Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN 1 Idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori

tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Namun begitu, setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Oleh hal yang demikian, banyak juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsanganrangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif. Terdapat beberapa pandangan tokoh mengenai perkembangan kognitif kanakkanak. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Jean Piaget. Jean Piaget terkenal dengan teori kognitifnya yang berpengaruh penting terhadap perkembangan konsep kecerdasan. Sebagai ahli psikologi Swiss yang hidup tahun 1896-1980 ini pada awalnya lebih tertarik pada bidang biologi dan falsafah khususnya epistemologi. Namun dalam perjalanan kariernya sebagai peneliti di Binet Testing Laboratory di Paris, Piaget lebih fokus pada bidang psikologi. Pengertian kognitif sebenarnya meliputi aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk mengetahui sesuatu. Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil kematangan organisme, bukan pula pengaruh lingkungan semata, melainkan hasil interaksi diantara kedua-duanya. Jean

Piaget mengatakan bahawa anak dapat membangun secara aktif dalam dunia kognitif mereka sendiri. Dalam pandangan Piaget, terdapat dua proses yang menjadi dasar kepada perkembangan dunia individu, iaitu pengorganisasian dan penyesuaian (adaptasi). Menurut Piaget, terdapat empat tahap perkembangan kognitif kanak-kanak :

SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)

OPERASI FORMAL (11 TAHUN HINGGA DEWASA)

PRA OPERASI (2-7 TAHUN)

OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Fokus perbincangan adalah pada tahap praoperasi iaitu umur kanak-kanak 2 hingga 7 tahun. Pada tahap praoperasi, iaitu umur dalam lingkungan dua tahun hingga lebih kurang enam atau tujuh tahun kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman dengan aktif yang telah mula beroperasi pada akhir tahap sensori motor. Dengan adanya pemikiran representasi maka muncul komunikasi verbal. Namun, komunikasi tersebut lebih egosentrik. Pada tahap ini kanak-kanak akan bercakap mengikut mindanya dengan tidak mempedulikan apa yang disebut oleh orang

lain. Pada tahap ini juga, keupayaan kanak-kanak untuk memanipulasikan konsep masih terhad. Kanak-kanak memberi tumpuan pada satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi yang disebut centration. Pada tahap ini banyak perubahan perkembangan berlaku. Kanak-kanak semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen persekitarannya. Seorang guru perlu peka atau perlu mengambil berat mengenai perkembangan kanak-kanak pada tahap ini kerana perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Pembelajaran kanak-kanak adalah melalui proses bertingkat-tingkat, proses ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkatperingkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya. Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar. Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, dengan menggunakan bahasa dan objek atau benda di

daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan sebagainya. Selain itu, dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaanpercubaan mengatasinya terlebih dahulu. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka. Oleh hal yang demikian, guru perlu mengetahui tahap kognitif kanak-kanak bagi memudahkan guru untuk membantu atau menjadi pemudahcara bagi seorang guru untuk membantu kanak-kanak tersebut. Hal ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada kanak-kanak tersebut. Semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka. Teori kognitif ini mengutamakan kesediaan dan pengalaman belajar.

Pembelajaran yang berasaskan kepada dua elemen ini memudahkan guru merancang pembelajaran, bahan-bahan mengajar, dan memilih strategi pengajaran yang sesuai. Murid-murid juga akan berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang disediakan mengikut tahap kemampuan intelektual mereka.

TUGASAN 2 LAPORAN PENGENALAN Kajian yang dijalankan adalah kajian terhadap perbezaan perkembangan kognitif kanak-kanak pada tahap praoperasi dan operasi konkrit. Dalam kajian ini, dua orang kanak-kanak telah dipilih sebagai subjek kajian. Seorang kanak-kanak tahun 1 berumur 7 tahun telah dipilih untuk membantu kajian. Kanak-kanak yang dipilih adalah seorang kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak ini berlatar belakangkan ibu dan bapa yang bekerja sebagai seorang guru. Kanak-kanak ini sangat aktif dalam bidang olahraga dan gemar bermain bola sepak. Seorang lagi kanak-kanak yang dipilih adalah kanak-kanak berumur 5 tahun. Kanak-kanak lelaki yang dipilih ini bersekolah di prasekolah. Ibu kanak-kanak ini seorang kerani disekolah yang sama manakala bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kanak-kanak ini juga aktif dalam olahraga, juga gemar bermain bola sepak. Menurut Piaget, setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang berada dalam satu kelas itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya. Menurut Piaget juga, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.

Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. Pada tahap pra operasi, kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema. Perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah mereka dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Kanak-kanak menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan `buku ataupun dengan m enggunakan gambar. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa yang telah berlaku. Manakala, pada tahap operasi konkrit, kanak-kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit. Pada peringkat ini juga, kanakkanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali. Contohnya, jika air di dalam cawan,

dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka dapat tahu bahawa kuantiti air tersebut masih sama. Dalam kajian ini, pengkaji bermatlamat untuk melihat tahap perkembangan kanak-kanak terhadap keupayaan berfikir secara logik untuk melambangkan konsep. Selain itu, pengkaji juga melihat perbezaan antara kanak-kanak pada peringkat praoperasi dan operasi konkrit. Pengkaji mengkaji konsep pengekalan dalam pemikiran kanak-kanak ini dan kaitannya dengan tahap pemikiran kanak-kanak.

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA Kajian yang dijalankan adalah kajian untuk melihat perkembangan tahap pemikiran kanak-kanak dalam konsep pengekalan. Pengkaji telah menyediakan dua kaedah kajian iaitu :

KONSERVASI JISIM

KONSERVASI CECAIR

KONSERVASI JISIM Dalam kajian terhadap konservasi jisim, pengkaji menggunakan plastisin sebagai bahan utama. Pengkaji menggunakan plastisin yang sama warna, saiz dan kuantiti dalam kajian ini. Plastisin yang digunakan dibentuk menjadi dua bulat yang sama. Kaedah Kajian Konservasi Jisim Pengkaji meletakkan dua ketul plastisin yang sama saiz dihadapan kanak-kanak. Berikut merupakan rekod perbualan antara pengkaji dan kanak-kanak : PENGKAJI DAN KANAK-KANAK 1

Pengkaji

Lihat tanah liat di hadapan awak, berapa ketul tanah liat yang ada?

Kanak-kanak 1

2 ketul tanah liat.

Pengkaji

Baiklah, sekarang awak lihat saiz dua ketul tanah liat ni, sama atau tidak?

Kanak-kanak 1 Pengkaji

Sama cikgu. Sekarang cuba pegang, satu tangan kiri dan satu tangan kanan, sama tak beratnya?

Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Sama cikgu. Kenapa awak cakap sama banyak? Sebab bulatnya sama.

Pengkaji mengambil seketul plastisin dan mengubah bentuk plastisin tersebut menjadi panjang. Pengkaji mengubah plastisin tersebut di hadapan kanak-kanak.

Pengkaji

Sekarang lihat tanah liat yang saya pegang. Sama tak bentuk tanah liat ni?

Kanak-kanak 1 Pengkaji

Tak sama. baiklah, sekarang cuba lihat sama banyak tak tanah liat yang ni dan yang ni? (sambil menunjuk setiap plastisin?

Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Sama cikgu. Kenapa awak cakap sama banyak? Sebab cikgu amik tanah liat yang tadi untuk buat panjang.

PENGKAJI DAN KANAK-KANAK 2

Pengkaji

Lihat tanah liat di hadapan awak, berapa ketul tanah liat yang ada?

Kanak-kanak Pengkaji

2 ketul tanah liat. Baiklah, sekarang awak lihat saiz dua ketul tanah liat ni, sama atau tidak?

Kanak-kanak 2 Pengkaji

Sama cikgu. Sekarang cuba pegang, satu tangan kiri dan satu tangan kanan, sama tak beratnya?

Kanak-kanak 2 Pengkaji Kanak-kanak 2

Sama cikgu. Kenapa awak cakap sama banyak? Sebab dua-dua sama bulat

Pengkaji mengambil seketul plastisin dan mengubah bentuk plastisin tersebut menjadi panjang. Pengkaji mengubah plastisin tersebut di hadapan kanak-kanak.

Pengkaji

Sekarang lihat tanah liat yang saya pegang. Sama tak bentuk tanah liat ni?

Kanak-kanak 2 Pengkaji

Tak sama. baiklah, sekarang cuba lihat sama banyak tak tanah liat yang ni dan yang ni? (sambil menunjuk setiap plastisin)

Kanak-kanak 2 Pengkaji Kanak-kanak 2

Tak sama cikgu. Kenapa awak cakap tak sama banyak? Sebab yang ni lebih panjang.

KONSERVASI CECAIR Dalam kajian konservasi cecair, pengkaji telah menggunakan 2 biji bikar dan sebiji kelalang kon. Pengkaji menggunakan air yang jernih bagi memudahkan kajian dijalankan. Kaedah Kajian Konservasi Cecair Pengkaji meletakkan 2 biji bikar berisi air yang sama kuantiti dihadapan kanak-kanak terlibat. Berikut merupakan rekod perbualan antara kanak-kanak dan pengkaji : PENGKAJI DAN KANAK-KANAK 1

Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Lihat air dalam bikar, sama banyak atau tidak? Sama. Berapa air dalam bikar? 250. Sama tak saiz bikar? Sama cikgu.

Pengkaji menuang air dalam sebuah bikar ke dalam kelalang kon.

Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Lihat air dalam dua bekas ni, mana yang lebih banyak? Sama cikgu. Kenapa awak cakap sama? Sebab cikgu tuang air dari bekas tadi.

PENGKAJI DAN KANAK-KANAK 2

Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Lihat air dalam bikar, sama banyak atau tidak? Sama. Berapa air dalam bikar? 250. Sama tak saiz bikar? Sama cikgu.

Pengkaji menuang air dalam sebuah bikar ke dalam kelalang kon.

Pengkaji Kanak-kanak 1 Pengkaji Kanak-kanak 1

Lihat air dalam dua bekas ni, mana yang lebih banyak? Tak sama cikgu. Kenapa awak cakap tak sama? Sebab air dalam bekas ni lebih banyak.

INTERPRETASI DATA Berdasarkan kajian yang telah dibina, prinsip yang digunakan adalah prinsip pengekalan. Kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali. Dalam kajian yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan 7 tahun ini, terdapat perbezaan antara keduanya. Walaupun kanak-kanak ini berasal daripada latar belakang yang tidak jauh berbeza, namun perkembangan pemikiran mereka adalah berbeza. Dalam sesi menentukan banyak cecair di dalam bekas kanak-kanak pertama dan kedua hampir sama menyatakan keputusan apabila cecair yang ditunjukkan berada di dalam bekas yang berlainan.Kedua-dua subjek memilih ketinggian cecair yang dilihat adalah mempunyai kuantiti cecair yang banyak. Pada permulaan, subjek pertama dan kedua member keputusan yang berbeza dalam menentukan bekas yang mempunyai cecair yang banyak. Subjek pertama menyatakan kedua-dua bekas sama mempunyai jumlah cecair yang sama banyak manakala subjek kedua memilih bekas sebelah yang mengandungi cecair yang banyak. Apabila diselidiki, kanak-kanak kedua melihat air yang lebih tinggi dalam menentukan jawpaan yang dikehendaki. Dalam pemerhatian terhadap konservasi jisim di antara dua objek sama warna ,kedua-dua subjek membuat telahan yang berbeza sama sekali. Subjek pertama lebih memberi keputusan berdasarkan gambaran awal dan penaakulan terhadap objek di depan mata. Pada peringkat ini subjek pertama menyatakan objek yang sama bentuk adalah sama banyak, Hal ini serupa dengan kanak-kanak kedua. Tetapi setelah diuabah bentuk, kanak-kanak pertama berjaya mengenalpasti kedua-dua objek adalah

sama manakala kanak-kanak kedua melihat objek yang panjang sebagai objek yang mengandungi kuantiti yang lebih banyak. Boleh dibuat kesimpulan bahawa pemikiran kanak-kanak terhadap sesuatu perkara akan berbeza apabila mengalami perubahan atau pendekatan yang disampaikan atau diberitahu kepada mereka. Ini boleh ditafsirkan pemikiran kanakkanak pada peringkat ini lebih menumpukan kepada apa yang dilihat secara konkrit berbanding yang disebaliknya. Dalam kajian ini, latarbelakang kanak-kanak pada dasarnya tidak mempengaruhi pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini. Dalam proses pemikiran ini, boleh dikatakan kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum menguasai kebolehan memproses pemikiran mengikut peraturan yang logik. Walau bagaimanapun, kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Persepsi kanak-kanak pada peringkat ini memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pandangan orang lain. Pada peringkat permulaan praoperasi kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep ini disebabkan kanak-kanak di peringkat ini kurang fleksibiliti dalam susunan pemikiran dan tidak boleh membuat kesimpilan yang tepat (transduktif), tidak boleh memahami perubahan yang dinamik dan kurang kemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu hieraki. Pada peringkat 7 tahun pemikiran kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik. Kanak-kanak memahami perkaitan antara dua situasi berlainan. Pemikiran kanak-kanak menjadi fleksibel, dan dapat berfikir mengikut peraturan logik.Perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Pada peringkat awal , kanak-kanak hanya boleh mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Mereka dapat memerhatikan

perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain, tetapi mereka sukar mengenal pasti kedua-dua perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama.

Kebolehan kanak-kanak 7 tahun berbanding 5 tahun, kanak-kanak pada peringkat 5 tahun kurang berjaya berbanding pada peringkat 7 disebabkan beberapa perkara. Kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang bersifat pembalikan (konservasi) yang bersifat lebih kurang dan sesuatu perkara yang mengelirukan. Dengan kata lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah. Mereka boleh mengira 1-10 tetapi tidak memahami operasi bilangan. Tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan tertentu. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Dari segi wujud perbezaan keputusan yang kurang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak 5 tahun berbanding dengan kanak-kanak 7 tahun. Selain itu, kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan, iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah.

KESIMPULAN Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara itu, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Kesimpulan pada tahap ini adalah, kanak-kanak telah dapat mengetahui simbolsimbol matematik, tetapi belum dapat menghadapi hal-hal yang abstrak (tak wujud). Berdasarkan penjelasan tahap operasi konkrit Piaget dan eksperimen yang dijalankan bagi subjek 1 yang berumur 7 tahun asas. Kita dapat menyatakan keputusan yang jelas terutama dalam eksperimen konservasi cecair menepati dengan teori yang

dikemukakan oleh Piaget . Dalam erti kata lain kanak-kanak belum dapat memecahkan persoalan yang abstrak. Namun begitu mengikut teori piaget bagi peringkat ini hasil kajian sedikit menepati teori Piaget. Kesimpulan keseluruhannya, dapat dijelaskan Teori Perkembangan kognitif Piaget banyak menepati dengan eksperimen kajian yang dijalankan di lapangan.

BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah, Joy N.Samuel. 2009. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Jas Laile Suzana Jaafar. 2008. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor. Arah Pendidikan Sdn Bhd. Rahil Mahyuddin, Maria Chong Abdullah & Habibah Elias.2005. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.Kuala Lumpur. Mc Graw HillEducation

http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html

Anda mungkin juga menyukai