Anda di halaman 1dari 26

Ikhtibar daripada Tamadun India

Oleh: Nurannisa binti Suyatim

1. Zaman Prasejarah
Zaman Batu Awal(Paleolitik) - memburu dan mengumpul makanan. Zaman Batu Pertengahan(Mesolitik) - bertani dan menternak. Zaman Batu Baru(Neolitik) - alat batu digilap, bertani, menternak, tembikar, pembinaan drp kayu. Permulaan kemunculan tamadun Harrapa (3000-1500SM) di Lembah Sg Indus.

2. Zaman Protosejarah
Bermula tahun 3000SM di Lembah Sg Indus. Budaya Lembah Sg Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar di barat India. Memiliki kemahiran perancangan bandar dan peraturan kesihatan, pertanian besar-besaran. Sembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Tulisan Indus - logosillabik (piktograf)

3. Zaman Sejarah Awal

1500SM - kedatangan org Arya membawa peradaban baru di barat laut India.

3.1 Zaman Vedik (1500SM-500SM) - Org Arya berasal dari Poland dan Asia Tengah. Muncul budaya komposit di utara India dikenali Budaya Indo Arya(Budaya Vedik). - Mencipta teks-teks agama atau Veda-veda. - Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya: 1. Kula (keluarga) diketuai grihaspati. 2. Beberapa keluarga tinggal dalam grama (kampung) diketuai gramina, 3. Beberapa kampung adalah bahagian visya (bandar) diketuai visyapati, 4. Beberapa visya adalah sebahagian jana diketuai rajana. Raja dinasihati Mantri Parishad.
- Cukai tanah merupakan cukai asas. - Aktiviti ekonomi- pertanian bijirin, penternakan, nelayan, tukang dobi, tukang gunting rambut,penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang.

3.2 Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM)


- 600SM republik telah ditubuhkan di kaki

gunung Himalaya dan barat laut Punjab dan negeri-negeri beraja di kawasan Sg.Ganges. - Pengerusi pertemuan wakil-wakil puak dilantik sbg raja. - Sumber pendapatan - cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. - Negeri-negeri mengamalkan sistem pemerintahan beraja terletak di kawasan Sungai Ganges. Kuasa raja adalah turun temurun dan mementingkan sistem dewaraja, upacara rajasuya, vajapeya dan asva medha.

4. Empayar Maurya (321-185SM)

Pengasas- Chandragupta Maurya. Penasihat- Kautalya atau Chanakya Menakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. 279SM, Chandragupta memeluk agama Jaina. Takhta diserah kpd Bindusara. Asoka Piyadassi- peluk agama Buddha (ahimsa). Mahindra- mengembangkan agama Buddha di Ceylon. Arthasastra- teks tentang kerajaan dan ekonomi disusun oleh Kautalya.
5. Kemerosotan Empayar (200SM-300M) Empayar Maurya diganti oleh dinasti Shunga(keluarga Brahmin) diketuai oleh Pushyamitra pada 180SM). Dinasti Kanva- menguasai India Selatan. Kerajaan Indo-Greek (Bactria) pada 200SM. Dinasti Shaka (Scythia) pada 80SM. Dinasti Kushana oleh puak Yueh-chi. Penyebaran agama Buddha ke China dan Asia Tengah. India Tengah (kaw. Deccan)- Dinasti Satavahana kurun pertama SM.

6. Zaman Gupta (300-600M)

Zaman Klasik atau zaman keemasan-kebudayaan Hindu semakin kukuh di utara India. Tokoh penting- Chandra Gupta II bergelar maharajadhiraja. - Samudra Gupta - meluaskan pengaruh, pulihkan konsep devaraja dan asamedha.

7. Zaman Sangam
India Selatan-rekod2 kesusasteraan Sangamperistiwa politik. Peperangan antara krjn Chera(barat), Chola (timur) dan Pandya (selatan), 200SM, Chola kuasai Ceylon Utara.

8. Zaman Pallava (600-900)

Raja-raja Pallava menggunakan gelaran kadavar Dinasti Pallava - Pallava awal (250-340), Pallava Pertengahan (340-595) dan Pallava Akhir (575900). Pallava Awal - Raja Sivaskandavarman merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapeya dan agnishtoma, bahasa Prakrit dan Sanskrit. Pallava Pertengahan - Peperangan menentang Guta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Agama Buddha dan Jain diberi keutamaan. Pallava Akhir - Zaman kegemilangan menguasai

9. Zaman Chola (850-1200) Raja-raja termasyhur adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga, menggunakan gelaran Chakravarthigal. Menakluki seluruh kawasan India Selatan. Pembinaan kuil-kuil, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Menjalinkan hubungan perdagangan luar dgn Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Bentuk pemerintahan lebih kurang sama dgn kerajaan Pallava-empayar dibahagikan kpd beberapa wilayah, daerah dan kampung. Cukai tanah adalah sumber pendapatan kerajaan.

1. Masyarakat dan Budaya

Dibahagikan kpd dua golongan besar iaitu Indo Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo Arya menetap di utara India dan org Dravidia di selatan India.
2. Sistem Keluarga Tujuan berkeluarga untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat (keturunan). Disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan dgn nilai kasih sayang.

3. Kedudukan Kaum Wanita


3.1 Masyarakat Indo-Arya

Zmn Veda Awal (1500SM-1000SM), wanita dihormati dan diberi kebebasan spt kaum lelaki. Menjadi pertapa dan membawa mazmur-mazmur suci. Zaman Vedik Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya kaum wanita dikenakan banyak sekatan. Peranan dan tanggunjawab hanya dalam lingkungan rumahtangga. Kedatangan British, pergerakan reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya telah membawa masalah kaum wanita kepada British. Dipulihkan pada kurun ke19 dan 20.

3.2. Masyarakat Dravida


Zaman Sangam (kurun ke-3SM kurun ke 3M), kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Sifat keibuan suatu nilai yg mulia. Pujangga wanita mencipta puisi dan ada juga ygan menjadi pertapa. Selepas zaman Sangam berlaku kemerosotan, dipulihkan semula selepas kedatangan kuasa British.

4. Sistem Kasta
Pembahagian kelas sosial yg tetap hierarkinya. Dibahagikan kpd lima kategori iaitu: i. Brahmin golongan guru agama, pendeta, pengendali upcara di kuil, golongan terpelajar. ii. Kshatriya kelas pemerintah dan keselamatan. iii. Vaishya kelas perekonomian. iv. Shudra berkhidmat kepada ketiga-tiga golongan di atas. v. Panchama/Chandala golongan murtad dan dibuang varna.

Bahasa dan Kesusasteraan


Bahasa di India dibahagikan kepada dua

rumpun keluarga bahasa iaitu Indo Arya dan Dravida. Bahasa Sanskrit- Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Urdu, Rajastani dan Sindhi. Bahasa Dravida- Tamil, Malayalam, Kannada, Telugu, Gondi, Brahui, Kaudh.

Kesusasteraan
Kesusasteraan di India dibahagikan kpd dua

bahagian iaitu Kesusasteraan Indo Arya dan Kesusasteraan Dravida.


Kesusasteraan Indo Arya Lebih menonjol sebagai kesusasteraan tertua dan terkemuka di India. Dihasilkan dlm bahasa Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik
Berlangsung antara tahun 1500SM hingga 500SM.

Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda dibhgikan kepada dua bhgn : i. Shrut i- ajaran-ajaran yang diwahyukan atau ajaran-ajaran yg didengarkan oleh tuhan kepada para maharesi. Isi kandungan tidak pernah diubah atau tidak boleh diubah. ii. Smriti - ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran. Isi kandungan boleh diubah dr masa ke masa. Empat kitab suci Veda iaitu Rig Veda (kitab tertua), Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Vedanga- anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian yg dapat membantu memahami kitab-kitab Veda dgn tepat. Enam bidang pengajian tersebut ialah: i. Siksa- fonetik, iaitu yg menekankan sebutan yg tepat. ii. Chanda- prosodi atau pola irama puisi. iii. Nirukta- etimologi, iaitu tafsiran istilah-istilah tertentu. iv. Kalpa- tatacara pengendalian upacara pengorbanan. v. Vyakarana- nahu. vi. Jyotisa- astronomi.

Epik Mahabharata
Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan

400M. Mengandungi lebih kurang 100 000 seloka (puisi). Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Memberi ajaran agama dan moral. Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan).

Purana- cerita tentang dewa-dewi. Akhyana- lagenda dan mitos. Dharmasastra- kerajaan dan pemerintahan. Kamasastra- percintaan. Nitisastra- idea-idea etika. Moksasastra- cara-cara membebaskan diri drp kelahiran semula.

Epik Ramayana
Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara

tahun 200SM hingga tahun 200M). Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, isu negari kerajaan Kosala, timur Kurukserta. Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg harus diteladani. Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan.

Kesusasteraan Dravida
Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu,

Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida.

Kesusasteraan Sangam
Sangam merujuk kpd akademi penyair-

penyair agung yg menghasilkan puisi pada Zaman Sangam dari kurun ke 3 SM hingga kurun ke 2 M. Tema-tema puisi boleh dibahagikan kpd dua jenis iaitu aham dan puram. Aham bhgn dalaman ataupun perasaan dlm hati. Puram bahagian luaran iaitu sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Kesusasteraan Bhakti
Angkatan bhakti disertai oleh wali-wali Hindu

yg dikategorikan kpd dua iaitu Nayanmar yg mempelopori aliran mazhab Saivisme dan alvar yg beraliran mazhab Vainavisme. Lagu-lagu suci yang dapat dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka. Koleksi lagu-lagu mereka dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tirumurai bg mazhab Saivisme dan Nalayirat Pirapantam bg mazhab Vaisnavisme. Koleksi lagu-lagu ini bertarikh antara kurun ke-6M hingga kurun ke-11M.

Agama dan Falsafah


Hinduisme

Bersifat agama semulajadi. Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat. Nama asal ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yg kekal abadi. Bukti terawal ditemui dalam Lembah Sg. Indus berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan patung-patung, mohor, objek shiva linga dan kolam mandi.

Seni Dan Sains


Seni Bina dan Seni Ukir

Berkembang maju pd zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pd zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Ilmu Astronomi dan Kalendar

Jyotisa satu bahaggian utama Veda (Vedanga). Perkiraan astronomi untuk menentukan tarikh dan masa upacara pengorbanan. Kalendar Matahari. Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27 bintang- membawa kepada menilik (astrologi). Ilmu ini bermula pd zaman Gupta.

Bidang Perubatan

Bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan sebagainya wujud sebelum masehi. Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4).

Iktibar tamadun India: pandangan semesta dan nilai-nilai

Sifat penerimaan
Tamadun India dpt meresap, mengubahsuai dan

kekal dgn elemen-elemen dari dalam dan luar India. Membentuk masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik di samping perbezaan kasta, kawasan dan bahasa. Kepelbagaian dalam masyarakat mneyumbang kepada unsur-unsur kontradiksi seperti kebaikan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi. Tetapi tidak berpecah belah kerana pandangan semesta yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian. Pandangan semesta yang mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lainlain unsur walaupun berasaskan sifat kerohanian. Menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.

Sifat Toleransi
Pandangan semesta organik mengalami

perubahan selepas kedatangan kuasa British ke India. Menerima pandangan semesta yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian. Pandangan semesta ini menyatakan dua benda untuk wujud bersama tidak boleh mempunyai unsur-unsur kontradiksi. Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta.

Anda mungkin juga menyukai