Anda di halaman 1dari 4

KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN INDIA

India bukanlah sebuah negara yang baru di kenali. Wujudnya India tidaklah pada kemerdekaannya pada tahun 1947, namun sejarah negaranya telah diketahui dan kenali lebih daripada 4500 tahun dahulu dan nama India amat dikenali di seluruh pelusuk benua. Sejarah India bermula dengan tamadun yang terawal yang wujud di Lembah Indus dan ianya adalah Tamadun Indus. Tamadun Indus telah dikatakan membawa kepercayaan Vedik dan Hindu sebagai salah satu asas tradisi dan amalan bagi tamadun itu. Evolusi masa telah membawa kepercayaan ini di dalam kalangan masyarakat India sehingga kini. Peredaran sejarah India dilihat telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa luar yang ingin menjejakkan kaki di India. Zaman Vedik telah menceritakan bahawa munculnya kuasa untuk tujuan peperangan bagi menakluk dan merampas di samping berdagang dan menetap. Kuasa luar yang datang ke India dengan kepentingan masing-masing sepanjang perjalanan sejarah adalah Alexander The Great dari Yunani, Kushanas dari Asia Tengah, Gengkis Khan dari Mongol, pedagang muslim, penceroboh daripada Timur Tengah dan Asia Tengah dan akhirnya perluasan kuasa dari British serta orang-orang Eropah. Tamadun India juga tersebar luas ke kawasan Asia Tenggara. Di samping itu, amalan serta kepercayaan Buddha juga tersebar dengan meluas. Selepas Tamadun Indus, kira-kira 1500 SM, terdapat golongan nomad atau di kenali sebagai orang Aryan mula menetap di hulu Indus, Yamuna, dan Dataran Gangetic. Orang Aryan amat penting kepada sejarah India kerana merekalah yang mula menerima kepercayaan Veda yang merupakan teras kepada agama Hindu. Kepercayaan Veda telah menjadi salah satu amalan yang menyeluruh kepada golongan Aryan kerana ia telah merangkumi kehidupan seseorang. Terdapat falsafah daripada kepercayaan mereka yang telah difikirkan semasa zaman ini iaitu salah satunya adalah epik Mahabarata. Melalui perjalanan golongan Aryan ini, mereka telah mulai membentuk struktur sosial dan politik mereka daripada hidup berpindah randah kepada kehidupan yang menetap. Terdapat golongan pahlawan dari suku-suku kaum dan pemimpin yang memerintah wilayah. Masyarakat di sana juga mulai dibahagi dengan kumpulan-kumpulan keturunan. Antara struktur yang di bentuk adalah sistem kasta dimana kasta yang wujud adalah Brahman atau Ketua Agama, Kasyatriya atau pahlawan atau raja-raja, Vaisyas atau pedagang,petani dan peniaga serta Sudra atau tukang dan buruh. Pada abad ke-6 S.M, empayar dan kerajaan mulai

terbentuk dengan wujudnya raja-raja yang mulai berkuasa. Kerajaan Maghada mulai terbentuk dengan menakluk kerajaan lain dan meluaskan empayar India. Kerajaan Maghada menjalankan sistem monarki dalam pentadbirannya dan sering mengumpul keuntungan daripada negerinegerinya demi pertahanan kerajaannya. Dalam perluasan kuasa, kerajaan ini juga pernah berhadapan dengan kerajaan Parsi. Kejatuhan kerajaan Maghada telah digantikan dengan Dinasti Maurya dengan raja pertamanya adalah Chandragupta Maurya. Beliau telah memperluaskan kuasanya dengan melawan kerajaan Hellenistic yang berada di Punjab dan menakluki semula Afghanistan dan Baluchistan di barat daya. Kesinambungan perluasan kuasa telah disambung oleh cucunya, Ashoka. Beliau berjaya menyatukan kebanyakan benau-benua kecil India termasuklah Pakistan dan Afghanistan kini. Selapas kematian Ashoka, kerajaan Maurya mulai berpecah dan hancur. Dalam fasa kejatuhan Kerajaan Maurya, dan kemunculan Empayar Gupta, India telah menjadi pusat ekonomi yang global kerana berlaku perdagangan dan rangkaian sosial dengan penyebaran agama Buddha seluruh Asia. Perdagangan dengan Empayar Rom telah membawa kepada banyak syiling emas dari Rom ke India. Syiling-syiling ini telah dicairkan dan dibuat semula oleh Kushnas. Pada zaman ini juga, agama Buddha diperluaskan melalui Asia Tengah sehingga ke China. Pada zaman Empayar Gupta, ia dikatakan zaman emas tamadun India kerana masa perkembangan sastera, sains dan seni. Dalam bidang sastera, terdapat puisi yang telah dicipta di samping wujudnya para pemikir dan dialog falsafah. Pada zaman ini juga dilihat dari segi perkembangan sains dan teknologi dalam penggunaan nombor kosong dan titik perpuluhan dalam sistem nombor dan kemudiannya dibawa ke Eropah. Perkembangan sains dan teknologi pada zaman Emapayar Gupta telah dilihat sebagai sumbangan besar kepada matematik moden. Emapayar Gupta jatuh selepas pencerobohan daripada golongan Huns Putih dan mereka berjaya menubuhkan kerajaan. Pada tahun 1526, telah berlaku penaklukan ke atas India daripada orang Islam dan telah mengasaskan Empayar Mogul, yang berpusat di Delhi sehingga 1857. Telah berlaku beberapa kemajuan terhadap India semasa pemerintahan Empayar ini. Antaranya adalah sistem pentadbiran yang bertambah baik dengan pengiraan purata tahunan hasil tuaian bagi tanah-tanah dan kawasan dan menyeragamkannya dalam bentuk peratusan. Selain itu, adanya pembahagian

wilayah kepada daerah. Semasa pntadbiran Empayar Mogul, agama Islam telah di sebarkan di India. Perkembangan di India telah menarik kuasa-kuasa penjajah daripada Eropah yang ingin mengawal beberapa bahagian di India mengikut kepentingan mereka. Tujuan penjajahan berlaku adalah untuk mengeksploitasi ekonomi di India yang dilihat berkembang. Permualaannya adalah perdagangan rempah yang menjadi tunggak pada hubungan perdagangan di antara India dan kuasa Eropah. Selepas Empayar Rom, pedagang daripada Portugis, Vasco da Gama telah menjalinkan hubungan perdagangan secara langsung dengan India dengan memperoleh kebenaran berdagang dalam Bandar Saamoonthiri. Selepas itu, persaingan perdagangan berlaku di antara kuasa-kuasa besar pada awal abad ke-17 yang di antaranya adalah Belanda, England, Perancis, dan Denmark yang mula bertapak untuk bedagang di India. Pada awal abad ke-18, Empayar Mughal dan juga empayar Maratha mulai sampai ke titik noktah kegemilangannya dan negeri-negeri di India muali tidak stabil dan lemah dan semakin mudah di manupulasi oleh pihak luar. Pada abad ke-18, British dan Perancis yang merupakan kuasa besar bersaing untuk mendapatkan pengaruh di India dan menjadikan India sebagai kawasan proksi dan berperang untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka. Sumber utama di India yang diperdagangkan adalah tekstil, batu permata, indigo, sutera, simfoni, rempah dan candu. Beberapa syarikat Hindia Timur daripada kuasa-kuasa besar telah dibina di India untuk menjadi pusat perdagangan. Antara syarikat Hindia Timur yang paling berpengaruh adalah daripada British dan mereka berjaya mewujudkan pemerintahan syarikat dimana segala peraturan dan pemerintahan dirujuk di bawah Syarikat Hindia Timur British. Sistem pentadbiran telah dimulakan pada tahun 1858 yang juga dikenali sebagi British Raj telah dipindahkan kepada Ratu Victoria dan bertahan sehingga tahun 1947. Empayar British-India telah dibahagikan kepada dua negeri yang berdaulat. Antaranya adalah Kesatuan India dan menjadi Republik India dan keseluruhan Pakistan

menjadi Republik Islam Pakistan. Manakala separuh timur kemudiannya menjadi Republik Rakyat Bangladesh. Selepas India memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947, India telah di perintah oleh Jawaharlal Nehru dan semasa pemerintahanya, adalah mengikut sistem barat. Dalam meniti kepada

kebangkitan

sebagai

antara

salah

sebuah

negara

yang mempunyai

ekonomi

yang

memberangsangkan di dunia, India telah meniti gelora dengan bantahan, rusuhan dan pergerakan penyokong pemisah serta penentangan dan penggantungan demokrasi di tambah pula dengan pertelingkahan sempadan yang membawa kepada peperangan. Ini adalah antara faktor-faktor yang membawa kepada keadaan ekonomi yang suram di awal peningkatan India dan di landa inflasi. Pada dekad sejak tahun 1997, India mulai membangun dan tiada lagi berlaku insiden dan juga nasionalisme militant. Hubungan di antara Pakistan juga mulai malap dan telah berlaku tranformasi dalam perkembangan ekonomi India yang tumbuh pada kadar purata 6.9 peratus dan seterusnya meningkat pada 8.5 peratus. Rakyat India di lihat lebih ramai yang keluar daripada kemiskinan. Rakyat di India juga semakin maju kerana di lihat mereka celik perniagaan

sehinggga mampu membuka perniagaan dan mampu mengalahkan Barat. Di samping itu, pengeluaran industry hiburan India, Bollywood juga mampu menandingi barat iaitu Hollywood. Kini India menjadi salah sebuah negara yang kian berkuasa kerana mempunyai banyak kepentingan dalam peringkat antarabangsa, antaranya adalah tenaga nuklear awam, inovasi sains dan teknologi, perkembangan perdagangan dan komersil,serta terlibat di dalam usahasama untuk menstabilkan Asia Selatan. India juga dijangka bakal menjadi salah satu negara kuasa besar yang berpengaruh di masa akan datang dengan kemajuan ekonominya dan pembangunan dan keupayaan ketenteraannya.

Anda mungkin juga menyukai