Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH

SEMESTER 1

SEJARAH DUNIA 1500-1955

TEMA 3
KEMAJUAN & PEMBANGUNAN

3.1 SISTEM EKONOMI


3.1.1 Feudalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis)
Kapitalisme (England & Amerika Syarikat)
3.1.2 Perkembangan Ekonomi
3.1.2.1 Perdagangan & Perniagaan
 Portugal & Belanda
3.1.2.2 Pertanian
 Belanda & England
3.1.2.3 Perindustrian
 Jerman & Jepun

3.2 INTELEKTUAL
3.2.1 Perkembangan lImu
 England & Perancis
3.2.2 Sumbangan Tokoh
 Charles Louis Montesquieu, Adam Smith,
Jean Jacques Rousseau

3.3 KEMAJUAN PENDIDIKAN


 Perancis & Jerman

0
3.1 SISTEM EKONOMI

3.1.1 EKONOMI FEUDALISME DI ASIA:

I. CHINA

Huraikan kegiatan ekonomi feudalisme di China pada abad ke 16

Menjelang abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme diamalkan di China. Sistem ekonomi feudalisme
memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja. Maharaja memainkan peranan utama dalam
perkembangan ekonomi ini. Golongan bangsawan pula, bertanggungjawab membantu maharaja mengawal
ekonomi di kawasan luar bandar. Pada abad ke-16, menyaksikan masyarakat China terlibat dalam pelbagai
kegiatan ekonomi feudalisme.

Masyarakat China menjalankan kegiatan pertanian sebagai aktiviti ekonomi utama mereka. Iklim yang sesuai
dan tanah yang subur menggalakkan sektor pertanian di China. Tanaman utama mereka ialah padi sawah.
Penanaman padi banyak dijalankan di kawasan lembah Sungai Yangzte dan Sungai Kuning. Tanaman lain yang
diusahakan ialah seperti tebu, kapas, teh, gandum, dan barli, Masyarakat yang tinggal di kawasan tanah tinggi
sekitar sungai Heilongjiang pula, menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Menjelang zaman Dinasti Ming,
penanaman padi jenis baru dari Vietnam yang cepat masak membolehkan tanaman padi dilakukan 2 kali
setahun. Selain itu, tanaman makanan dari Asia Barat turut diperkenalkan sebagai tanaman baru. Antaranya
ialah seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung. Kaedah pertanian baru seperti sistem penanaman
bergilir, penggunaan baja, teknologi pengairan dan penciptaan peralatan baharu telah berjaya meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian.

Selain itu, masyarakat China juga terlibat dalam kegiatan perdagangan. Aktiviti perdagangan berjalan lancar
dengan adanya sistem pengangkutan yang baik. Mereka menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan yang
utama. Buktinya, pelabuhan Canton kerap menerima pedagang asing dari Asia Tenggara, Arab, Eropah. Pada
abad ke-16, China telah membuka pintu negaranya kepada pedagang Barat seperti dari Portugal, Sepanyol dan
Belanda untuk berdagang di China. Walau bagaimanapun, pada zaman Dinasti Ching. China mengamalkan dasar
tutup pintu terhadap aktiviti perdagangan. Dengan itu, ruang untuk aktiviti perdagangan telah dihadkan.

Masyarakat di China turut melibatkan diri dalam kegiatan perindustrian. Pusat-pusat bandar seperti Nanjing
dan Beijing menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta yang berskala kecil seperti pengeluaran kertas,
sutera, kapas dan porselin. Pada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuang Zhiang, industri porselin telah
berkembang pesat dan menyumbang kepada perbendaharaan negara. Kiangsi telah menjadi pusat pengeluaran
utama porselin. Manakala, Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang pula sebagai pusat
pengeluaran kapas. Perkembangan industri tekstil turut menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting dalam
Dinasti Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor perindustrian dan
pembangunan negara China.

Masyarakat China juga terlibat dalam kegiatan pertukangan dan perniagaan. Mereka menjalankan aktiviti
pertukangan secara perkongsian antara dua orang atau lebih. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap
kemajuan perniagaan dengan memastikan semua ahli keluarga menjalankan perusahaan pertukangan secara
bersama. Ini membolehkan mereka mendapatkan pulangan dan keuntungan yang lumayan.

Pada abad ke-16, perdagangan luar semakin berkembang. Semasa pemerintahan Dinasti Ming, maharaja
membenarkan pelayar China belayar ke Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Homuz dan Afrika. Hubungan negara luar
telah meningkatkan perdagangan di China. Pelabuhan Canton telah menjadi pusat perdagangan luar dan Asia
Tenggara, Arab termasuk juga pedagang dari Portugal. Namun, urusan perdagangan dengan Portugal dipantau
dengan ketat oleh pembesar China. Pedagang Potugal hanya dibenarkan berdagang di Macau dan Canton pada
hari-hari tertentu sahaja

Kesimpulannya, pengamalan sistem ekonomi feudalisme membawa kepada pelaksanaan ekonomi secara
tertutup. Semasa pemerintahan Dinasti Ming, ekonomi China berkembang pesat. Pada awal abad ke-17, berlaku
perubahan ekonomi apabila Dinasti Ching mengamalkan dasar tutup pintu khususnya dalam aktiviti
perdagangan.

1
Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal pertanian di China pada abad ke-16 M.

Sistem ekonomi yang diamalkan di negara China pada abad ke-16 Masihi adalah ekonomi feudal.
Kegiatan ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat China berasaskan kepada kegiatan
pertanian. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam secara kecil-kecilan yakni pertanian sara diri.
Selain aktiviti sara diri, masyarakat feudal di China turut mengusahakan tanaman komersial.

Perkembangan sistem ekonomi feudalisme di negara China dapat dikesan melalui perkembangan
kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian sara diri telah diamalkan oleh petani di negara China. Antara
tanaman yang diusahakan ialah padi, gandum, barli, oat, dan millet. Penanaman padi dijalankan di
lembah Sungai Kuning, Hilir Sungai Yangtze dan bahagian selatan China. Gandum merupakan tanaman
makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China. Tanaman ini ditanam di wilayah Shantung,
Kansu, Shensi, Utara Anhui dan Hupeh. Justeru, aktiviti pertanian merupakan tulang belakang sistem
ekonomi feudal di China pada abad ke-16 Masihi.

Perkembangan kegiatan ekonomi feudal di China disebabkan oleh penggunaan kaedah baru
dalam pertanian. Antara kaedah baru yang diperkenalkan di negara China adalah penanaman padi
dua musim. Selain itu, sistem penanaman bergilir secara besar-besaran juga diperkenalkan pada
zaman Ming untuk memelihara kesuburan tanah pertanian. Penggunaan baja secara berleluasa
juga membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Tuntasnya, penggunaan
kaedah baru dalam pertanian menyebabkan kedudukan ekonomi negara China kukuh pada zaman itu.

Perkembangan sistem ekonomi feudal di China juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
pertanian. Pelbagai peralatan baru telah dicipta seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah,
kereta sorong beroda dua dan kolar kuda. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih
dalam barisan yang lurus. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barangan
diangkut. Penciptaan peralatan baru menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran dan
menyebabkan sistem ekonomi feudal mengalami perkembangan pesat.

Selain itu, perkembangan sistem ekonomi feudal China turut didorong oleh kemajuan dalam
teknologi pengairan. Terusan, kolam takungan dan empangan dibina untuk mengairi kawasan
pertanian. Pam yang digerakkan oleh tenaga binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam
air ke kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan
pertanian. Contohnya, projek pengairan di Sichuan telah mengairi kawasan tanah seluas 2,000,000
hektar. Tuntasnya, kemajuan dalam teknologi pengairan telah mengembangkan sistem ekonomi
feudal di China.

Di samping itu, perkembangan aktiviti pertanian komersial juga menyebabkan sistem ekonomi
feudal berkembang pesat di China. Perkembangan kapitalisme menyebabkan pertanian komersial
diperkenalkan pada zaman Ming. Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah kapas, tembakau,
tebu dan mulberi. Tembakau diusahakan di wilayah Kwangsi dan Fukien. Tanaman kapas diusahakan
di Sungkiang, Taitsang dan Tung-chou. Manakala mulberi bagi perusahaan sutera dijalankan di daerah
Kwangtung. Justeru, perkembangan pertanian komersial dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi
feudal di negara China.

Kesimpulannya, menjelang abad ke-16 Masihi berlaku perkembangan dalam sistem ekonomi
feudal di negara China. Kegiatan ini berada di bawah penguasaan golongan tuan tanah yang terdiri
daripada kerabat diraja. Sistem ekonomi feudal berperanan penting dalam mengukuhkan kedudukan
golongan bangsawan dan kerabat diraja.

2
II. JEPUN
Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.

Sistem ekonomi feudalisme merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berada di bawahpenguasaan golongan
bangsawan. Menjelang abad ke-16 M, sistem ekonomi feudalisme berkembang pesat di Jepun. Sistem ekonomi ini
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah. Kegiatan ekonomi
feudalisme di Jepun meliputi pertanian, pertukangan, perdagangan dan perindustrian.

Kegiatan pertanian menjadi keutamaan sistem ekonomi feudalisme di Jepun. Kegiatan pertanian mengalami
perkembangan pesat pada zaman Kamakura. Tanaman yang diusahakan ialah padi, gandum, barli, buah-buahan
dan sayur-sayuran. Selain itu, tanaman komersial seperti kapas dan teh juga ditanam secara meluas. Sistem
pengairan dan penanaman dua tanaman setiap tahun telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian. Masalah kekurangan tanah ekoran bentuk muka bumi yang bergunung-ganang di Jepun dapat diatasi
dengan kaedah penanaman secara bertingkat. Justeru, kegiatan pertanian telah menjadi tulang belakang sistem
ekonomi feudal di Jepun.

Kegiatan ekonomi feudalisme yang seterusnya ialah pertukangan. Perkembangan perdagangan menyebabkan
permintaan untuk hasil pertukangan meningkat. Ekoran itu, muncul golongan tukang mahir yang menghasilkan
kraf tangan yang bermutu. Antara barangan kraf tangan yang dihasilkan ialah barangan perak, tembaga, tembikar,
lukisan dan ukiran. Barangan ini telah digunakan oleh golongan Daimyo. Golongan tukang membuat senjata telah
mendapat layanan yang istimewa pada zaman feudal. Jelaslah, kegiatan pertukangan merupakan aktiviti ekonomi
yang menjamin sumber pendapatan yang tinggi kepada golongan artisan.

Selain itu, pada zaman feudal Jepun kegiatan perdagangan turut berkembang dengan pesat. Kegiatan
perdagangan melibatkan perdagangan dalaman dan luar. Pedagang Jepun terlibat dalam perdagangan beras,
garam, sake, pakaian dan kapas. China telah menjadi rakan dagang terpenting Jepun. Selain itu, Jepun turut
mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal. Kemajuan dalam perdagangan telah membawa kepada
kemunculan sistem ekonomi wang dan kesatuan perdagangan di Jepun. Tuntasnya, aktiviti perdagangan
merupakan salah satu aktiviti ekonomi penting yang dapat mengukuhkan kedudukan Shogun pada zaman feudal.

Kegiatan ekonomi yang terakhir di Jepun ialah perindustrian. Dalam bidang perindustrian, pengeluaran
barangan tembikar meningkat dengan pesat. Bandar Seto telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di
Jepun. Di samping itu, industri perlombongan emas, perak dan tembaga juga berkembang dengan pesat.
Perkembangan ini telah membawa kemajuan dalam aktiviti perdagangan. Pasar-pasar kecil kemudian berkembang
menjadi bandar perdagangan. Jelaslah, perkembangan perindustrian mengukuhkan kedudukan ekonomi
masyarakat feudal di Jepun.

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi feudalisme telah melahirkan kestabilan politik dan ekonomi di Jepun.
Perubahan ini seterusnya membawa kepada aktiviti penerokaan dan penjelajahanyang bertujuan untuk
pengumpulan kekayaan Jepun.

3
.1.1 KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI EROPAH
I1. JERMAN
Huraikan perkembongan kegiatan ekonomi feudalsme di lerman pada abad ke-16 hingga 12

Kemunculan Jerman sebagai negara kuat sebahagian disumbangkan oleh sisten ekonormi

feudalisme. Sistem ekonomi feudalisme mula berkembang di Jerman selepas tarnat Perang 30 tahun
(1618-1648). Sistem ekonomi feudalisme berkembang semasa pemerintahan Raja Frederick William,
FrederickI dan Frederick William I. Pelbagai kegiatan ekonomi feudalisme telah berkembang di lerman
pada abad ke-16 hingga 18.

Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi feudalisme utama di Jerman. Tanah pertaniar

di Jerman dimiliki oleh tuan tanah dan petani adalah terikat kepada mereka. Tuan tanah telah diberikan
keistimewaan kerana mereka memiliki tanah yang luas. Tanaman yang diusahakan ialah gandun, barli,
oat dan kekacang. Petani dikehendaki menyerah kan sebahagian daripada hasil tanaman sebagai cukai.
Jelas ternyata, aktiviti pertanian telah berjaya mengukuhkan hubungan antara tuan tanah dan petani
serta perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman dapat dikesan daripada kemajuan dalam kegiatan

perdagangan. Kegiatan perdagangan dijalankan di bandar-bandar seperti Luberk, Hamburg dan


Bremen. Menjelang abad ke-18, Jerman menjadi pusat pemasaran ternakan dan bijirin. Jerman telah
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Portugal dan
Belanda. Perkembangan perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi memyelaraskan
aktiviti perdagangan. Industri perkapalan turut berkembang pesat di Jerman menjelang abad ke-18
Masihi. Bank-bank telah memainkan peranan memberi bantuan modal kepada pedagang Jerman yang
terlibat dalam urusan perdagangan. Justeru, perkembangan pesat aktiviti perdagangan telah
mengukuhkan sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

Selain itu, kegiatan perindustrian turut berkembang di Jerman. Contohnya, industri tekstil telah

mengalami perkembangan pesat di Jerman pada abad ke-16 M. Industri tekstil terdiri daripada
pengeluaran kain bulu, linen, kain kapas dan sutera. Pengeluaran tekstil secara besar-besaran untuk
pasaran dalam negara dan dieksport. Perkembangan industri tekstil di Jerman disebabkan oleh
sokongan daripada pemerintah. Terdapat Juga kerjasama antara kerajaan dan syarikat persendirian
dalam memajukan sektor perindustrian. Contohnya, kilang cermin di Neuhaus ditubuhkan pada tahun
1701 hasil kerjasama antara kerajaan dan swasta. Tuntasnya, kemajuan dalam sektor perindustrian
turut memainkan peranan dalarrm perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

Akhir sekalı, kegiatan pertukangan juga membawa kemajuan dalam sistem ekonomi feudalisme

di Jerman. Didapati industri kraf tangan telah berkembang di kawasan pedalaman. Pusat pengeluaran
hasil kraf tangan terkenal terletak di Bohemia. Hasil kraf tangan Jerman telah dieksport ke Eropah,
Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Kesimpulannya, golongan bangsawan (Junkers) memainkan peranan dalam perkembangan

sistem ekonomi feudalisme. Sistem ekonomi feudal berjaya mengukuhkan kedudukan maharaja dan
golongan bangsawan. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman bangkit sebagai sebuah kuasa
politik yang unggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

4
V. PERANCIS

Huraikan perkembengan sistem ekonomi feudalisme di Peroncis pada abod ke-16 hingga 18 masihi.

Pada abad ke-16 hingga 18, pemerintahan Perancis masih mengamalikan sistem ekonomi

feudalisme bagi mengekalkan kekuasan mereka. Masyarakat Perancis terikat dengan sistem feudal
iaitu penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas golongan petani. Sepanjang abad
tersebut, golongan bangsawan memiliki kuasa kewangan dan politik. Pelbagai kegiatan ekonom
feudalisme telah berkembang pesat di Perancis pada abad ke-16 hingga 18 masihi.

Kegiatan pertanlan merupakan kegiatan ekonomi feudalisme utama di Perancis Petani

mengusahakan tanah pertanian dalam sistem manor. Tanaman yang diusahakan ialah oat, barli dan
gandum. Tanah pertanian diusahakan menerusi kaedah tanah lapang. Golongan bangsawan menyewa
dan memajak tanah kepada petani. Raja Henry N membangunkan pertanian dengan mengedarkan bii
benih, membiaya penternakan dan membina sistem pengairan. Raja Louis XIV menerusi menteri
kewangannya Colbert, membangunkan pertanian dengan menyelaraskan cukai pertanian, pembimaan
terusan dan menggalakkan pertanian.

Selain itu, kegiatan perdagangan juga berkembang di Perancis. Kegiatan ini berkembang di

bandar seperti Champagne, Lyon dan Beaucaire. Perancs turut terlibat dalam perdagangan seberang
laut di India dan Amerika Utara. Oleh itu, pangkalan perdagangan telah dibuka oleh pedagang Perancis
di Kanada, Amerika dan India. Manakala Raja Henry IV telah menubuhkan angkatan laut bagi
melindungi pedagang Perancis. Perkembangan perdagangan di Perancis telah dipengaruhi oleh oleh
dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Colbert. Colbert telah menyediakan kemudahan gudang. kapal
dan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar. Raja Louis XIV turut memberi bantuan
kewangan kepada industri perkapalan. Baginda mengenakan cukai kepada barangan asing dan kapal-
kapal asing yang berlabuh di Perancis.

Sepanjang abad ini, keglatan perindustrian turut mengalami perkembangan. Industri yang

mengalami perkembangan pesat ialah industri tekstil dan sutera. Pusat pengeluaran kain kapas terietak
di Tuscany. di Utara Perancis. Kesatuan Tukang telah ditubuhkan bagi menjaga kualiti kain yang
dihasilkan dan menyelaraskan pemasaran hasil tekstil.

Akhir sekali, kegiatan yang mengalami perkembangan ialah kegiatan pertukangan. Industri kraf

tangan berkembang pesat semasa pemerintahan Raja Louis XIV. Industri menghasilkan barangan gelas.
sutera dan pakaian bersulam telah diusahakan. Kepesatan industri ini telah mendorong tukang-tukang
mahir menubuhkan kesatuan tukang untuk mengawal kualiti barang yang dihasilkan.

Kesimpulanya, perkembangan sistem ekonomi feudal berjaya mengukuhkan kecudukan

maharaja dan golongan bangsawan. Perkembangan ini telah menyebabkan Perancis muncul sebagai
sebuah kuasa politik yang unggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

5
3.1.1 EKONOMI KAPITALISME
I.ENGLAND
Bincangkan perkembongan sistem ekonomi kopitolisme di England pada obad ke 18 hingga 19

Sistem ekonomi kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian,
pasaran, kebebasan ekonomi dan perniagaan untuk keuntungan Pelaksanaan sistem ekonomi
kapitalisme membawa kepada perubahan yang amat ketara dalam kegiatan pertanian, perindustrian
dan perdagangan di England. Sistem ekonomi kapitalisme telah berkembang pesat selepas tercetus
Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan 19

Perkembangan kapitalisme di England dapat diperihatkan melalui kegiatan pertanian. Kegiatan


ini mengalami perkembangan apabila dijalankan secara komersial. Beberapa langkah telah dilaksanakan
untuk memesatkan kegiatan ini. Antaranya Pengenalan Ata Pemazaran Tanah Awam menyebabkan
hampir 500 000 ekar tanah telah dipagari antara tahun 1761 hingga 1792 untuk tujuan penanaman
secara besar-besaran. Sistem ini juga diamalkan untuk memisahkan kawasan pertanian yang
diusahakan. Selain itu, penggunaan alat pengzali dan_penabur benih ciptaan Jethro Tull turut
dimanfaatkan untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan. Malahan,
pelbaga aedah pertanian baru juga giadijalankan untuk memaksimumkan penggunaan tanah.
Arntaranya stem tanaman Bergilir Norfolk membolehkan nitrogen dalam tanah dikekalkan bagi
menjamin kesuburan tanah sepanjang masa dan meningtatkan produktiviti adang. Penggunaan baja
tiruan turut diperkenalkan untuk menyuburkan tanah. Coke of Holkham turut memperkenalkan kaedah
menebus guna tanah secara heay-manurng Cara in menjadikan kawasan tanah berpasir kawasan
yang subur untuk tujuan penanaman gandum

Perkembangan ekonomi kapitalisme England juga dapat dikesan dalam bidang penternakan.
Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah memperTepatkan pembesaran binatang ternakan dan
mengherlkan ternakan rang bersg besar. Kesannya. belalan daging dan susu dapat dipertingkat bagi
memenuhi keperiuan England. Beliau juga berjaya merevolusikan baka bin-birn yang terbaik iaitu baka

Leicestershire. ini dapat menyumbang kepada sumber daging dan kapas

dapat disaksikan dalam sektor

Seteruanya, perkermbangan kapitalisme di Engand

perindustrían. Antara industri yang berkembang íalah tekstil, kain kapas, arang batu dan besi. Pelbagai
alatan teknologi telah diapta untuk mengembangkan sektor industri. Antaranya ciptaan mesin
pemintal oleh James Hargreaves dan Edmund Cartwright Penggunaan teknołogi berjaya meningkatkan
pengeluaran dalam industri tekstL Selain tu, England jga mempunyal banyak sumber bjih besi yans
dihasitkan dergan menggunak.an sistem puddling Byih besi digunakan untuk membuat mesin-mesin
baru bag memenuhi keperluan kilang dan lokomotif.

AKhit sekat, perkermbangan kapitalisme di England turut dapat ditonjolkan melalui kegatan
perdagangan antarabangsa. Perdagangan antarabangsa melibatkan pengeluaran barangan industri
seperti arang batu, entera, teksta, besi dan tembaga Bagi memesatkan sektor in, England telah
mengaalakkan dasar perdagangan yang litberal, pemansuhan terhadap tarnt import dan mengadakan
pembaharuan kos supaya kos pengeluaran dapat dihuranghk an dan barangan dapat djual dengan harga
yang murath. Dergan tu, bamyak negara luar telah membefi barangan siap dari England.

Kesimputannya, perkembangan kapitahume selepas Revokuat Perindustrian menyebablan perubahan


besar dalam sistem ekonomi Pertumbuhan dalam bidang perindustran dan pertarnian telah
menyebabtkan England terlibat dalam perdagangan antarabangsa

6
Bincangkan faktor-faktor Yang mendorong perkembangan ckonom/ kapitalisme di England selepas
revolusiperindustrion.

kebebesan ekonomi dan perniagaan untuk meraihkan keuntungan. Kegiatan ini berkembang pesat
selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18 dan 19. Perkembangan ekonomi
kapitalisme menyebabkan perubahan yang amat ketara dalam pertanian, perindustrian dan
perdagangan. Perkembangan ekonomí kapitalisme di England adalah dipengaruhi oleh beberapa
faktor.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran,

pengangkutan. Kemunculan industri menyebabkan pembinaan jalan raya, terusan, landasan kereta api
dan perkapalan. Sistem pengangkutan disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan
pemasaran. Kemajuan dalam teknolog pembinaan Jalan raya dan lokomotif menyebabkan
pengangkutan berkembang. Oleh itu, perkembangan pengangkutan telah membawa pertumbuhan
dalam sistem kapitalisme di England.

Perkembangan kapitalisme di England adalah dipengaruhi oleh faktor kemajuan dalam

teknologi moden. Selepas revolusi perindustrian teknologi moden telah digunakan secara meluas bagi
menambahkan pengeluaran. Pelbagai rekaan dan ciptaan baharu digunakan dalam kegiatan
perindustrian. Jentera-jentera baharu seperti mesin penggali Jethro Tull, mesin menuai dan mesin
pembajak dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Justeru, penggunan tekonolgi
moden telah merancakkan pertumbuhan ekonomi kapitalisme di England.

Selain itu, perkembangan kapitalisme di England juga didorong oleh faktor penggunaan

sektor industri. Perkembangan kapitalisme menyebabkan industry berasaskan tekstil, kain kapas,
arang batu dan besi mula berkembang di England. Industri tekstil mengalami perkembangna pesat
selepas penciptaan mesin baharu seperti Flying Shuttle dan Spinning Jenny. Kemunculan kilang-kilang
perindustrian pula menyebabkan industri arang batu, besi dan keluli berkembang.

Seterusnya, perkembangan kapitalisme di England adalah disebabkan oleh kemajuan dalam

Kemunculan bandar perusahaan turut menyebabkan perkembangan ekonomi kapitalisme di

England. Selepas revolusi, muncul bandar-bandar perusahaan di seluruh England. Bandar-bandar ini
muncul ekoran daripada penghijrahan penduduk ke kawasan bandar untuk bekerja di kilang.
Contohnya Manchester, Uverpool, York dan Birmingharm. Lantaran itu, pertumbuhan bandar
perindustrian menyebabkan ekonomi kapitalisme mula berkembang di England.

Akhir sekall, perkembangan ekonoml kapitalisme di England telah dipengaruhi oleh

perdagangan antarabangsa Perdagangan antarabangsa melibatkan pengeluaran barang insustri


seperti arang batu, jentera, tekstil, besi dan tembaga. Hal ini menyebabkan England menghasilkan
pengeluaran secora besar-besaran, Bagi meningkatkan perdagangan, England melaksanakan dasar
perdagangan bebas. Oleh tu, pelaksanaan perdagangan antarabangsa yang berasaskan perdagangan
bebas menyebabkan sistem kapitallsme mula berkembang

Kesimpulannya, kapitalsme selepas revolusi perindustrian menyebabkan perubahan besar

dalam sistem ekonomi. Ekonomi kupitalisme telah meletakkan asas bagi kebangkitan England sebagai
negara industri yang paling maju di Eropah.

7
I1. AMERIKA SYARIKAT

Huraikon faktor-faktor yang mendorong perkembangan ekonom/ kapitalsme di Amerlka Syarikat


abod 18-19.

Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang Amerika
Syarikat dan Perang Saudara. Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal
dalam sektor perindustrlan. Perkembangan Ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di
Amerika Syarikat. Menjelang pertengahan abad ke-19 M, ekonomi kapitalisme Amerika Syarikat
berkembang dengan pesat terutamanya dalam sektor perindustrian. Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

Antara faktor yang mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat ialah
kekayaan sumber asli. Amerika Syarikat kaya dengan bahan mentah seperti arang batu, besi, keluli,
dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia.
Sebahagian besar pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan oleh Pennsylvania.
Tuntasnya, kekayaan sumber asli mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

Selain itu, perkembangan ekonomi kapitalisme Amerika Syarikat juga didorong oleh penawaran
tenaga buruh yang ramal. Imigrasi buruh dari dalam dan luar negara menyediakan bekalan tenaga
buruh yang mencukupi bagi sektor perindustrian. Tambahan pula, pengenalan Undang-undang Buruh
Kontrak 1864 telah menggalakkan kemasukan ramai buruh khususnya dari China yang terlibat dalam
pembinaan landasan kereta apl. Hal ini telah berjaya merangsang pertumbuhan sektor perindustrian
dan memesatkan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

Kemajuan dalam bidang teknologi juga antara faktor yang mendorong perkembangan ekonomi
kapitalisme di Amerika Syarikat. Banyak ciptaan baharu seperti telegraf, telefon, cahaya elektrik dan
kereta telah muncul di Amerika Syarikat. Pada tahun 1900, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah
mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu, muncul juga kaedah baru untuk menghasilkan besi dan
keluli secara besar-besaran. Malahan, jaringan pengangkutan peringkat kebangsaan juga berkembang.
Justeru, kemajuan dalam teknologi telah melahirkan revolusi dalam sektor perindustrian dan memacu
perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

Di samping itu, teknik pemasaran baharu turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi
kapitalisme di Amerika Syarlkat. Antara teknik pemasaran baharu yang diperkenalkan ialah
perkhidmgton penghontoron borangan meloui pos Selain itu, muncul gedung-gedung iuolan besar
yang menawarkan pelbagal jenis barangan dan perkhidmatan di New York dan Philadelphia. Teknik
pengiklonon turut diperkenalkan untuk mempromosikan barangan yang dihasilkan oleh industri. Agensi
pengiklanan terawal telah yang ditubuhkan oleh Francis Wayland Oyer. Ekspo perdagangan juga
diadakan untuk memperkenalkan barangan baharu kepada pengguna. Misalnya Ekspo Antarabangsa
Columbia di Chicago telah berjaya menarik 27 juta pengunjung. Justeru, sistem ekonomi kapitalisme
telah berkembang ekoran pengenalan teknik pemasaran baharu di Amerika Syarikat.

seterusnya. pengenalan kapal wap dan terusan telah merancakkan perkembangan ekonomi
Amerika Syarikat. Pembinaan terusan dan kapal wap muncul sebaga kaedah pengangkutan utama
kepada penduduk Amerika Syarikat. Kapal wap mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan
cekap. Terusan juga didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan
raya. Antara rerusan yang terkemuka di Amerika Syrikat lalah Terusan Erie di New York. Terusan ini
telah mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan

Kesimpulannya, pelbagai faktor telah mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme AS pada


abad ke-18 dan abad ke-19. Ekonoml AS telah beralih kepada perkembangan industri baharu sepert
industri kereta apl, pemprosesan makanan, besl dan kelul serta industri perlombongan.

8
Huraikan perkembangan ekonomi kopitalisme di Amerika Syarikat pada abed ke-18 hingga ke-19.

Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang Amerika
Syarikat dan Perang Saudara. Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal
dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di
Amerika Syarikat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat

berkembang dengan pesat dalam pelbagai sektor.

Perkembangan yang ketara dilihat dalam sektor pertanian. Benua Amerika mempunyai
kepadatan penduduk melebihí 100 O00 orang dan 50 peratus adalah petani. negeri-negeri Selatan
Amerika mengusahakan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Hasil keluaran negeri-negeri
selatan ialah kapas, gula, beras dan tembakau. Negeri-negeri barat tengah pula mengeluarkan gandum,
daging dan tenusu. Perkembangan pertanian seterusnya membawa kepada perkembangan

perindustrian dan perkilangan di utara.

Selain itu, industri kereta api juga berkembang. Pembangunan landasan kereta api oleh kerajaan
negeri dan persekutuan serta syarikat-syarikat persendirian berjaya mengembangkan sektor
pengangkutan. Landasan kereta api yang pendek dicantumkan menjadi rangkaian yang panjang.
Seterusnya, landasan kereta api merentas benua di barat telah dibina pada tahun 1869. 10 tahun
kemudian, usaha penggabungan landasan kereta api utama merentas benua berjaya mewujudkan
rangkaian landasan terbesar di dunia. Perkembangan industri kereta api telah mempercepatkan
penghantaran barangan ke merata Amerika dan berjaya melahirkan ramai jutawan di Amerika Syarikat.
Seterusnya, industri minyak juga berkembang di Amerika Syarikat. Industri ini bermula dengan
penggunaan minyak tanah bagi tujuan pemanasan dan cahaya semasa Perang Saudara 1861-1865.
Telaga minyak pertama ditemui di Pennsylvania dan turut berkembang di Cleveland, Pittsburg dan
Philadelphia. Industri minyak dimonopoli oleh Syarikat John D Rockfeller yang berjaya mengeluarkan 90
peratus daripada minyak Amerika pada tahun 1880. Beliau menggunakan beberapa kaedah untuk
memonopoli industri minyak. Antaranya membeli syarikat pesaing, memulau dan memufliskan

syarikat lain melalui perang harga.

Di samping itu, industri besi keluli juga telah berkembang di Amerika Syarikat. Andrew Carnegie
bertanggungjawab dalam memajukan industri keluli di Amerika Syarikat. Akhir abad ke-19, Syarikat
Carnegie berjaya menguasal 25 peratus daripada pengeluaran negara. Perkembangan industri besi

keluli menyumbang kepada pembangunan industri kereta api.

Abad ke-18 dan ke-19 juga menyaksikan perluasan perdagangan antarabangsa di Amerika
Syarikat. Lebihan barangan pertanian dan perindustrian menyebabkan Amerika memerlukan pasaran
yang lebih luas. Bagi menjamin pasaran dan bekalan bahan mentah untuk perkembangan industri, AS
telah menjalankan dasar perluasan _empayar. Amerika Syarikat telah menjajah Hawai pada 1898
kerana Hawat merupakan kawasan penanaman tebu yang penting untuk perkembangan industri gula
di Amerika Syarikat. Hawall Juga penting sebagai tempat persinggahan perdagangan dengan China.
Seterusnya, Amerika Syarikat juga menjalinkan hubungan dagang dengan Cuba kerana Amerika
Syarikat merupakan pengimport utama gula dari Cuba. Jelaslah, dasar perluasan empayar ternyata
memberi manfaat kepada perdagangan antarabangsa Amerika syarikat.

Kesimpulannya, ekonomi kapltalsme di Amerlka Syarikat telah berkembang pesat pada abad
ke18 hingga ke-19, Penyatuan svarlkat vang membawa kepada kemuncutlan perniagaan besar telah
mendorong kepada perkembangan drastik ekonomi kapltalisme di Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai