Anda di halaman 1dari 1

RESEPI LEKOR TERENGGANU

Ada pelbagai resepi Keropok Lekor dan inilah salah satu yg anda mungkin boleh cuba bagi mendapatkan hasil yg anda inginkan. Resepi yg asli tidak menggunakan sebarang soda atau serbuk penaik, jadi, tidaklah saya pasti bagaimana kesannya terhadap keropok yg sudah siap digoreng itu. KEROPOK LEKOR 2 kg ikan selayang/kembung 1 kg sagu rumbia garam & gula secukupnya Asingkan isi ikan drpd tuangnya, kisar hingga hancur kemudian masukkan sagu, garam dan gula. Biar selama 15 min kemudian uli hingga sebati dan bentukkan memanjang mengikut saiz yg dikehendaki. Rebus di dalam air mendidih hingga keropok timbul. Biar sejuk baru dihiris dan digoreng di dalam minyak yg banyak. Bahan Sos 1 cawan gula merah 3 camb cili pes/giling 1/2 cawan air asam jawa pekat 3 cm kiub belacan, dikisar 2 1/2 - 3 cawan air garam secukupnya Jerang semua bahan hingga mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat. Hendaklah dikacau selalu terutama selepas ia mulai pekat.

Anda mungkin juga menyukai