Anda di halaman 1dari 19

0

1.0 PENGENALAN

Tamadun India merupakan antara tamadun yang paling tertua di dunia


selain China, yang dipercayai bermula sekitar Lembah Sungai Indus. Peradaban India
bermula selepas kedatangan Endoeropah iaitu kedatangan orang Aryan yang telah
membawa pengaruh terhadap peradaban di India. India menerima banyak pengaruh
dan penyerapan idea-idea dari pengaruh luar seperti pengaruh Islam, Yunani dan juga
Parsi.
Ramai sarjana berpendapat bahawa kedatangan Islam ke India sudah
terjalin sebelum kewujudan Nabi Muhammad SAW. Hubungan yang terjalin antara
India dan Islam adalah melalui aktiviti perdagangan. Antara salah satu faktor yang
menyebabkan pedagang Arab datang ke India adalah disebabkan permintaan rempah
di kepulauan. Proses penyebaran Islam mengalami beberapa peringkat. Antaranya
ialah melalui perdagangan, perkahwinan, politik, kemunculan pusat-pusat Islam,
kemunculan pendakwah dan ilmuan Islam

Selain itu, pengaruh yunani di india sangat memainkan peranan yang


penting dalam pembangunan tamadun india itu sendiri. Sebagai contoh pengenalan
dan kemunculan aktiviti-aktiviti dan perkembangan perubatan di india yang telah
dibawa masuk oleh pengaruh yunani itu sendiri. Hal ini demikian kerana masyarakat
yunani amat berkemahiran dalam bidang perubatan oleh itu semasa mereka datang ke
india, mereka telah membawa masuk kemahiran mereka dan disesuaikan dengan
persekitaran di india.

Seterusnya, terdapat juga pengaruh Paris di India. Melalui kedatangan


Parsi ke India dalam tempoh masa telah menyebabkan berlakunya perkembangan
secara meluas ke dalam budaya, seni, bahasa dan lain-lain di India. Pengaruh Parsi ini
ini telah membawa kesan yang mendalam terhadap masyarakat India. Kesan pengaruh
Parsi yang paling dominan kepada tamadun India adalah bahasa, seni dan senibina.
1

Oleh itu, esei ini akan membidas berkaitan pengaruh luar iaitu pengaruh Islam,
Yunani dan Parsi di India.

2.0 SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE INDIA

Kedatangan Islam ke India dipercayai telah melalui dua tahap. Tahap


yang pertama ialah antara abad ke-8 hingga abad ke-10. Pada peringkat pertama,
Islam membawa pengaruhnya ke India melalui aktivti perdagangan yang dibawa
oleh pedagang-pedagang Arab. Kemasukan pedagang Arab ini telah memberikan
kesan dan pengaruh yang agak kuat sehingga telah menarik penduduk di sekitar
itu untuk memeluk agama Islam. Menurut sumber, di kawasan pantai merupakan
1
bukti agama Islam tersebar di India. Tahap kedua pula, dipercayai berlaku
apabila kemasukan kumpulan-kumpulan muslim seperti keturunan Turki, Moghul
ke India. Ketika itu, penakluk-penakluk daripada Turki telah menakluk bahagian
Barat Laut India dan ibu kotanya di Ghaznah, Afganistan. Seterusnya, berlaku
penaklukan oleh tentera Mahmud Al-Ghazawi ke atas India sekitar abad ke-11
dan dipercayai setelah berlakunya penaklukan oleh tentera Mahmud Al-Ghazawi,
barulah terbentuknya kerajaan Islam yang pertama di India iaitu Kerajaan
Subaktigin. Pengaruh Islam kemudiannya diperkuat lagi sewaktu pemerintahan
Kerajaan Moghul.

Namun begitu, terdapat juga sarjana berpendapat bahawa tiada bukti yang
kukuh mengatakan Islam membawa sepenuh pengaruhnya ke India dan
berlakunya asimilasi kepada penduduk kerana tidak semestinya Islam telah
menguasai sepenuhnya India ketika itu dan tidak juga India telah menerima
sepenuhnya budaya yang di bawa oleh orang Islam. 2

2.1 PENGARUH BUDAYA ISLAM KE INDIA DARI SEGI POLITIK


DAN PENTADBIRAN

1
Azhar Hj Mad Aros, Azharudin Mohd Dali. Suffian Mansor. Zulkarnain Abd. Rahman, Titas Kertas 2,
Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 2005
2
Suresh K. Sharma, Usha Sharma , Cultural and Religious Heritage of India: Islam, hlmn 74
2

Pengaruh budaya Islam ke India dari segi politik dan pentadbiran


telah berlaku sewaktu zaman Kerajaan Ghaznawi, yang diperintah oleh
Sultan Mahmud Ghaznawi. Beliau seorang yang tegas, askar yang hebat,
berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sewaktu
pemerintahannya, beliau amat mementingkan kebenaran dan mendorong
baginda memperkenalkan pentadbiran ketenteraan. Baginda juga telah
menggunakan Jihad sebagai medium untuk menyebarkan ajaran Islam di
India sewaktu pemerintahannya. 3

Seterusnya, pengaruh Islam dari segi politik di India dapat dilihat


sewaktu pemerintahan Muhammad Ghori. Muhammad Ghori merupakan
pengasas sebenar empayar Islam di India walaupun berdasarkan sejarah
yang menakluki India pertama adalah Muhammad Bin Qasim, namun
begitu, beliau dikatakan bukan pengasas utama disebabkan beliau gagal
untuk mengukir kejayaan di India sebelum beliau meninggal dunia.4
Pemerintahan Muhammad Ghori berlaku di daerah antara Ghazni dan
Herat. Muhammad Ghori juga dikatakan seorang pemimpin yang berani,
tegas dan bijak dalam menjalankan pentadbiran. Buktinya, terdapat
kejayaan yang diperolehi sewaktu pemerintahannya. Delhi dijadikan
sebagai tempat pusat pentadbiran dan markas untuk ketenteraan. Negeri-
negeri yang berada di bawah taklukannya seperti Anhilwara, Punjab,
5
Tarain juga diharuskan untuk membayar ufti tahunan. Salah satu faktor
yang menyebabkan pemerintahan Islam berjaya bertapak di India sewaktu
pemerintahan Muhammad Ghori ialah di India, terdapat kekurangan
perpaduan politik. Tiada kuasa utama yang kuat ketika itu untuk
menentang Islam, dan India ketika itu juga berada dalam keadaan negeri
yang ditindan oleh kuasa-kuasa luar. Sistem pentadbiran di India ketika itu

3
Vidya Dhar Mahaja, Muslim Rule In India, Punjab University College, New Delhi. 1965, hlmn 47
4
Ibid
5
Ibid
3

juga tidak licin. Sebagai contoh, ketika Rajput sebagai pemerintah, beliau
sememangnya raja yang baik namun terdapat banyak sifat kesukuan yang
menyebabkan India agak mundur ketika itu. 6

Seterusnya, pengaruh budaya Islam terhadap India dapat juga


dilihat sewaktu zaman pemerintahan Akhbar yang merupakan pemerintah
untuk Kerajaan Moghul. Perkembangan politik Kerajaan Moghul
dimulakan dengan pemerintahan Babur, seterusnya pemerintahan
Humayun dan seterusnya pemerintahan sultan Akhbar. Sultan Akhbar
dilantik untuk menjadi pemerintah sewaktu beliau berusia 13 tahun. Ketika
zaman pemerintahan Akhbar, telah menunjukkan banyak pengaruh Islam
disebarkan di India. Antaranya ialah prestasi politik gemilang sewaktu
zaman Sultan Akbar dan beliau telah berjaya menyatukan berbagai daerah
di India dalam kesultanan Moghul. Kegigihan dan kegagahan pasukan
perang Akbar akhirnya berhasil untuk menaklukan satu demi satu kerajaan
7
di India. Selain itu, aspek pentadbiran Kerajaan Moghul di India telah
menekankan pentadbiran awam dan pertahanan digabungkan dengan
mewujudkan satu sistem mansabdari. Sistem mansabdari ini merupakan
asas pentadbiran awam dan tentera di India. Sistem ini telah
8
diperkenalkan oleh Akhbar yang dipinjam dari Persia. Dalam sistem
mansabdari ini juga terdapat mansabdar yang merupakan ketua yang
dilantik untuk menjalankan pentadbiran dan merektrut tentera.

Seterusnya, pemerintahan di Kerajaan Moghul diperkukuhkan lagi


sewaktu pemerintahan Aurangzib Alamgir apabila semakin banyak
wilayah yang dikuasai. Beliau telah berhasil memperluas kekuasaan di
India secara utuh melebihi daerah yang berhasil ditaklukan Sultan Akbar.
Kekuasaan pada era pemerintahan Aungrazib juga dikatakan merupakan

6
Ibid,
7
Supardi, Perkembangan dan peninggalan dinasti moghul di india 1525-1857
8
Ibid , Muslim Rule In India, , hlmn 110
4

antiklimaks pemerintahan Moghul di India. Namun begitu, selepas


kematiannya kekuasaan Moghul terus mengalami kemunduran disebabkan
berlakunya konflik saudara dari anak-anak Aungrazib.

2.2 PENGARUH BUDAYA ISLAM KE INDIA DARI SEGI EKONOMI

Islam juga telah memberikan pengaruh kepada India dari segi


ekonomi. Dari segi ekonomi, zaman pemerintahan Kerajaan Moghul
menunjukkan banyak pengaruh yang disebarkan di India. Kerajaan
Moghul telah mencatatkan dalam sejarah banyak kegemilangan pengaruh
budaya Islam ke India termasuklah bidang ekonomi. Antaranya ialah
kerajaan Moghul telah memperkenalkan sistem zamindari. Sistem ini
merupakan sistem pentadbiran tanah yang diperkenalkan ketika zaman
pemerintahan Akhbar. Zamindar iaitu ketua akan dilantik untuk
mengendaikan tanah setempat seterusnya bertindak untuk mengutip cukai.
Kesan daripada sistem ini, telah menggalakkan tanah semaksima yang
mungkin supaya hasil tanah dapat ditingkatkan.

Selain itu, antara pembaharuan yang diperkenalkan oleh Akhbar


dalam bidang ekonomi ialah beliau telah menghapuskan Jizya. Sistem
Jizya telah wujud sebelum pemerintahan Akhbar. Sistem ini jelas telah
menujukkan keburukan terutama dari segi persepsi masyarakat bukan
Islam terhadap Islam. Maharaja Akhbar sangat membenci sistem Jizya
kerana membebankan masyarakat India dan menyebabkan masyarakat
India terutama bukan Islam memandang buruk terhadap raja-raja Islam di
India. 9

Secara analisanya, sistem zamindari dan sistem Jizya merupakan


antara pengaruh budaya Islam ke India. Namun begitu, sistem Jizya telah

9
Sri Ram Sharma, The Religious Policy of The Mughal Emperors, Asia Publishing House, London. Third
Edition, 1972. Hlmn36
5

dihapuskan oleh Maharaja Akbar untuk mengembalikan keyakinan kepada


masyarakat India terhadap Islam.

2.3 PENGARUH BUDAYA ISLAM KE INDIA DARI SEGI SOSIAL

Terdapat juga pengaruh budaya Islam ke India dari segi sosial.


Semenjak Islam masuk ke India, pengaruh utama adalah yang menjadi
fokus ialah untuk mengatasi masalah penghapusan kasta yang telah wujud
sekian lamanya. Islam tidak mengenal kasta, oleh itu menyebabkan
sebahagian masyarakat Islam di India terutama pada kasta rendah,
kedatangan Islam disambut dengan hati yang terbuka. Perubahan yang
ketara ialah berlakunya kesetaraan gender. Keberadaan kaum wanita yang
selama ratusan tahun menjadi kelompok kelas dua telah diangkat selepas
kemasukan Islam di India. Selain itu, upacara Sati juga dihapuskan,
terutama pada zaman pemerintahan Maharaja Akhbar. Mahajara Akhbar
10
telah menghapuskan upacara Sati yang telah wujud pada zaman Rajput.
Menurut Akhbar, sistem itu seakan menyeksa golongan wanita kerana
golongan wanita yang haruslah turut sama terjun ke dalam api bersama
arwah suaminya.

2.4 PENGARUH BUDAYA ISLAM KE INDIA DARI SEGI SENI BINA

Selain itu, Terdapat juga pengaruh budaya Islam ke India dari segi
seni bina. Terdapat campuran gaya India dan Islam. Secara umum,
sebelum kedatangan Islam ke India, aspek seni bina di India telah
menerima pengaruh daripada barat, asia tengah, utara afrika dan
sebagainya. Namun begitu, pada era pemerintahan Delhi, penguasaan seni
bina Islam telah tersebar. Dipercayai juga bahawa idea-idea seni bina
Islam kebanyakannya datang daripada idea pemerintah-pemerintah itu
sendiri. Pemerintah-pemerintah Islam telah menggabungkan unsur-unsur
Islam dan Hindu dalam mencipta sesuatu bangunan untuk masyarakat

10
Ibid, Muslim Rule In India,. hlmn 117
6

India. Antaranya yang paling terkenal ialah Taj Mahal yang dibangunkan
dan dicipta oleh Syah Jahan, pemerintah untuk kerajaan Moghul.

Zaman Moghul merupakan zaman kemuncak perkembangan seni


bina Islam di India. Pada era pemerintahan Maharaja Akhbar, baginda juga
telah menyumbang kepada perkembangan seni di India. Akhbar cuba
mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu dengan mewujudkan
11
masjid dan istana di Kota Agra. Seterusnya, pada zaman pemerintahan
Syah Jahan, dipercayai pada era ini berlakunya kemuncak perkembangan
seni bina Islam di India. Antara kejayaannya ialah membina Taj Mahal.
Pada tahun 1631, permaisurinya Mumtaz-i-Mahal meninggal dunia. Oleh
sebab begitu cintanya pada isterinya, Shah Jahan membina projek makam
Mumtaz Mahal yang artinya mutiara istana yang dibangun tahun 1631-
1648 dengan melibatkan 20.000 pekerja. Bangunan makam tersebut
dilengkapi dengan masjid dan taman. Kemashurannya sampai di penjuru
benua, dan saat ini merupakan salah satu keajaiban dunia. 12

Secara analisanya, pengaruh seni bina Islam terhadap India dapat


disaksikan melalui pembinaan seperti Masjid yang berunsurkan Islam.
Secara tidak langsung, Islam telah tersebar dan bertapak kukuh di India
melalui pengaruh seni bina.

Kesimpulannya, sepanjang pemerintahan Islam di India telah


menunjukkan banyak sumbangan Islam terhadap pembinaan tamadun
India. Sebagai contoh Islam telah tersebar melalui pengaruh politik dan
pentadbiran, ekonomi, sosial, dan juga seni bina. Kesan daripada
pengaruh-pengaruh tersebut juga telah menyebabkan ramai masyarakat
India yang memeluk agama Islam hingga dipercayai Islam menjadi agama
kedua terbesar di India.

11
Supardi, Perkembangan dan peninggalan dinasti moghul di india 1525-1857, hlmn 16
12
Ibid
7

3.0 PENGARUH YUNANI DI INDIA

Sebelum kedatangan perubatan Islam di India Tamadun Yunani


terlebih dahulu memainkan peranan dalam memperkenalkan sistem perubatan
bermula daripada pengaruh tamadun kuno. Unsur pengaruh kuno ini kebanyakannya
berasal daripada ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hipocrates dan juga
amalan-amalan perubatan daripada tamadun India dan China.13 Pengaruh-pengaruh
kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam dan dibentuk
dalam acuan yang sejajar dengan prinsip-prinsip Islam.

Perubatan Unani atau Unani-tibbor juga dikenali sebagai perubatan


Yunani. Perubatan Yunani adalah satu bentuk perubatan tradisional yang diamalkan
secara meluas oleh orang Islam.14 Ia merujuk kepada tradisi perubatan Graeco-Arab,15
yang berasaskan ajaran pakar perubatan Yunani Hippocrates, dan doktor Roman
Galen, dan berkembang menjadi Sistem perubatan rumit oleh pakar perubatan Arab
dan Parsi, seperti Rhazes ( al-Razi), Avicenna (Ibn Sena), Al-Zahrawi dan Ibn Nafis.
Perubatan Unani adalah berdasarkan kepada konsep empat humor. kahak (Balgham),
darah (Dam), hempedu kuning (Safra ') dan hempedu hitam (Sauda')16

Etimologi Perkataan Unani atau Yunani berasal dari Ἰωνία (Ionia) atau
Ἰωνίη (Iōníe) perkataan Yunani, nama tempat diberikan kepada sebuah kawasan
pantai penduduk Greek Laut Ionia. Walaupun sejarah mengatakan yang penyembuhan

13
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi ,”Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam
Dan Sains”, Perpustakaan Negara Malaysia, 2003,
14
B. V. Subbarayappa, Centre for Studies in Civilizations, Project of History of Indian Science, Philosophy
and Culture, New Delhi, 2001, Hlmn. 298-325.
15
Hakim Syed Zillur Rahman “Unani Medicine in India: Its Origin and Fundamental Concepts “, History
of Science, Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. IV Part 2 (Medicine and Life Sciences in
India),
16
Poonam Bala, “ Medicine and Medical Policies in India: Social and Historical Perspectives”, Rowman &
Littlefield Publishers. INC. 2007, Hlmn 3,4.
8

Unani terkenal dan dapat dikesan sepanjang jalan kembali ke perubatan iran kuno,
pengetahuan asas perubatan Unani sebagai sistem penyembuhan telah dibangunkan
oleh sarjana Islam Hakim Ibn Sina (dikenali sebagai Avicenna di barat) dalam
ensiklopedia perubatannya The Canon of Medicine.17 kira-kira bertarikh pada AD
circa1025,18 apabila Ibn Sina menulis Qanun perubatan Persia. Ketika Ia terutamanya
dipengaruhi oleh Yunani dan perubatan Islam,19 beliau juga telah dipengaruhi oleh
ajaran perubatan India Sushruta dan Charaka.20 Perubatan Unani mula tiba di India
sekitar abad ke-12 atau abad ke-13 dengan penubuhan Delhi Kesultanan (1206- 1527)
dan pemerintahan Islam lebih meluas di North India dan kemudiannya berkembang di
bawah Mughal Empire.21 Alauddin Khilji (1296-1316) mempunyai beberapa pakar
perubatan Unani terkenal (Hakims) di mahkamah diraja.22 Pada tahun yang
mendatang naungan diraja ini bermakna perkembangan amalan Unani di India, tetapi
juga sastera Unani dengan bantuan India pakar perubatan Ayurveda.23

Kesusasteraan klasik Unani terdiri daripada beribu-ribu buku dan


mengandungi pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam semua aspek
perubatan. Menurut perubatan Unani, pengurusan apa-apa penyakit bergantung
kepada diagnosis penyakit. Dalam diagnosis, ciri-ciri klinikal, iaitu, tanda, simptom,
ciri-ciri makmal dan Mizaj (perangai) adalah penting.

17
Unani Medicine in India during 1901 -1947 by Hakim Syed Zillur Rahman, Studies in History of
Medicine and Science, IHMMR, New Delhi, Vol. XIII, No. 1, 1994, Hlmn. 97-112
18
Hakim Syed Zillur Rahman, “Unani Medicine In India During 1901–1947”, IHMMR, New Delhi, Vol.
XIII, No. 1, 1994, Hlmn, 97-112.
19
Hakim Syed Zillur Rahman, “Arab Medicine During The Ages”, IHMMR, New Delhi, Vol. XIV, No. 1-
2, 1996, Hlmn 1-39
20
Hakim Syed Zillur Rahman, “Interaction With China And Central Asia In The Field Of Unani
Medicine”, Vol. III Part 2 (India’s Interaction with China, Central and West Asia), Delhi, 2002, Hlmn. 297-
314
21
Poonam Bala, “ Medicine and Medical Policies in India: Social and Historical Perspectives”, Rowman &
Littlefield Publishers. INC. 2007, Hlmn 3,4.
22
Hakim Syed Zillur Rahman, “ Indian Hakims: Their Role In The Medical Care Of India, History Of
Science, Philosophy And Culture In Indian Civilization,” Vol. IV Part 2 (Medicine and Life Sciences in
India), New Delhi, 2001, Hlmn. 371-426
23
Bala, Poonam , “Medicine And Medical Policies In India: Social And Historical Perspectives”, Lexington
Books,2007, Hlmn 45.
9

Sebagai satu bentuk alternatif perubatan, Unani telah menemui sumber


perubatan di India di mana sumber tersebut seperti Roghan Baiza Murgh (Egg Oil)
dan Roghan Badaam Shirin (Almond Oil) produk popular yang biasa digunakan untuk
rawatan rambut. Pengamal Unani diiktiraf sebagai doktor yang berkelayakan di India,
kerana kerajaan meluluskan amalan mereka. perubatan Unani adalah sangat dekat
dengan Ayurveda. Kedua-duanya berdasarkan teori kehadiran unsur-unsur (di Unani,
mereka dianggap sebagai api, air, tanah dan udara) dalam tubuh manusia. (Unsur-
unsur, dikaitkan dengan ahli falsafah Empedocles, ditentukan cara berfikir di Eropah
zaman pertengahan.) Menurut pengikut perubatan Unani, unsur-unsur ini terdapat di
dalam cecair yang berbeza dan kira-kira mereka membawa kepada kesihatan dan
ketidak seimbangan mereka membawa kepada ketidaksihatan.

Ini dapat dibuktikan apabila teks perubatan Yunani telah dihantar dan
diterjemahkan di ibu'Abbasid di Baghdad pada abad ke-9 dan ke-10, mereka
membuka jalan untuk sumber perubatan bahasa Arab yang dibina dari teori Greek
humoural (empat humor: darah, kahak, hempedu kuning, dan hitam hempedu; dalam
bahasa Arab: empangan, balgham, ṣafrā' dan sawdā'). Yang paling terkenal daripada
sumber-sumber ini adalah Ibn Sina iaitu Qanun, perkataan Latin untuk Qanun ialah
Avicenna Canon.24 Qanun sering dinamakan sebagai asas apa yang dikenali sebagai
Yunani Tibb, atau perubatan Greek, mendengarkan kembali kepada penggunaannya
teori humoural Greek sebagai asas etiologi, diagnosis, dan rawatan. Dengan
pergerakan dan penghantaran teks seperti Qanun, kajian dan amalan Yunani Tibb
berkembang dan disesuaikan dengan persekitaran baru.

Apabila Yunani tiba di Asia Selatan, golongan ulama dan golongan


intelektual melarikan diri dari pencerobohan Mongol abad ketiga belas membawa
bersama mereka pengetahuan perubatan berdasarkan sumber-sumber Arab, bermula
satu tradisi perubatan yang akan menyesuaikan diri dan berkembang maju dari zaman

24
Sandra Harding,”The Postcolonial Science and Technology Studies Reader”, Duke University
Press,2011, Hlmn 378.
10

Kesultanan Delhi (1206-1516) ke dalam hari moden. Pengetahuan al-Tibb al-Nabawi


juga disertai para ulama ini ke India.

Satu kajian manuskrip Yunani dan penerimaan mereka memberikan


gambaran yang lebih jelas bahawa campuran Yunani Tibb dan al-Tibb al-Nabawi
semasa tempoh yang lebih awal sebagaimana empayar Mughal, menunjukkan bahawa
badan-badan yang berbeza pengetahuan sebenarnya berinteraksi.

Adalah jelas bahawa perubatan Arab awal dijelaskan oleh Rasulullah,


dan diamalkan sebelum dan semasa hayatnya, adalah sangat hidup dan berpengaruh
sepanjang zaman Yunani pengeluaran manuskrip perubatan dan belajar di India.
Rawatan yang dijelaskan dalam al-Kirmani yang Syarh perlu mengingatkan pembaca
nasihat perubatan nabi sendiri. Beliau mungkin telah menulis pemikiran ini jawatan
sebagai pembantu memori, untuk pembaca masa depan teks, atau untuk menekankan
manfaat ubat-ubatan ini. Apapun alasan di sebalik catatan ini, margin Yunani
manuskrip khusus ini menunjukkan bahawa terdapat kesedaran tentang al-Tibb al-
Nabawi dalam kajian Yunani Tibb, dan kedua-dua tidak sama sekali saling
eksklusif.25
Kesan pengaruh yunani terhadap peradaban india adalah india menjadi
antara pusat perubatan yang terkenal sehingga kini. India juga mempunyai tenaga
kerja yang besar pakar berkemahiran teknikal dalam kesihatan dan bidang berkaitan
dan asas penyelidikan yakin yang bersama-sama dengan generasi baru pentadbir sains
dan perancang, bergelut dengan statistik kesihatan yang suram dan dengan kawalan
penduduk. perubatan di india mempunyai kilang sejarah yang panjang dan produk
semula jadi berasaskan rumusan perubatan dan prosedur pembedahan telah diamalkan
selama berabad-abad di bawah ayuverda dan sistem Yunani greek berdasarkan dan ini
ditambah perkhidmatan perubatan indian yang disusun dengan baik dalam tempoh raj
british diikuti dengan peningkatan eksponen di sekolah perubatan selepas
kemerdekaan

25
Sandra Harding,”The Postcolonial Science and Technology Studies Reader”, Duke University
Press,2011, Hlmn 378.
11

Kesan seterusnya pula dari segi pendidikan dan pengiktirafan di India,


terdapat 40 kolej perubatan Unani di mana sistem Unani perubatan yang diajar.
Selepas lima setengah kursus tahun, graduan dianugerahkan BUMS (Sarjana Muda
Unani Medicine dan Surgery). Terdapat kira-kira lapan kolej perubatan Unani mana
ijazah lanjutan (Mahir-e-Tib dan Mahir Jarahat) sedang diberikan kepada BUMS
doktor. Semua kolej ini bergabung dengan universiti terkenal dan diiktiraf oleh
kerajaan .Dalam India, Majlis Pusat Perubatan India (CCIM) suatu badan berkanun
yang ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Jabatan Ayurveda, Yoga dan Naturopati,
Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH),

4.0 PENGARUH PARSI DI INDIA DAN KESANNYA


Parsi atau Persian adalah salah satu daripada dua komuniti Majusi
dimana yang selebihnya adalah Iranis yang kebanyakannya terletak di India dan
beberapa lagi di Pakistan. Pada awal Parsi di India adalah hubungan dinasti Sassania
Parsi pada zaman Gupta. Tempoh Sassania di Parsi adalah pada 226-651 AD dimana
ianya bertepatan dengan tempoh Gupta iaitu pada 308-651 AD di India. Boleh dilihat
raja-raja Sassania mengekalkan hubungan dengan Patliputra iaitu pada empayar
Gupta dan nama-nama seperti Pulakesin, penguasa Deccan telah dikenali di Parsi.
Boleh dilihat juga antara Persia dan India telah menjadi kebiasaan untuk bertukar-
tukar kedutaan.26

Namun dinasti Sassania telah berakhir berikutan Parsi telah kehilangan


pertempuran Qudisiyah pada 637 AD kepada tentera Arab Islam. Parsi berhijrah dari
Greater Iran ke Sindh dan Gujarat, di mana mereka diberi perlindungan untuk
mengelakkan penganiayaan berikutan penaklukan Arab di Persia. Menurut tradisi
Parsi, mereka menghabiskan sembilan belas tahun di pulau Diu, selepas itu mereka
belayar lagi dan mendarat di Sanjan iaitu di pantai barat India, 100 batu ke utara

26
Abdul Amir Jorfi, Iran and India: Age old Friendship, India Quarterly, 1994, hlmn. 71.
12

Bombay pada A.D. 636 dimana tidak dapat dipastikan tarikh yang tepat. 27 Kebenaran
untuk menetap telah diberikan oleh Jadhav Rana iaitu Penguasa Hindu. Orang Parsi
yang tidak dikenali dan baru tiba di India tersebut dipanggil sebagai Parsis kerana
untuk menunjukkan dari rantau mana mereka datang. Masyarakat Hindu India pada
ketika itu memberikan layanan yang baik kepada pelarian dari Parsi. Parsis tidak
mengalami penganiayaan dan tidak dalam ketakutan. Mereka dibenarkan untuk
berkembang dan hidup makmur.

Begitulah seterusnya sehingga kedatangan Islam dimana tradisi atau


budaya Arab banyak disebarkan. Hal ini boleh dilihat dimana Aryabhata"s risalah
Aryabhatiyam telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di bawah tajuk Zij-al-
Arjabhar, astronomi-astronomi India seperti Mahendra Suri dan Kamalakara yang
menulis risalah menggunakan pengetahuan Persia, menterjemahkan Sanskrit
berfungsi pada matematik, astronomi, perubatan dan sains lain ke dalam Bahasa Arab,
seni dan seni bina Iran datang untuk dikaitkan dengan Islam di India, muncul
beberapa penyair, tukang dan orang agama menetap di India, serta kitab agama dan
falsafah dari Sanskrit dan Prakrit Hindu dan Jain telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Parsi. Ini termasuk Ramayana, Mahabharata, Upanishad, Bhagavata Gita,
Nalopakhyana (Nala dan Damayanti), Bhagavata Purana, Vishnu Purana, Siva
Purana, Skandha Purana, Vayu Purana, Brahmanda Purana, Brahma Vaivarta Purana,
Harivamsa, Atharva Veda, Yoga Vashishtha, Sankara Bhasya, Atma Vilasa, Amrita
Kunda, Prabodhacandrodaya, Vraja Mahatmya.28

Pada abad ke-16, Iran menyaksikan kebangkitan Dinasti Safavi selepas era
pergolakan dan India melihat kebangkitan Mughal atau Moghul iaitu perkataan Parsi
untuk empayar Monghol. India dan Iran menjadi kuasa besar di bawah kedua-dua
dinasti. Hubungan antara India dan Iran meliputi banyak aspek iaitu politik,
diplomasi, budaya, sastera, perdagangan, dan agama. Naungan budaya Mughal
sentiasa menarik ulama Parsi. Malah, masyarakat Parsi yang berbakat telah diserap

27
Sooni Taraporevala, The Early Years Arrival In India and The Beginnings of a New Life dlm: Parsis -
the Zoroastrians of India, 2000, hlmn. 4.
28
F. Mujtabai , Hindu-Muslim Cultural Relations, NBB publication, 1978, hlmn. 68 – 90.
13

dalam memperkembangkan perkhidmatan empayar Mughal. Hubungan antara rakyat


Safavids dan Mughals telah ditandai oleh perikatan Shah Ismail I dengan Babur dan
persahabatan Shah Tehmasp dan Humayun. Safavids juga menubuhkan mazhab
Shi'its sebagai agama rasmi di Iran.29 Dengan berlaku pelbagai usaha, Parsi menjadi
berpengaruh dalam politik, budaya dan ekonomi empayar Mughal.

Melalui kedatangan Parsi ke India dalam tempoh masa yang lama ini telah
menyebabkan berkembangnya dan meluasnya pengaruh Parsi ke dalam budaya, seni,
bahasa dan lain-lain di India. Pengaruh Parsi ini sememangnya membawa kesan yang
mendalam terhadap masyarakat India. Kesan pengaruh Parsi yang paling dominan
kepada tamadun India adalah bahasa, seni dan senibina.

4.1 Pengaruh Parsi dalam Bahasa

Pengaruh penting sepanjang sejarah hubungan di antara kedua-dua negara adalah


bahasa Parsi yang diperkaya dalam bahasa India. Salah satu interaksi yang terbaik
antara bangsa Iran dan India datang dalam tempoh empayar Mughal. Pada masa ini,
kesan bahasa Parsi telah dilihat pada semua aspek kehidupan orang India seperti
kebudayaan dan bahasa mereka. Dalam masa ini, kita dapat melihat kemunculan gaya
yang baru sastera puisi dan prosa di India. Hal ini dapat dilihat melalui penerangan
Safavi iaitu:

“the interaction of Indo-Iranian cultures also gave birth to a new


language 'Rekhta or Urdu' which is a synthesis of Hindi, Persian and Arabic
words."30

Salah satu bahasa rasmi India di bawah pengaruh bahasa Parsi adalah
bahasa Bengali, atau bahasa rakyat Bengal barat. Pada awal abad ke-13, Bengal
telah ditawan oleh pemimpin Islam iaitu Ikhtiyaruddin bin Mohammad Bakhtiar
Khilji. Dari tempoh ini, rakyat Bengal telah menerima budaya baru. Orang
Bengali cuba untuk belajar bahasa baru iaitu bahasa Parsi itu sendiri. Oleh itu,

29
Riazul Islam, Indo-Persian Relations, Iranian Culture Foundation, 1970, hlmn. 5, 185.
30
Ali Akbar Khansir dan Nasrin Mozafari, Persian Language Influence on Indian Languages dlm: The
Impact of Persian Language on Indian Languages, 2014.
14

beberapa perkataan Parsi, frasa dan istilah telah diperkaya dalam bahasa mereka.
Peranan bahasa Parsi adalah amat penting dalam kemajuan puisi Bengali dimana
boleh dilihat beratus-ratus perkataan Parsi dalam puisi Bengal. Walaupun selepas
kewujudan peraturan Islam di kawasan itu. cerita dan penyair beberapa buku-buku
Parsi terkenal telah diterjemahkan ke dalam bahasa Bengali seperti Laila dan
Majnu, Hafiz Shirazi iaitu seorang penyair yang hebat dalam kesusasteraan Iran
dan sangat terkenal seluruh dunia, Yusuf dan Zulaikha, dan lain-lain.

Salah satu bahasa rasmi masyarakat India yang telah meminjam sejumlah
besar kata-kata dan frasa dan simpulan bahasa Parsi adalah bahasa Urdu. Bahasa
Urdu dilahirkan daripada interaksi antara Parsi dan Hindi dan bahasa Arab. Bahri
menyatakan bahawa:

“the most important influence of Persian on Hindi, it has been recognized,


was the growth and development of Urdu language and literature”31

Berdasarkan sejarah, perkataan Urdu telah berasal dari istilah Turki yang
telah digunakan oleh stesen tentera semasa tempoh pemerintahan Mughal di
India. Bahasa Urdu adalah daripada pengaruh bahasa Parsi. Dapat dilihat sastera
Urdu digunakan oleh masyarakat Parsi dalam kesusasteraan iaitu dalam bentuk
dan konsep serta dalam perasaan. Terdapat banyak buku-buku Parsi seperti Leila
dan Majnu, Shirin dan Farhad, dan Yusuf dan Zulaikha yang telah terkenal dalam
budaya Iran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Urdu. Dalam perbincangan
mengenai hubungan antara kedua-dua bahasa, khususnya dalam bentuk puisi,
bahasa Urdu juga memberikan kesan kepada puisi Iran dimana umum mengetahui
puisi Parsi merupakan salah satu puisi yang paling kaya di dunia dan ia sentiasa
menghargai kesusasteraan manusia di sepanjang sejarah umat manusia. Banyak
penyair hebat Iran telah mempengaruhi pada puisi Urdu seperti Wali, Mir, Sauda
dan Insha yang menggunakan kosa kata bahasa Parsi dalam puisi mereka.32

31
Bahri, Persian Influence on Hindi, Bharati Press Publications, Allahabad: India, 1960, hlmn. 9.
32
Ibid, The Impact of Persian Language on Indian Languages.
15

Selain itu, terdapat juga banyak bahasa-bahasa India yang lain seperti
Gujarati, Telugu, dan Punjabi telah dipengaruhi oleh bahasa Parsi iaitu semasa
bahasa Parsi mempunyai kuasa di India. Banyak teks Iran dan buku telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Gujarati, Telugu, dan Punjabi. Hari ini, kesan
bahasa Parsi dapat dilihat dalam menulis dan berbicara satu bahasa dan perkataan
Parsi masih wujud dalam Gujarati, Telugu, dan Punjabi.

4.2 Pengaruh Parsi dalam Bidang Seni dan Seni Bina

Selain daripada bahasa, pengaruh Parsi juga boleh dilihat dalam bidang
seni dan seni bina. Hal ini boleh dilihat melalui seni bina, lukisan, dan juga
kraftangan

Artis-artis dari Parsi seperti Abdus Samad Shiraz, Mir Seyyed Ali Tabriz,
Faroukh Qalmaq, Muhammad Nadir Samarqandi, Mir Hashemi dan Mohammad
Faqirullah Khan telah bekerja dengan rakan-rakan India mereka di mahkamah
Mughal diraja dengan menggabungkan bentuk, garisan dan warna Herat dan
Samarkand dengan orang-orang India.33 Di gelanggang Mughal diraja, tukang
India bekerja dengan tuan Parsi dan Turki untuk mewujudkan seni harmoni baru
dan seni bina. Flora India dicampur dengan kaligrafi Islam palet warna baru iaitu
biru, zamrud hijau, lapis, Veridian dan putih ditambah kepada Saffrons India,
indigos dan vermilions. Selain itu, arkitek dan tukang dari Parsi telah dibawa ke
India untuk mereka bentuk dan membina istana, kubu, masjid dan bangunan
awam. Taj Mahal, Fatehpur Sikri dan Makam Humayun adalah antara contoh
terbaik sintesis gaya Indo-Iranian dalam seni bina. Bermula dengan Qutab Minar,
pengaruh Iran telah kelihatan. Borang arcuate, struktur kubah, kapal terbang,
dinding licin, tiang digilap dan dewan yang luas dengan squinches dan stalaktit
adalah daripada Iran.

33
Dr. Tara Chand, Indo-Iranian relations, 1964, hlmn. 11.
16

Seterusnya dari sudut modul Islam , dapat dilihat dengan jelas melalui
pembukaan arcuate tajam di dinding dan bentuk yang berbentuk kubah bumbung
yang bertujuan untuk mengeluarkan potensi struktur maksimum daripada unsur-
unsur yang agak kecil bahan bangunan seperti bata dalam kawasan-kawasan Islam
Iran dan Afghanistan serta bersama-sama dengan menara telah diperkenalkan ke
India. Umat Islam dikurniakan ijazah ketegasan dan kestabilan ke tempat-tempat
kediaman mereka.

Dapat dilihat juga, Sekolah lukisan Mughal telah berhutang banyak kepada
Iran. Sekolah ini berkembang di bawah naungan Akbar. Mir Sayyed Ali dan
Khwaja Abdussamad dari Parsi dan adalah antara pengasas sekolah lukisan
Mughal di India. Pelukis dari Iran telah memperkenalkan seni potret dan lukisan
34
kecil di mahkamah Mughal. Terdapat perkembangan utama dalam teknik
lukisan kecil, potret, adegan perang, acara sosial dan ilustrasi manuskrip.
Walaupun bukti sastera menunjukkan bahawa lukisan kecil wujud di India lama
sebelum kedatangan Islam. Ini adalah produk agama Buddha rasmi.35

Selain itu, terdapat juga kraftangan seperti tenunan permaidani, membuat


tembikar, kerja logam dan menulis, mengikat, menerangi dan menggambarkan
buku, semua dibangunkan daripada pengaruh Iran. Tenunan permaidani,
enamelling, sulaman, kerja tatah, lukisan kecil, kaca dan kaca jubin seramik,
kertas, kulit, mache papier dan logam kraf muncul dari tempoh itu. Pengaruh
Islam telah mencipta sekular baru sehari-hari dalam kraf. Pengaruh Islam juga
memperkenalkan abstrak, hiasan dan bukan kiasan itu, naratif dan simbolik
hiasan. Penenun permaidani Kashmir menyerap reka bentuk Parsi daripada 'pohon
kehidupan', Mehrab, pasu dan reka bentuk pingat bunga. Selain tenunan
permaidani yang merupakan pusat besar daripada sutera, broked tisu dan gauzes
emas, broked atau kamkhabs adalah terkenal dan pola tradisionalnya mempunyai
nama syair iaitu Mazchhar atau riak perak, bulbul Chashm atau mata bulbul dan
panna Hazaar atau ribu zamrud.

34
Abdul Amir Jorfi, Iran and India: Age old Friendship, India Quarterly, 1994, hlmn. 78.
35
A L Basham, The Wonder that was India, 1967, hlmn. 381.
17

Kalamkari pula adalah gabungan daripada indigo dan oker berdasarkan


lukisan kuil India Selatan dengan Safavid Persian chitsaz dan kalamkars. Pada
abad ke-17 di India, palangposh, pardeh, jah-namaz dan jama iaitu cadar, langsir,
sejadah dan fabrik pakaian telah dieksport ke Parsi. The kalpavriksha India pula
bergabung dengan cypress Iran dan Mehrab. Gajah, harimau dan burung merak
mengambil tempat unicorn dan rusa. Damascene wire-work, asas keluli atau
tembaga dan perhiasan dari emas dan perak dawai telah menggembang ke India
melalui Iran dan Afghanistan dan rumah asalnya di Damsyik. Tembikar berlapis
Khurja dan Jaipur mengandungi kenangan warna rakyat, motif yang diperolehi
daripada Turkmen dan Parsi yang dipengaruhi hiasan biru, hijau dan lemon
berjubin.36

Dalam abad ketujuh belas permaidani Parsi mempunyai reka bentuk ciri-
ciri Mughal dengan baris mendatar berperingkat tumbuh-tumbuhan atau kekisi
tumbuhan diisi. Populariti berikutnya sering dikaitkan dengan Nadir Shah yang
membawa harta besar rampasan kembali daripada kempen India dan juga skim ini
telah digunakan dalam hiasan istananya. Tema ini kekal popular untuk lapis
lindung batu ukiran, kerja-kerja jubin dan tekstil. Kemasukan reka bentuk bunga
baru pada permaidani dan seramik yang mungkin mencerminkan populariti yang
lebih luas, dirangsang oleh kebiasaan dengan kedua-dua barangan Eropah dan
India.37

Tuntasnya, Parsi banyak dilihat mempengaruhi tamadun India daripada


segi bahasa, seni dan senibina. Dari segi bahasa, bahasa Urdu dilihat utuh dan
digunakan oleh masyarakat India. Dari segi seni dan seni bina pula dapat dilihat
pelbagai bentuk seni bina, kraftangan, lukisan dan lain-lain telah menggunakan
unsur daripada Parsi. Oleh itu, jelaslah kedatangan Parsi telah memberi pengaruh
kepada tamadun India.

36
Laila Tyabji, edited by Ratna Sahai, Muslim influence on craft 'Muslims in India’, MEA publication,
hlmn. 74-75.
37
Ibid, Muslim influence on craft.
18

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, memang benar bahawa terdapat pengaruh budaya luar


yang dibawa oleh Islam, Yunani dan Parsi terhadap pembentukan tamadun di
India. Sepanjang pemerintahan Islam di India telah menunjukkan banyak
sumbangan Islam terhadap pembinaan tamadun di India. Sebagai contoh Islam
telah tersebar melalui pengaruh politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial, dan juga
seni bina. Kesan daripada pengaruh-pengaruh tersebut juga telah menyebabkan
ramai masyarakat India yang memeluk agama Islam hingga dipercayai Islam
menjadi agama kedua terbesar di India. Seterusnya, pengaruh Yunani pula dapat
dilihat dari segi perubatan apabila India banyak menerima pengaruh perubatan
daripada Yunani. Sebagai contoh, Ynani telah menemui sumber perubatan di
India di mana sumber tersebut seperti Roghan Baiza Murgh (Egg Oil) dan Roghan
Badaam Shirin (Almond Oil) produk popular yang biasa digunakan untuk rawatan
rambut. Banyak kesan pengaruh perubatan kepada India seperti adalah india
menjadi antara pusat perubatan yang terkenal sehingga kini. Akhir sekali, dapat
dilihat pengaruh Parsi terhadap India. Parsi banyak mempengaruhi tamadun India
daripada segi bahasa, seni dan senibina. Dari segi bahasa, bahasa Urdu dilihat
utuh dan digunakan oleh masyarakat India. Dari segi seni dan seni bina pula dapat
dilihat pelbagai bentuk seni bina, kraftangan, lukisan dan lain-lain telah
menggunakan unsur daripada Parsi.

Anda mungkin juga menyukai