Anda di halaman 1dari 35

BAB 4

Tamadun India

Kandungan
Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun Latar Belakang Masyarakat India Budaya Masyarakat India Agama dan Kepercayaan Masyarakat India Pencapaian Tamadun India dalam Pelbagai Bidang Sumbangan Islam kepada Tamadun India Interaksi Tamadun India dan Tamadun Lain Bentuk Hubungannya di Asia Tenggara Kesan Perkembangan Interaksi di Asia Tenggara Rumusan
2

4.1 Kedudukan Geografi Tamadun India


India dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan yang dipisahkan oleh pergunungan Vindhya. India Utara = meliputi sehingga ke kawasan Himalaya di utara. India Selatan = meliputi dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin. Faktor Geografi = perkembangan dua kebudayaan berbeza antara penduduk India Utara dengan India Selatan (fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan) Masyarakat India Utara = Indo-Arya manakala masyarakat India Selatan = Dravida Bahasa Dasar = Indo-Arya (Bahasa Sanskrit) Dravida (Bahasa Tamil).
3

4.2 Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun


Zaman Pra-sejarah (100 000 S.M-1000 S.M)

Zaman Proto-Sejarah (3000 S.M-1500 S.M)


Tamadun Lembah Indus (penemuan di kawasan Mohenjodaro dan Harappa)

Zaman Sejarah Awal (1500 S.M)

Zaman Vedik

Empayar Maurya

Empayar Gupta (Utara India) - keemasan

Zaman Sangam (Selatan India) sastera


4

Meliputi kawasan penemuan arkeologi di Mohenjo-Daro di daerah Larkana, Sindh dan Harappa di daerah Montgomery, Punjab. Pencapaian Tamadun Lembah Indus: Mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Mahir dalam perancangan bandar (sistem pengaliran dan pembinaan longkang) dan peraturan kesihatan. (sistem jalan raya, ciri-ciri pembinaan kolam permandian The Great Bath dan benteng pengawal banjir. Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama. Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 S.M yang dengan itu muncul peradaban baharu di barat laut India.
5

Sejarah Zaman Vedik: Penghijrahan masuk bangsa Aryan bertapak di sekitar Sungai Yamuna dan Sungai Satlaj, Selatan Ambala dan Hulu Sungai Saraswati. Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan budaya Indo-Aryan. Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemenelemen spiritual. Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda.

Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar. Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan (Buddha dan Jainism). Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha. Muncul kitab Arthasastra, iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi.

Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan. Perkembangan dalam kesusasteraan Hindu dan dalam bidang seni bina kuil juga aspek kesenian dan sains Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.

Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis (1498-1510), Belanda(1602), Perancis (1664). Penaklukan British bermula 1750.

British bahagikan India kepada 3:


Bengal (timur) Bombay (barat) Madras (selatan)

Perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial & agama, amalan & adat yang tidak sesuai ditentang & memperbaiki kedudukan wanita. Membentuk pentadbiran moden dan dasar perdagangan yang menguntungkan Inggeris. British takluk kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya, berlaku pemberontakan sosial pada 1857. MERDEKA: 15 Ogos 1947- India dibahagi dua: India untuk Hindu dan Pakistan (14 Ogos) untuk Muslim. 10

4.2.1 Latar Belakang Masyarakat India


Tahun 2000 S.M., Kaum Arya tinggal di antara Asia Tengah dengan Poland (berbadan tinggi, berkulit cerah dan bermuka panjang) Menternak kuda dan binatang lain serta terlibat sedikit dalam aktiviti pertanian. Kaum Arya memakan daging lembu, minum arak serta berniaga kulit dan lembu sbg alat pertukaran. 2000 1500 S.M. Berpindah ke kawasan barat, timur dan selatan (kekurangan rumput bagi ternakan dan tekanan populasi). Penyebaran budaya dan penyerapan budaya tempatan berlaku melalui taklukan dan perkahwinan. Orang Arya pernah tinggal di Iran (Bahasa Sanskrit berhubung rapat dengan bahasa Iran iaitu Bahasa Parsi Lama dan bahasa Avesta. Banyak persamaan dalam nama dewa-dewa seperti Ahura (Varuna dalam Sanskrit), Mithra (Mitra), Yema (Yama) dan Haoma (Soma). Masyarakat Aryan telah berpindah ke India setelah kejatuhan Tamadun Lembah Indus. Penghijrahan ini menyebabkan terbentuknya peradaban baru iaitu Indo-Aryan
11

Peradaban Indo-Arya berkembang sebagai peradaban Hindu meliputi kawasan Indus, Punjab, sempadan Afghanistan, Sungai Saraswati, Yamuna dan Ganges dan sehingga ke arah timur meliputi seluruh India Utara sebelum abad ke-6 S.M. Bahasa Sanskrit (Bahasa orang Indo-Arya) telah diperkembangkan kepada bahasa Hindi, Benggali, Punjabi dll. 2 zaman Veda: Zaman Veda Awal (1500 1000 S.M.) manakala Zaman Veda Lewat (1000 500 S.M.). Sumber-sumber pengkajian masyarakat Indo-Arya : Veda-veda (terutama Rig Veda), Brahma dan Upanishad, epik-epik Mahabrata dan Ramayana serta teks undang-undang seperti Dharmasastra dan Arthasastra. Pembahagian masyarakat mengikut wilayah: Indo-Aryan India utara Dravida India selatan Gurkha, Buthiya & Khasi Gunung Himalaya Mundas, Bhil & Khol merupakan masyarakat asli
12

4.2.2. Budaya Masyarakat India


Wujud pembahagian kelas masyarakat dalam sistem kerajaan aristokratik (menurut mazmur-mazmur awal dalam Rig Veda) ksatria(bangsawan) dan vis (golongan biasa). Pembahagian masyarakat Indo-Arya berdasarkan pekerjaan. Orang Dasa / Dasyu (saki baki peradaban Harappa) menjadi hamba kepada orang Indo-Arya.

13

4.2.2. Budaya Masyarakat India


Sistem Varna (sistem pembahagian masyarakat)/ Kasta

Dvija

Brahmin Ksatria Vaisya Sudra

Purohita atau penanda-penanda, menceburkan diri dalam pelajaran serta menyusun kitab-kitab (mengendali kuil). Pemerintah dan perajurit (pertahanan negara). Menjalankan perdagangan dan perniagaan (menjana kekayaan). Buruh dan petani

Pertukaran varna tidak dibenarkan dan perkahwinan antara varna tidak digalakkan.

Tiga kasta teratas (masyarakat Aryan) dan Sudra (masyarakat tempatan). Sekatan dialami oleh golongan Sudra; - Dilarang belajar veda - Tidak boleh tukar kasta - Tidak digalakkan kahwin campur
14

4.2.2. Budaya Masyarakat India


Ashrama Dharma (4 peringkat kehidupan)

Brahmacharya Zaman kanakkanak, remaja dan belia. Ghastya

Vanaprastha
Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi

Sannyasa Sebar ilmu kepada masyarakat

Peringkat mempelajari ilmu pengetahuan.

Berumah tangga dan bekerja

15

vanaprastha

apabila tua, ghastya meninggalkan rumah dan tinggal di hutan, merenung dan dan menumpukan perhatian kpd hal kerohanian (Tuhan) serta moksha (soal membebaskan diri daripada kehidupan duniawi.

sannyasa

Meninggalkan hutan atau tempat pertapaan, kembali dan tinggal bersama masyarakat dan menjadi orang bermusafir yang menyebarkan pengetahuan yang diperoleh daripada petapa.

Varna menentukan tugas (dharma) yang wajib bagi seseorang individu dalam sesuatu peringkat (ashrama) dan ia dikenali sebagai varnashramadharma.
16

4.2.2. Budaya Masyarakat India


PURUSHARTA (EMPAT OBJEKTIF KEHIDUPAN)
Dharma/Aram Porul/Artha Inbam/Kama Vidu/Mokhsa

Kepatuhan kepada moral dan kerohanian Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual.

Bekerja untuk kekayaan dan berasaskan dharma. Biayai golongan memerlukan seperti sannayasa.

Cinta dan kasih sayang serta kepuasan nikmati harta benda. Gunakan untuk kebaikan.

Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi.

17

KEDUDUKAN WANITA

Masyarakat Indo-Aryan:
Zaman Veda Awal (15001000 S.M) memberi kedudukan yang sama seperti lelaki Zaman Veda Akhir (1000500 S.M) wanita dihadkan kepada aktiviti rumah tangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami.

Masyarakat Dravida:
Mengamalkan perkara yang sama dengan masyarakat Indo-Aryan.

Zaman Islam:
Islam mengangkat martabat wanita.
18

4.2.2. Budaya Masyarakat India


Ekonomi Pertanian dan penternakan semakin maju di samping pekerjaan baru. Wanita bekerja sbg pencelup, penenun, pengayam bakul dan sebagainya. Pengurusan pentadbiran kerajaan, cukai tanah (cukai asas), cukai rumah, kedai, air dan cukai jalan kepada antapala (pegawai tol) dikenakan. Cukai barang import (1/20) daripada harga barang barangan keperluan asas dan 1/5 daripada harga barang barang lain. Perdagangan meluas dan wujud pelabuhan penting (Bhrgukaccha dan Tamralipti) untuk memunggah hasil galian). Hasil hutan dan gajah harta kerajaan yang terpelihara untuk pertumbuhan ekonomi negara.
19

4.2.2. Budaya Masyarakat India


Politik Kerajaan kecil (beribu kota tetap dengan pentdbiran asas yang maju), dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung yang diperintah oleh seorang raja. Raja menghormati sistem demokrasi (pemilihan raja, peraturan ke atas kuasa raja semasa pertabalan dsbnya). Raja dilantik oleh Sabha dan Samiti. Sabha parlimen membincangkan perkara-perkara umum, sebagai mahkamah keadilan dan mengambil keputusan secara undi majoriti. Samiti berperanan lebih besar dan merupakan majlis Perhimpunan Rakyat. Fungsi raja: - Melindungi rakyat, memelihara sistem keluarga, kebajikan janda, anak-anak yatim dan golongan miskin, melidungi agama, menerima aduan rakyat mengembangkan kesusasteraan dan kesenian. Gabenor (Nagaraka) mentadbir wilayah dilantik oleh raja, Ketua daerah sebagai pengutip cukai dan penjaga keselamatan dilantik oleh Nagaraka.
20

4.4 Faktor Kelahiran Tamadun - Agama dan Kepercayaan Masyarakat India


Hinduisme

Jainisme

Buddhisme

Sikhisme
21

4.4 Faktor KelahiranTamadun


Agama Zaman Vedik Pengetahuan agama orang Indo-Arya diperoleh daripada karya-karya Veda (Rig Veda yang mempunyai 1028 mazmur dan kitab agama tertua di dunia). Veda-veda terkemudian (Sama Veda dan Yajur Veda)- kesamaan dalam bentuk prosa dan versa, digunakan oleh sami-sami semasa upacara pengorbanan. Upanishad membincangkan aspek pemikiran falsafah orang Indo-Arya, manakala Aryanka merupakan teks-teks bagi golongan pertapaan.
22

4.4 Faktor KelahiranTamadun


Penyembahan Dewa Dewi dan Upacara Pengorbanan Dewa dewi dibahagikan kepada tiga peringkat: - dewa angkasa = Dyaus (langit), Surya (matahari) - dewa udara = Indra (petir dan kilat) - dewa Vayu (angin) A.B. Keith (cendiakiawan Sanskrit) pengorbanan diadakan sebagai pemberian hadiah kepada dewa dewi dan sebagainya untuk mendapat kurnia. Falsafah dalam Tamadun India. Falsafah Vedik mementingkan 5 konsep yang berkait antara satu sama lain;
Brahman Atman Karma Moksha Samsara. Roh duniawi Roh individu dalam badan manusia yg diserap dalam roh duniawi Jumlah perbuatan, fikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan. Pelepasan drpd kehidupan duniawi dan penyatuan dengan brahman Setiap atman perlu membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha. merujuk kepada konsep reinkarnasi atau kelahiran kembali menurut tradisi filosofikal India
23

4.4 Faktor KelahiranTamadun


Doktrin Buddhisme dan Ajaran Agama Buddha. Pengasasnya ialah Siddharta Gautama Buddha. Siddartha = nama diberikan oleh ibu bapanya, Gautama = nama keluarga (gotra) dan Buddha menandakan manusia mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna. Buddha tidak mengajarkan hal-hal ketuhanan, metafizikal atau falsafah. Ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika berkaitan dengan kehidupan. Proses mengawal nafsu boleh dicapai dgn mengamalkan Jalan Lapis Kebenaran Mulia melaui prinsip berikut: - kepercayaan yang benar - tujuan yang benar - pertuturan yang benar - perbuatan yang benar - hidup yang benar - usaha yang benar - fikiran yang benar - renungan yang benar
24

4.5 Kedatangan Islam ke India


Agama Islam tersebar ke India seawal tahun 712M. Sejak itu, Islam menjadi sebahagian daripada warisan keagamaan dan kebudayaan negara India. Pada abad ke 12 dan ke 13 M, penakluk-penakluk Turki menakluki bahagian barat laut India dan ibu kotanya yang terletak di Afghanistan. Kerajaan Ghazni meluaskan kuasa hampir seluruh India Utara pada abad ke-14 M dan berkembang ke India Selatan pada abad ke-15 M dan menampakkan kuasa politik di India Utara. Semenanjung India terbahagi kepada dua. Kerajaan Islam (Kerajaan Bahmani) dan Pemerintahan Hindu (kerajaan Vijayanagar).
25

4.5 Kedatangan Islam ke India Faktor perkembangan Islam di India: i) Perkahwinan campur sehala (kaum lelaki Turki berkahwin dengan wanita Hindu) ii) Penerimaan ciri-ciri Islam dan menolak beberapa amalan masyarakat Hindu seperti ketidaksamaan sosial. iii) Faktor kemiskinan dan tekanan sistem kasta. Proses pengislaman berlaku pada seluruh keluarga atau seluruh kasta tertentu atau keseluruhan kampung
26

4.5.4 Sumbangan Islam kepada Tamadun India


Perkembangan unsur-unsur Budaya Indo-Islam.
Keagamaan Politik & Pemerintahan Sosial Ekonomi Sumbangan

Intelektual
Seni bina Bahasa & Kesusasteraan Kesenian

27

Pencapaian Tamadun India dalam Pelbagai Bidang

Bidang Pendidikan

Bidang Sains Matematik Astronomi Kalendar Fizik Kimia Logam Perubatan

Bidang Kesenian Muzik Tarian Drama Lukisan

Bidang Bahasa dan Kesusaster aan

Bidang Seni Bina

28

4.6 Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di Malaysia Jemaah Tabligh Gerakan Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885 1944) yang dilahirkan dan dibesarkan di Kandhela. Gerakan Tabligh bermula di Mewat, Delhi berpunca drpd penduduknya yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar. Maulana Ilyas cuba memperbaiki keadaan mereka dengan pelbagai cara dan pendekatan. Di Malaysia, Jemaah Tabligh mulanya berkembang di kalangan orang India Muslim sahaja (1950-1960) dan diperkenalkan oleh Maulana Abdul Malik Madani. Beliau datang ke Singapura dan selangor pada tahun 1952 sebagai utusan dari markasnya di Nizamudin, New Delhi. Penglibatan orang Melayu dalam jemaah ini bermula pada tahun 1970-an.
29

4.6 Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di Malaysia Darul Uloom Deoband Darul Uloom ialah madrasah terawal di seluruh India dan juga merupakan antara madrasah tertua di seluruh dunia. Madrasah ini didirikan pada tahun 1866 dan Deoband ialah nama kampung yang terletak di Wilayah Uttar Pradesh, India. Dibina bagi menyatupadukan umat Islam India dan mengembalikan amalan kehidupan Islam kepada masyarakat kesan daripada penjajahan Inggeris. Kurikulum Indo Islamik (Dars-e-Nizami) meliputi undangundang Islam/ Syariah, Fiqah, tasawuf dan lain-lain bidang Islam. Aliran teologinya menjadi ikutan banyak madrasah aliran moden india, pakistan, Afgahnistan, United Kingdom, Afrika Selatan dll di dunia. Pusat ilmu yang terkenal Nadwatul Ulama di Lucknow,Madrasah Inaamiyah di Afrika Utara, Darul Uloom Karachi, Pakistan dll.
30

4.8 Interaksi Tamadun India dan Tamadun lain


Pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara
Meliputi Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Bengal, China, Kalimantan dan Sumatera.

Faktor Perkembangan di Asia Tenggara


Keinginan mencari kekayaan: corak hubungan awal dengan Asia & Rom Penyebaran agama Buddha & Brahmanisme Penaklukan empayar ; Saleindra di Sumatra & Kedah Aktiviti Pelayaran; Kisah Pedangan Sanudasa dalam Tales of Ancient India. Aktiviti Perdagangan; menubuhkan koperasi perdagangan di Takuapa, Labu Tuwa & Sumatera
31

Bentuk Hubungan Tamadun India di Asia Tenggara


Hubungan melalui jalan laut; pelayaran puteraputera diraja India mempercepat hubungan dagang dan budaya. Perkahwinan Pedagang dengan rakyat tempatan. Jajahan takluk yang dikuasai; Rajendra Chola menyerang Saleindra, Sumatera dan kuasai Kedah & Sumatera. Pelayaran langsung (angin monsun) & perdagangan; berlepas dari Pelabuhan Tamralipti, Podouke, Bhrgukaccha dan Supara.
32

Kesan Perkembangan Interaksi di Asia Tenggara


Agama
Penyebaran agama Hindu & Buddha yang berasal dari India; kuil, candi, di Bali, Lembah Bujang & Sumatera. Pengaruh budaya & tradisi Melayu; Seri Paduka Baginda, warna kuning, upacara kematian. Adat istiadat perkahwinan, makanan aspek ekonomi dan politik turut dipengaruhi oleh ketamadunan India. Elemen spiritual Hindu; wayang kulit, tarian kuda kepang, seni ukir, seni bina, seni pertahanan diri.

Budaya

Kesenian

Bahasa

Pengaruh Hindu dalam Bahasa Sanskrit; budi, budaya, warna dan pengaruh epik Ramayana & Mahabratha, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama.
33

Rumusan
Bab ini telah memperkenalkan tamadun India dalam pelbagai tahap termasuk perkembangan Islam. Tamadun India bermula dengan peradaban MahenjoDaro & Harappa, diikuti kedatangan Islam, kemudiannya Barat. Unsur kepercayaan Tamadun India berpusat kepada karya Veda dan mazmur-mazmur, penggabungan unsurunsur alam semula jadi. Cabaran kontemporari dalam tamadun India berpaksikan nasionalisme dan pemodenan oleh Barat yang memberikan pengaruh dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Tamadun India antara tamadun manusia yang terhebat yang memberi impak kepada tamadun dunia.
34

Bacaan Kendiri
4.7 Cabaran Kontemporari - Penjajahan Barat di India - Kedatangan Orang Barat ke India - Pergerakan Islah dan Tajdid - pergerakan Nasionalis - Mahatma Gandhi -Masyarakat selepas Zaman Penjajahan 4.9 Tamadun India: Cabaran Globalisasi dan Signifikannya di Malaysia.
35

Anda mungkin juga menyukai