Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN A

Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi Seorang Guru Sekolah Rendah

Perguruan merupakan satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab setiap insan yang bergelar guru terhadap murid yang bertujuan untuk memberikan kemahiran, pengetahuan dan membentuk

sikap setiap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Perubahan fizikal dan fungsi psikologikal yang sistematik yang mengikut usia seseorang kanak-kanak adalah merujuk kepada perkembangan kanak-kanak. Ianya adalah berbeza-beza dari satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat kanak-kanak yang perkembangan kemahiran belajarnya lebih efektif dan sebaliknya. Terdapat dua domain perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan perkembangan kognitif. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 1

disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori pembelajaran kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahanperubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang. Teori ini menerangkan bahawa pembelajaran berlaku akibat pemprosesan yang berlaku dalam minda seseorang itu.Teori-teori kognitif juga melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu dalam diri seseorang individu. Manusia juga sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan menimba ilmu serta kefahaman mereka mengenainya. Ahli-ahli kognitif pula berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia dan mereka tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran telah berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku seseorang individu. Proses dalaman ini merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan. Jean piaget salah seorang tokoh kognitif yang terkenal memperkenalkan teori pembelajaran piaget (1896-1980) yang dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak. Beeliau merupakan seorang tokoh yang menyumbang paling banyak dalam abad ke 20 dan
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 2

penyelidikkannya berdasarkan ketiga-tiga anaknya sejak mereka dilahirkan untuk mengkaji proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget juga telah bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental (ujian IQ) dan telah memerhatikan cara kanak-kanak menjawab soalan untuk memahami cara pemikiran mereka berkembang di kalangan mereka. Ekoran daripada itu, piaget telah mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak dan teori beliau adalah berdasarkan fakta bahawa dari peringkat lahir, kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran secara berperingkat bersama-sama dengan pertumbuhan fizikal mereka. Kanak-kanak juga telah membina struktur pemikiran atau peta mental, skema dan konsep-konsep yang berkaitan untuk memahami alam persekitaran mereka dan beliau telah menegaskan bahawa kognitif semakin lama menjadi semakin kompleks.

Terdapat beberapa aplikasi yang dicadangkan dalam prinsip piaget di dalam bilik darjah. Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori ini dalam bilik darjah ialah melalui susun atur kurikulum. Seseorang guru perlu mengaturkan isi pelajaran secara berperingkat mengikut urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi mateamtik daripada nombor satu digit kepada dua digit dan kemudian kepada tiga digit. Topic-topik lain di dalam matapelajaran matematik juga disusun dari konkrit ke abstrak seperti dalam tajuk-tajuk waktu dan jam, jarak dan juga jisim yang diajar dalam tahun dua. Selepas belajar konsep-konsep metematik asas, baru murid akan diperkenalkan kepada konsep penyelesaian masalah. Seterusnya ialah guru-guru perlu menyediakan bahan sokongan dan alat bantu pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan boleh digunakan dengan aras murid-murid. Guru-guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan bantu pengajaran yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan oleh para murid. Pengetahuan tentang perkembangan aspek kognitif dikalangan guru sekolah rendah merupakan elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Melalui pengetahuan ini guru dapat menilai dan memperhatikan tahap perkembangan setiap pelajar sepanjang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru sekolah rendah boleh meningkatkan pengetahuan mereka dengan memperbanyakkan bacaan dan kajian tentang teori-teori
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 3

perkembangan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang menjadi perintis kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka boleh mempraktikkan setiap teori perkembangan kognitif keatas pelajar-pelajar mereka bertujuan menilai tahap perkembangan pelajar dari aspek kognitif. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang luas dikalangan guru sekolah rendah, sebagai agen perubah dan pendidik masyarakat mereka sudah tentu dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih berkesan. Setelah melakukan penilaian tahap perkembangan kognitif pelajar, pihak guru akhirnya dapat merencanakan pelbagai aktivti

pembelajaran yang sesuai bagi memastikan perkembangan kognitif dikalangan pelajar akan berterusan dan terbentuk selaras dengan nilai pembelajaran yang diberikan. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dalam beberapa aspek , seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. .

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

BAHAGIAN B

Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

1.0

PENGENALAN

Bagi menjalankan kajian untuk membuktikan perbezaan pemikiran kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan tiga jenis tugas konservasi. Dua orang kanak-kanak lelaki telah dikenalpasti untuk dinilai dalam kajian ini. Kanak-kanak ini berumur 5 tahun dan 7 tahun. Kanak kanak ini dilabelkan sebagai A bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan B bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Dari aspek latar belakang keluarga, kanak-kanak A mempunyai seorang ayah yang bekerja sebagai jurutera dan memiliki kelayakan tertinggi diploma kejuruteraan, manakala ibu kanak-kanak ini bekerja sebagai guru dan memiliki kelayakan tertinggi ijazah pendidikan. Kanak-kanak B pula mempunyai ayah yang bekerja sebagai anggota polis dan memiliki kelayakan ijazah, manakala ibunya hanya lah seorang suri rumah sepenuh masa dengan kelayakan tertinggi diploma.

Kajian ini adalah berdasarkan penilaian perkembangan kognitif Piaget bagi peringkat pra operasi dan peringkat konkrit. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap pra operasi (2-7 tahun) ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ).

Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 6

inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Justeru matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap perbezaan perkembangan kognitif antara kedua dua orang kanak-kanak yang menjadi sampel dalam ujikaji ini. Hasil kajian ini akan menjadi asas untuk menyokong teori perkembangan kognitif yang telah diperkenalkan oleh Jean Piaget, dan seterusnya mempunyai kepentingan bagi tujuan pendidikan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah.

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

2.0

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

Bagi menjayakan perlaksaan kajian ini, guru telah mengenalpasti dua orang kanak-kanak lelaki yang masing- masing berumur antara 5 dan 7 tahun. Dalam ujian ini, Guru telah melabelkan kanak-kanak yang terlibat dengan huruf A bagi subjek yang berumur 5 tahun dan huruf B bagi subjek yang berumur 7 tahun. Setelah mengenalpasti kanak-kanak A dan B untuk menjalankan kajian, guru telah menetapkan satu tarikh yang sesuai yang bertempat didalam makmal komputer sekolah untuk menjalankan proses ujian. Kajian ini telah menggunapakai 3 jenis ujian berdasarkan tugas-tugas konservasi Piaget.

Penyelidik telah menggunakan tiga jenis ujian konservasi pengekalan bagi menilai tahap perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berada pada tahap pra operasi dan tahap konkrit. Ujian konservasi ini terdiri daripada konservasi pengekalan jisim, isipadu dan bilangan. Bagi melaksanakan ujian dengan sempurna, penyelidik telah menggunakan makmal computer sekolah yang agak selesa untuk subjek kajian, selain itu waktu ujian ini diadakan pada waktu sebelah petang sekitar pukul 2.30 petang dan berjalan lebih kurang sejam termasuk proses dokumentasi dan merekod.

Antara alatan yang digunakan dalam menjayakan kajian ini ialah; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Sebuah meja 3 buah kerusi Plastisin/tanah liat 2 biji gelas/1 gelas yang mempunyai corong/air 12 biji guli Kertas dan pen Ipad/telefon pintar untuk tujuan merakam

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

2.1

Proses Kajian

Berikut merupakan hasil temubual yang telah dirakam menggunakan telefon pintar, ianya akan diterjemahkan dalam bentuk tulisan dialog.

2.1.1 Ujian 1: Konservasi Jisim

Kanak-kanak A Penyelidik memanggil kanak-kanak A dan menyuruh duduk dikerusi yang disediakan, kemudian penyelidik mengambil segengam tanah liat dan membahagikannya kepada dua bahagian,

Penyelidik : perhatikan kedua ketul tanah liat ni, beritahu sama ada ianya sama besar atau tidak? Kanak-kanak A : iya sama besar Penyelidik : kenapa kamu cakap sama besar? Kanak-kanak A: tidak tahu.. Penyelidik : kamu cakap sama besar sebab? Kanak-kanak A: .dua-dua sama besarnya.. Penyelidik : kenapa kamu cakap sama besar??
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 9

Kanak-kanak A:.hmmsama besar bahagian plastisin)

ini dengan ini( sambil menujuk kerarah kedua

Penyelidik mengambil satu bahagian tanah liat dan membentuk nya menjadi panjang,

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak A : yang panjang lebih banyak Penyelidik ; kenapa yang panjang lebih banyak Kanak-kanak A: sebab dia lebih panjang dari yang ini (sambil jari menujukkan jari kearah ketulan tanah liat yang berbentuk bulat)

Kanak-Kanak B Penyelidik memanggil kanak-kanak B untuk duduk dikerusi yang disediakan, kemudiaan penyelidik melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak A tadi. Penyelidik : perhatikan kedua ketul tanah liat ni, beritahu sama ada Kanak-kanak B : sama besar Penyelidik : kenapa kamu cakap sama besar? Kanak-kanak B: sebab saiznya sama besar

Penyelidik mengambil satu bahagian tanah liat dan membentuk nya menjadi panjang,

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak B: keduanya sama banyak Penyelidik : kenapa sama banyak Kanak-kanak B: sebab cikgu ambil tanah liat yang sama dan ubah bentuk sahaja

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

10

2.1.2 Ujian 2: Konservasi Cecair

Kanak-kanak A

Penyelidik menyediakan dua biji gelas A dan B, kemudian membahagikan kandungan air dari gelas A kepada gelas B dengan kadar sama rata. Penyelidik : perhatikan air dalam gelas adakah ianya sama banyak Kanak-kanak A : iya sama banyak Penyelidik : kenapa kamu cakap sama banyak? Kanak-kanak A : sebab ini sama tinggi (sambil menuding kearah garis ukuran isipadu bekas)

Penyelidik mengambil satu gelas bercorong dan menuangkan air dari gelas A kedalam gelas bercorong,

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak A : gelas yang ini lebih banyak (sambil menunjuk kearah gelas bercorong) Penyelidik ; kenapa yang panjang lebih banyak Kanak-kanak A: sebab dia lebih tinggi dari yang ini ( sambil jari menujukkan jari kearah gelas B)
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 11

Kanak-Kanak B Penyelidik : perhatikan air dalam gelas adakah ianya sama banyak Kanak-kanak B : iya sama banyak Penyelidik : kenapa kamu cakap sama banyak? Kanak-kanak B: sebab dua-dua paras air sama

Penyelidik mengambil satu gelas bercorong dan menuangkan air dari gelas A kedalam gelas bercorong,

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak B : sama banyak juga Penyelidik ; kenapa masih sama banyak Kanak-kanak B : tidak tahu

Ujian 3: Konservasi Bilangan

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

12

Kanak-kanak A

Penyelidik menyediakan 12 biji guli dan menyusunnya dua baris dengan bilangan 6 biji guli berada pada setiap baris. Penyelidik : perhatikan kedua baris guli ini yang mana paling banyak Kanak-kanak A : sama banyak Penyelidik : kenapa kamu cakap sama banyak? Kanak-kanak A : (diam)

Penyelidik mengubah satu baris daripada dua baris guli dan menjarakkan antara guli tersebut sehingga kelihatan lebih panjang

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak A : yang ini lebih banyak Penyelidik ; kenapa yang panjang lebih banyak Kanak-kanak A: sebab dia lebih panjang dari yang ini ( sambil jari menujukkan jari kearah barisan guli yang telah dijarakkan)

Kanak-Kanak B Penyelidik : perhatikan kedua baris guli ini yang mana paling banyak Kanak-kanak B : sama banyak Penyelidik : kenapa kamu cakap sama banyak? Kanak-kanak B: dua dua sama banyak 6 biji guli

Penyelidik mengubah satu baris daripada dua baris guli dan menjarakkan antara guli tersebut sehingga kelihatan lebih panjang

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

13

Penyelidik : sekarang mana satu yang lebih banyak ? Kanak-kanak B: masih sama banyak cikgu Penyelidik ; kenapa sama banyak Kanak-kanak B: sebab jumlah guli masih 6 biji guli setiap baris

3.0

INTERPRETASI Berpandukan kepada hasil kajian, penyelidik telah mengenalpasti tahap perbezaan

penaakulan yang berlaku antara kedua-dua subjek yang berusia 5 dan 7 tahun, jika diteliti perbezaan tahap pemikiran kanak-kanak yang berada pada tahap pra operasi dan konkrit dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan aspek kongnitif kedua kanak-kanak tersebut. Subjek A merupakan kanak-kanak yang berada pada tahap pra operasi dan kanakkanak B berada pada tahap Konkrit. Seperti yang telah dimaklumi dalam peringkat pra operasi, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

Pada peringkat kokrit juga, kanak-kanak mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantitiECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 14

kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanakkanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

Sebagaimana yang telah diperoleh melalui ujian konservasi pengekalan Jean Piaget keatas kedua-dua subjek, didapati sepanjang komunikasi yang berlaku antara penyelidik dan subjek A yang berumur 5 tahun, kanak-kanak ini agak sukar menaakul dengan tepat bagi ujian pengekalan jisim, subjek seolah-oleh keliru, sehingga penyelidik bertanya berulang kali kepada subjek sehingga subjek bersetuju bahawa saiz kedua-dua ketulan plastisin ( Rujuk Ujian Konservasi Jisim) yang berada diatas meja adalah sama. Berbeza halnya dengan subjek B yang kelihatan agak bersahaja dan minat untuk berfikir bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Subjek B yang berada pada tahap pemikiran konkrit agak aktif dengan tumpuan serta fokus yang lebih baik daripada subjek A yang berada pada tahap pra operasi. Berbalik kepada ujian konservasi jisim, apabila penyelidik memanipulasi bentuk plastisin bagi melihat tahap kecekapan berfikir kedua-dua subjek, dilihat subjek A mudah terpedaya kepada perubahan bentuk fizikal objek seterusnya menyatakan bahawa plastisin yang berbentuk panjang lebih banyak daripada plastisin yang berbentuk bulat tadi, sedangkan perubahan pada plastisin hanyalah dari aspek bentuk dan bukan jisimnya. Subjek A telah gagal dari sudut pemikiran kritikal apabila gagal mengekalkan jisim plastisin yang telah dimanipulasi oleh penyelidik disebabkan kekeliruan. Bagi subjek B, setelah penyelidik memanipulasi bentuk plastisin bagi ujian pengekalan jisim, subjek telah berjaya untuk mengekalkan tanggapan dan kepercayaan apabila menyatakan kedua-dua plastisin tersebut masih sama banyak.

Manakala bagi ujian konservasi pengekalan isipadu (Rujuk Ujian Konservasi Isipadu/cecair), penyelidik mendapati subjek A dapat menaakul persamaan isipadu dalam kedua bekas yang memiliki bentuk yang sama, namun apabila disoal tentang sebab jawapan tersebut, subjek hanya berdiam diri dan tidak dapat menyatakan sebab dan alasan kepada jawapannya. Namun sebagaimana tadi subjek masih lagi keliru apabila penyelidik menggunakan bekas air tersebut sebagai alat manipulasi persfektif subjek, subjek telah memnyatakan isipadu cecair yang
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 15

terdapat dalam bekas yang bercorong lebih banyak daripada bekas biasa tadi. Kelihatan subjek telah terpedaya tanpa memikirkan bahawa isipadu yang dituangkan kedalam bekas bercorong adalah berasal dari salah satu bekas yang memiliki isipadu yang sama tadi. Berbeza dengan subjek yang melalui ujian dan situasi sama, kelihatan subjek sudah mampu mulai berfikir dengan pergerakan yang berlaku sepanjang ujian sambil masih memfokuskan pengekalan isispadu dalam kedua dua bekas, walaupun penyelidik telah menggunakan bekas bercorong sebagai alat manipulasi. Bagi ujian yang terakhir, iaitu ujian konservasi pengekalan bilangan, penyelidik mendapati subjek B lebih peka dari aspek mengira, ini kerana subjek cepat membuat penaakulan bahawa bilangan guli dalam kedua baris adalah sama, sedangkan ketika satu baris guli

dijarakkan subjek masih mampu menjawab dengan tepat bahawa bilangan guli adalah masih sama banyak. Kemahiran aritmetik subjek yang berada pada tahap pra operasi mungkin juga dipengaruhi oleh faktor rangsangan didikan daripada kedua ibu bapa subjek. Bagi subjek B, sebagaimana ujian yang sebelumnya, subjek menujukkan jawapan yang tepat dan alasan yang munasabah, walaupun penyelidik telah memanipulasi kedudukan setisap biji guli dalam salah satu baris guli tersebut. seperti yang dimaklumi pada peringkat kokrit, subjek telah tersedia dengan pemikiran aritmetik dan logik akal berdasarkan pengalaman pembelajaran yang lalu.

Bagi kanak-kanak yang berada pada tahap kokrit, pemikiran mereka dapat ditafsirkan oleh penyelidik apabila mereka dengan mudah menerima alasan dan persepsi terhadap sesuatu isu yang berbangkit, mereka minat untuk tahu dan belajar, mereka kelihatan cuba memadankan persepsi mereka dengan penerangan jawapan dan sebab kepada persoalan yang timbul.

Pemikiran pada tahap konkrit kelihatan lebih terbuka untuk menerima sebab sesuatu perkara yang terjadi dengan akal yang logic mahupun kurang logic. Melalui ujian yang telah diberi, diperhatikan kanak-kanak B walaupun pada awalnya kanak-kanak ini memberi jawapan secara tergesa kerana yakin dengan pandangan mereka, namun pada peringkat ini penyelidik melihat mereka sudah mula boleh mengekalkan dalam minda mereka tentang kuantiti objek ujian yang digunakan, dan pada masa ini mereka sudah boleh melihat dan menyedari terhadap perubahan luar yang dilakukan penyelidik terhadap objek ujian tanpa mengganggu tanggapan mereka terhadap ketetapan kuantiti objek walaupun berubah dari segi bentuk dan saiz.

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

16

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun didapati tidak berjaya dalam ujian konservasi sebab dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan dan corak pemikiran mereka, walaupun pada peringkat ini perkembangan pemikiran kanak-kanak sangat pesat namun mereka masih sukar menimbang sesuatu alasan yang bersandar pada pemikiran logik dan perkiraan yang tepat. Mereka lebih bersandar dan yakin dengan pendapat mereka dan sebab yang mereka fikirkan. Kekeliruan mereka terhadap sesuatu persoalan kadang kala membuatkan mereka berdiam diri tanpa memberikan sebab kepada jawapan mereka, sebagaimana dalam ujian konservasi isipadu , kanak-kanak A kelihatan keliru apabila penyelidik menuangkan cecair dari gelas A kedalam gelas yang bercorong, pengamatan kanak-kanak ini terpedaya dengan bentuk gelas tanpa menikirkan bahawa isipadu dalam gelas yang dituang dalam gelas bercorong itu adalah sama dengan isipadu asal gelas A dan B yang telah dibahagikan secara sama rata.

Menurut Havinghurst selain budaya faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu yang melahirkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa di dalam hidup individu tersebut. Tugas ini dihuraikan daripada segi pembelajaran yang diperlukan oleh individu berdasarkan kebudayaan beliau. Keadaan ini adalah untuk melihat perhubungan di antara keperluan , proses kematangan dan tekanan kebudayaan . Konsep tugas ini berguna untuk menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di peringkat umur yang berlainan agar dapat disediakan kegiatan pendidikan yang sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Tugas yang sukar bagi perkembangan kognitif kanak-kanak ialah semasa proses memahami, dan menggunakan bahasa yang verbal yang mungkin berkaitan dengan gangguan kemampuan mendengar, berfikir , bercakap, membaca , menulis dan mengira. Justeru kesukaran kanak-kanak dalam perkembangan kognitif mereka sememangnya dipengaruhi oleh banyak faktor, gangguan perkembangan kognitif akan menyebabkan kanak-kanak sukar

melaksanakantugas-tugas pembelajaran untuk perkembangan kognitiif mereka. Dengan memahami punca masalah yang menjadikan perkembangan kanak-kanak terganggu, kajian secara konsisten untuk membantu mereka dapat dilaksanakan dan membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap pelajar sekolah rendah.

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

17

4.0

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil ujian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati ujian konservasi berdasarkan teori piaget memang berkesan untuk melihat dan menilai tahap perkembangan kanak-kanak pada peringkat pra operasi dan peringkat konkrit. Ujian konservasi telah menjadi medium kepada para penyelidik dan guru-guru untuk melihat dan mengenalpasti perbezaan perkembangan kognitif dikalangan kanak-kanak yang berada pada tahap pra operasi (2 -7 tahun) dengan kanak-kanak yang berada pada tahap konkrit (7-11 tahun). Perbezaan perkembangan kognitif berkait rapat dengan corak pemikiran kanak-kanak.

Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebearnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu.

Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubasuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu. Maka, skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkatperingkat perkembangan kanak-kanak skema tingka laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Contohnya,kanakkanak memegang sesuatu benda adalah skema pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema kanak-knaakini sebenarnyamewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 18

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti teori rangsangan

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan huraian ini, adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata, mengikut piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi, i , mentransformnya dalam struktur kognitif (skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah. Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan proses akomodasi untuk cara reorganisasi

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

19

dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif dan dengan proses yang sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi. Konklusinya , ujian konservasi yang telah diadakan telah menyokong teori Jean Peaget tentang kajian beliau mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak.Ujian yang ditadbir oleh penyelidik berdasarkan teori kognitif peaget memang sesuai untuk tujuan menilai tahap perkembangan kanak-kanak yang berada pada tahap pra operasi dan tahap konkrit, ianya telah berjaya mengenalpasti beberapa aspek perbezaan pemikiran kanak-kanak pada peringkat umur yang berbeza.

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

20

RUJUKAN

Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme keguruan. Kertas

Kerja

yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru. Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall. Bonner, P. S. (2001). The influence of secondary science teachers pedagogical content knowlwdge, educational beliefs and perceptions of the curriculum on implementation and science reform. [on-line].Didapati: http://wwwlib.umi.com/dissertations/fullcit/3038035

Eh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa ` dan Pustaka Kamus Dewan Ed. Ke 4 (2005), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the West: An Islamic Perspective, Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia
ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak | 21

Abd Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Shukor Hashim. ( Prof. Dr) (2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Meteor Doc . Sdn Bhd. Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ; Oxford Fajar.

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor . Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Pendidikan Rendah Pengajian Tahun 4. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

ECG 222 Pertumbuhan & PerkembanganKanak-Kanak |

22

Anda mungkin juga menyukai