Anda di halaman 1dari 1

Hazirah binti Mohd Jamil Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, 56100 Cheras Kuala Lumpur.

017-7043279 Ketua Warden Asrama Kolej Kediaman, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, 56100 Cheras Kuala Lumpur. Puan, PERMOHONAN UNTUK TINGGAL DI ASRAMA KOLEJ KEDIAMAN.

27 Mac 2012

Merujuk perkara di atas: 2. Saya seperti nama di atas, pelajar kursus Pemulihan Bahasa Melayu, semester

7 ambilan Januari 2009 ingin memohon untuk tinggal di asrama kolej kediaman Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik bagi sesi 2012/2013. 3. Hal ini kerana, rumah sewa yang saya diami telah tamat kontrak pada bulan Jun

2012. Oleh itu saya perlu keluar daripada rumah tersebut dan perlu mencari rumah sewa yang lain tetapi memandangkan IPG akan berpindah ke Bandar Enstek dalam masa terdekat, jadi saya tidak dapat mencari rumah sewa yang lain bagi jangka masa yang pendek atau kurang daripada 6 bulan. 4. Memandangkan sekarang saya menjalani praktikum siri ke 3 di Kajang, saya

ingin memasuki kolej kediaman selepas saya habis praktikum iaitu pada 27 April 2012 atau 1 Mei 2012. 5. Oleh hal yang demikian saya memohon jasa baik pihak tuan untuk

mempertimbangkan permohonan saya dan berharap permohonan saya untuk menetap di kolej kediaman ini diluluskan bagi memudahkan urusan saya pada kemudian hari. Segala kerjasama dari pihak puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

...................................... Hazirah binti Mohd Jamil ( Pelajar IPG Kampus Teknik )

Anda mungkin juga menyukai