Anda di halaman 1dari 11

TEMA 3 : KEMAJUAN

DAN PEMBANGUNAN 2018 2019 2020 2021 2022 SOALAN


(PERKEMBANGAN
INTELEKTUAL)
A . Perkembangan Ilmu X3 X1 Sejauh manakan Zaman Pencerahan pada abad ke-18M
membawa perubahan lanskap politik, ekonomi dan sosial di
i. England Eropah. (2013)
ii. Perancis
X2 Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan
humanisme di Eropah pada abad ke-16 – ke-17 M. (2014)

X3 Bincangkan perubahan pemikiran yang berlaku ke atas


Masyarakat Eropah semasa zaman Renaisans. (2020)

B. Sumbangan tokoh X2 X3 X1 Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang
berjudul The Wealth of Nation. (2017)
i. England
ii. Perancis
X2 Huraikan idea-idea yang diperjuangkan oleh Jean Jacques
Rousseau di Perancis pada zaman Pencerahan. (2019)

X3 Huraikan kepentingan pemikiran Charles Louis


Montesquieu dari aspek politik. (2021)

Soalan target tahun 2023 :

1. Huraikan faktor- faktor Perkembangan Zaman Pencerahan pada abad ke -18 Masihi.
2. Bincangkan karya dan sumbangan Adam Smith dalam aspek intelektual.
1. Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan :

 Pengaruh Renaisans

 Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa, ciptaan
baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang berfikiran
terbuka.

 Pengaruh Reformasi

 Menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan,
Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak, mempunyai kuasa Autonomi dan
bebas dari ancaman gereja. Idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.

 Pengaruh Ahli Falsafah

 Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi Zaman
Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik dan intektual
pada abad ke-17. Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah
pada abad ke-17 hingga abad ke-20.

 Kemunculan Kelas Pertengahan

 Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu. Kemunculan
golongan Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan yang lebih berpendidikan. Columbus
Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang terlibat dalam penjelajahan. Prasangka
terhadap budaya asing terhakis akibat cara pemikiran baharu iaitu secara Empiris dan sebab
munasabah.

2. Bincangkan karya dan sumbangan Adam Smith dalam aspek intelektual.

 Pengasas kepada disiplin ekonomi moden


 Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri sistem feudal dan
memperkenalkan laissez-faire iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
 Didalam bukunya , The Teory of moral Sentiment ,beliau menulis tentang teori motivasi yang cuba
untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.

 Karya The Wealth of Nations

 Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan sendirinya
akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu
perkara yang biasa pada waktu itu.
 Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan
yang bergantung kepada keuntungan sahaja. Sebagai contoh, menghalang seseorang daripada
menggunakan kekasaran atau penipuan untuk mengelakkan persaingan, perdagangan atau
pengeluaran.

 Kepercayaan ekonomi yang tersendiri

 Kekayaan Negara di nilai dari segi stok emas dan perak. Sebagai contoh, mengimport barangan
dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan mesti dilepaskan untuk
membayar barangan tersebut. Manakala mengisport barangan dianggap baik kerana kekayaan,
iaitu logam emas dan perak kembali kepada mereka.
 Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain untuk
memasarkan barangan. Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja
untuk melindungi monopoli. Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali kerana di
anggap menjadi ancaman kepada pihak pengeluar.

 Karya the theory of moral sentiments 1759

 Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau menyatakan bahawa moral bergantung
kepada simpati antara agen dan penonton. Dengan kata lain, indivudu dan masyarakat berkait
rapat dengan moral.
 Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk
pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan kearah kepentingan semula jadi.
 Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan bahawa
kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.
1. Terangkan kegiatan sistem ekonomi feudalisme di China.

 Pertanian

 Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan Dinasti Ming.
 Justeru, hampir 85% masyarakat China masih menetap di desa. Kawasam tumpuan utama China ialah di kawasan
laut Timur China dan Mongolia, iaitu di dataran loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning.
 Sungai Yangtze menjadi nadi kehidupan masyarakat dan penyumbang utama ekonomi, serta sistem perhubungan
utama kepada 12 wilayah di bawah pemerintahan empayar China.
 Di sini, terbentuk Bandar-bandar besar China seperti Chungking, Hankow, Kiukiang, Anking dan Nanking.
 Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman padi ini banyak diusahakan di kawasan lembah
Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
 Tanaman lain yang diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin.
 Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China, iaitu di sekitar Sungai
Heilongjiang, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang.
 Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan kesuburan tanah dalam Negara China dan kekayaan alam semulajadi.

 Industri kecil

 Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di pusat-pusat bandar yang
besar seperti Nanjing dan Beijing.
 Bandar-bandar ini turut menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri-industri skala
kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang
sehingga pada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan Zhang, industri ini member sumbangan yang besar dalam
perbendaharaan Negara.
 Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin yang utama.Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan
Sungkiang sebagai pusat utama pengeluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas
sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti Ming.
 Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sector pertanian dan pembangunan Negara
China.
 Usaha pertukaran dengan Negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan
dengan Jepun, Afrika Timur, dan negara-negara Asia.

 Perdagangan

 Pada abad ke-16, ekonomi feudalism yang mengutamakan pertanian sebagai sumber utama di China telah
menyebabkan status ekonomi perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi. Justeru,
para pedagang dipandang hina walaupun membawa pulangan yang banyak kepada Negara China.
 Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang
baik. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan perhubungan yang utama. Sungai Yangtze yang boleh
dimuduki kapal sejauh seribu batu dari kuala telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan
tengah.
 Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di sebelah
utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Sementara di bahagian tengah dan selatan China pula, khasnya di
wilayah-wilayah timur, banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang
lain.

 Hubungan Luar dan Perdagangan

 Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan perdaganganv China dan membawa pedagang-pedagang dari
luar untuk berdagang di pelabuhan Canton. Pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang Asia
Tenggara, Arab dan Eropah. Kepelbagaian Negara para pedagang yang datang ini membolehkan China menerima
banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming ini telah membawa banyak
perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini Berjaya meningkatkan ekonomi Negara China.

2. Huraikan faktor-faktor perkembangan sistem ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga 19.

 Kekayaan sumber asli

 pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem
ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian. Antara nya : KEKAYAANSUMBER
ASLI – Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi,
keluli, dan minyak.
 Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada
pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan Pennslyvania.

 Bekalan tenaga Buruh

 Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang ramai meransang
pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai.
 Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli
merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

 Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing

 Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan tenaga buruh yang
mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undangundang
ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.
 Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar.Perkembangan
ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New York , Chicago , dan
Boston.

 Kemajuan teknologi

 Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini
telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat.
 Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta
Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang
mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000
buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.

 Teknik Pemasaran baharu

 Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang
terkenal ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan kerana
kemajuan Sistem pos dan landasan kereta api. Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di
bandar dan luar bandar. Seteleah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung.

 Pengangkutan Jalan air

 Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal Wap telah
merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat.
 Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai
Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
 Pembinaan terusan

 Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati
lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya.
 Antara Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu
panjang. Terusan ini mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada
20 hari kepada enam hari. Menjadi sebuah pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri negeri lain seperti
Pennslyvania, Ohio, dan Indiana juga melabur dalam pembiaan terusan .
Soalan target 2023 :

1. Bincangkan sistem pendidikan di Perancis.


2. Bincangkan sistem pendidikan di Jerman.
Soalan : Bincangkan sistem pendidikan di Perancis.

 Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak melahirkan elemen baharu
dalam bidang pendidikan .
 Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang memerintah .Maka pendidikan
lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa. Di Perancis usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh
golongan belia. Pendidikan yang dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains,matematik,
dan vernakular.

 Sejarah pendidikan

 Semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis. Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan
proses ini berterusan sepanjang tempoh zaman pencerahan dan revolusi perancis. Dalam tempoh
tersebut ,pembangunan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menigkat dan menjadi lebih signifikan.
 Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat membaca yang lebih besar .Hal ini terjadi kerana
ledakan pencetakan yang menigkatkan permintaan daripada pembaca daripada pelbagai golongan masyarakat dan
kelas sosial.

 Pertumbuhan sistem pendidikan

 Kadar celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 menigkat dengan ketara. Pendidikan teral disediakan untuk semua kelas
masyarakat. Pada pertengahan 1920 an ,majoriti masyarakat Perancis adalah celik huruf dan 50 peratus daripada
mereka telah memperolehi apa yang dipanggil sebagai Certificate d’etudes yang diberikan selepas tamat pendidikan
rendah pada usia 12 tahun. Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana masalah
yuran yang dikenakan.
 Konsep literasi Menggambarkan keadaan pada abad 17 dan 18 adalah bebeza dari segi definisi literasi atau cekik
huruf sekarang. Terdapat perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan pada abad ke 18 di Eropah .Secara
amnya,kadar celik huruf di Eropah pada abad ke 18 hampir dua kali ganda berbanding abad ke 17. Kadar celik huruf
meningkat dengan ketara terutamanya di kawasan padat penduduk dan kawasan sekitar sekolah-sekolah agama.
 Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan dan transformasi idea . sistem pendidikan di Eropah
sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan sepanjang tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis.
 Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak melahirkan elemen baharu
dalam bidang pendidikan .
 Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang memerintah. Maka pendidikan
lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa . Di Perancis usaha untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh
golongan belia. Pendidikan yang dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains, matematik,
dan vernakular.

Soalan : Bincangkan sistem dan peringkat pendidikan di Perancis.

1. Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran supaya semua rakyat bebas akan dapat membaca dan
mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi oleh masalah yang berlaku antara raja, golongan Gereja
Lutheran. Golongan ini tidak disukai oleh raja dan golongan Pietism menyebelahi raja. Golongan Pietism merupakan
kumpulan reformis dalam Lutheranisme serta mengadakan satu pakatan politik dengan raja Prusia berdasarkan
kepentingan bersama untuk memecahkan dominasi Gereja Lutheran. Golongan tersebut menekankan keperluan
kerohanian dalaman dan hal ini boleh dicapai melalui pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu
membentuk prinsip-prinsip sistem sekolah awam yang moden termasuklah penekanan pada literasi.
2. Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan ketaatan sosial dalam kalangan rakyat melalui Indoktrinasi.
Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa rasmi untuk memupuk kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda
menjadi tentera dan golongan birokrat. Pendidikan dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada tahun 1763,
aoabila raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia lima hingga tiga
belas tahun.

3. Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun 1788 dan dilaksanakan di semua sekolah menengah
menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman pada tahun 1871. Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk
menceburi profesion yang telah dipelajari dan perkhidmatan awam.

4. Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan Menteri Pendidikan, Wilhelm von Humboldt melaksanakan
pembaharuan sistem pendidikan Prusia atau Jerman yang dipengaruhi oleh pendebatan idealistik. Apabila empayar
Jerman ditubuhkan pada tahun 1871, Jerman mengalami perkembangan sistem persekolahan dan sistem
persekolahan menjadi lebih berpusat.

5. Jerman telah memperkenalkan sekolah menengah pertama pada tahun 1872. 4 jenis sekolah menengah telah
dibangunkan antaranya : Gymnasium selama lapan atau sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin);
Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin, moden, sains dan math); Realschule selama
enam tahun (tanpa kelayakan masuk ke universiti) dan Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan kepada
bahasa-bahasa moden, sains dan math)

Peringkat pendidikan di Jerman

 Pendidikan Rendah

 Menjelang abad ke 18, sekolah-sekolah rendah telah di tubuhkan di seluruh Prusia. Semasa pemerintahan Raja
Fredick William 1, lebih kurang 1000 sekolah rendah di bina di seluruh Negara. Selepas mengalami kekalahan dalam
peperangan dalam peperangan dengan Napeoleon, Raja Fredick William 111 mengalihkan perhatian terhadap usaha
membangunkan sistem pendidikan di Jerman.
 Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun di kehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah. Pengajian di sekolah-
sekolah rendah pembelajaran seperti agama, membaca, menulis, mengira, geografi, sejarah, dan gimnastik.

 Pendidikan Menengah

 Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran,iaitu sekolah gymnasium dan sekolah sekolah awam
(real school). Pengajian di gymnasium di utamakan bahasa Latin dan Greek. Sekolah awam pula memberi penekanan
pada bahasa ibunda, matematik, sains tabii, dan bahasa-bahasa moden.
 § Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Fredick William 111 memberi penekanan kepada sekolah awam. Pelajar-
pelajar yang mendaftar di sekolah awam ketika berumur sembilan tahun.
 Pendidikan Teknikal

 Kerajaan Jerman turut memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang teknologi. Penekanan di berikan
kepada bidang teknologi selaras usaha untuk membangunkan sektor perindustrian, dan perdagangan di Jerman.
 Perkembangan ini menyebabkan pelajaran ini di ubah suai kepada mata pelajaran teknikal. Selaras dengan itu
sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah-sekolah perdangangan telah di tubuhkan.

 Peringkat Universiti

 Kerajaan Jerman juga telah memberi penekanan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi atau universiti.
Pengajian universiti di bahagikan kepada empat fakulti iaitu, teologi, undang-undang, perubatan, dan falsafah.
Pengajian di fakulti falsafah turut meliputi Matematik, sejarah, geografi, kesusasteraan, sains tabii, dan filogi.
 Pentadbiran universiti akan di kendalikan oleh seorang rektor yang di pilih oleh profesor. Universiti Berlin merupakan
universiti yang tersohor dan terbesar di Jerman yang mempunyai 200 profesor dan 5000 pelajar. Idea asal penubuhan
universiti ialah Fichte dari universiti di Jena.

 Pentadbiran Sekolah

 Langkah-langkah juga telah di ambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang seragam di Prusia.
 Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran-kelahiran sekolah-sekolah Gymnasien yang menggantikan
sekolah latin

Anda mungkin juga menyukai