Anda di halaman 1dari 31

Tamadun India

Topik 8

Bermula di sekitar Mohenjo-Daro di Harappa (kini Pakistan), lembah Sungai


Indus. Tamadun ini berkembang sejak 2,500 SM.

Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan tamadun purba seperti Mesir dan
Babylon.

Mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan


kebendaan, nilai dan kepercayaan.

Bandar besar yang maju telah wujud di tebing Sungai Indus.

Meliputi kawasan tanah hampir satu batu persegi dengan lorong dalam bandar
raya berbentuk 90 darjah.

Tempat mandi awam juga telah ditemui,

Taraf kesihatan yang baik dan terdapat juga sistem tali air yang sempurna.

Tamadun India adalah sama usianya dengan tamadun


China dan ia masih berlanjutan.

Asas sistem undang-undang dan sosial mereka telah


diwujudkan sebelum Rom diasaskan.

Telah ada ahli falsafah India sebelum Socrates dilahirkan.

Pembentukan Tamadun India

Zaman T.I Moden (17501947)

Fasa Pembentukan
T.India
Zaman Pertengahan @ Zaman
Ker. Islam (1000-1756M)

Zaman Lembah Indus


(1500 SM)

Zaman Lembah Indus (1500 SM)

Ditemui di sekitar Lembah Indus .

Pemerintahan pada zaman tersebut yang terdiri daripada kerajaan Vedik,


Maurya, Gupta, Sangam, Palava dan Chola.

Apabila kerajaan tersebut runtuh, tamadun India tidak lagi menyerlah di


Lembah Indus sebaliknya telah berpindah ke kawasan lain terutama di
Gujarat.

Penemuan tembikar merah yang pernah ditemui di Lembah Indus juga ditemui
di Gujerat, begitu juga pelbagai jenis periuk dan benda logam.

Penemuan dari galian di Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga


menunjukkan unsur yang sama dengan tamadun Indus.

Zaman Kerajaan Vedik (dari 1500 SM


hingga 500 SM)

Asal usul orang-orang Indo Arya yang pernah mendiami kawasan antara Poland
dan Asia Tengah.

Kekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah mendorong


kaum ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan selatan.

Muncul satu budaya komposit di kawasan utara India yang dikenali sebagai
Budaya Indo Arya (Budaya Vedik ).

Pertanian merupakan aktiviti utama orang Indo Arya terutamanya tanaman


bijirin iaitu barli dan gandum.

Kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang Indo Arya


menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber susu.

Nelayan, tukang dobi, penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul,


pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang.

Zaman Vedik yang terkemudian (dari 600 SM hingga 320 SM) ialah penubuhan
sebuah republik dan negeri beraja di kawasan utara India.

Membawa sejarah tamadun India ke satu tahap yang penting.

Pemerintahan secara republik pada zaman kerajaan Vedik terletak di kawasan


kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab, manakala negeri yang
mengamalkan sistem beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.

Corak pemerintahan dibuat dalam bentuk kerjasama antara pihak kerajaan


dengan rakyat.

Sumber pendapatan sesebuah republik adalah daripada cukai tanah,


perindustrian dan perdagangan.

kemunculan
Muncul pemimpin dan pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks seperti
Siddharta Gautama (Buddha ) daripada puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira).

kerajaan Magadha dan Bimbisara dikatakan sebagai zaman keemasan bagi


zaman Vedik kerana rajanya merupakan seorang yang gigih serta berwawasan
politik.

Kegemilangan zaman Vedik tidak dapat bertahan lama apabila berlaku


perebutan kuasa dan wilayah jajahan antara rajanya.

Zaman Kerajaan Maurya (dari 321 SM


hingga 185 SM)

Empayar Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai kebanyakan


kawasan di India

Pengasas empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya dan menjalankan dasar


perluasan kuasa dengan menakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India.

Di bawah pemerintahan Asoka sistem Buddhisme disusun semula semasa Majlis


Buddhis Ketiga bersidang di Pataliputra pada tahun 250 SM.

Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang agama Buddha ke


kawasan lain di India dan ke luar India.

Asoka telah menghantar utusan diplomatik dan agama ke Syria ( Antiochus II Theos
dari 260 SM hingga 246 SM), Mesir ( Ptolemy III Philadelphus dari 285 hingga 247
SM), Macedonia ( Antigonus Gonatus dari 276 SM hingga 239 SM), Cyrene ( Magas )
dan Epirus ( Alexander ).

Kemerosotan Empayar Maurya (dari 200 SM hingga 300 Tahun Masihi) bermula
dengan peristiwa politik yang lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah.

Zaman Kerajaan Gupta (dari 300 Masihi


hingga 600 Masihi)

Zaman ini digelar sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu
semakin kukuh di kawasan utara India.

Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan
seorang puteri Lichchavi mengambil gelaran Maharajadhiraja .

Meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja di timur dan selatan tunduk serta
membayar ufti.

Mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep Devaraja dan Asamedha

meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran yang cekap.

Bandar pada zaman Gupta dirancang dengan baik kerana mempunyai jalan raya yang
teratur, sistem perparitan yang baik, saluran bekalan minuman, sistem pembuangan najis
yang teratur dan tempat mandi yang sempurna.

Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara dibahagikan kepada empat buah
kerajaan.

Kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8 tetapi kemudian menghadapi
serangan dari orang Arab.

Zaman Kerajaan Sangam (dari 300 SM


hingga 200 Masihi)

Lahir di India Selatan

Rekod kesusasteraan Sangam memberi gambaran jelas tentang peristiwa


politik.

Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara


melalui kawasan Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan
dengan negara barat seperti Romawi dan Greek.

Chola mengendalikan perdagangan Lautan India, membina kapal besar dan


kecil yang digunakan dalam pelayaran ke rantau Asia Tenggara.

Wujud pelabuhan atau pangkalan kapal, dermaga, menara api, pejabat.

Kapal Yavana (dari Asia Barat dan Laut Mediterranean) berlayar ke


Kaveripattinam untuk berdagang atau bertukar barang (barter ) mereka
dengan barangan dari Asia Tenggara dan China.

Zaman Kerajaan Pallava (dari 600 M


hingga 900 Masihi)

Terbentuk di selatan India selepas zaman Sangam dan dikatakan zaman gelap.

Namun begitu, terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah
menguasai India Selatan

Memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan mementingkan bahasa


Sanskrit.

Menggalakkan kegiatan agama Buddha dan penyair Buddha telah mendapat


layanan yang baik

Kerajaan Pallava dan Pandya berkembang serta mengusir golongan Kalabhra.

Walaupun zaman Kalabhra digelar zaman gelap terdapat beberapa sumbangan


penting yang berlaku.

Dipercayai karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil
seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli telah disusun pada zaman ini.

Zaman Kerajaan Chola (dari 850 SM


hingga 1200 SM)

Zaman ini dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri.

Chola merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah
di kawasan yang dikenali sebagai Rayalaseema .

Kerajaan Chola muncul semula daripada kemerosotan dan berkembang


menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun.

Kerajaan Chola melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya


sehingga meliputi seluruh kawasan India Selatan.

Pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil, reklamasi tanah,
menggalakkan kerja talian air, menyelenggarakan sekolah dan hospital.

Menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Kepulauan Melayu


dan negeri lain di rantau Asia Tenggara.

Sejarah dan empayar Chola telah berakhir pada kurun ke-13.

Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan


Islam (dari 1000 M hingga 1756 M)

Negara India telah memasuki zaman baharu iaitu zaman yang ditandai dengan
pengaruh Islam ke atas masyarakat India sebaik hancurnya empayar Chola
Hindu.

Ia meliputi kesultanan Delhi, Dinasti Khilji, Tughluq, Sayid, Lodi dan Babur
atau Mungal.

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu:

Hubungan pedagang Arab dengan penduduk India dari kawasan pantai di


India Selatan yang menyebabkan mereka memeluk agama Islam sehingga
tahun 1000 SM

Penerimaan Islam selepas penaklukan mula berlaku selepas kumpulan


Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai kawasan di India
dan menubuhkan kesultanan mereka.

Selepas Dinasti Lodi, tampuk pemerintahan India telah disambung oleh Dinasti
Mughal.

Kerajaan Mughal sangat masyhur di bawah pemerintahan Genghis Khan dan


Akhbar (1526 M) yang mencakupi wilayah dari Khasmir di Utara hingga Deccan
di Selatan India.

Bagi mengelakkan sebarang konflik dengan etnik Hindu, Akbar telah


memansuhkan cukai jizyah, membina dan memulihara kuil Hindu serta
memberi kebebasan dalam hal yang berhubung dengan agama dan budaya.

Begitu juga dengan agama Islam, diberi kebebasan bagi masyarakat India
memeluk dan mengamalkannya.

Selepas Akhbar, politik dan kerajaan India telah dipegang Jahangir (dari 1605
M hingga 1627 M).

zaman pemerintahan Shah Jahan (dari 1628 M hingga 1658 M) yang tidak
membenarkan pembinaan kuil Hindu.

Pemerintahan Aurangzeb (dari 1658 M hingga 1707 M).

Kedatangan Islam ke India juga telah melahirkan tamadun baharu India yang
unik dengan integrasi unsur Islam, Hindu, Jaina dan Sikh.

Zaman Tamadun India Moden (dari 1750


M hingga 1947 M)

Zaman ini ialah zaman era penjajahan British ke atas India sehinggalah ke
zaman kemerdekaan India serta zaman bermulanya pembahagiaan wilayah
Hindu dan Islam.
Mengubah tamadun India kepada kehidupan yang lebih moden.

Penaklukan tentera British hanyalah satu pertiga negara India sahaja dan
selebihnya negara India tidak dapat dijajah kerana wilayah tersebut
mengamalkan sistem beraja.

Kerajaan British telah menggunakan dasar Pecah dan Perintah dengan


membahagikan India kepada tiga residensi; wilayah Bombay di Barat, Madras
di Selatan dan Benggal di Timur.

Zaman Tamadun India moden pada ketika itu kerana penguasa British telah
memperkenalkan dasar, sistem dan amalan British.

Pada awal kurun ke-19 M, pihak British telah memperkenalkan revolusi


perindustrian dan dasar perdagangan dengan membawa masuk mesin
pembuatan dan barangan dari England untuk dipasang dan dipasarkan di India.

kerajaan British tidak menghiraukan sensitiviti bahasa, budaya, adat tradisi


dan agama orang India

Tindakan penjajah British yang banyak mencampuri urusan kehidupan rakyat


India telah menyebabkan kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India.

Kemuncak daripada itu lahirlah pertubuhan Indian National Conggress (1885 M)


yang diketuai oleh Mahatma Gandhi .

India telah mendapat kemerdekaan melalui persetujuan pembahagian India


kepada dua negara, India diperintah oleh orang Hindu dan Pakistan ditadbir
oleh orang Muslim.

Nilai Tamadun India


Sistem kekeluargaan
Perpaduan

Nilai & Kepercayaan


yang membentuk T. India

Satya

Ahimsa

Karma

Dharma

Kepercayaan kepada
Tuhan

Dharma

Menandakan sifat benar individu dan masyarakat.

Berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu
wujud atau berlaku).

Dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi


menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa.

Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang


mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu


kumpulan seperti vamadharma (bagi vama ), jatidharma (bagi jan ),
rajadharma (bagi raja) dan stridharma (bagi isteri

Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang


pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan
kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu.

Kepercayaan Kepada Tuhan

Dalam karya Upanishad, konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam


dan dikenali sebagai Brahman .

Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna
(tanpa aspek).

Brahman ialah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara


dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua
makhluk dan yang tinggal di dalamnya.

Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan


kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifatnya.

Nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti


tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau
berbau dan sebagainya.

Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan
tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya
dalam kelahiran semula ( Reincarnation).

Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya


Karma dan perbuatan sebaliknya mengumpulkan Pava Karma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama Karma atau membuat kerja tanpa


menginginkan hasil daripada kerja itu.

Mengesyorkan Karma Yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan
daripada kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja
dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan apa jua pun
balasan.

Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur


Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

Ahimsa

Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman.

Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari


kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi dan keinginan,
beransur- ansur melepaskan diri daripada ikatan kepada badan.

Menurut Mahatma Gandhi , kuasa Ahimsa merupakan instrumen untuk


mengubah individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk
kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan.

Beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan simpati
kerana mereka merupakan mangsa kuasa jahat. Seseorang haruslah melawan
dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi supaya dapat
mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

Satya

Satya ialah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal


abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semula jadi semua manusia.

Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi


dan kewujudannya dirasai oleh manusia,

Satya juga dianggap sebagai kuasa kebaikan

Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,


tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti
mutlak atau Tuhan.

Mahatma Gandhi telah menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik.

Perpaduan
Negara

India mengandungi masyarakat daripada


pelbagai kaum dan agama dan adalah penting
kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan
erat dan keharmonian masyarakat.

Sejarah

India menggambarkan pemerintah


mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.

Sistem Kekeluargaan

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu:

Ashrama Dharma Tahap yang harus dilalui oleh manusia

Purusartha Empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan:

Aramldharma= Diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang


mementingkan moral dan etika. Ianya merupakan objektif yang utama dalam
kehidupan ini.

Porullartha = kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari


dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal

Inbamlkama = orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati


kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah
untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga

Vidulmoksha = pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang


menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara
duniawi. Mereka melakukan kerja amal di samping menyebarkan ajaran agama.

Ciri-ciri Utama Tamadun

Ciri-ciri utama dalam tamadun India bersumberkan kepada pengaruh


Hinduisme dan Buddhisme mengenai amalan yang menjadi teras dalam
kehidupan seharian masyarakat India.

Secara ringkasnya unsur utama tamadun India adalah seperti yang berikut:

Sistem Pemerintahan

Pentadbiran Wilayah

Agama Ilmu Sains dan Matematik

Bahasa dan Sastera

Seni Bina Hindu

Kemasyaakatan dan Kekeluargaan.

Keistimewaan Tamadun India


a)

Kemampuannya bertahan ribuan tahun serta dapat


mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak
mengalami perubahan.

b)

Pengaruh agama yang menjadi asas pembentukan


terutamanya agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam.

c)

Penguasaan tradisi pra-Arya dan kelangsungannya dengan


pembentukan Tamadun India yang baru.

Hubungan Tamadun India Dengan


Tamadun Negara Lain

India juga mempunyai hubungan dengan negara luar seperti Greek, Rom
Mesopotamia, Parsi, bahagian tengah Asia, Burma, China, Sumatera, Jawa dan
Tanah Melayu.

Hubungan tamadun India dengan negara seperti ini bermula dengan


pembukaan jalan di genting seperti Genting Bolan dan Genting Khyber.

Hubungan tamadun India dengan tamadun negara lainnya amat jelas melalui
kebudayaan.

Hubungan Tamadun India Dengan


Kebudayaan

Persejarahan India sehingga zaman pertengahan, berlakunya hubungan atau


interaksi antara orang India dengan dunia luar terutama di kawasan rantau
Asia.

Hubungan awal telah bermula sejak zaman sebelum Masihi di mana pedagang
India telah berlayar ke lautan Asia Tenggara untuk mencari kekayaan
termasuklah rempah ratus, kayu-kayan, damar, emas dan sebagainya.

Melalui penemuan arkeologi, cari gali di Arikamedu di Selatan India, Oceo di


Indo-China dan Kuala Selinsing di Perak menunjukkan kesan pusat perniagaan
antarabangsa yang meliputi rantau Asia Tenggara, kawasan India Selatan dan
Empayar Greco-Roman pada permulaan tarikh Masihi.

Inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thai) dan Labu Tuwa (di
Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syarikat perdagangan India di Asia
Tenggara.

Para pedagang India yang mempunyai hubungan perniagaan dengan negara


Asia Tenggara dan Asia Selatan telah membawa budaya, bahasa, sastera, seni
dan agama kepada negara seperti China, Thailand, Malaysia, Indonesia,
Australia hingga ke negara Timur Tengah khususnya negara Arab.

Banyak peninggalan kebudayaan India di negara tersebut khususnya dari segi


bahasa Tamil, agama Hindu, Buddha dan pakaian sari.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan kata dan bahasa di Asia Tenggara


diperkayakan melalui pinjam-meminjam daripada banyak perkataan yang
diadaptasi daripada bahasa Sanskrit , Pali dan Tamil, perkataan raja, tali,
istana dan sebagainya dikatakan diambil daripada bahasa Tamil.

Manakala pengaruh tamadun India melalui kebudayaan juga dapat ditemukan


di China dan Sri Lanka melalui penyebaran agama Buddha sejak zaman
kerajaan Asoka.

Tamat.

Anda mungkin juga menyukai