Anda di halaman 1dari 6

PERTANIAN

Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas
dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi
menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang
semut pada pokok buah-buahan.

KOLAR KUDA

Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China yang direka untuk membolehkan kuda menarik
tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda dan penyisir tanah.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Sumbangan tamadun China dalam sains dan teknologi (ilmu pengetahuan):

- Bidang Perubatan

- Bidang Matematik

- Bidang Astronomi

- Fizik

- Biology

BIDANG PERUBATAN

Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatan yang terkenal. Inner Cannon – Rekod teori-teori
perubatan China. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – Kelebihan akupunktur, herba, diet
dan senaman. Treaties on Disease Caused by Cold Factors – Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material
Madica – Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang mengandungi hampir 2,000 jenis
perubatan.
CABARAN UNTUK MENGEKALKAN TAMADUN

Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hal
ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mengekang usaha untuk mengekalkan Tamadun Islam dan
Asia. Antaranya faktor globalisasi dan pengaruh teknologi.

Globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan nilai-nilai kehidupan
Barat yang mendukung kuat liberalisme, kapitalisme dan demokrasi Barat sendiri. Era globalisasi ini
bermula sejak akhir abad ke-20. Aspek yag diglobalkan termasuk institusi sosial, bahasa, nilai,
pandangan hidup, bahasa dan tradisi masyarakat Islam dan Asia.

Aspek-aspek ini diglobalkan bertujuan untuk menguasai pemikiran dan diri manusia masyarakat
bukan Barat. Walaupun konsep globalisasi ini memberi peluang kepada setiap negara untuk maju
dan kehadapan dalam dunia global tetapi impak yang amat buruk kepada sesetengah negara yang
ingin membangun dimana kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan
keterasingan nilai-nilai agama berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang. Banyak negara umat
Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut
melaksanakan model pembangunan atau kemodenan negara ala barat dan natijahnya, ialah
pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Era globalisasi bukan
sahaja memberi impak yang besar dalam masyarakat Tamadun Islam dan Asia malah ia juga boleh
memusnahkan sesebuah tamadun dalam negara.

Hal ini kita dapat lihat pada waktu sekarang di mana ramai masyarakat mula mengikut cara hidup
masyarakat di Barat. Antaranya, remaja Islam sekarang sudah mula bersekedudukan dengan
pasangan yang bukan muhrim di mana mereka belum bernikah dan duduk serumah seperti
pasangan suami isteri yang lain.

Kes buang anak yang semakin meningkat dan ketara di negara Malaysia apabila kebanyakan remaja
Islam mulai hilang arah dan tamadun. Hal ini disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan. Selain daripada itu, ibu bapa tidak menitikberatkan keadaan anak- anak remaja mereka
ketika berada di luar rumah. Ibi bapa sekarang terlalu teruja mengejar kemewahan dan pangkat
sehingga melalaikan tanggungjawab mereka terhada anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlulah
sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak mereka; apa yang mereka lakukan di luar rumah
serta mengambil tahu ke mana arah tuju anak-anak mereka ketika mereka ingin keluar.

Apabila era globalisasi ini berkembang, maka ia turut mempengaruhi penggunaan teknologi dalam
kalangan masyarakat. Melalui teknologi maklumat mereka menguasai masyarakat dunia, antaranya
dari segi pemikiran dan budaya. Contohnya, hari Valentine Day dan mengenali bintang masing-
masing seperti Leo, Cancer dan sebagainya. Pada masa sekarang, kita boleh melihat pelbagai
teknologi telah dilancarkan dan digunakan oleh masyarakat terutamanya remaja. Antaranya,
internet, ipad, telefon bimbit, dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Teknologi banyak memberi kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat satu dunia, di mana kita
saling dapat berinteraksi dengan orang lain yang jauh dan dipisahkan oleh benua. Kita juga boleh
memperolehi maklumat yang ingin diketahui dalam sekelip mata sahaja. Tetapi ramai masyarakat
sekarang terutamanya remaja telah menyalahgunakan teknologi ini di mana mereka telah
menggunakan teknologi yang sedia ada ke arah keburukan dan kegelapan. Hal ini menyebabkan
tamadun yang sedia ada dan cuba untuk dikekalkan akan runtuh sedikit demi sedikit.

Contohnya, setiap orang sedia maklum bahawa internet mengandungi bahan yang baik dan tidak
baik. Kalau seseorang menggunakan internet untuk mencari maklumat yang baik, baguslah. Tetapi
ada sestengah orang membuka laman lucah atau pornografi untuk tontonan mereka. Hal ini akan
menyebabkan pemikiran mereka mulai kotor dan tercemar dengan adegan atau cerita yang
dipaparkan dalam internet.

Selain itu, seseorang yang mahir dalam bidang teknologi akan cuba untuk menggodam sistem-
sistem yang digunakan oleh masyarakat sekeliling. Malah, mereka juga cuba untuk memasuki sistem
negara untuk menghancurkan dan menujukkan ketidak puasan hati mereka mengenai pemerintahan
sekarang.

Justeru itu, masyarakat sekarang perlulah sedar akan kebaikan dan keburukan teknologi yang telah
didatangkan dari negara Barat ke Malaysia hanya untuk memusnahkan tamadun yang telah sedia
ada dan kekal selama ini. Jadi masyarakat malaysia perlulah menggunakan teknologi sedia ada
dengan sebaik mungkin dan tidak akan menjejaskan tamadun.

(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han
hingga ke zaman Dinati Shang.

· Penggunaan tenggala

· Penggunaan batas

· Penggunaan kolar kuda

· Penciptaan alat kegunaan pertanian.

· Pengenalan sistem tanaman bergilir

· Penggunaan sistem teres

· Pembinaan terusan untuk pengairan

Peningkatan ekonomi

Dalam tamadun China, peningkatan ekonomi berlaku semenjak Dinasti Shang. Antara kemajuan
yang dicapai termasuklah kemajuan dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim,
perusahaan, dan pembentukan persatuan perniagaan.

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lsgi, tenggala telah diperkenalkan untuk
membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda,
dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan
Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem
penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit
telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan
terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan
terhadap banjir juga telah diambil berat dengan meggunakan terusan yang dibina.

Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil
perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur
Tengah dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan
kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-
tapak pelabuhan kerajaan awal si kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah
didagangkan.

Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangakan di negeri China
sendiri. Di nergeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan
kelas pertengahan yang besar. Perkembagan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan
dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti
kereta kuda dan kereta lembu.

► Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China

1. Dalam bidang pertanian, tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.

2. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong

Beroda serta penyisir tanah.

3. Sistem penanam secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.

4. Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

5. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber

Air dalam dalam pertanian terkawal.


6. Kawalan terhadap banjir dengan membina terusan.

7. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar turut berkembang didagangkan ke kawasan

Di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

8. Pada zaman Dinasti Tang, hasil dibawa melalui Jalan Laut iaitu berdasarkan bukti terdapat

Tembikar dan logam China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal.

9. Hasil perusahaan China didagangkan di negeri China.

10. Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas

Petengahan yang besar.

11. Perkembangan ekonomi menyebabkan perkembangan system perhubungan, iaitu

Pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda kereta lembu.

Sistem Ekonomi Tamadun China

Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin utama di tanam di
negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam bidang
ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di
Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan
sekoi, barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan
pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu,
Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi
kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail
dan bulu secara komersil.

Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem
pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum,
barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi,
membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak
bagi mengawal banjir. Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk
membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia. Pada
tahun 198SM seramai 100,000 orang terlibat dalam pemindahan ini. Perusahaan yang dijalankan
ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan
bulu.

Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia
dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit
binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang
menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari
Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah. Barang-barang
importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara tropika), kaca, kain bulu dan
linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan karang-karangan (dari Laut
Merah). Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China
bertambah kaya.

Anda mungkin juga menyukai