Anda di halaman 1dari 5

LATAR BELAKANG TAMADUN INDIA

1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana

- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus

- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.

- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana
lahir agama Hindu.

- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah
Indus.

3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang

menyebabkan wujud empayar pertama .

4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.

ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN TAMADUN INDIA

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan
iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.

2. Kerajaan kecil - bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja

kerajaan besar - diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

3. Kedudukan raja diperkukuh dengan bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa
raja itu adalah suci dan harus dihormati.

4. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat manakala golongan Ksyatria yang menjadi
pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

5. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil


dari tahun 321 – 185 S.M. dan mengubah status raja kepada maharaja.

6. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara
terletak di Pataliputra.

7. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak
pemerintahan ayahnya Bindusara.

8. Perang Kalinga menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan
kematian. Perang ini diingati dalam sejarah kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan
Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkan ajarannya.

9. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk
menjalankan pemerintahannya.
PERUNDANGAN TAMADUN INDIA

1.Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan
pentadbiran.

2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab
undang-undang Hindu yang tertua.

3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian
dan kedaulatan undang-undang.

4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana
golongan ini mahir tentang hukum-hakam agama.

5. Zaman Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu
dibaca oleh rakyat.

7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka dan didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

PERLUASAN KUASA TAMADUN INDIA

1. Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu
Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

2. Kejayaan Chandragupta adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor
gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.

3. Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau
berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.

4. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.

5. Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut
adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.

6. Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka menekankan dasar yang lebih lembut dan
terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.

7. Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha

PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN INDIA

1. Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian

2. Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting
termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan
mutiara.

3. Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya
dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.

4. Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di
bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
5. Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;

a) Mengawal harga

b) Mengawal kualiti barangan

c) Mengawal gaji pekerja

6. Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.

7. Syiling emas(dikenali sebagai Dinara), wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang
siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi
yang sistematik.

8. Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan
sejak zaman Maurya.

9. Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu
permata turut berkembang di India.

10. Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang
dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

11. Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China,
Rom dan Sri Lanka.

PENINGAKATAN SOSIAL

PENDIDIKAN TAMADUN INDIA

1. Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik dan berteraskan agama Hindu
adalah untuk manusia menghadap hari selepas mati.

2. Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan
bagi mendalami kitab-kitab Veda.

3. Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk
belajar.

4. Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan
baik pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.

5. Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti
Nalanda pada abad kelima masihi.

6. Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku
agama khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu
agama. Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.

7. Pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat
jawatan dalam kerajaan.
FALSAFAH TAMADUN INDIA

1. Antara falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia ialah falsafah India.

2. Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab veda dan yang
menolaknya.

3. Kitab veda - terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

4. Falsafah bukan aliran veda - bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

SAINS DAN TEKNOLOGI TAMADUN INDIA

1. Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi
dipetik daripada Rig Veda.

2. Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.

3. Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.

4. Ahli matematik India memperkenalkan system nombor, iaitu angka Brahmin(dibaca dari kiri ke
kanan,angka 10 diwakili dengan symbol alfa) angka Kharosti(digunakan pada zaman pemerintahan
Asoka,dikatakan seakan-akan angka Romawi)

5. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana


kaitannya dengan yoga.

SENI BINA TAMADUN INDIA

1. Stupa Besar di Sanchi adalah untuk tujuan keagamaan

2. Masyarakat India berupaya untuk membina binaan yang sangat baik dan lengkap,dilihat pada
binaan Great Bath.

3. Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.

4. Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen
geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat

BAHASA DAN KESUSASTERAAN TAMADUN INDIA

1. Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan Indo –Arya.

- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah
Sanskrit.

- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.

- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.

- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.

- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa
persuratan tamadun ini ialah Sanskrit.
SISTEM SOSIAL TAMADUN INDIA

1. Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

2. Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang
bercampur gaul dengan ahli kasta berbeza.

SUMBANGAN TAMADUN

7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari
ini.

8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan keagamaan dan
kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha (Sanskrit).

Anda mungkin juga menyukai