikian menyebabkan hasil yang dikeluarkan
oleh petani contohnya, adalah terhad. Ekonomi bagi Negara contohnya seperti Thailand atau
Siam, Kemboja, Vietnam dan Laos pada masa zaman tradisional adalah berteraskan pertanian.
Hal ini demikian kerana kawasan subur di Delta Mekong. Negara-negara tersebut mempunyai
keadaan geografi yang rendah dan rata di mana sangat sesuai dengan aktiviti pertanian serta
iklimnya yang panas dan lembab. Hal ini demikian menyebabkan penanaman padi sangat sesuai
dijalankan di negara-negara tersebut.

1. EKONOMI SARA DIRI DI THAILAND ATAU SIAM

Sistem ekonomi di Thailand atau Siam diperlihatkan di dua buah kerajaan iaitu Kerajaan
Sukhothai dan juga Kerajaan Ayudhya. Kegiatan ekonomi sara diri bagi Kerajaan Sukhothai
termasuklah kegiatan perdagangan, kegiatan membuat tembikar, perikanan dan juga pertanian.
Menurut buku The Ceramic Wares of Siam, dinyatakan bahawa pusat tembikar terletak di
Kerajaan Sukhothai sebelum pengaruh China lagi.6 Sudah terang lagi bersulu bahawa melalui

4
Uqbah Iqbal, (2015) Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat
Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial. UKM Bangi, Selangor. Hlm 4
5
Uqbah Iqbal, Kepentingan Jepun Dalam Landskap Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu
Semasa Perang Dunia Kedua. UKM Bangi, Selangor. Hlm 3
6
Le May, R. (1933). The Ceramic Wares of North-Central Siam-I. The Burlington Magazine for
Connoisseurs, 63(367), 156-166. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/865526
pembacaan buku tersebut, telah terbukti penemuan tapak-tapak membuat tembikar di beberapa
daerah Sukhothai. Hal ini demikian juga kerana pada masa Zaman Kerajaan Sukhothai,
permintaan yang tinggi dari luar negara untuk penghasilan tembikar. Selain itu, terdapat rekod
yang menyatakan bahawa Maharaja Kublai Khan dari Dinasti Yuan telah menghantar utusan
untuk menghubungi Siam. Hal ini terjadi pada tahun 1282 akan tetapi utusan tersebut tidak
pernah sampai ke destinasi kerana pada amsa tersebut, Cham mempunyai kuasa dominan pada
masa itu. Selepas 10 tahun kemudian, Raja Ramkhamheng yang merupakan raja Kerajaan
Sukhothai di utara Thailand telah menghantar utusan untuk berkunjung ke China Sembilan kali
sekitar 1292-13037. Hal ini demikian mengakibatkan Sukhothai menjemput tukan porselin
daripada negara China untuk mengajar teknik yang betul membuat porselin dan menghasilkan
pengeluaran yang halus dan mendapat sambutan yang baik di Thailand. Selain tembikar,
ekonomi sara diri seperti aktiviti pertanian padi juga dilaksanakan di sekitar lembah Sungai Chao
Phrya. Sukhothai yang mempunyai kawasan tanah yang subur dan sesuai untuk aktiviti
pertanian. Hal ini juga menyebabkan petani-petani yang menjalankan aktiviti pertanian pada
masa itu dikecualikan daripada membayar cukai pertanian. 8 Manakala para penduduk di
Sukhothai pula melaksanakan kegiatan ekonomi sara diri seperti penternakan. Penternakan yang
dilaksanakan oleh para penduduk Sukhothai termasuklah penternakan lembu, khinzir, ayam dan
itik.

Pada sekitar abad ke 19, perubahan yang ketara telah berlaku antara rata-rata penduduk
Siam. Hal ini demikian kerana masyarakat Siam mengalami kemasukan buruh. Cina dan sistem
cukai telah berubah. Pada tahun 1776 sehinggalah 1877, Raja Thaksin telahpun menjalankan
solusi di mana menjalinkan perhubungan perniagaan antara Ayudhya dan juga wangsa Manchu.
Hal ini demikian kerana Raja Thaksin ingin memperolehi bahan-bahan binaan, alat senjata dan
pekerja-pekerja yang mahir untuk ditukarkan dengan beras dan kayu hasil pengeluaran Siam. 9
Menurut catatan Khaihaikan Chao Krungkao, beras dan ikan merupakan hasil pengeluaran atau
produk utama masyarakat atau rakyat Ayudhya. Oleh itu, Raja Thaksin memaksimumkan hasil
7
Wang Ling Gui. (2019). China’s Belt and Road Initiative and Builiding The Community of
Common Destiny. Series on China’s Belt and Road Initiative-Vol.5 Chinese Academy Of Social
Science, China. World Scientific Publishing Co. Hlm 218
8
George Coedes. (2010) Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. KPG Kepustakaan Popular
Gramedia Jakarta 10270. Hlm 282
9
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 16.
pengeluaran atau produk oleh rakyatnya dengan menggunakan perdagangan dan buruh dari
Negara China pada ketika itu dan sekaligus dapat membangunkan Siam. Raja Thaksin juga
mengakibatkan masyarakat atau penduduk-penduduk di Siam pada ketika itu melibatkan diri
sebagai pengeluar barangan untuk dieksportkan ke Negara-negara luar. Dalam erti kata lain,
rakyat Raja Thaksin secara langsungnya menjadi pengeluar barangan untuk dieksport ke Negara-
negara luar yang terlibat.

Perdagangan dua hala antara Ayudhya dan China di mana Ayudhya menjual kayu wangi
kepada China dan China pula menjual kain sutera kepada Ayudhya menyebabkan kegiatan
perdagangan mengaut keuntungan yang besar pada ketika itu. Hasil yang diperolehi daripada
kegiatan perdagangan pula disalurkan terus kepada perbendaharaan raja. Hal ini menjerumuskan
Raja Ayudhya memonopoli perdagangan dalam Negara serta mendapat keuntungan yang sangat
lumayan10. Ayudhya juga merupakan pusat pengeluaran kawasan pedalaman seperti hasil hutan
dari Kemboja, Laos, Lanna Thai dan Pagan. Pada ketika itu juga, pelabuhan-pelabuhan Siam
sangat penting untuk pelayar pihak Portugis.11 Hal ini demikian kerana kapal layar Portugis yang
akan belayar ke China memerlukan tempat untuk berteduh terutamanya pada musim angin
monsoon timur laut. Fenomena tersebut menyebabkan Laut China Selatan tidak selamat untuk
mana-mana pelayar baik Portugis ataupun pelayar Negara lain. Selain itu, Siam juga menjalinkan
hubungan dagang dengan Segenting Kra dan Nusantara. Buktinya, Ayudhya mencatatkan
pengimport barang-barang seperti kain dari Gujerat. Ayudhya juga menrekodkan pengimport
lada dari Sumatera dan menjual barang-barang tersebut kepada pelabuhan-pelabuhan di pantai
Tanah Besar.

2. EKONOMI SARA DIRI DI VIETNAM

Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan di Vietnam menunjukkan kebergantungan yang
kuat antara golongan pemerintah dan yang diperintah. Sistem ekonomi ini bersifat kecil-kecilan
dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja. Antara kegiatan ekonomi sara diri
yang diamalkan di Vietnam ialah pertanian sara diri. Tanaman utama adalah sawah padi dan

M. C. Manich Jumsai, History of Thailand & Cambodia, Bangkok: Chalermnit, 1987, hlm. 10.
10

Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur:
11

Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 46


tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung, kekacang, dan buah-buahan. Hasil pengeluaran
yang lebih akan ditukar kepada barang keperluan yang lain.
Pertanian yang dijalankan bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal
banjir dari Sungai Song Koi daripada berlaku yang mampu merosakkan tanaman mereka.12
Manakala lebihan air dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering. Sistem tali air
membolehkan petani untuk menanam padi dua kali setahun di kawasan Delta Sungai Song Koi.
Selain daripada Sungai Koi, kawasan pertanian yang lain termasuklah Lembah Mekong, Delta
Sungai Merah di Tongking. Akan tetapi keadaan berbeza di Delta Mekong akibat taburan hujan
yang kurang menyebabkan petani hanya menanam padi setahun sekali. Masyarakat di Vietnam
menggunakan najis manusia dan binatang dalam aktiviti pertanian mereka bagi menyuburkan
tanaman dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak. 13 Mereka juga menggunakan teknik
kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang dipelajari
dari China.
Lembah Sungai Mekong merupakan antara kawasan pertanian yang utama dan dianggap
mempunyai sejarah pertanian yang sangat lama. Kesuburan kawasan di Sungai Mekong
menyebabkan ia menjadi kawasan tumpuan pertanian bagi penduduk. Sungai-sungai ini juga
menjadi kawasan perikanan yang penting. Sebagai masyarakat yang bergantung kepada ekonomi
sara diri, maka aktiviti pertanian dan perikanan dilaksanakan secara beriringan.  Akan tetapi,
kebanyakan tanah yang diusahakan mereka dikuasai oleh tuan tanah yang kaya. Petani akan
kekal miskin kerana tuan tanah menguasai kegiatan pertanian dan hasil pertanian dikuasai oleh
Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah mereka. Hasil pengeluaran
setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti pertanian, penduduk juga
mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang secara kecil-kecilan.

3. EKONOMI SARA DIRI DI BURMA

Ekonomi Burma merupakan salah satu yang paling kurang berkembang di rantau ini dan banyak
bergantung kepada pertanian.14 Selain itu, ekonomi Burma turut bergantung kepada tanah dan
perdagangan. Kebanyakan penduduk terlibat secara langsung dalam usaha pertanian. Burma
menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri seperti padi, minyak, sayur, garam, periuk
12
Abdullah Zakaria Ghazali, 2000, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 133
13
Gilbert Khoo, 1978, Asia dalam perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, Hlm., 458.
14
Economy. (n.d.), diakses pada 23 Oktober 2019 di https://www.britannica.com/place/Myanmar Economy
belanga dan alat senjata. Tanaman di Hulu Burma pula adalah seperti sekoi, kapas, dan kacang.
Penduduk Burma yang bekerja di sektor ekonomi lain terlibat secara tidak langsung dalam
pertanian melalui aktiviti seperti mengangkut, memproses, memasarkan, dan mengeksport
barang-barang pertanian. Seterusnya, Burma turut terlibat dalam kegiatan perhutanan, dan
perikanan. Ianya menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Burma. Kira-kira separuh
daripada semua tanah pertanian di Burma ditumpukan kepada beras dan dalam usaha
meningkatkan pengeluaran, Burma telah mempromosikan sistem penanaman berturut-turut di
mana dua atau lebih tanaman ditanam di sebidang tanah dalam setahun. 15 Sistem ini
mendatangkan manfaat yang banyak lantaran iklim negara Burma yang sesuai.

Negara Burma ini beriklim tropika dan terdapat tiga musim iaitu musim hujan, musim
kemarau yang sejuk, dan musim kemarau yang panas. Terdapat banyak kawasan pergunungan di
Burma iaitu Daerah Pergunungan Barat yang membentang dari utara ke selatan dengan
ketinggian 3000 meter.16 Sebahagian besar wilayah Burma ini berupa dataran tinggi dan
pergunungan yang merupakan bahagian dari deretan Pergunungan Mediterranian. Separuh
wilayah Burma pula terletak di lembah Sungai Irawadi dan cabang-cabangnya. Pergunungan
utara merupakan sumber mata air dari Sungai Irawadi dan Sungai Chindwin iaitu anak sungai
Irawadi. Sungai Irawadi adalah sungai yang terpanjang dan terbesar di Burma. Sungai-sungai ini
memainkan peranan yang penting untuk sektor pertanian dan perhubungan. Jalan perhubungan
melalui sungai, laut, dan jalan darat. Jalan darat pula menggunakan kereta lembu.

4. SISTEM EKONOMI SARA DIRI DI KEMBOJA

Negara Kemboja juga melaksanakan sistem ekonomi sara diri. Kegiatan ekonomi sara diri
negara ini yang utama ialah penanaman padi. Kegiatan penanaman padi di Kemboja
dilaksanakan oleh masyarakat Khmer.17 Hal ini demikian kerana masyarakat Khmer telah
menyedari bahawa pengumpulan lada liar di Negara Kemboja adalah sangat tidak sesuai. 18Oleh
sebab itu, masyarakat Khmer memfokuskan kepada kegiatan penanaman padi. Akan tetapi, hasil

15
Ibid
16
Negara Myanmar ( Burma ). (n.d.), diakses pada 23 Oktober 2019 di http://www.ssbelajar.net/2014/07/negara-
myanmar-burma.html
17
David Chandler, 1996. A History of Cambodia, Thailand: Trasvin Publications Limited
Partnership. Hlm 100
18
William E. Willmott. 1967. The Chinese In Cambodia. University Of British Columbia.
Vanconver, Canada. Hlm 49.
kegiatan penanaman padi di Negara Kemboja adalah terhad. Oleh itu, hasil penanaman padi
tersebut hanya digunakan untuk kegunaan peribadi sahaja. Pengeluaran hasil padi yang terhad di
Negara Kemboja adalah disebabkan di Negara Kemboja hanya mempunyai satu saliran sahaja
untuk mengalirkan air ke sawah padi pada ketika itu.

5. EKONOMI SARA DIRI DI INDONESIA

      Ekonomi sara diri merupakan kegiatan utama yang lazim dijalankan oleh masyarakat
peribumi Indonesia sebelum kedatangan Barat. Pertanian secara sara diri ini untuk keperluan
keluarga sehari hari. Penggunaan teknologi pertanian juga adalah secara tradisional. Tanah
dikuasai oleh tuan tanah. Indonesia secara puratanya merupakan bumi yang sangat luas dan
besar namun begitu kawasan penanamannya agak terhad dan menggunakan buruh keluarga.
Ekonomi sara diri ini menggunaan modal yang kecil dan terhad seperti aktiviti pertanian
tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari hasil hutan, kraftangandan sistem
barter. Sistem Barter juga merupakan sistem pertukaran paling asas yang melibatkan dua pihak
yang bertemu dan saling bertukar-tukar barang atau perkhidmatan masing-masing.19

Pertanian

Seperti di negara Thailand, kegiatan ekonomi yang paling utama di Indonesia juga ialah
penanaman padi. Di Indonesia, padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar, lembah,
lembangan, dan lereng gunung berapi yang diteres. Penanaman padi sawah diusahakan secara
giat di Pulau Jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi
sawah biasanya dituai pada setiap bulan April setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitif
iaitu primitif ini dikatakan satu unsur yang paling asas dalam satu sistem.20

Bertitik tolak dari situ, selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga
merupakan tanaman yang terkenal yang ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi
huma ditanam di kawasan Timur Jawa yang lebih kering dan di lereng bukit yang tinggi. Kaedah
penanaman padi bukit juga menggunakan kaedah yang primitif, iaitu tebang dan bakar. Sebelum
musim hujan tiba, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan
19
Cheah Kooi Guan (1997), Bekalan Wang dan Pasaran Kewangan di Malaysia, Penerbit
Bersama: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak
Jauh Universiti Sains Malaysia Minden, h. 6-7.
20
Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah pada setiap kawasan. Penanaman padi
bukit hanya akan berlaku selama dua hingga tiga tahun di atas kawasan yang sama. Setelah itu,
para petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.

Seterusnya, terdapat beberapa tanaman lain selain tanaman padi huma iaitu ubi kayu dan
tanaman berasaskan ubi juga ditanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga
penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri Jagung ditanam di Madura, Jawa
Timur, dan Sumatera. Tanaman ini diperkenalkan oleh Portugis pada abad yang ke-16.

       Tambahan pula, masyarakat Indonesia juga giat menanam tebu dan kelapa. Tebu biasanya
ditanam di wilayah Cheribon, bahagian Tengah Jawa, dataran Pantai utara, Jogjakarta  dan
Surakarta. Seterusnya, kelapa pula boleh didapati seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur
di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur. Tidak
ketinggalan juga masyarakat peribumi Indonesia turut menanam rempah ratus seperti bunga
cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak ditanam di pulau-pulau Maluku,
buah pala di Pulau Bonda, dan kayu cendana di Pulau Timur.

Perusahaan

Dalam bidang perusahaan, masyarakat mahir dalam aktiviti pertukangan, kraf tangan dan
perusahaan batik di Jawa Tengah secara kecil-kecilan. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang
menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan
dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan diajar oleh ibu kepada anak perempuan
mereka.21 Masyarakat Jawa juga melakukan aktiviti pertukangan seperti membina rumah dan
kraftangan.
6. EKONOMI SARA DIRI DI LAOS

Sistem ekonomi di Laos pada ketika ini adalah penanaman padi secara kecil-kecilan oleh
penduduk minoriti dan majoriti. Padi ini ditanam selalunya di legeh yang mempunyai sistem
pertanian yang tersendiri dan ada juga penduduk yang menanam padi secara ladang.
Keseluruhannya, Laos memaparkan tentang pertambahan pesat penduduk kesan daripada aktiviti

Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.
21

Bhd.,2015),293
ekonomi, pengeluaran beras dalam negeri tidak lagi mampu menampung keperluan penduduk.
Keadaan ini juga berlaku di Laos yang terpaksa mengimport beras dari Siam akibat kegagalan
untuk menampung keperluan penduduk. Kegagalan untuk menampung keperluan penduduk
adalah disebabkan oleh teknologi yang digunakan adalah rendah dan masih menjalankan aktiviti
ini secara tradisional.

7. EKONOMI SARA DIRI DI FILIPINA

Sebelum kedatangan Barat, penduduk di Filipina juga mengamalkan sistem ekonomi sara diri
yang berteraskan kepada aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi yang paling utama. Kegiatan
pertanian yang dilaksanakan adalah disebabkan kesuburan tanah pertanian di Filipina. Kegiatan
ekonomi sara diri yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan sendiri dan
keluarga sahaja dan hasil yang diperoleh juga amatlah terhad disebabkan kaedah yang tradisional
dan juga alatan yang terhad.

Aktiviti pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Filipina. Kegiatan pertanian
memberi sumber pendapatan kepada ekonomi negara Filipina. Pertanian yang dijalankan adalah
berteraskan kepada tanaman kelapa dan juga abaka. Pokok abaka ialah sejenis pokok pisang
yang tumbuh di Filipina dan ditanam untuk kegunaan membuat kain dan juga kertas. Manakala
serat abaka boleh digunakan untuk membuat tali. Selain itu, Filipina juga menggunakan kaedah
mencari hasil alam sebagai kegiatan ekonomi. Kebiasaannya masyarakat yang tinggal di pinggir
pantai akan memperoleh hasil alam daripada laut. Manakala bagi masyarakat yang tinggal di
pinggir hutan akan mencari hasil hutan sebagai sumber ekonomi. Masyarakat Filipina juga mahir
dalam menghasilkan kraftangan yang berasaskan hasil laut.

EKONOMI KOMERSIAL

Ekonomi komersial merujuk kepada satu sistem ekonomi yang menjurus kepada sistem
jual beli barang. Ekonomi komersial menjadi asas kepada pertukaran barang dan penjualan
barangan yang seterusnya terlibat secara langsung dalam aktiviti perdagangan. Kegiatan
perdagangan bukanlah satu perkara asing bagi kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara. Misalnya
kawasan seperti di Jawa, Thailand, Burma dan Vietnam melakukan aktiviti ekonomi pertanian
yang boleh dikatakan secara besar-besaran. Manakalan, kawasan seperti di Filipina dan
kepulauan Indonesia lebih menumpukan kepada perusahaan gula dan kain sutera.

1. EKONOMI KOMERSIAL DI KAMPUCHEA ATAU KEMBOJA

Kampuchea merupakan salah satu negara yang berada pada kawasan yang digelar sebagai
Indochina. Antara ekonomi yang dikomersial pada zaman tradisonal ini adalah hasil pada iaitu
beras. Lebihan beras di Kampuchea telah dijadikan barang eksport kepada kawasan-kawasan
lain. Tasik Tonle Sap yang berada di Kampuchea merupakan salah satu faktor geografi yang
membenarkan penanaman padi di Kampuchea. Selain itu, perusahaan gula juga mula mendapat
sambutan di antara serantau. Jadi, penanaman tebu secara meluas mula dilakukan. Hal ini
menjadikan gula sabagai salah satu barangan eksport pada masa tersebut kerana gula dikeluarkan
ini akan didagangkan kepada negara China dan dan Jepun. Sistem pertanian yang diamalkan
pada waktu tersebut terikat di bawah kekuasaan pemerintah dimana sistem pengangihan tanah
mula diwujudkan22. Tanah akan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tanah kerajaan, tanah
persendirian dan tanah biara23. Tuan tanah akan menyewakan tanah kepada petani untuk
diusahakan dan bayaran balik perlu dibuat sebagai contoh padi yang belum dituai berserta 50%
kadar bunga setiap bulan24.

2. EKONOMI KOMERSIAL DI THAILAND

Bagi Sistem Ekonomi Komersial di Thailand pula memperlihatkan penjualan atau


perdagangan beras ke negara-negara sekitar Asia Tenggara terutamanya pada awal ke 15.

22
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Hlmn 35.
23
Tan Pek Leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Hlmn 60.
24
Donald W. Fryer PH. D, Asia Tenggara Yan-g Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai
Perkembangan dan Sebaliknya, Hlmn 202.
25
Sistem ekonomi Komersial dilaksanakan di Siam atau Thailand kian aktif apabila hasil lebih
pengeluaran kegiatan pertanian di Siam didagangkan ke negara-negara luar dan memerlukan
beras. Kegiatan perdagangan ekonomi komersial di Siam termasuklah hasil pertanian,
pengumpulan hasil hutan dan penternakan. Kegiatan perdagangan ini merupakan titik tolak bagi
sistem penggunaan cukai, sistem timbangan dengan penggunaan matawang bagi urusan jual beli.
Selain itu, kegiatan ekonomi komersil seperti aktiviti perlombongan juga di kesan di Siam atau
Thailand. Hal ini demikian terbukti apabila gendang gangsa di Siam ditemui dan hal ini terbukti
bahawa terdapat aktiviti perdagangan diantara Vietnam bersama Negara Siam.

3. EKONOMI KOMERSIAL DI BURMA

Sejak abad ke 11, sistem cukai di Burma telah diamalkan di mana para petani perlu
membayar cukai kepada pemerintah.26 Golongan pemerintah telah menggunakan cukai untuk
membina sistem pengairan dan perparitan yang sistematik supaya pada musim hujan tidak
berlaku banjir yang boleh merosakkan tanaman. Di Burma, terdapat pembinaan satu sistem
pengairan yang hebat iaitu empangan reseau hydraulique yang membolehkan masyarakat Khmer
menghasilkan jumlah hasil tanaman sara diri yang tinggi walaupun berlaku musim hujan
monsun27. Sistem ini membolehkan pengairan air ke sawah-sawah dengan kawalan yang
bersesuaian dengan musim dan akan berubah apabila tiba masanya.

Kegiatan ekonomi komersial ini juga dapat dilihat apabila kegiatan perdagangan
berkembang pesat seiring dengan pembukaan kawasan-kawasan pelabuhan di Asia Tenggara
dimana pelabuhan ini dijadikan tempat persinggahan bagi laluan kapal-kapal dagang.
Pertumbuhan industri padi di delta Irrawady meningkat sejak tahun 1852. Jumlah pengeluaran
padi yang dieksport semakin menaik lantaran kilang padi juga bertambah dengan pesatnya dari
124 buah pada tahun 1908 kepada 486 buah pada tahun 1930. 28 Sungai Irrawady menjadi nadi
utama penghubungan Hilir Burma dengan Hulu Burma. Ketika musim hujan, paras air sungai
meningkat lalu ramai pedagang mengambil kesempatan membawa barang dagangan dengan

25
Makalah Perbandingan Sistem Ekonomi? Sejarah dan Perkembangan Kapatalisme di
Indonesia, di akses pada 23 Oktober 2019 di https://karyatulisilmiah.com/makalah-
perbandingan-sistem-ekonomi-sejarah-dan-perkembangan-kapitalisme-di-indonesia/
26
Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, 1991, hlm 40
27
D.G.E Hall, 1968, Sejarah Asia Tenggara, London : MacMillan, Hlm., 163
Mya Than, Joseph L.H Tan, Mynmmar Dilemmas and options: Instituteof Southest Asian
28

Studies Heng Mui Keng Terrace, 1990. hlm. 119


sampan dari kehulu Burma. Di antara barangan yang dibawa ialah ikan kering garam,sambal
ikan dan beras. Ketika pulang ke hilir, mereka membawa pulang hasil kawasan hulu antaranya
minyak masak, kapas, gula dan petroleum mentah untuk dijual.

4. EKONOMI KOMERSIAL DI VIETNAM


Sistem ekonomi tradisional di Vietnam mengalami perubahan apabila kegiatan pertanian
dijalankan secara besar-besaran. Aktiviti pertanian secara besar-besaran ini melibatkan tanaman
komersial seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada
pengeluaran beras dunia.29 Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai
Merah (song-koi) dan Delta Mekong di selatan. Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam
merupakan pengeluar getah ketiga terbesar dunia.
 Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem
pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang Cina ke
vietnam. Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng. Sistem ini telah
berjaya menghalang limpahan air hujan dari sungai Song-Koi ke kawasan pertanian. Oleh itu,
kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan Annam.
Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya pengairan yang baik.
Contohnya seperti di wilayah Tonkin.
Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak.
Saudagar Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini
menguasai sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara ladang. Petani Vietnam yang bekerja
untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi kayu sebagai tanaman makanan
secara bergilir.

Kegiatan ekonomi komersial juga turut dikesan apabila perdagangan ini melibatkan aktiviti
perlombongan. Aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan Asia Tenggara ini seperti di
Vietnam telah menghasilkan gendang gangsa di Dongson, Vietnam yang mana gangsa dan besi

29
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia
Tenggara, Selatan dan Asia Timur 1800-1963, 2000, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, di akses pada 29 September 2017
di https://books.google.com hlm 142
menjadi bahan utama dalam pembuatan barangan tersebut.30 Penemuan gendang gangsa di Siam
telah membuktikan bahawa terdapat aktiviti perdagangan diantara Vietnam bersama Siam.

5. EKONOMI KOMERSIAL DI INDONESIA

Tanaman Eksport

Kedatangan Belanda telah merubah secara langsung sistem ekonomi di Indonesia. Pihak
Belanda telah melaksanakan tiga jenis dasar ekonomi yang berbeza untuk tujuan eksport, iaitu
sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika yang bersifat penindasan terhadap
masyarakat tempatan. Sistem Tanaman Paksa mula diperkenalkan oleh Belanda pada tahun 1830
yang menggariskan beberapa peraturan di mana para petani dipaksa menanam sebahagian
daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan dengan syarat akan
dikecualikan daripada cukai. Hasil dan keuntungan yang melebihi nilai cukai akan dikembalikan
kepada petani dan jika berlaku malapetaka, petani- petani tidak perlu membayar apa-apa cukai.
Namun begitu, petani-petani dikehendaki bekerja selama 66 hari setahun. Tujuan utama
diperkenalkan sistem ini ialah untuk menyelesaikan masalah kewangan Belanda dengan
menambahkan pengeluaran tanaman jualan seperti kopi, nila, tebu dan tembakau. Belanda
memperoleh pendapatan daripada cukai tanah dan hasil tanaman eksport yang dikumpul dan
diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda.

Rentetan itu, sistem tanaman paksa yang dijalankan selama lebih dari satu abad ini
mendatangkan banyak keuntungan kepada pihak kerajaan Belanda tetapi mendatangkan
kesengsaraan bagi rakyat Nusantara. Namun, saat mulai berkembang liberalisme di Eropah,
kebijakan tanam paksa ini menuai banyak kritik, sehingga pemerintah Belanda mengubahnya
menjadi Sistem Ekonomi Kapitalis-Liberal.31

Sistem Ekonomi Wang

30
Adnan Jusoh, 2014, Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia Asal Usul dan Signifikan,
Batu Pahat, Johor: Universiti Tun Hussin Onn di akses pada 30 September 2017 di
https://www.reasearchgate.net
31
Hamid, Edy Suandi. (2005). Ekonomi Indonesia. Yogyakarta: UII Press
Setelah sistem ekonomi mata wang telah diperkenalkan ianya telah dapat menggalakkan lagi
kegiatan ekonomi komersial itu sendiri. Pengenalan sistem ekonomi wang ini berlaku kesan
daripada perkembangan industri gula di Indonesia. Kebanyakan orang Jawa dan orang Indonesia
dari pulau-pulau lain diambil bekerja dan dibayar gaji. Hal ini demikian menggalakkan pelabur
asing untuk membuka ladang bagi menanam tanaman eksport. Harga hasil pertanian pula
bergantung kepada harga pasaran dan tidak tetap dari semasa ke semasa. Penggunaan wang
sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa ladang atau kilang telah
menggalakkan lagi perkembangan ekonomi komersial di Indonesia. Para petani tidak lagi perlu
menjual hasil tanaman untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan hutang kepada tuan tanah
tetapi mereka bekerja dan diberi upah dalam bentuk wang oleh pengusaha ladang.

Ekonomi Pasaran Bebas

Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau juga dikenali sebagai laissez-faire yang diperkenalkan
oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) ini telah menggalakkan kemasukan pelabur Barat ke
Indonesia dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa campur tangan
daripada kerajaan Belanda. Belanda mengusahakan industri memproses bahan mentah seperti
minyak, arang batu, bijih timah, kelapa dan getah. Kemudahan infrastruktur diperbaiki bagi
membolehkan mentah dihantar ke kilang untuk diproses. Seterusnya, industri Barat
menggunakan bahan mentah dari Indonesia dan menjualnya semula kepada Indonesia. Hasil
yang diperoleh adalah daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan. Pasaran bebas ini juga
telah menyebabkan penguasaan syarikat-syarikat Belanda di Indonesia.

Namun demikian, dengan penggunaan secara terus menerus sistem laissez-faire ini bersama
semangat free enterprise menyebabkan cita-cita Indonesia untuk merdeka lebih jauh kerana
yang kaya tetap kaya, yang miskin tetap semakin miskin apabila kehidupan 86 juta rakyatnya
tetap melarat.32

6. EKONOMI KOMERSIAL DI FILIPINA

Masyarakat Filipina juga menjalankan aktiviti perdagangan tukar barang dalam menjalankan
perniagaan mereka. Hasil pertanian yang diperoleh akan digunakan untuk ditukar dengan barang
32
Hadi Soesastro, Aida Budiman, Ninasapti Triaswati, Armida Alisjahbana & Sri Adiningsih.
(2005). Pemikiran dan Permasalahan Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad Terakhir.
Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius
keperluan lain. Filipina tidak memiliki rempah atau emas dan perak, jadinya Filipina berperanan
sebagai pusat pengumpulan barang dagangan sebelum dikirimkan ke Acapulco. Kapal-kapal dari
pelabuhan Acapulco, Mexico akan membawa wang dan jongkong perak ke Manila bagi
membolehkan mereka membeli barang dagangan yang telah dikumpulkan di Manila. 33
Barang
dagangan yang dikumpulkan adalah disebabkan Filipina yang terdiri dengan banyak pulau dan
jalan laut memudahkan lagu aktiviti perdagangan dilaksanakan.

PENUTUP

Secara konklusinya, bentuk ekonomi tardisonal di Asia Tenggara melibatkan dua sistem
ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan juga ekonomi komersial. Sebelum kedatangan kuasa Barat,
Asia tenggara telah menjalankan kegiatan ekonominya sendiri walaupun dalam keadaan
peralatan yang terhad dan juga menggunakan kaedah tradisional. Ekonomi yang dijalankan pada
waktu tersebut hanyalah untuk menampung keperluan sendiri dan juga keluarga. Seterusnya
apabila mempunyai lebihan dari hasil yang diperoleh itulah yang memyumbang kepada
peningkatan dan perkembangan ekonomi iaitu ekonomi komersial. Sistem-sistem yang
diperkenalkan membantu perkembangan masyarakat waktu tersebut namun ada sistem yang
terlalu berat contohnya sistem cukai yang membebankan masyarakat.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian
Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti sdn.Bhd, 2000.

33
D.G.E Hall, 1968, Sejarah Asia Tenggara, 1979, Hlm., 300
Adnan Jusoh, 2014, Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia Asal Usul dan
Signifikan, Batu Pahat, Johor: Universiti Tun Hussin Onn di akses pada 30
September 2017 di https://www.reasearchgate.net

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Terengganu: Percetakan
Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd, 1991.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Cheah Kooi Guan (1997), Bekalan Wang dan Pasaran Kewangan di Malaysia, Penerbit Bersama:
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia Minden, h. 6-7.
David Chandler, 1996. A History of Cambodia, Thailand: Trasvin Publications Limited
Partnership.

D.G.E Hall, 1979, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Economy. (n.d.), diakses pada 23 Oktober 2019 di https://www.britannica.com/place/Burma


Economy

George Coedes. 2010 Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. KPG Kepustakaan Popular Gramedia
Jakarta 10270

G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979.

Gilbert Khoo & Dorothy,1978, Asia dalam perubahan, Kuala Lumpur : Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.

Hadi Soesastro, Aida Budiman, Ninasapti Triaswati, Armida Alisjahbana & Sri Adiningsih.
(2005). Pemikiran dan Permasalahan Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad
Terakhir. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius

Hamid, Edy Suandi. (2005). Ekonomi Indonesia. Yogyakarta: UII Press

Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Le May, R. (1933). The Ceramic Wares of North-Central Siam-I. The Burlington Magazine for
Connoisseurs, 63(367), 156-166. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/865526

M. C. Manich Jumsai, History of Thailand & Cambodia, Bangkok: Chalermnit, 1987, hlm. 10.
Mya Than, Joseph L.H Tan, Mynmmar Dilemmas and options: Institute of Southest Asian
Studies Heng Mui Keng Terrace, 1990. hlm. 119

Negara Burma (Burma). (n.d.), diakses pada 23 Oktober 2019 di


http://www.ssbelajar.net/2014/07/negara-Burma-burma.html.
Tan Pek leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM,
2004.

Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.,2015)

Thompson, Virginia. 1968. French Indo-China. New York : Octagon Book.


Makalah Perbandingan Sistem Ekonomi? Sejarah dan Perkembangan Kapatalisme di a
Indonesia, di akses pada 23 Oktober 2019 di https://karyatulisilmiah.com/makalah-a
perbandingan-sistem-ekonomi-sejarah-dan-perkembangan-kapitalisme-di-indonesia/

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin dan Ahmad Ali Seman, 2015, Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial.
UKM Bangi, Selangor.
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin dan Ahmad Ali Seman, Kepentingan Jepun Dalam Landskap
Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua. UKM Bangi,
Selangor.

Wang Ling Gui. 2019 China’s Belt and Road Initiative and Builiding The Community of
Common Destiny. Series on China’s Belt and Road Initiative-Vol.5 Chinese Academy Of
Social Science, China. World Scientific Publishing Co.

William E. Willmott. 1967. The Chinese In Cambodia. University Of British Columbia.


Vanconver, Canada.

Anda mungkin juga menyukai