Anda di halaman 1dari 11

UCS103

KEINDAHAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Sejarah Ringkas Dari abad ke-14 hingga abad ke-16 Brunei Darussalam menakluki kuasa kesultanan hingga ke Sabah, Sarawak, dan Filipina. Oleh yang demikian, Sultan sekarang mewakili salah satu pemerintahan dinasti tertua di dunia yang masih kekal. Pada abad ke-19, kerajaan Brunei Darussalam pernah mundur disebabkan oleh peperangan, rompakan dan penjajahan yang berleluasa oleh kuasa bangsa asing. Pada tahun 1847, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah membuat satu perjanjian perdagangan dengan Great Britain dan pada tahun 1888 Brunei Darussalam dengan rasminya adalah di bawah perlindungan British. Pada tahun 1906, sistem Residential pertama kalinya telah ditubuhkan di Brunei Darussalam. Seorang residen Inggeris telah dicalonkan sebagai wakil kerajaan Britain sebagai penasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam semua hal kecuali adat melayu, tradisi dan ugama Islam. Perjanjian 1959 telah mencatatkan perlembagaan yang memberikan Brunei Darussalam hak pemerintahan kerajaan bagi hal-ehwal dalaman sendiri. Pada tahun 1971, perjanjian tersebut telah diubah dan disemak untuk menegaskan sepenuh kemerdekaan bagi halehwal dalaman kecuali pertahanan dan hal-ehwal luar negeri. Pada tahun 1967, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien dengan suka rela turun takhta digantikan oleh anakanda baginda Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah. Pada 1hb Januari 1984, Brunei Darussalam telah memperolehi kembali kemerdekaan penuh dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, sehingga tertubuhnya satu kabinet dengan ahlinya sebanyak enam orang.

11

UCS103

Pada Oktober 1986, kabinet tersebut ditambah menjadi 11 orang ahli, Baginda Sultan memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan yang telah diambil alih daripada Al-Marhum Ayahanda Baginda Sultan sejak tahun 1984. Pada tahun 1988, satu rombakan dilakukan dan penubuhan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama untuk memperkembangkan pembangunan negara. Ugama Islam adalah ugama rasmi Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, ugama-ugama lain bolah diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. berdasarkan Lembaga Perlambangan Negara Brunei Darussalam iaitu bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan, iaitu:-

Melayu Brunei Kedayan Tutong Dusun Belait Murut Bisaya

11

UCS103 Walau bagaimanapun, penduduk tetap Negara Brunei Darussalam ada juga berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Cina, India, minoriti kaum etnik dari Malaysia Sarawak dan Sabah seperti Iban.

Geografi Brunei terdiri daripada dua bahagian yang tidak berkaitan; 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar, dengan hanya kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah Temburong, iaitu bahagian timur yang bergunung-ganang. Jumlah penduduk Brunei ialah 383,000 orang. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. Sebilangan bandar utama termasuk bandar pelabuhan Muara, serta bandar Seria yang mengeluarkan minyak, dan Kuala Belait, bandar jirannya. Di daerah Belait, kawasan Panaga ialah kampung halaman kepada sebilangan besar rakyat asing, disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini. Iklim Brunei ialah tropika khatulistiwa,

Demografi

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoriti terdiri daripada lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Kaum-kaum ini juga membayangkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi. Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas, dan terdapat komuniti

11

UCS103 ekspatriat yang agak besar dengan sebilangan besar warganegara British dan Australia. Islam ialah agama rasmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti terutamanya oleh orang Cina), Kristian, serta agama-agama orang asli (dengan jumlah yang amat kecil).

Bahasa dan Kebudayaan Bahasa rasmi negara ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas. Bahasa Bahasa rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Bahasa Melayu seperti juga di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di tanah Nusantara yang lain. Akan tetapi perbualan atau pertuturan hanya digunakan di dalam dialek atau loghat Melayu Brunei. Bahasa lain ada juga digunakan seperti di kalangan puak atau etnik yang lainnya seperti bahasa Kedayan, Murut, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Iban. Bahasa Inggeris juga dipertuturkan dengan meluas dan dipelajari di institusi pendidikan. Bahasa Cina, digunakan oleh sebilangan kaum Cina di Negara Brunei Darussalam.

Kebudayaan Brunei Darussalam Kebudayaan Brunei sebahagian besarnya berasal dari tanah Melayu Lama, yang melingkungi Kepulauan Melayu dan berpunca dari sini ia dikenali sebagai Tamadun Melayu. Berdasarkan dari fakta sejarah, pelbagai elemen kebudayaan dan tamadun asing mempengaruhi kebudayaan Negara ini. Yang demikian, pengaruh kebudayaan dapat

11

UCS103 dilihat dalam dominasi pengaruh empat zaman penguasaan iaitu animisme, Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, Islam telah dapat menyerapkan asasnya lebih jauh ke dalam kebudayaan Brunei. Oleh itu, ia menjadi cara dan gaya hidup dan diambil sebagai ideologi dan falsafah Negara.

Brunei Darussalam kaya dengan warisan kebudayaan yang kekal hingga ke hari ini. Penubuhan Pusat Kesenian dan Kraftangan pada 1975 adalah bukti usaha berterusan untuk pemeliharaan dan pengembangkan kesenian dan kraftangan Brunei yang satu masa dulu terkenal dengan pertukangan membuat perahu, pertukangan perak dan gangsa, tenunan kain dan juga anyaman tikar dan bakul. Tinggalan dan berbagai warisan seni Brunei Darussalam selain daripada yang tersebut di atas termasuk senjata melayu, ukiran kayu-kayuan, permainan tradisional, peralatan muzik tradisional, silat dan perhiasan wanita. Setengah daripada yang disebut diatas ada tersimpan di Muzium Brunei dan Muzium Teknologi Melayu, bukan sahaja untuk dipamerkan kepada seluruh dunia tapi yang penting, ia juga menjadi kebanggaan dan kekaguman generasi masa kini, menjadi teladan kepada generasi masa depan, malah ia mengingatkan kembali kemahiran semulajadi nenek moyang kita, kreativiti dan inovatif yang telah sebati pada setiap generasi sebagai salah satu kebudayaan tradisional terkaya dalam dunia melayu.

11

UCS103

Contoh Pakaian Tradisional Masyarakat Brunei

Budaya Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia, dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia. Jualan dan penggunaan alkohol diharamkan, dengan orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk negara ini. Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an.

11

UCS103

Contoh Rumah Tradisional Brunei

Pemandangan Di Bandar Seri Begawan

Majlis Kebudayaan Kebangsaan Brunei

11

UCS103

Asal tarian Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16. Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Tarian Zapin Brunei Darussalam

11

UCS103

Tarian Zapin merupakan tarian masyarakat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin sudah menular luas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

Tarian Zapin Arab Tarian Zapin Johor Tarian Zapin Lenga Tarian Zapin Pekan Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

11

UCS103

Alat-Alat Muzik Di Negara Brunei Darussalam 1. Gambus

2. Marakas

3. Rebana

11

UCS103 Tarian Zapin di Brunei Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:

Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah) Zapin Tar (Jipin Tar)

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi. Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan lainlain. Kesimpulan Setiap Negara mempunyai kebudayaan tersendiri, tidak kira Negara terdapat pelbagai kebudayaan mereka, seperti tarian kebudayaan, pakaian kebudayaan dan bahasa kebangsaan. Begitu juga dengan Negara brunei Darussalam ini mereka mempunyai kepelbagaian kebudayaan mereka mempunyai pelbagai jenis alat muzik antaranya rebana, gambus dan lain-lain.

11

Anda mungkin juga menyukai